Anda di halaman 1dari 47

PEMIKIRAN

3.0 Pengenalan
Pemikiran
• Terminologi - kegiatan
manusia meneliti sesuatu
pengetahuan yang telah
ada dengan menggunakan
akalnya untuk
mendapatkan atau
menyatakan pengetahuan
yang baru atau yang lain.
Pemikiran
Pemikiran Pemikiran Tidak
Langsung Langsung
• Hanya menggunakan satu Pemikiran yang
pendekatan pemikiran menggunakan pelbagai
atau terus membuat dimensi dalam membuat
kesimpulan daripada kesimpulan atau
sesuatu perkara.
keputusan
3.1 Konsep Pemikiran

• Proses membina ilmu dan


kefahaman yang melibatkan aktiviti
mental dalam otak manusia.
• Otak manusia akan bertindak
dengan usaha memahami
rangsangan luar yang diterima
melalui deria, membentuk konsep,
membuat tafsiran dan tindak balas
berdasarkan pengalaman yang
sedia ada dalam ingatan.
3.1 Konsep Pemikiran
3.1 Literatur Pemikiran

• Teori dan definisi pemikiran dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi;


- Dewey (1910), menghuraikan pemikiran sebagai aktiviti mental dalam
sesuatu proses untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
- Davidoff (1979), melihat pemikiran sebagai penggunaan simbol,
gambar, perkataan, pengamatan dan konsep.
- Wiliam W. Wilen (1994), mentafsirkan pemikiran sebagai proses
dalaman yang pantas secara sedar atau tidak sedar, terhadap
rangsangan luar yang diterima melalui deria.
Apa yang diperlukan untuk membaiki basikal
ini?
3.2 Pemikiran mempunyai alat

• Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir merupakan instrumen


yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih
sistematik dan berkesan.
• Penguasaan pelajar dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan
melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai dengan pengajaran dan
pembelajaran.
3.2 Alat Pemikiran

• Antara alat berfikir digunakan;


- Soalan dan Penyoalan
- Pengurusan Grafik
- CoRT (Cognitive Research Trust)
- Peta minda
- i-Think (Inovative Thinking)
3.2 Alat Pemikiran

• Soalan dan Penyoalan

Soalan Bertumpu Soalan Bercapah


Aras rendah Aras tinggi
Jawapan atau respon terhad Jawapan atau respon yang luas
Berbentuk tertutup Berbentuk terbuka
Sesuai menguji daya ingatan Sesuai menguji penaakulan dan
pentafsiran
Lebih bersifat objektif Lebih bersifat subjektif

Jadual 3.1: Soalan bertumpu dan bercapah


3.2 Alat Pemikiran
• Pengurusan Grafik
- meliputi garis, bulatan, gambar dan
perkataan. Melalui pengurusan grafik
guru dapat:
(i) Merancang dan meyusun idea.
(ii) Memahami proses pemikiran kendiri.
(iii) Menterjemah pemikiran tersirat
kepada bentuk tersurat.
(iv) Menghubungkan semua maklumat
dan memvariasikan cara penghubung
maklumat tersebut.
Mari kita berfikir
Planet bumi kehabisan oksigen. Dalam misi menyelamat anda dapati semua makhluk telah
mati. Tiba-tiba anda menjumpai sekumpulan 10 orang rakyat masih selamat. Anda ingin
membawa mereka ke planet baru yang tidak berpenghuni. Tetapi roket hanya dapat
memuatkan 8 orang sahaja.
Pilih 8 antara yang berikut:
1. Ibu mengandung
2. Doktor
3. Guru
4. Tentera
5. Saintis
6. Petani
7. Nelayan
8. Imam
9. Jurutera
10. Seorang kanak-kanak berkeperluan khas (anak kepada ibu mengandung)
3.2 Alat Pemikiran
• CoRT (Cognitive Research Trust)
- dipelopori oleh Edward de Bono.
- menggalakkan individu berfikir dengan cara yang meluas atau
pelbagai dimensi.
- terdapat enam alat befikir yang boleh digunakan dalam proses
berfikir untuk meluaskan persepsi sebelum membuat
keputusan atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
• CoRT (Cognitive Research Trust)
- Kaedah CoRT juga dikenali dengan nama enam topi pemikiran.
- Kaedah berfikir secara parallel ini bertujuan untuk meluaskan perspektif,
melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut dan masa yang berlainan,
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang terbaik.
- Melalui enam topi pemikiran ini, setiap pemikiran dianalogi kepada topi
yang mempunyai warna-warna tertentu.

- Sila rujuk GC anda ke tontonan video


• CoRT (Cognitive Research Trust)
Alat-alat tersebut ialah:
1. CoRT I: Perluasan Persepsi (Breadth)
2. CoRT II: Organisasi Proses Berfikir
(Organisation)
3. CoRT III: Interaksi, Argumen & Pemikiran
Kritis (Interaction)
4. CoRT IV: Pemikiran Kreatif (Creativity)
5. CoRT V: Maklumat & Perasaan
(Information)
6. CoRT VI: Tindakan (Action)

https://www.youtube.com/watch?
v=W3aWduLGM5I
3.2 Peta Minda
3.2 i-Think (Inovative Thinking)

- Merupakan program yang dilaksanakan untuk mempertingkatkan dan


membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar.
- Program ini juga diharap dapat menghasilkan pelajar yang berinovatif serta
berupaya menangani pelbagai cabaran masa kini dan akan datang dengan
membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
- Peta Pemikiran I-Think ini juga merupakan salah satu alat berfikir yang menjadi
pemangkin untuk penerapan KBAT dalam kalangan murid.

- Sila rujuk GC
3.3 JENIS PEMIKIRAN

• Jenis Pemikiran
- Jenis pemikiran boleh digolongkan dalam tiga konsep yang berlainan
dan biasanya dilihat daripada perspektif situasi, perspektif
perkembangan dan perspektif intelek.
3.3 Jenis Pemikiran
3.3.1 Pemikiran Konvergen dan Divergen

- Mengikut Free Dictionary, pemikiran konvergen dimaksudkan sebagai


pemikiran yang membawa maklumat bertumpu kepada penyelesaian
sesuatu masalah.
- satu proses yang menggabungkan idea-idea yang berlainan
berdasarkan tema yang tertentu dalam satu struktur yang tersusun dan
yang boleh difahami.
- Pemikiran konvergen menjuruskan kepada satu penyelesaian sahaja,
dan digunakan dengan kerap dalam penyelesaian ujian-ujian aneka
jawapan.
3.3 Jenis Pemikiran
3.3.1 Pemikiran Konvergen dan Divergen

• Pemikiran Konvergen
- Murid-murid yang pandai mengamalkan pemikiran konvergen ialah
mereka yang dapat mengintegrasikan maklumat daripada pelbagai
sumber yang membentuk satu penyelesaian yang betul.
- pemikiran konvergen sangat sesuai diaplikasikan dalam mata
pelajaran Sains.
- Pemikiran ini juga banyak diuji dalam peperiksaan-peperiksaan awam.
3.3 Jenis Pemikiran
3.3.1 Pemikiran Konvergen dan Divergen

• Pemikiran Divergen
- diertikan sebagai pemikiran kreatif.
- memerlukan seseorang berfikir secara kreatif terhadap masalah yang unik
dan mempunyai jawapan yang banyak dan pelbagai.
- proses pemikiran divergen, individu yang berkenaan tidak lagi dikongkong
oleh pengetahuan atau pengalaman sedia ada, tetapi berfikir secara kreatif
untuk mencari idea baru yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang
mempunyai pelbagai jawapan.
- Pemikiran divergen harus berlaku dalam persekitaran yang spontan dan
murid-murid harus diberi peluang untuk mengeluarkan idea-idea tanpa apa-
apa sekatan.
3.3 Jenis Pemikiran
3.3.2 Pemikiran Kritikal, Reflektif dan Lateral

• Pemikiran Kritikal
- Bloom (1956) menghuraikan pemikiran kritis melibatkan aktiviti mental secara
analisis, sintesis dan penilaian.
- Menurut Nik Aziz (1994), secara kasar pemikiran kritis ialah pemikiran yang
meletakkan logik antara gerak hati dengan tindakan.
- pemikiran kritis, iaitu usaha berfikir yang dilakukan untuk diri sendiri (thinking of
oneself) (Eugene and James, 1991).
- Usaha berfikir yang dilakukan untuk diri sendiri (thinking oneself) bermaksud setiap
individu harus memikirkan sesuatu isu / masalah yang telah, sedang dan akan
berlaku berdasarkan pemikiran sendiri, tanpa dipengaruhi oleh pemikiran orang lain.
- Pemikir yang kritis selalunya akan hanyut dalam arus kekeliruan antara realiti dan
ideal.
3.3 Jenis Pemikiran
3.3.2 Pemikiran Kritikal, Reflektif dan Lateral

• Pemikiran Reflektif
- satu cara pemikiran untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara
peringkat, kritis, kreatif, imbas kembali pengalaman yang berkaitan dan
penilaian terhadap kemungkinan penyelesaian atau refleksi.
- Wilson J & Wing Jan L (1993) pula, menyatakan pemikiran reflektif
berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain iaitu
pemikiran kritis dan kreatif yang digunakan sebagai pendekatan
penyelesaian masalah.
- Komponen dan proses pemikiran reflektif yang boleh digunakan dalam
menyelesaikan sesuatu masalah ialah melalui beberapa peringkat.
3.3 Jenis Pemikiran
3.3.2 Pemikiran Kritikal, Reflektif dan Lateral

• Pemikiran Reflektif
- peringkat membaca dan mentafsir maklumat dengan cara memahami masalah melalui
pemikiran kognitif.
- proses menentu dan menyusun maklumat dengan cara memproses dan menganalisis
data dengan pemikiran secara kritis.
- mencari hubungan masalah dengan cara mengingat kembali perhubungan pengalaman-
pengalaman yang sedia ada dengan penyelesaian masalah melalui cadangan hipotesis.
- Semasa membuat cadangan hipotesis, pemikiran kritis dan kreatif digunakan untuk
mencari idea yang baru berpandukan pemikiran sedia ada dan mencari pelbagai
kemungkinan penyelesaian bagi masalah tersebut.
- Kemungkinan-kemungkinan ini hendaklah dinilai menggunakan pemikiran refleksi untuk
membuat keputusan atau menetapkan sesuatu tindakan.
3.3 Jenis Pemikiran
3.3.2 Pemikiran Kritikal, Reflektif dan Lateral

• Pemikiran Lateral
- satu cara penyelesaian masalah yang menggunakan daya imaginasi dan bukan
secara logik atau tradisional.
- diasaskan oleh Edward De Bono yang merupakan seorang pakar dalam bidang
perubatan dan pemikiran.
- Terdapat beberapa faktor penting yang diambil kira dalam pemikiran ialah mengenal
pasti idea-idea dominan utama dalam masalah yang dihadapi.
- Kedua, melihat sesuatu masalah daripada sudut-sudut yang berlainan.
- Ketiga melonggarkan cara-cara dalam pemikiran yang terkawal, dan
- keempat menggunakan idea-idea yang diberikan oleh orang dalam membuat
penyelesaian masalah.
3.3 Jenis Pemikiran
3.3.2 Pemikiran Kritikal, Reflektif dan Lateral

De Bono juga memperkenalkan teori lima prinsip Revolusi Positif yang


untuk mengatasi sifat-sifat negatif berdasarkan konsep lima jari tangan
manusia iaitu;
- Ibu jari melambangkan keberkesanan (effectiveness),
- jari telunjuk melambangkan sikap membina (constractive),
- jari tengah melambangkan sikap menghormati (respect),
- jari manis melambangkan pembaikan diri (self-impowerment) dan
- jari kelingking melambangkan sumbangan (contribution).
3.3 Jenis Pemikiran
3.3.2 Pemikiran Kritikal, Reflektif dan Lateral

• 5 teknik pemikiran yang digunakan dalam permikiran lateral;


- teknik perkaitan bebas, teknik "reversal", kaedah cabaran, dan
menganalisis masalah. Teknik perkaitan bebas biasanya berlaku dalam
proses sumbang saran.
- Teknik pemikiran lateral yang digunakan dalam bilik darjah ini dapat
menggalakkan proses pemikiran kreatif dan meningkatkan kemahiran
kognitif murid-murid.
- Dr. Edward De Bono juga telah memperkenalkan “CoRT (Cognitive
Research Trust)" dalam menyelesaikan permasalahan dengan cekap
dan berkesan
3.3 Jenis Pemikiran
3.3.2 Pemikiran Kritikal, Reflektif dan Lateral

- Terdapat tujuh teknik yang diperkenalkan oleh beliau iaitu; PMI, AGO,
APC, CAF, OPV, C&S, dan FIP.
1. PMI (Plus, Minus, Interesting) ialah konsep perkara-perkara yang
baik, buruk dan menarik. Ianya bertujuan untuk meluaskan persepsi
dan memaksa seseorang berhenti dan berfikir sejenak sebelum
membuat keputusan yang drastik.
2. AGO (Aims, Goals, Objectives) adalah matlamat, tujuan dan objektif.
Konsep ini dapat meluaskan sudut pandangan dan membantu dalam
mengingatkan tujuan asal berfikir serta dapat membantu seseorang
berfikir secara terfokus.
3.3 Jenis Pemikiran
3.3.2 Pemikiran Kritikal, Reflektif dan Lateral

3. APC (Alternatives, Possibilities, Choice), ia merupakan alternatif,


kemungkinan dan pilihan yang membolehkan seseorang melihat perkara yang
sama dari pelbagai sudut pandangan. Konsep ini juga membuatkan seseorang
memikirkan beberapa tindakan yang patut dibuat dan membolehkan
seseorang mencari cara lain bagi menyelesaikan masalah yang sama.
4. CAF (Consider All Factors) adalah konsep yang mengambil kira semua faktor.
Ia digunakan oleh seseorang untuk meluaskan sudut pandangan dan
membantu seseorang mengarahkan minda ke semua arah yang penting.
5. Manakala, OPV (Other People's View’s) adalah konsep pandangan orang lain
iaitu membantu seseorang untuk memahami sudut pandangan orang lain
serta dapat membantu seseorang dalam meluaskan lagi pandangannya.
3.3 Jenis Pemikiran
3.3.2 Pemikiran Kritikal, Reflektif dan Lateral

6. C&S (Consequence and Sequel) ialah kesan dan akibatnya yang dapat
membantu seseorang melihat jauh ke hadapan dan digunakan oleh
seorang untuk membuat penilaian.
7. FIP (First Important Priorities) adalah keutamaan-keutamaan yang
perlu diutamakan atau didahulukan. Konsep ini mengingatkan
seseorang mengambil kira perkara-perkara yang penting serta dapat
membantu seseorang untuk berfikir secara terfokus.
3.3 Jenis Pemikiran
3.3.3 Pemikiran Komputasional

• Pemikiran Komputasiotal atau Computational Thinking (CT) ialah proses


penyelesaian masalah yang merangkumi beberapa ciri dan perwatakan.
- Menurut pencetus dan pengasas pemikiran komputasional, Jeannate M
Wing, pemikiran ini boleh ditafsirkan sebagai "membina kuasa dan proses
penyelesaian secara pengkomputeran, sama ada dilaksanakan oleh manusia
atau mesin".
- CT merupakan satu set konsep, aplikasi, perkakasan dan kemahiran sains
komputer yang membantu manusia memahami tingkah laku manusia
menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian serta
mereka bentuk sistem (The National Academic Press, 2010).
3.3 Jenis Pemikiran
3.3.3 Pemikiran Komputasional

Konsep Asas
- satu kemahiran yang boleh diguna
pakai untuk memahami bagaimana
sesuatu perkara itu boleh terjadi
dengan sistematik dan logik.
3.3 Jenis Pemikiran
3.3.3 Pemikiran Komputasional

• Mengapa CT Penting
- Ia penting dalam memahami dunia kini yang berkembang dengan luas
secara digital.
-Pemikiran Komputasional merupakan kaedah literasi baru abad ke-21
kerana proses berfikir yang terlibat dalam kaedah tersebut dapat
merumuskan formula masalah dan supaya penyelesaian masalah dapat
diwakili dalam bentuk yang berkesan yang ditunjukkan oleh agen
pemprosesan maklumat (Swaid, 2015).
3.4 Model Metakognitif
• Metakognitif bermaksud berfikir tentang pemikiran.
- Sistem pengurusan minda kita dipanggil metakognisi.
- Dua kebolehan metakognisis kita ialah;
i. memantau prestasi tugasan secara sedar dan menumpukan perhatian kepada
komponen pemikiran seperti menjalankan tugas dengan teratur dan membaiki
kelemahan.
ii. memilih dan memahami strategi pemikiran yang mengaitkan pengalaman sedia ada
dengan cara berfikir yang sedang digunakan dan berusaha membaiki strategi pemikiran.
- Strategi pemikiran metakognitif berupaya membantu murid melaksanakan tugasan dengan
lebih berkesan (Metcalfe & Shimamura, 1994).
- Murid seharusnya dapat mengawal pemikiran bagi merancang, memantau dan menilai apa
yang dipelajari.
3.4 Model Metakognitif
3.4.1 Carta KWL (Know, Want To Know, Learned)

• Kaedah membaca KWL (Know, Want To Know Learned) adalah


singkatan dari;
-K (Know) apa yang telah diketahui (sebelum membaca),
-W (Want) apa yang hendak diketahui (sebelum membaca), dan
-L (Learned) apa yang telah diketahui (setelah membaca).
Strategi membaca KWL menjadikan murid-murid menjadi aktif pada
saat sebelum membaca, saat membaca dan sesudah membaca (Dixon-
Krauss, 1996).
3.4 Model Metakognitif
3.4.1 Carta KWL (Know, Want To Know, Learned)

• KWL diperkenalkan oleh Donna Ogle pada tahun 1986. Kaedah ini
adalah suatu teknik membaca kritis,
-Kaedah membaca KWL membantu murid untuk memikirkan informasi
baru yang diterima dan juga dapat meningkatkan kemampuan murid
mengemukakan pelbagai pertanyaan tentang berbagai topik.
3.4 Model Metakognitif
3.4.1 Carta KWL (Know, Want To
Know, Learned)

• Teknik KWL
-Pelaksanaan teknik KWL dalam
bilik darjah atau pun
penggunaannya secara individu
bertujuan untuk pembacaan
secara kritikal tertumpu kepada
penggunaan jadual KWL.
3.4 Model Metakognitif
3.4.1 Carta KWL (Know, Want To Know, Learned)

• Teknik KWL
-Pelaksanaan teknik KWL dalam bilik darjah atau pun penggunaannya secara individu bertujuan untuk
pembacaan secara kritikal tertumpu kepada penggunaan jadual KWL.
3.4 Model Metakognitif
3.4.2 IDEAL ( Identify, Define, Explore / Evaluate, Act, Look and Learn)

- 1984, Bransford dan Stein mengemukakan satu kaedah penyelesaian


masalah yang boleh digunakan dalam industri dan pendidikan untuk
membantu pelbagu pelajar menyelesaikan masalah, menjana
penyelesaian, dan bergerak ke hadapan dengan cepat dan cekap.
- Mereka mengemukakan kaedah penyelesaian masalah dengan
mengikuti model IDEAL.
- Kaedah penyelesaian masalah menggunakan model IDEAL adalah satu
altenatif untuk mengajar murid menghadapi situasi yang sukar dengan
lebih baik.
3.4 Model Metakognitif
3.4.2 IDEAL ( Identify, Define, Explore / Evaluate, Act, Look and Learn)

Cadangan Langkah Penyelesaian Masalah dengan


Menggunakan Kaedah IDEAL
(b)Tanya diri sendiri dan tanya orang lain.
a. Menyelesaikan masalah gunakan konsep IDEAL.
(c)Berilah pujian ke atas semua usaha yang telah
dilakukan (termasuk usaha anda sendiri)
(d)Langkah I.D.E.A.L - melibatkan proses membuat
keputusan yang tepat.
Langkah-langkah
3.4 Model Metakognitif dalam Mengatasi Masalah yang Dihadapi:
3.4.2 IDEAL ( Identify, Define, Explore / Evaluate, Act, Look and Learn)

a) Memahami masalah.
(b) Tanya diri anda bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang
dihadapi.
(c) Senaraikan penyelesaian masalah sebanyak mungkin. (rujuk rajah
Ishikawa).
- Diagram Ishikawa sering juga disebut sebagai diagram "sebab-akibat"
atau diagram "tulang ikan".
- Diagram ini dapat menyusun sumber-sumber penyebab dari suatu
masalah. Rajah ini diasaskan oleh Kaoru Ishikawa (1960) iaitu seorang
pembuat alat-a1at berkaitan dengan mesin-mesin pemprosesan.
- Fungsi utama diagram Ishikawa adalah untuk mendapatkan beberapa
idea utama yang memberikan sumbangan paling signifikan terhadap
masalah yang sedang dihadapi.
3.4 Model Metakognitif
3.4.2 IDEAL ( Identify, Define, Explore / Evaluate, Act, Look and Learn)

• Dalam menyelesaikan masalah kita perlu meluangkan lebih banyak masa kepada melaksanakan
tindakan.
• Latih diri untuk melakukan perkara yang mampu dilaksanakan untuk mengatasi masalah yang
dihadapi.
- tindakan berterusan. Catatkan perkembangan yang telah dicapai.
- baca semula catatan yang telah dibuat supaya DIRI KITA makin bersemangat untuk
menyelesaikannya.
- kita juga digalakkan menyelesaikan pelbagai isu atau permasalahan secara bermentor atau
berkumpulan. Perkongsian idea dalam menyelesaikan masalah memberi ruang untuk individu
mendapat sokongan selain percambahan pilihan atau pemikiran dalam menyelesaikan masalah.
Pilih rakan kelompok yang benar-benar boleh dipercayai serta bersedia untuk membantu antara
satu sama lain.
- Pendekatan Coping Skill dan adjustment (Holmes and Rahe, 1967) boleh digunakan untuk individu
yang mengalami kesukaran atau buntu dalam menyelesaikan masalah.
Rumusan
• Pemikiran menyumbang kepada sesuatu penyampaian maklumat
kepada individu lain atau sesama manusia.
• Pemikiran matang dan professional adalah pemikiran yang
disesuaikan dengan sesuatu keadaan dan persekitaran komunikasi.
• Hal yang demikian mampu mengelakkan sesuatu masalah timbul yang
akan menjejaskan kelangsungan penyampaian maklumat seperti salah
faham, ketidakpercayaan, bersikap terlutup dan sebagainya.
Sekian
Selamat Maju Jaya

Anda mungkin juga menyukai