Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN

Kesihatan diri penting untuk seseorang individu tetapi manusia pada zaman
serba moden ini tidak ambil berat tentang kesihatan mereka. Hal ini demikian kerana
mereka sibuk dengan kerjaya dan tugas. Apakah kesihatan? Berdasarkan Badan
Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan ialah satu tahap atau keadaan di mana
seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal,
mental dan sosial dan bukan semata-mata bebas dai penyakit atau tidak berdaya.
Menurut Kamus Dewan, kesihatan adalah berhubung dengan sihat, kesegaran,
kebaikan keadaan badan dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, setiap individu
haruslah menjaga status kesihatan diri dan kecergasan melalui komponen
kecergasan berlandaskan kesihatan.

2.0 STATUS KESIHATAN DIRI DAN KECERGASAN

Apabila saya menyelesaikan ujian segak dari tugasan 1, iaitu komponen


jangkauan melunjur, saya telah mendapati kepentingan fleksibiliti. Hal ini demikian
kerana tujuan jangkauan melunjur adalah untuk mengukur fleksibiliti. Fleksibiliti
adalah kebolehan sendi untuk bergerak badan dalam sebarang posisi biasa tanpa
mengalami kemudaratan pada otot dan sendi. Kita memerlukan fleksibiliti pada setiap
hari seperti mengangkat, membengkok dan sebagainya.

Skor keputusan ujian kecergasan yang terbaik saya ialah sepanjang 45cm.
Walaupun skor saya adalah baik, tetapi saya masih mahu terus berusaha untuk
meningkatkan fleksibiliti supaya dapat mengelakkan diri daripada risiko kecederaan.
Saya melakukan aktiviti yang menguatkan fleksibiliti saya sebelum ujian tersebut
bermula tetapi tidak secara berterusan. Akitiviti yang saya lakukan ialah senaman.
Saya hanya melakukan aktiviti jangkuan melunjur 1-2 kali seminggu kerana saya
menggunakan lebih banyak masa pada jogging; namun, saya perlu langkah-langkah
untuk menguatkan fleksibiliti secara berterusan.

3.0 LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH KESIHATAN DIRI DAN


KECERGASAN

Langkah-langkah yang dapat menyelesaikan masalah tersebut termasuklah sentiasa


bersenam. Bersenam merupakan satu bentuk aktiviti fizikal atau rekreasi yang
menyeronokkan dirancang dan diulang-ulang, dilakukan untuk meningkatkan status
kesihatan dan tahap kecergasan kendiri. Terdapat banyak bentuk senaman dapat
menguatkan fleksibiliti kita seperti yoga, renang dan tarian. Melalui aktiviti-aktiviti
tersebut, hubungan antara ahli keluarga atau rakan-rakan meningkat kerana boleh
menjalankan aktiviti tersebut dengan mereka pada masa lapang. Badan kecergasan
kita juga akan ditingkatkan. Langkah yang seterusnya adalah menggunakan
komponen FITT. Komponen FITT membolehkan kita meningkatkan fleksibiliti kerana
kita tahu berapa kerap dalam seminggu untuk diregangankan, berapa jauh untuk
regangan, berapa lama untuk diregangkan dan jenis regangan yang kita sesuai.
Langkah ketiga adalah mengambil makanan yang berkhasiat bagi meningkatkan
kecergasan diri. Makanan segera perlu dielakkan dan air perlu diambil dalam kuantiti
yang banyak supaya dapat menjamin kecergasan diri dan megelakkan masalah
obesiti. Langkah yang keeempat adalah bertemu dengan doktor untuk menjalankan
pemeriksaan kesihatan di hospital. Kita dapat mencegah penyakit supaya badan
sihat.

4.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, kita patutlah mengambil berat dengan bersedia mengubah gaya


hidup bagi menjaga kesihatan diri dan kecergasan. Kita haruslah mengetahui
kepentingannya melalui pelbagai cara dan melaui cara-cara berikut akan
menjaminkan kesihatan kendiri. Aktiviti-aktiviti seperti senaman bukan sahaja dapat
menyihatkan kesihatan kendiri dan juga dapat mengeratkan hubungan antara satu
degan yang lain.Oleh hal yang demikian, kita haruslah menjalankan aktiviti-aktiviti
yang mempunyai manfaat supaya badan kita sihat dan cergas.

(460 patah perkataan)


RUJUKAN

BUKU:

Salmah Ayob.(1994)Pergerakan kreatif dan pendidikan. Flo enterprise Sdn Bhd

Wong Eng Hoe.(2009)Pendidikan Jasmani dan Kesihatan(Edisi Kedua).Shah Alam


Karisma Publication Sdn.Bhd.

Brian R Ward (1986). Petunjuk Kesihatan Senaman dan Kecergasan. London:

JURNAL:

Chee Pao Kam. (2005). Tahap Kecergasan Kardiovaskular Dan Pengetahuan


Kecergasan Kardiovaskular Di Kalangan Pelajar KDPM Institut Perguruan
Darulaman. 12, 1-19.

INTERNET;

Khairul azlan taib. Fleksibiliti dan kecergasan. Diperoleh pada 16 August 2017. Ambil
dari:https://www.slideshare.net/KhairulTaib/bab-6-fleksibiliti-dan-kecergasan.

Norlida lida. Kesihatan Diri. Diperoleh pada 19 August 2017.


Ambil dari: https://prezi.com/gpaovhzpohgz/kesihatan-diri/

Koh Kok An. Kosep Kesihatan Dan Kecergasan Diri. Diperoleh pada 19 August 2017.
Ambil dari: https://www.slideshare.net/mobile/voteforjpp2014/presentation-pj

Anda mungkin juga menyukai