Anda di halaman 1dari 25

Kemahiran

Berfikir
Aras Tinggi
Disediakan oleh: Hanisah Fathiah & Audi Syairah
Konsep & Definisi KBAT

Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai


dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. (KPM,
2014)
KBAT
Kemahiran berfikir aras tinggi
biasanya merujuk kepada empat
tahap kemahiran teratas dalam
Taksonomi Bloom edisi (Anderson &
Krathwohl, 2001) mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta.
Tahap Pemikiran
Tahap Penerangan
Pemikiran

Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif

Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan,


pengalaman, kemahiran dan nilai serta memberi justifikasi

Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan


lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan

Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam situasi berlainan


untuk melaksanakan sesuatu perkara

Memahami Mengingat semula maklumat dan boleh menjelaskan idea dan konsep

Mengingat Mengingat semula maklumat, fakta atau konsep


Aktiviti PdPc Yang Menerapkan
Elemen KBAT dalam Pendidikan
Muzik
1. Memberikan 2. Mengimprovisasi 3. Mencipta
teknik penyoalan - bahan kitar semula - corak irama -
Guru mengadakan Murid mencipta murid mencipta
sesi soal jawab bahan kitar semula corak irama
bersama murid menjadi alat muzik menggunakan
(berkenaan situasi, improvisasi yang not-not muzik
suatu bunyi) menghasilkan bunyi

4. Menghasilkan 5. Mengadakan projek


satu idea muzikal kesenian dan muzikal - Murid
kreatif - Dalam membuat persembahan
kumpulan menggunakan bahan
berdasarkan satu improvisasi dan corak irama
suasana / tema yang dicipta
01
Kemahiran
Berfikir
Kritis
“Critical Thinking Game”
Definisi
“Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai
sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan
bukti yang munasabah.” (KPM, 2014)

Konsep
“Pemikiran kritis ialah proses mendisiplin intelek dari segi keaktifan dan kemahiran
konseptual; mengaplikasi, menganalisis, mensintesis, menilai maklumat, melakukan
pemerhatian, pengalaman, refleksi, penaakulan, atau komunikasi, sebagai panduan
kepada kepercayaan dan tindakan.” (Michael Scriven & Richard Paul, 2003)
Pendekatan Kemahiran Berfikir Kritis

Pendekatan Facione
Pendekatan Ennis (1985)
(2015)

Pemikiran kritis adalah berkaitan


Seseorang yang berfikiran kritis
dengan kepercayaan individu
merupakan seorang yang dapat
terhadap sesuatu perkara yang perlu
mencabar pemikirannya sehingga
dilakukan dalam proses
dia berupaya mencapai tahap
menyelesaikan masalah dan
kepuasan dalam membuat sesuatu
membuat keputusan.
justifikasi permasalahan.
Pendekatan Kemahiran Berfikir Kritis

Pendekatan KPM

Salah satu elemen KBAT yang


mempamerkan kebolehan untuk menilai
sesuatu idea secara logik dan rasional
untuk membuat pertimbangan yang
wajar dengan menggunakan alasan dan
bukti yang munasabah (KPM, 2017).
Secara khususnya dalam proses
pembelajaran bagi menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan.
Strategi Kemahiran Berfikir Kritis dalam
Pendidikan Muzik
● Kaedah Konstruktivisme digunakan untuk mengaplikasi kemahiran berfikir kritis dalam
Pendidikan Muzik.

● Pendekatan konstruktivisme menjadikan strategi pengajaran dan pembelajaran


menekankan aktiviti akademik yang banyak memberi input pengetahuan dan
kemahiran kepada murid (Topolovcan & Matijevic, 2017).

● Fokus pembelajaran konstruktivisme boleh dilaksanakan dalam dua cara, sama ada
secara individu ataupun berkumpulan.

● Strategi individu memberi peluang murid berfikiran kritis dan reflektif dalam
menyelesaikan masalah. Manakala strategi kumpulan memberi peluang murid
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui interaksi dua hala.

● Pendekatan konstruktivisme dapat mewujudkan suasana murid boleh meningkatkan


tanggungjawab,
02
Kemahiran
Berfikir
Kreatif
Definisi
Kemahiran berfikir kreatif pula adalah kemampuan untuk menghasilkan
atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai dengan menggunakan
daya imaginasi secara asli serta berfikir tidak mengikut kelaziman. (KPM,
2014)

Konsep
Pemikiran kreatif bermaksud mencari sesuatu dengan cara yang baru. Ia adalah
definisi “pemikiran di luar kotak”. Selalunya, kreativiti dalam pengertian ini melibatkan
apa yang dipanggil pemikiran lateral, atau keupayaan untuk melihat corak yang tidak
jelas.
Kemahiran Berfikir Kreatif
Berfikir secara kreatif Kemahiran kreatif sebagai
adalah proses yang sintesis yang bermaksud
menggunakan teori untuk kebolehan seseorang

01 03
menganalisis situasi, menganalisis maklumat
kejadian masa depan dan dan membentuk semula
menyelesaikan masalah maklumat tersebut supaya
yang dilalui. (Clarke dan menjadi idea yang unik.
Biddle, 1993) (Bloom, 1956)

Pemikiran kreatif adalah


pemikiran yang dicorakkan
02 untuk menghasilkan
keputusan atau hasil yang
04 Kemahiran ini bersifat
generatif
kreatif. (Perkins, 1985)
Pemikiran Kreatif dalam Muzik
❏ Berdasarkan artikel ‘Creative thinking in Music’ yang ditulis oleh Maud Hickey dan Peter Webster, guru
muzik digalakkan untuk memupuk kanak-kanak supaya menggunakan keupayaan yang sedia ada untuk
berfikir secara kreatif dalam muzik daripada memaksa kanak-kanak menjadi kreatif.

❏ Menurut Maud Hickey dan Peter Webster, seorang guru dikatakan kreatif apabila dia mengajar secara
kreatif atau dia mengajar pelajar menjadi kreatif. Pemikiran kreatif sepatutnya dipupuk dalam bilik darjah
muzik.

❏ Terdapat beberapa ciri seseorang yang kreatif, iaitu pengambilan risiko, perasaan humor, sikap terbuka
dan keupayaan berkhayal. Kanak-kanak mempunyai potensi untuk perkembangan kreatif ini. Kesedaran
guru bahawa pelajar mempunyai sifat yang kreatif akan membantu guru menggalakkan sifat personaliti
positif yang kreatif dalam diri semua pelajar. Guru harus menggalakkan pelajar mengambil risiko dan
berhumor dalam bilik darjah.

❏ Pemikiran kreatif dalam muzik bagi Model Webster menggariskan proses kreatif yang kompleks di mana
bermula dengan satu idea atau niat dan berakhir dengan menghasilkan satu produk kreatif. Seseorang
harus mempunyai kemahiran dan persekitaran yang sesuai untuk menyokong proses kreatif ini.
Tahap Pemikiran Kreatif
Wallas telah mencadangkan empat tahap pemikiran kreatif iaitu
persediaan, pengeraman, illuminasi dan pengesahan.

Persediaan Pengeraman
Peringkat pengeraman sering
Pada peringkat persediaan,
berlaku apabila seseorang
orang yang kreatif akan mula
melangkah jauh dari masalah
berfikir dan mengumpul bahan
kreatif. Pada peringkat ini, ini
atau idea bagi produk
adalah masa penting bagi otak
kreatifnya. Dalam muzik,
untuk melakukan kerjanya.
pemikir kreatif akan bertanya
Idea-idea digabungkan dan
soalan seperti, “Apakah yang
diasimilasikan pada peringkat
ingin saya hasilkan?” atau “Gaya
ini. Dalam soal pengajaran
apakah yang harus dimasukkan
muzik, “masa berfikir” yang
dalam karya muzik saya?”
penting ini digalakkan.
Tahap Pemikiran Kreatif
Iluminasi Pengesahan
Peringkat illuminasi adalah satu
peringkat di mana satu idea yang hebat Dalam peringkat pemikiran
muncul dalam fikiran. Ini mungkin kreatif yang terakhir iaitu
berlaku pada bila-bila masa, contohnya peringkat pengesahan,
semasa seseorang individu sedang seseorang menyatakan idea
bekerja atau tengah minum petang. Satu kreatifnya dan mencuba produk
melodi yang sempurna akan muncul kreatif.
dalam fikiran seseorang. Pelajar muzik
harus mengumpul atau menyimpan
“track” illuminasi dan idea-idea muzikal
yang muncul secara mengejutkan dalam
buku manuskrip atau dalam komputer.
Perbezaan & Persamaan Kemahiran
Berfikir Secara Kreatif & Kritis
Kemahiran Berfikir Kritis Kemahiran Berfikir Kreatif

Membanding dan membezakan Menjana dan menghasilkan

Mengkategorikan Membuat hipotesis

Menghuraikan Mengsintesis

Merumuskan dan meramal Menghubungkaitkan

Persamaan
Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
03

Kemahiran
Menaakul
Definisi
“Kemahiran menaakul membolehkan individu membuat pertimbangan
dan penilaian secara logik dan rasional.” (KPM, 2019)

“Membuat pertimbangan yang logik.” (Dewan Bahasa dan Pustaka)

Konsep
Menurut Terry & Higgs (1993) penaakulan merupakan proses kognitif
sebab musabab terjadinya sesuatu berdasarkan fakta atau pengetahuan
data dan strategi menyelesaikan masalah untuk menghasilkan kesimpulan
serta membuat keputusan.
Asas Kemahiran Menaakul
Asas kemahiran menaakul menurut KPM (2012) terbahagi kepada empat
proses utama seperti berikut:

Menyimpan Mengguna Semula Memadan Prosedur Ekskutif

Proses ini
membolehkan Proses ini Proses ini Proses ini menjadi
pemindahan maklumat membolehkan membolehkan murid penting kerana ia
kepada ingatan jangka maklumat digunakan menentukan maklumat mengkoordinasikan
panjang. Antara semula daripada yang diterima adalah kemahiran-kemahiran
kaedah yang ingatan jangka sama ataupun berbeza bagi membantu
digunakan adalah panjang bagi menjana daripada maklumat pembinaan dan
dengan membuat dan memahami idea yang telah disimpan struktur kognitif yang
lakaran peta minda baru. dalam memori jangka baru dan menstruktur
dan gambaran imej. panjang. semula yang lama.
Jenis Kemahiran Menaakul

Induktif Deduktif

Membuat pertimbangan daripada


Membuat pertimbangan dari satu
beberapa contoh atau situasi yang
situasi umum ke beberapa contoh
khusus untuk membuat satu
atau situasi yang spesifik. Lazimnya,
kesimpulan atau perkaitan.
dimulakan dengan mengemukakan
Lazimnya, dimulai dengan contoh-
generalisasi dan kemudian diikuti
contoh khusus sebelum pelajar
oleh contoh-contoh.
dapat membuat kesimpulan umum.
Strategi Kemahiran Menaakul dalam
Pendidikan Muzik
● Teknik perbincangan dan soal jawab digunakan untuk mengaplikasi kemahiran
menaakul dalam Pendidikan Muzik.

● Melalui teknik perbincangan dan soal jawab, guru dapat merangsang daya fikir murid
ke arah menjadi lebih kritis, kreatif dan mampu menaakul dengan baik.

● Guru perlu membiasakan murid dengan soalan-soalan yang memberi ruang kepada
mereka menaakul dengan menggunakan soalan mengapa dan bagaimana.

● Melalui teknik ini, guru boleh merancang tugasan yang memerlukan murid berbincang
dan bersoal jawab menggunakan perspektif atau sudut pandangan yang berbeza
mengenai peristiwa, masalah atau watak dalam membuat keputusan atau
menyelesaikan masalah.
“Permainan Teka Silang Kata”

Cara Main:

● Isi tempat kosong


dengan perkataan yang
betul.

● Tanda betul atau salah


akan muncul disebelah
nombor soalan.

● Dua patah perkataan


mempunyai tanda
sempang diantara
perkataan.
Sekian,
Terima
kasih

Anda mungkin juga menyukai