Anda di halaman 1dari 4

Pengumpulan maklumat

mengumpul semua data/dapatan maklumat berupa imej-imej visual,


bahan bercetak, penulisan-penulisan berkaitan sejarah, budaya, hasil-
hasil karya yang berkaitan dari pelbagai sumber. contoh : media
elektronik, kajian perpustakaan, kajian lapangan,risalah, iklan, media
massa,rakaman video/audio visual, layari internet dan sebagainya.
berdasarkan permasalahan / tema/ tajuk yang hendak dikaji.
berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.
membuat rujukan utama (primary).
rujukan perpustakaan
Iayari internet
penerbitan buku dan bahan bercetak
fotografi, rakaman video/audio visual
membuat rujukan tambahan (secondory).
pemerhatian-merakam, menulis, melihat, menguji.
temubual
kajiselidik
Merupakan proses awal yang penting bagi medapatkan maklumat
untuk menghasilkan karya yang tepat, benar, jitu, intelek, boleh
dipercayai dan bermaklumat.
Menyimpan dalam portfolio.

Memproses maklumat
Tanggapan Membuat tanggapan adalah hasil daripada persepsi,
imaginasi dan aksi spontan yang berterusan pada sesuatu subjek yang
dijadikan sumber idea.
menyaring maklumat, melihat,membaca, meneliti.
memilih,menyusun mengikut urutan (sequence) peradaban, sejarah,
tarikh, masa, tempat, suasana, kategori, kumpulan, jenis, tema,tajuk dan
sebagainya.
Menganalisa, merekod maklumat kajian.
Menterjemah sumber maklumat.

Penjanaan idea
Proses pengamatan dilaksanakan selepas adanya petunjuk hasil
daripada tanggapan yang dibuat.
rancang gerak kerja untuk merealisasikan konsep dan idea.
melalui proses perbincangan/brainstoming.
menggarap idea-idea baru yang berhubungkait dengan isu-isu
semasa/ sejarah/dimensi baru/ warisan budaya dan dalam konteks
tertentu/ pilihan.

Perkembangan idea
proses mencanai idea melalui peta minda/ origram.
mengolah sumber idea dari cetusan idea-idea baru untuk meneruskan
langkah/proses penghasilan karya.
percernaan idea iaitu satu proses kajian dibuat secara analitis.
menekankan pelbagai aspek.
Proses ini dibuat secara objektif dengan membuat beberapa lakaran
secara terus.

Lakaran idea
menterjemah idea dalam bentuk lakaran visual
melakar olahan idea melalui beberapa proses peluakan,
penambahan, keratan rentas, pembesaran, mengecutan secara kreatif
untuk mendapatkan motif/hasil karya.
mengolah lakaran berdasarkan elemen-elemen asas senireka.
Mengaplikasikan teknik-teknik pelukisan tertentu

Transformasi idea
peringkat / proses berlakunya suatu lakaran hasil daripada sintisis
diperingkatpengwujudan idea, penjanaan idea, perkembangan idea dan
lakaran idea.
lakaran-lakaran kenit (thumnail)yang diolah dijadikan motif/imej visual
yang diinginkan.
Kaedah konstruktif yang melihatkan proses kreatif menekankan
kepada pembaikan dan membina sesuatu idea yang telah ada dan
diperbaharui.
mengubah darpada sifat asal kepada imej-imej/bentuk-bentuk baru.
Lakaran yang menekankan aspek simbol, fungsi dan makna.
peringkat implementasi dan aplikasi.
peringkat ini menyaksikan hasilan sesuatu produk atau karya.

Aplikasi asas seni reka


Susun Atur Berdasarkan daripada tanggapan dan pengamatan
yang mendalam berlakulah pengurusan susun atur dengan kombinasi
beberapa elemen yang berhubungan untuk mencipta satu komposisi.
menyusun motif/subjek (subject matter) kepada reka letak tertentu
mengambilkira unsur seni ruang, prinsip rekaan imbangan, kontra,
penegasan dan lain-lain.
aspek komposisi dan uniti (unity).
aplikasi unsur-unsur seni.
garisan, rupa, bentuk, jalinan, warna dan ruang.
aplikasi prinsip-prinsip rekaan.
harmoni, imbangan, penegasan, kontra, kepelbagaian, kesatuan,
pergerakan.
Hubungan antara asas-asas seni yang diaplikasikan dalam hasil
karya.
Mengambilkira aspek-aspek formalistik.
Memperlihatkan aplikasi asas senireka melalui aplikasi bahan, proses
dan teknik penghasilan karya

Bentuk dan makna


Imejan / bentuk yang terhimpun dalam sesebuah karya.
Kadang-kadang ia juga disebut subjek atau motif.
Ikonografi ialah satu istilah yang terbit dan digunakan secara meluas
oleh pengkritik seni untuk menjelaskan kesenian pada zaman
Renaissance (abad ke-14 hingga ke-17) di Itali melalui lukisan atau
arca bagi menggambarkan aktivitikeagamaan dalam kebaktian gereja
Kristian Ortodoks.
Juga disebut ikonologi yang membawa maksud menganalisa imej.
Dasar katanya ialah mengenalpasti motif dan imej di dalam sesuatu
karya,
membuat interpretasi dan penyiasatan yang mendalam untuk
mendapatkan
makna daripada paparan motif dan simbol yang boleh dikaitkan
dengan latar budaya dan sosial sesuatu masyarakat.

Penilaian
Proses Pemantapan proses pengukuhan di mana pelukis harus
melihat kembali setiap aspek pada peringkat tanggapan, pengamatan,
susun atur secara menyeluruh untuk menghasilkan satu konsep yang
signifikan.
satu proses pemerhatian yang terancang disebut The Critical
Performance.
Proses pemerhatian ini mengelaskan pemerhatian imej kepada
empat tahap iaitu tahap deskripsi, tahap analisis formal, tahap
interpretasi dan tahap penilaian.
Hipotesis yang berjaya pada sesebuah karya ialah apabila adanya
satu interpretasi yang berkesan hasil daripada indeks yang didapati
daripada paparan imejan, simbol dan bentuk dalam karya tersebut.
satu rumusan yang secara langsung melibatkan pengetahuan tata
bahasa visual dilakukan.
Tugas pemerhatian karya seni pada peringkat ini harus pada yang
mempunyai authority bagi mengelakkan pemesongan fakta.

Anda mungkin juga menyukai