Anda di halaman 1dari 7

TAJUK 16:

MOTIF, IDEA DAN


KONSEP

•Tahukah anda bahawa setiap karya yang dihasilkan


mempunyai motif, idea dan konsep tertentu? Seorang
pelukis, pereka atau pandai kraf akan memikirkan
motif tersurat dan tersirat, idea untuk mengembangkan
motif tersebut dan konsep yang akan digunakan dalam
karya yang dihasilkan. Gabungan ketiga-tiga elemen
ini akan menghasilkan satu karya yang berkualiti dan
bermakna.
Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan:

•• memahami teori motif, idea dan konsep dalam proses


pembentukan karya
•• mengeksplorasi dan mengaplikasi kaedah pembentukan dan
perkembangan motif, idea dan konsep
•• menzahirkan motif, idea dan konsep melalui pelbagai
sumber dan teknologi dalam penjanaan tugasan
•• menghayati hasil karya Seni Visual berpandukan teori dan
pemahaman tentang motif, idea dan konsep

Definisi Motif, Idea dan Konsep

•Motif secara umumnya bermaksud sebab atau tujuan yang


mendorong pereka menghasilkan sesuatu karya. Namun,
motif dalam tajuk ini menjurus kepada hal benda yang
diaplikasikan oleh pelukis, pereka atau pandai kraf dalam
penghasilan seni. Idea ialah buah fikiran yang tercetus hasil
rangsangan seperti pemerhatian dengan kesedaran atau
perbincangan. Konsep pula ialah idea yang terbentuk hasil
daripada gabungan pelbagai nilai yang dihayati daripada alam
sekeliling dalam penghasilan seni. Oleh itu, peranan motif,
idea dan konsep meliputi dasar panduan, tujuan ataupun
matlamat yang dijadikan asas dalam penghasilan karya.
Tujuan Aplikasi
•Motif dalam Motif,
seni halus Ideareka
dan seni dandipanggil
Konsepsebagai
hal benda. Hal benda yang dipilih oleh pelukis atau
pereka bertujuan untuk disesuaikan dengan idea dan
konsep karya mereka.

•Motif dalam seni kraf merujuk kepada unsur alam yang


dibentuk sama ada dengan gaya organik atau gaya
geometri. Motif menjadi unsur paling asas dalam
sesuatu gubahan atau tatarias. Aplikasi motif dalam
seni kraf sebagai fungsi hiasan yang melengkapi
fungsi gunaan sesuatu produk.
•Tujuan penjanaan idea oleh pengkarya adalah untuk
memudahkan mereka menetapkan objektif, tujuan dan
menentukan sesuatu tema dalam penghasilan karya.
Aplikasi konsep pada karya pula boleh memberi
gambaran pemikiran atau luahan perasaan pengkarya
terhadap sesuatu idea yang ingin diketengahkan.
Kaedah Pembentukan dan Proses
Perkembangan
•Pembentukan motif,Motif,
idea dan Idea
konsepdan Konsep
dalam seni halus, seni
reka dan seni kraf boleh menggunakan empat kaedah. Kaedah
tersebut ialah pemerhatian, penerokaan, persepsi dan
pertimbangan estetik serta analisis.
Kaedah gubahan motif seni kraf diilhamkan menerusi
pemerhatian terhadap alam sekeliling yang menjadi sumber
inspirasi. Rajah 16.3 menunjukkan antara contoh motif daripada
pelbagai sumber inspirasi.

Proses perkembangan motif, idea dan konsep boleh


menggunakan sumber-sumber seperti guru, Internet,
pemerhatian dan buku rujukan. Rajah 16.4
menggambarkan proses perkembangan tersebut.
Kaedah pembentukan sesuatu konsep dipengaruhi oleh faktor-faktor
kontekstual seperti pengalaman, pendidikan, perkembangan semasa dunia
seni dan persekitaran. Konsep ini akan berubah-ubah bergantung pada
keperluan dan pendekatan dalam penghasilan sesebuah karya.

AKTIVITI BERKUMPULAN

• Tujuan: Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat


penerokaan aplikasi motif, idea dan konsep dalam proses pembentukan karya
melalui penggunaan media, proses dan teknik.
• Langkah:
• 1. Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan.
• 2. Pilih satu jenis karya yang hendak dibincangkan.
• 3. Gunakan strategi ‘Saya lihat, saya fikir dan saya tanya’ dalam perbincangan
anda.
• 4. Catatkan perbincangan kumpulan anda dalam buku nota dan beri penerangan
terhadap karya yang dibincangkan.

Anda mungkin juga menyukai