Anda di halaman 1dari 45

JENIS

PEMIKIRAN
Dr. SIRAJUDIN BIN SAPUAN
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR
PEMIKIRAN KONVERGEN DAN
PEMIKIRAN DIVERGEN
 Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen
PEMIKIRAN ialah salah satu jenis daya berfikir.
KONVERGEN
 Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai
daya berfikir yang membolehkan seseorang
menggunakan pengetahuan sedia ada dengan
integrasi logik dan susunan demi menghasilkan
idea atau jawapan yang lazim.

 Penyelesaian masalah juga dilakukan


berdasarkan pengetahuan, pengalaman,
peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus
yang sedia ada.
 Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari
satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali
sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran
berpandu.

 Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau


pemikiran kritis.

 Proses pemikiran yang terlibat dalam


menjawab soalan ini ialah menenangkan,
menyatakan, membanding dan membeza.
 Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan
memerlukan seseorang itu berfikir secara
PEMIKIRAN kreatif tentang sesuatu maklumat.
DIVERGEN  Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian
sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut.
 Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen
memerlukan jawapan yang banyak dan
pelbagai.
 Idea yang terhasil juga asli dan bernilai.
 Individu yang berfikiran divergen diangap
individu yang kreatif.
 Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendatar
atau lateral dan mempunyai unsure intuisi dan
celik akal supaya masalah terbuka dapat
diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik
dan luar biasa.
 Divergen kerap kali dirujuk sebagai
keupayaan mencadangkan idea- idea /
penyelesaian yang berbeza terhadap
masalah yang terbuka.
 Ia disifatkan oleh beberapa jawapan yang
secara logik dan boleh diterima.
 Dalam konsep divergen,
pengetahuan/pengalaman dan idea-idea baru
digunakan serentak untuk menyelesaikan
masalah dengan memberikan pelbagai jawapan
yang mungkin.
 Kemahiran guru dalam membahagikan sebuah
tajuk kepada unit-unit yang kecil supaya murid-
murid dapat menganalisis tajuk utama secara
lebih mendalam.
 Untuk menggalakkan pemikiran divergen , guru
harus sentiasa menggunakan soalan-soalan
terbuka dalam pengajaran dan pembelajaran
mereka.
 Menunjukkan bahawa seseorang berupaya
memikirkan pelbagai jawapan yang logik.
 Jawapan yang diberi mungkin terlalu
personal/unik berasaskan keupayaan meneroka
mindanya yang kreatif.
 Guilford telah mengenal pasti 4 ciri pemikiran
divergen:
 Kelikatan (fluidity) Mampu memberi
penjelasan dgn mengemukakan banyak idea
dan contoh
 Kelenturan (flexibility) Menjana pelbagai
idea dan cara bagi menyelesaikan masalah
 Keaslian (originality) Mampu memikirkan
idea-idea baru yang bernas dan unik
 Terperinci (details) Mampu menjelaskan
idea-idea dengan panjang kebar dan
terperinci
PEMIKIRAN KRITIKAL,
REFLEKTIF DAN LATERAL
 Definis Pemikiran Kritis - Ialah suatu
penerokaan yang bertujuan untuk mengkaji
PEMIKIRAN situasi, fenomena, persoalan, atau masalah
KRITIKAL untuk menghasilkan rumusan yang
merangkumi semua maklumat yang ada.
 Merupakan kemahiran intelektual untuk menilai
dan mempertimbangkan sesuatu situasi.
 Melibatkan kebolehan menganalisis nilai
sesuatu.
 Penerokaan yang berlaku bagi kalangan
pemikiran kritis sangat berkaitan dengan
pengalaman yang dialami melalui bahan
bacaan, pemerhatian, mendengar dan melihat
atau menempuhinya sendiri.
 Sumber yang diperolehi ini akan diaplikasi pada
pelbagai situasi yang sedang dihadapi.
 3 kaedah yang digunakan dalam pemikiran kristis:
KAEDAH
i) Bertanya soalan
PEMIKIKIRAN ii) Cuba menjawab soalan dengan memikirkan
KRITIKAL tentang jawapan
NOSCH (2001) iii) Percaya penaakulan seseorang.

 Pemikiran kritis membenarkan murid-murid


mengenal pasti isu-isu yang tidak selari dengan
struktur skema (cara melihat dunia mengikut
pengalaman yang lepas dan mencari cara-cara
untuk mengubahsuai skema untuk memasukkan
maklumat baru atau menolak sesuatu maklumat
melalui proses penaakulan).
 7 cara yang digunakan untuk pemahaman murid
KAEDAH tentang pemikiran kritis:
PEMIKIKIRAN i) Bertanya bukan sahaja apa yang terjadi, tetapi juga
KRITIKAL “bagaimana” dan “mengapa”.
SANTROCK ii) Memeriksa fakta-fakta untuk mengenalpasti sama
(2004) ada wujud bukti untuk menyokongnya.
iii) Berbincang dengan cara bersebab dan bukan
melalui emosi.
iv) Sedar bahawa kadangkala wujud lebih daripada
satu jawapan atau penerangan yang betul.
v) Bandingkan jawapan-jawapan yang lain kepada
soalan-soalan yang lain kepada soalan yang ditanya
dan diadili jawapan mana yang terbaik.
vi) Menilai dan bertanya apa yang disebut oleh orang
lain daripada menerimanya sebagai sesuatu yang
benar secara tergesa-gesa.
vii) Bertanya soalan-soalan dan cuba berspekulasi lebih
lanjut tentang apa yang telah diketahui untuk
mewujudkan idea-idea dan informasi yang baru.
a) Menggunakan strategi berpusatkan murid.
Cara-cara - supaya murid dapat membuat penilaian yang
Menerapkan bernas dan mencari penyelesaian optimal.
b) Mengurus fakta secara sistematik dan
Pemikiran
tersusun.
Kritikal Kepada c) Mengunakan soalan-soalan yang sesuai dengan
Murid-murid tahap kognitif murid.
- Supaya murid dapat menilai semua fakta
untuk tujuan menyelesaikan masalah.
d) Memberi soalan-soalan yang lebih sukar
kepada murid- murid yang lebih bijak untuk
menggalakkan tahap pemikiran kritikal yang
lebih tinggi.
e) Menggalak perbincangan dan aktiviti
menyelesaikan masalah dalam bilik darjah.
f) Memastikan murid-murid memahami penaakulan
yang digunakan.
g) Menggalakkan murid-murid membuat
perbandingan isi jawapan yang diberikan oleh
rakan sebaya sama ada baik atau lemah.
h) Menggalakkan murid-murid untuk melihat
perspektif yang berbeza-beza.
i) Memastikan murid-murid membuat pertalian
yang signifikan serta mengaplikasikan
pengetahuan yang dipelajari di dalam dunia
sebenar.
 Birchall (1992) berpendapat, pemikiran reflektif
memerlukan penggunaan pengalaman-
PEMIKIRAN pengalaman sedia ada untuk menimbangkan
REFLEKTIF kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif
yang boleh digunakan untuk mencapai objektif
penyelesaian masalah serta menetapkan
keputusan bagi tindakan seterusnya.

 Wilson J & Wing Jan L (1993), menyatakan


pemikiran reflektif adalah berhubung rapat
dengan aspek-aspek pemikiran yang lain iaitu
pemikiran kritis dan kreatif yang digunakan
sebagai pendekatan penyelesaian masalah.
1. Memperkenalkan masalah secara terbuka.
Cara-cara 2. Melatih pelajar mengunakan teknik
Meningkatkan penyelesaian masalah dengan cekap.
Pemikiran 3. Membimbing pelajar menggunakan pemikiran
Reflektif kritis, teknik menganalisis dan mentafsir
maklumat-maklumat dari data.
4. Membimbing pelajar menggunakan pemikiran
kreatif untuk membentuk pelbagai hipotesis
serta menghasilkan pelbagai kemungkinan
penyelesaian yang wajar.
5. Membimbing pelajar menggunakan pemikiran
metakognisi dan teknik refleksi untuk menilai
kemungkinan-kemungkinan penyelesaian.
6. Guru perlu menggunakan teknik penyoalan
untuk meningkatkan daya pemikiran reflektif
pelajar.
1. Log Pembelajaran
a) Log Individu – rekod maklum balas atau
refleksi pembelajaran pelajar.
b) Log “Double Entry” – rekod fakta pelajaran
dengan soalan pelajar dan refleksinya.
c) Log Pembelajaran Dialog – catatan
refleksi di antara 2 orang atau lebih
berkaiatan maklum balas pembelajaran
melalui pertukaran idea refleksi log
pembelajaran masing-masing. Contoh
catatan refleksi di antara guru dan pelajar.

2. Pemetaan Konsep - melibatkan penggunaan


peta minda dan pengurusan grafik.
3. Penggunaan Teknik Penyoalan
- menggunakan soalan jenis gerak balas lanjutan
untuk menggalak pelajar berfikir secara reflektif.

4. Pembelajaran Rundingan
- melibatkan aktiviti pembelajaran yang
memerlukan penggunaan refleksi kendiri dan
pemikiran refleksi dalam proses perancangan,
perbincangan, penilaian dan membuat keputusan.

5. Jurnal Reflektif
- catatan tentang sesuatu peristiwa, masalah yang
dihadapi, peringkat pencapaian sesuatu bidang
dan sebagainya. - tujuannya supaya guru dan
pelajar membuat refleksi, menilai serta
menggunakannya sebagai rujukan untuk
mengambil tindakan susulan yang wajar dan
berkesan. Contoh, portfolio reflektif.
 Pengasasnya ialah Dr. Edward De Bono.
PEMIKIRAN Siapakah beliau??
 Dilahirkan pada tahun 1933 di Malta.
LATERAL  Mendapat pendidikan di St Edward College, Malta
(MENDATAR) semasa perang dunia kedua.
 Beliau mengorak langkah ke Christ Church,
Oxford dan memperoleh ijazah dalam psikologi,
fisiologi, dan perubatan.
 Menuntut di University of Malta dalam bidang
Perubatan sehingga mendapat Ijazah Sarjana.
 Beliau memiliki Ph.d daripada University of
Cambridge.
 Beliau telah menulis serta menterjemah pelbagai
buku dalam 34 bahasa (Arab, Bahasa Urdu, Turki)
Definisi Pemikiran  Pemikiran Lateral ialah satu cara penyelesaian
masalah dengan menggunakan daya imaginasi
Lateral
bukan secara logik atau tradisional.
 Ia adalah pemikiran yang menitikberatkan
pelbagai jenis jawapan dan digunakan untuk lari
daripada idea-idea yang sudah lama dan sudah
biasa diamalkan.
 Ia menekankan kepada nilai kenyataan dan
idea- idea yang baru .
 Tujuannya untuk melepaskan diri daripada
cengkaman persepsi-persepsi lapuk untuk
mencari dan mencipta idea-idea baru.
 Pemikiran ini diperkenalkan setelah mendapati
terdapat banyak halangan pada corak pemikiran
konvensional.
 Bukan bertujuan menyingkirkan corak pemikiran
yang sedia ada tetapi ianya merupakan satu
corak pemikiran yang cuba mencari jalan
terpantas dan sememangnya ia berjaya untuk
menyelesaikan masalah bukan sahaja menepati
kriteria yang dikehendaki tetapi ia amat
berkesan.
 Pemikiran De Bono telah dirumuskan oleh Ainon
Mohd & Abdullah Hassan, iaitu: “ Kita tidak akan
dapat menggali lubang-lubang baru di tempat-
tempat lain kalau kita asyik menggali lubang
yang ada supaya lebih dalam lagi” (Ainon Mohd &
Abdullah Hassan, 1996).”
Teknik Perkaitan  Berlaku dalam proses sumbangsaran (aktiviti
perbincangan kumpulan).
Bebas
 Contohnya dalam PdP, guru boleh
membincangkan satu topik perbincangan
berkaitan isu semasa. Murid-murid bebas
menghasilkan idea atau pandangan. Idea-idea
dan pandangan ini direkodkan sebelum
mengemukakan pendirian tentang keputusan
permasalahan yang dibincangkan kepada
guru. Keputusan yang dihasilkan adalah
keputusan bersama.
 Teknik ini menggalak pemikiran kreatif dalam
kalangan murid-murid dan meningkatkan
kemahiran kognitif murid.
Kaedah ‘Reversal’  Kaedah yang digunakan untuk menilai
sesuatu keadaan yang biasa secara terbalik.

 Murid-murid tidak perlu mencari jawapam


yang betul tetapi penyusunan maklumat akan
menggalakkan mereka melihat cara-cara
yang berbeza untuk menilai sesuatu situasi.
Kaedah Objek Fokal  Murid-murid memilih sesuatu objek secara
rawak dan mengaitkan objek tersebut dengan
masalah yang dikaji.
Kaedah Cabaran  Murid-murid mencabar cara-cara atau
perkara- perkara yang dilakukan dengan
keadaan sedia ada.

 Tidak bermaksud cara yang sedia ada adalah


salah tetapi untuk menggalakkan konsep
“pemikiran di luar kotak”.
Kaedah Menganalisa  Proses ini memecahkan masalah kepada
Masalah bahagian- bahagian yang lebih kecil.

 Seseorang murid dapat menyusun semula


situasi dengan meletakkan bahagian lebih
kecil menggunakan cara yang baru dan
berbeza antara seorang individu dengan
individu yang lain.
Teknik Merangsang  Guru-guru mesti menggalak murid-murid
Kepelbagaian untuk menyelesaikan masalah melalui
pelbagai perspektif dengan cara-cara
Pemikiran Murid
memecahkan sesuatu masalah kepada
Berdasarkan bahagian-bahagian yang lebih kecil dan
Pemikiran Lateral meletakkannya semula untuk melihat
penyelesaian yang unik dan berbeza.

 Kaedah yang boleh digunakan ialah


menyediakan senarai rujuk sesuatu masalah,
permainan dan latihan, kaedah metafor dan
analogi (persamaan dan perbandingan).
Garis Panduan 1. Sentiasa bersikap positif dan konstruktif.
diberikan oleh De Bono 2. Fikir perlahan-lahan dan secara mudah; jangan
memudahkan sesuatu perkara.
Dalam Membuat 3. Lupakan ego; jangan biarkannya masuk campur
Keputusan bila berfikir.
Menyelesaikan Masalah 4. Tentukan tujuan berfikir.
5. Tukar gear otak”; tentukan bila untuk pemikiran
logik dan bila untuk pemikiran kreatif.
6. Tentukan hasil yang hendak dicapai.
7. Sentiasa fikirkan alternatif yang lain.
8. Beri tempat kepada perasaan.
9. Tukar ganti pemikirann secara luas dan secara
terperinci.
10. Bezakan antara yang sepatutnya dengan yang
mungkin.
11. Ambil kira semua pendapat.
12. Semua jenis tindakan melibatkan nilai.
PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL
Apa Itu Pemikiran  Pemikiran Komputasional atau
pun Computational Thinking merupakan proses
Komputasional? pemikiran yang melibatkan pencarian formula
pada permasalahan dan menyatakan
penyelesaian seperti yang dilaksanakan oleh
sebuah komputer
 Secara umumnya, pemikiran komputasional
melibatkan beberapa peringkat.
1. Memformulakan masalah (pengabstrakan)
2. Menyatakan penyelesaian (automasi)
3. Melaksana dan menilai penyelesaian (analisa)

 Sejarah pemikiran komputasional sebenarnya


dikesan sejak 1950, tetapi kebanyakan ideanya
adalah jauh lebih lama. Tetapi istilah
computational thinking ini buat pertama kalinya
digunakan oleh Seymour Papert pada tahun 1980.
 Ciri utama yang mendefinisikan pemikiran komputasional adalah:
1. Decomposition (Penguraian)
2. Pattern recognition (Pengecaman Corak) / data representation
(perwakilan data)
3. Generalization (Generalisasi) / abstraction (abstrak)
4. Algorithms
 Dengan menguraikan permasalahan,
mengenalpasti pembolehubah yang terlibat dalam
perwakilan data, dan mencipta algoritma, suatu
penyelesaian yang generik akan diperolehi.

 Penyelesaian generik bermaksud pernyataan


umum yang dapat digunakan bagi menyelesaikan
pelbagai variasi isu pokok
Pemikiran  Pelaksanaan Computational Thinking dalam
pendidikan boleh dalam dua bentuk: iaitu terus
Komputasional dalam kelas sains komputer atau pun melalui
Dalam Pendidikan penggunaan teknik pemikiran komputasional
dalam subjek lain.

 Guru STEM yang menggunakan pemikiran


komputasional dalam kelas terpilih,
membolehkan pelajar mengamalkan kemahiran
penyelesaian masalah, seperti trial and error.

 Bagi guru yang berminat menambah ilmu dalam


bidang Computational Thinking, boleh lah juga
mendaftarkan diri untuk kursus online
Computational Thinking for Educators yang
dianjurkan oleh Google.
 Dalam kursus online ini bertujuan membantu
guru mempelajari mengenai Pemikiran
Komputasional, bagaimana ianya berbeza dengan
sains komputer, dan bagaimanakah ianya boleh
diintegrasikan kepada pelbagai subjek.

 Peserta kursus online ini akan dapat


meningkatkan kesedaran terhadap Pemikiran
Komputasional dan meneliti pelbagai contoh
bagaimana mahu mengintegrasikan Pemikiran
Komputasional dalam subjek.
TERIMA KASIH
Semoga Bermanfaat Perkongsian ini…

Anda mungkin juga menyukai