Anda di halaman 1dari 6

PEMIKIRAN KONVERGEN

PEMIKIRAN KONVERGEN (GUILFORT 1976)


Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah salah satu jenis daya berfikir. Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada. Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis. Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membezakan. Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan / pengalaman sedia ada.

MENERAPKAN PEMIKIRAN KONVERGEN KEPADA ANAK-ANAK


Anak yang kreatif adalah anak yang bermain secara fungsian ertinya mampu mengembangkan permainan dan juga menciptakan method baru dalam permainan tersebut. Anak kreatif juga cenderung eksplorasi dan dinamik, tidak selalu terpaku pada pola rutin atau satu pola saja. Umumnya anak kreatif cenderung fleksibel dalam cara berfikirnya. Kreativiti merupakan salah satu aspek kecerdasan. Namun, tak semua anak cerdas dikatakan kreatif. Anak dengan nilai IQ tinggi tak selalu memiliki kreativiti yang tinggi. Ujian IQ mengukur pemikiran konvergen, iaitu anak berpikir hanya pada satu jawaban yang benar saja. Jenis pemikiran ini diperlukan untuk menyelesaikan tugasan sekolah yang banyak. Anak yang ber-IQ tinggi cenderung mendapat hasil yang baik dalam ujian di sekolah. Anak cerdas belum tentu kreatif namun anak kreatif sudah pastinya cerdas. Kerana semakin banyak anak kita melakukan sesuatu yang boleh memanipulasikan otak, maka kemampuan memori dan kognitifnya pun akan terus terasah. Besar kemungkinannya anak kreatif juga bijak di sekolah.

Pemikiran Lateral Kreativiti berkaitan dengan kemampuan pemikiran divergen (devergent thinking). Iaitu, kemampuan untuk berfikir dari berbagai sudut dan pandangan, memikirkan berbagai kemungkinan yang dapat dilakukan untuk menyelesaikan suatu permasalahan (berfikiran lateral). Dengan kemampuan ini, anak kita memiliki berbagai cara penyelesaian saat menghadapi suatu persoalan. Mungkin saja cara yang difikirkannya belum pernah terfikir dan dicuba orang lain, sehingga kita nampak potensinya sebagai anak yang kreatif. Kecerdasan, kreativiti biasanya menonjol pada suatu bidang tertentu dan bidang lainnya yang berkaitan. Terdapat bidang yang dapat memberikan kesempatan yang lebih luas dalam penerapan kreativiti, misalnya bidang seni. Bidan Matematik juga memerlukan kemampuan berpikir divergen dan kreativiti dalam langkah-langkah penyelesaian masalahnya. Untuk dapat menyelesaikan persoalan matematik yang rumit, kemampuan berfikir divergen dan kreativiti semasa melakukan langkah-langkah penyelesaian.

Menurut Dorothy Einon, psikologi dari University College, London, dalam bukunya Creative Child, kreativiti pada anak bukanlah boleh didapati dari sumbangan genetik ibubapa atau keluarganya. Namun, budaya pola didikan anak serta lingkungan orang yang memelihara keterampilan kita boleh diturunkan kepada anak. Sayangnya, seringkali persekitaran menghalangi kreativiti anak dari dapat berkembang. Seiring dengan perkembangan kemampuan berfikirnya, anak kita dapat mulai mengembangkan kemampuan berfikir divergen serta kreativitinya mulai dari usia 2 tahun. Pada usia tersebut, otak anak kita mulai mengalami peningkatan sampai 70-90 peratus dari berat otak manusia dewasa. Di masa ini anak mengembangkan keterampilan yang bervariasi, termasuk didalamnya kemampuan berfikir logik dan imaginasi. Dua kemampuan ini sangat berperanan penting dalam perkembangan kreativiti.

Pemikiran konvergen berkembang secara langsung atau terus mengalaminya, sedangkan pemikiran divergen tidak berkembang dengan sendirinya. Namun, dengan bantuan dari persekitaran, iaitu ibubapa dan cara didikannya. Tugas ibubapa yang paling penting adalah memberikan kemudahan dan kesempatan untuk mengembangkan kemampuan berfikirnya supaya sesuai dengan tahap perkembangan yang perlu dimilikinya. Terdapat banyak kegiatan yang dapat dilakukan ibubapa dalam mengembangkan kemampuan berfikir sekaligus meningkatkan kreativiti anak sesuai dengan tahap usianya.

Anda mungkin juga menyukai