Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan

Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan yang harus dikuasai oleh setiap pelajar
untuk mengumpul, menganalisis, merumus info-info secara kendiri dan berterusan untuk
tujuan pembelajaran sepanjang hayat. Cara belajar yang paling berkesan sebenarnya
dengan mengaplikasi pelbagai kombinasi strategi dan kemahiran belajar. Justeru, kejayaan
akan mudah dikecapi. Kemahiran belajar merangkumi beberapa teknik iaitu kemahiran
membaca, kemahiran mengambil dan mencatat nota, kemahiran mendengar, kemahiran
menghafal dan kemahiran berfikir. Menurut (Anita E.Woolfolk, 2010) pula, pembelajaran
adalah  proses perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku seseorang berdasarkan
pengalaman yang pernah dialami.

Perancangan pengurusan kemahiran belajar persendirian

Penulis mempunyai matlamat kendiri iaitu mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Penulis akan menyediakan jadual waktu belajar untuk mengulang kaji setiap
hari. Ketika mempunyai masa senggang, penullis akan pergi ke perpustakaan untuk belajar
dan mengulang kaji kerana tempat tersebut selesa dan senyap. Penulis juga membuat
soalan-soalan di laman sesawang untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman
mengenai topik-topik tertentu.

Konsep mengambil dan mencatat nota

Seterusnya, apakah itu nota? Nota ialah sesuatu benda yang dicatat oleh seseorang
pelajar semasa proses pengajaran atau pembelajaran. Nota juga boleh dijadikan sebagai
peringatan contohnya sewaktu kita membeli-belah di pusat beli-belah. Nota kecil boleh
dirujuk semula untuk mengingatkan semula info-info yang kita telah lupa. Nota juga boleh
dijadikan bahan rujukan. Contohnya sewaktu peperiksaan, kita mengimbas kembali
makllumat-maklumat penting atau fakta yang kita telah lupa melalui pembacaan nota dan
bergabung dengan cara berfikir, imaginasi untuk menguatkan lagi daya ingatan kita. Nota
juga merupakan sesuatu seni kerana bergantung kepada kreativiti kita bagaimana kita
hendak membuat nota tersebut.
Kemahiran mengambil dan mencatat nota bermaksud cara-cara kita menginterpretasikan
maklumat-maklumat dan merumuskannya kepada bentuk yang lebih ringkas, lebih mudah
difahami lalu mencatatkannya pada sesuatu benda seperti kertas, memo, buku dan lain-lain
berdasarkan kreativiti masing-masing untuk meningkatkan lagi daya tarikan nota tersebut.
Langkah-langkah pengambilan nota secara efektif adalah mengetahui idea utama. Idea
utama adalah penting kerana ia merupakan akar untuk penumbuhan idea-idea sampingan.
Tambahan pula, kita perlu mengenalpasti maklumat yang sesuai untuk ditulis. Kita perlu
pastikan bahawa maklumat-maklumat tersebut relevan dengan idea utama. Subjek Sejarah,
kita perlu mencari bukti di laman sesawang untuk memastikan kesahihan sesuatu maklumat
sebelum mencatatkannya. Selepas siap sedia dengan bahan-bahan dan maklumat-
maklumat yang ada, barulah kita mencatat nota. Sebelum itu, kita perlu mengetahui jenis-
jenis nota contohnya anotasi, nota garis panduan,nota kolum dan nota rumusan. Contoh-
contoh jenis nota boleh rujuk pada gambar 1.1, 1.2, dan 1.3.

Definisi dan konsep kemahiran berfikir

Menurut (George, 1970), kemahiran berfikir adalah pemikiran sebagai suatu proses
penyelesaian masalah dan pelakuan semula jadi yang kompleks. Menurut (Edward de Bono,
1976), pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang bermaksud
penyelesaian masalah berdasarkan pemikiran dan penglihatan dari pelbagai perspektif.
(Meyer, 1977), pula berpendapat bahawa pemikiran adalah penglibatan pengelolaan
operasi-operasi mental dan berlakunya sistem kognitif yang membantu dalam penyelesaian
masalah. Menurut kepada (Fraenkel & Wallen, 1980) pula, pemikiran adalah proses
pencarian makna, pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan
dan juga untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam minda. Secara amnya bahawa
kemahiran berfikir bererti “Pemikiran ialah proses di mana minda berfungsi dengan aktif
untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan
idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses
yang dialami”. Proses berfikir selalunya berlaku ketika kita curiga terhadap sesuatu benda,
contohnya ketika kita melihat produk baharu, minda kita secara tidak langsung
mengeluarkan beberapa pertanyaan seperti apakah objek itu? Apakah kegunaanya?
Bagaimanakah hendak menggunakannya? Adakah ia memberi manfaat kepada kita?  
Konsep Kemahiran Berfikir Kreatif Kritis (KBKK)

Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kemahiran kreatif dan
kemahiran kritis selepas itu dengan gabungan antara dua ini dengan proses menaakul maka
terbentuklah strategi berfikir ataupun dikenali sebagai kemahiran berfikir KBKK. Kemahiran
Berfikir Secara Kritis adalah penilaian betapa munasabah dan waras sesuatu idea
berdasarkan bukti yang manasabah agar dapat membuat pertimbangan yang baik. Contoh
berfikir secara kritis adalah membanding dan membezakan, membuat inferens, dan menilai
sesuatu idea. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah keupayaan minda untuk
menghasilkan idea baharu, asli, luar biasa dan dapat diperkembangkan dari masa ke
semasa. Kemahiran tersebut dapat mengembangkan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti
seseorang untuk menghasilkan idea yang baharu. Contoh-contoh berfikir secara kreatif
adalah membuat definisi, menghasilkan dan menjana idea yang pelbagai dan mencipta
metafora. Cara-cara untuk mengembangkan meluaskan idea berdasarkan pendapat (Alex
Osborn, 1963) adalah Ubahkan, Kecilkan, Besarkan, Gantikan, Atur semula, Terbalikkan,
dan Gabungkan. Alat-alat berfikir adalah penggerak minda. Alat-alat tersebut adalah sebuah
panduan untuk memudahkan dan pada masa yang sama mendorong para pelajar untuk
mengaplikasikan kemahiran berfikir KBKK.

Contoh-contoh alat berfikir KBKK adalah soalan, peta minda, pengurusan grafik dan CoRT
1. Soalan juga mempunyai pelbagai jenis iaitu bertumpu dan bercapah, berlingkaran, kata
tanya, kreatif kritis dan taksonomi Bloom. Soalan bertumpu mempunyai satu jawapan
sahaja, tersurat dan bertujuan mengingkatkan semula dan lebih kepada objektif “Ya” atau
“Tidak”. Soalan bercapah pula mempunyai banyak jawapan, tersirat dan lebih kepada
subjektif. Kata Tanya pula melibatkan persoalan 5W+1H iaitu What, Why, When, Where,
Who dan How. Contoh persoalan 5W+1H. Peta minda pula lebih kepada rangka sebuah
karangan contohnya konsep, tujuan, cara dan bentuk. Pengurusan grafik membantu
menguruskan fikiran lebih kepada visual dan boleh diaplikasikan ketika membuat metafora,
membuat inferens dan lain-lain. Contoh peta minda bolehlah dirujuk melalui gambar rajah
1.4. Contoh pengurusan grafik boleh rujuk gamabr rajah 1.5. Cort1 boleh rujuk gambar rajah
1.6. Gambar rajah 1.7 menunjukkan contoh soalan bertumpu. Gambar rajah 1.8
menunjukkan contoh soalan bercapah. Gambar rajah 1.9 menunjukkan contoh persoalan
5W+1H. Gambar rajah 1.9 menunjukkan contoh persoalan 5W+1H.
Cort1 boleh dibahagikan kepada 7 jenis iaitu Plus+Minus Interesting (PMI), Consider All
Factors (CAF), C&S (Consequence& Sequal), AGO (Aims+Goals+Objectives), FIP (First
Important Priorities), APC (Alternatives Possibilities+Choices) dan OPV (Other People’s
Views)

Gambar rajah 1.6 menunjukkan pengaplikasian Cort1


KONSEP DAN DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIRAN ARAS TINGGI (KBAT)

Peta pemikiran I-Think adalah peta visual yang wujud dalam 8 bentuk iaitu peta bulatan,
peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta dakap, peta alir, peta pelbagai alir, peta
titian. Peta bulatan mendefinisikan mengikut konteks (meningkatkan kosa kata), peta buih
penerangan menggunakan kata atau frasa adjektif (fakta dan pendapat), Peta buih
berganda berfungsi untuk membanding beza (membandingkan sifat manusia), peta pokok
berfungsi untuk membuat pengelasan (mengelaskan kumpulan haiwan), peta dakap pula
menunjukkan hubungan seluruh bahagian dengan jelas (matematik-nilai tempat nombor),
peta alir menggambarkan urutan ( boleh digunakan dalam subjek Sejarah), peta pelbagai
alir menunjukkan sebab dan kesan (meramalkan kejadian) manakala peta titi
menggambarkan analogy (hubungan yang sama ataupun mencari faktor penghubung).
Gambar rajah 2.0 menunjukkan contoh-contoh jenis pemikiran i-Think
Gambar rajah-rajah untuk contoh-contoh jenis peta di atas ada terdapat pada gambar rajah
2.0, 2.1, 2.2, 2.3, 2.4, 2.5 dan 2.6.

Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT) terbahagi kepada dua kategori iaitu aras rendah
dan aras tinggi, Aras pemikiran Bloom yang rendah terdiri daripada pengetahuan dan
kefahaman, manakala aras pemikiran tinggi ialah aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian
dan juga mencipta. Soalan-soalan KBAT selalunya melatih pelajar-pelajar untuk berfikir di
luar kotak contohnya soalan yang meramalkan kemenjadian pada masa depan. Soalan
KBAT amat digalakkan agar pelajar-pelajar mencetus idea baharu untuk menyelesaikan
masalah. Alat-alat berfikir yang telah saya kemukakan di atas sangat efisien untuk
mengambil dan mencatat nota, dengan penggunaan kaedah-kaedah di atas, maka teknik-
teknik pencatatan nota mempunyai banyak variasi.

Implikasi penggunaan alat berfikir dalam membantu belajar berkesan


Implikasi-implikasi penggunaan alat berfikir secara umunya telah meningkatkan
pencapaian akademik para pelajar. Semenjak program KBAT diperkenalkan maka pelajar-
pelajar terdedah dengan teknik pencatatan yang lebih efisien atas bimbingan guru-guru
yang turut membantu pelajar-pelajar untuk mempraktikkan kemahiran-kemahiran tersebut.
Taraf pemikiran generasi akan datang menjadi lebih berkualiti dan tinggi yang mendorong
kepada penciptaan produk-produk baharu. Alat-alat berfikir tersebut melatih pelajar-pelajar
untuk berfikir dengan lebih matang, berpandangan jauh dan menggalakkan imaginasi yang
lebih luas.

Cadangan penambahbaikkan
Penulis berpendapat bahawa Guru-guru boleh juga menyuruh murid-murid untuk
menukarkan dari bentuk teks kepada bentuk visual dan sebaliknya. Guru-guru juga boleh
memberikan satu teks kepada para pelajar lalu menyuruhkan pelajar-pelajar untuk
menukarkannya kepada bentuk visual berbentuk peta buih lalu menyuruhnya mereka untuk
mewarna. Pelajar-pelajar juga boleh menggunakan tanda panah lalu ubahkan bentuk peta
contohnya peta bulatan gantikannya kepada bentuk empat segi, segi tiga dan lain-lain.
Menggabungkan beberapa jenis peta i-Think contohnya perbezaan peristiwa penjajahan di
British menggunakan peta buih lalu peristiwa kronologi menggunakan peta alir dan kaitkan
kedua-dua peta tersebut dengan anak panah.

Kesimpulannya, kemahiran berfikir dengan sokongan alat-alat berfikir melancarkan lagi


pembelajaran dan penyerapan ilmu sepanjang hayat. Kejayaan dapatlah dicapai dengan
mengaplikasikan kombinasi pelbagai kemahiran untuk pengembangan dan pengetahuan
pada tahap optimum.

Anda mungkin juga menyukai