Anda di halaman 1dari 3

Refleksi Diri

Definisi dan Konsep Kesihatan dan Kecergasan Diri

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan di mana fizikal, mental, rohani


dan sosial seseorang tersebut berada dalam keadaan yang sihat dan sempurna. Menurut
Davis (1991), kecergasan ialah kemampuan seseorang individu untuk memenuhi pelbagai
keperluan fizikal dan fisiologi dalam melakukan aktiviti tanpa menyebabkan keletihan yang
keterlaluan. Merujuk kepada Corbin dan Lindsey (1988) pula, mereka mengklasifikasikan
kecergasan kepada dua kategori iaitu kecergasan berlandaskan kesihatan dan kecergasan
berlandaskan perlakuan motor. Aspek kesihatan merangkumi komposisi badan, daya tahan
kardiovaskular, kelenturan, kekuatan otot dan daya tahan otot manakala aspek motor pula
merangkumi kelajuan, ketangkasan, kuasa, imbangan, masa reaksi dan koordinasi.

Pendekatan-pendekatan bagi menyelesaikan masalah kesihatan

Antara masalah kesihatan tertinggi yang dihidapi oleh penduduk Malaysia adalah kencing
manis. Kencing manis merujuk kepada tinggi kandungan glukosa dalam darah terutamanya
selepas pengambilan makanan pada penghidapnya. Kencing manis akan mendorong
kepada masalah kesihatan lain seperti buta, serangan jantung, amputasi dan kerosakan
buah pinggang. Namun masalah tersebut boleh ditangani dengan gaya pemakanan yang
sihat. Gaya pemakanan yang sihat hendaklah menurut piramid makanan iaitu kurangkan
pengambilan makanan-makanan yang manis dan berminyak serta banyakkan pengambilan
sayur-sayuran dan buah-buahan. Di samping itu, kita haruslah bersenam sekurang-
kurangnya 3 kali seminggu untuk menggunakan banyak glukosa pada masa yang sama
mengurangkan pengumpulan glukosa atau gula di dalam badan kita. Contoh aktiviti-aktiviti
adalah berjoging, berbasikal dan senamrobik. Selain itu, kita haruslah berdisiplin iaitu
mematuhi piramid makanan dan mengamal gaya hidup sihat secara konsisten.
Cadangan penambahbaikan pemilihan dan pelaksanaan senaman dan latihan fizikal
dalam menyelesaikan masalah kesihatan dan kecergasan.

Selama saya menjalani kursus ini, saya tahu kelemahan saya iaitu mempunyai masalah
kelenturan. Sewaktu melakukan ujian jangkauan melunjur, badan saya kurang fleksibiliti dan
tidak mampu maju ke depan kerana kaki, tangan dan belakang saya berasa sakit. Oleh itu
terdapat beberapa cara untuk meningkatkan kelenturan badan saya iaitu mengikuti kelas
yoga. Saya akan terdedah dengan pelbagai gerakan dan aktiviti yang mampu melatih dan
meningkatkan kelenturan. Seterusnya, saya akan kerap melakukan senaman regangan
badan yang didahului dengan pemanasan badan. Saya juga akan melakukan latihan tekan
tubi dengan cara yang berbeza contoh sewaktu melakukan tekan tubi, saya akan cuba
sentuh paha saya menggunakan jari tangan. Saya juga akan melibatkan diri dalam aktiviti
gimnastik untuk memaksimakan kelenturan badan saya. Akhir sekali, saya juga boleh
mendaki bukit bersama-sama dengan keluarga atau kawan-kawan kerana mendaki bukit
merangsang sendi-sendi dan otot-tot untuk melentur jadi dapat melatih kelenturan badan.

Pemilihan aktiviti fizikal dan senaman bagi seseorang individu berdasarkan tahap
kesihatan

Individu-individu yang mengalami masalah berlebihan berat badan sesuai melakukan


aktiviti kardiovaskular yang berintensiti tinggi seperti Latihan Fartlek, Latihan Jeda dan
latihan Long Slow Distance. Latihan-latihan tersebut dapat membakar banyak kalori dan
menguraikan banyak glukosa untuk menghasilkan tenaga. Latihan-latihan tersebut juga
dapat membina kelajuan, daya tahan otot dan ketangkasan. Justeru, berat badan yang sihat
dapatlah dikekalkan.

Rumusan

Kesimpulannya, melalui kursus ini saya telah mempelajari banyak jenis masalah kesihatan
dan cara-cara untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Saya juga telah sedar akan
kelemahan saya iaitu kelenturan dan beberapa latihan yang dapat dilakukan untuk
meningkatkan kelenturan badan saya. Latihan-latihan regangan amatlah sesuai dengan
saya kerana termudah untuk dilakukan dan boleh dilakukan di dalam rumah. Saya juga
dapat meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan diri dengan mempraktikkan segala
pengetahuan yang saya pelajari dalam kehidupan seharian.

Anda mungkin juga menyukai