Anda di halaman 1dari 15

Proses Kreativiti Menurut

Paul Torrence (Congkak)


Nama Ahli Kumpulan:
Wong Yu Wen
Megalah Parthipan
Sakila Krishnan
Komathi Kumar
Nama Pensyarah:
Dato Alias

7 Proses Kreativiti Paul


Torrance
Penyoalan
Penemuan
Pemerhatian
Percubaan
Penerokaan
Manipulasi
Bermain

Penyoalan

Bagi tujuan untuk merangsang pemikiran


seseorang pelajar proses penyoalan adalah
sangat penting dan perlu dipraktikkan.

Di samping itu, penyoalan juga boleh


mengalakkan dan merangsang daya pemikiran
pelajar berkenaan.

Di dalam proses pembelajaran seni visual, sesi


kritikan seni boleh melahirkan dan mewujudkan
cetusan pemikiran kritikal yang baik.

Apakah asal usul congkak ?


Congkak diperbuat daripada ?
Bagaimana bermain congkak?
Adakah mempunyai cara untuk membuat
congkak tersendiri ?
Bagaimana membuatnya dengan cara yang
mudah ?
Adakah ia melibatkan kos yang tinggi ?
Mampu menghasilkannya dengan
penggunaan bahan kitar semula ?

Penemuan

Penemuan adalah merupakan satu aspek yang


penting dalam usaha untuk memberikan galakan
dan ransangan oleh guru kepada pelajar untuk
tujuan mengalakkan penemuan-penemuan yang
terkini melalui kajian dan juga penyelidikan.

Dalam hal ini pelajar digalakan mencuba serta


melakukan berbagai ekplorasi dan eksperimen
bagi mencari penemuan terkini melalui aktivitiaktiviti seni visual.

Mendapatkan maklumat di sumber internet


dan buku.
Mendapatkan cara membuat congkak yang
mudah dengan menggunakan bahan kitar
semula.
Menemukan idea yang yang berlainan
dengan sumber yang sedia ada.

Pemerhatian

Pemerhatian ataupun observasi ini adalah merujuk


kepada penggunaan pelbagai deria yang terdapat
pada manusia. Biasanya apabila kita memperkatakan
tentang pemerhatian, ia berkaitrapat dengan aktivitiaktiviti dan penghasilan lukisan.

Di dalam proses pendidikan seni visual, proses


pemerhatian tidak hanya tertumpu pada pengamatan
sahaja malahan juga merangkumi deria-deria lain
termasuklah deria sentuhan, rasa, hidu dan dengar.

Contohnya, dalam penghasilan congkak,Kita


dapat memahami tentang pengiraan semasa kita
main permainan congkak.

Selain itu, kita juga boleh menggunakan deria


seperti sentuhan semasa main congkak.

Percubaan

Percubaan dan eksperimentasi yang berterusan


bagi mendapatkan hasil yang terbaik adalah satu
proses penghasilan kerja yang sangat baik
diamalkan di kalangan pelajar.

Seseorang yang kreatif tidak akan berhenti dari


bereksperimentasi bagi memastikan apa yang
dihasilkannya adalah sesuatu yang terbaik.

Secara tidak lansung proses mendidik pelajar


supaya tidak mudah berpuas hati dan berputus
asa dalam membuat ekperimentasi akan
berupaya membina satu pengalaman yang
berguna ketika menghasilkan karya.

Contohnya, Melalui mencipta permainan congkak,


kita akan menjana pelbagai idea untuk
menghasilkan permainan congkak seperti kita
boleh menggunakan kertas dan mencipta congkak
dengan 20 kotak yang bersaiz kecil dan 2 kotak
yang bersaiz besar.

Ini telah menunjukkan kreativiti kita dalam


penciptaan sesuatu hasilan.

Penerokaan

Bermaksud mendalami sesuatu perkara dan mencari


penemuan baru.

Contohnya, murid mendalami sesuatu perkara seperti


bahan membuat kotak-kotak.

Selepas mendalami, murid mungkin boleh mendapat


penemuan baru iaitu menggunakan polistrene
sebagai kotak besar dan potongan kotak minuman
sebagai kotak kecil.

Manakala murid juga boleh menggunakan batu


akuarium yang hampir sama saiz dan juga menarik.

6.Memanipulasi

Memanipulasi membawa maksud kepekaan pada


persekitaran yang perlu digalakkan.

Murid peka pada persekitaran supaya dapat


memanipulasi objek disekeliling menjadi satu hasil
seni.

Apabila seseorang pelajar mampu menggunakan


bahan dan objek yang berada di sekelilingnya untuk
menghasilkan satu karya seni maka proses
memanipulasi telah pun berlaku.

Aktiviti/bermain

Kreativiti dapat dirangsang melalui aktiviti bermain


melalui permainan yang berbentuk akademik.

Contohnya: Apabila bermain congkak, murid akan


berasa seronok dan mencabar. Secara tidak
langsung, mereka akan sentiasa berfikir dan
kreativiti terhasil apabila mereka berfikir.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai