Anda di halaman 1dari 25

1.

0 GAYA HIDUP SIHAT

1.1 PENGENALAN

Ramai berpendapat bahawa membentuk gaya hidup yang sihat adalah sesuatu yang
abstrak dan hanya sesuai diamalkan oleh orang yang telah memperoleh pencapaian
yang tinggi dalam bidang kepakaran tertentu misalnya seorang pendidik, pengarah
syarikat dan sebagainya. Sesungguhnya semua orang boleh memupuk gaya hidup
yang suhat dengan memegang kepada beberapa aspek iaitu mempunyai konsep
kendiri yang positif, bertanggungjawab terhadap sikap, keputusan dan tingkah laku
sendiri serta mempunyai pegangan yang teguh. Gaya hidup yang sihat adalah
penting bagi menjamin kesejahteraan kita daripada aspek kesihatan mental, emosi,
sosial dan rohani. Oleh itu, kita harus cuba membentuk gaya hidup yang sihat yang
praktikal lagi sesuai dengan tahap umur kita.

Gaya hidup sihat merujuk kepada amalan tabiat yang meningkat tahap kesihatan
dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Gaya hidup yang sihat
berasaskan kepada kegiatan fizikal yang agak rancak. Ia berkait dengan nilai
kesihatan yang positif dan kehidupan sebaliknya sentiasa dikaitkan dengan nilai
kesihatan yang negatif dan berpenyakit serta masalah kesihatan yang lain (Wee
Aeng Hoe,2002). Jika seseorang individu sentiasa melakukan sesuatu aktiviti dalam
hidup atau sentiasa mengamalkan cara teretntu dalam melakukan aktiviti itu, maka
dia dikatakan mempunyai gaya hidup tertentu. Gaya hidup seseorang individu boleh
menjadi gaya hidup masyarakat jika semua individu dalam masyarakat itu
mengamalkan gaya hidup yang sama dan ia boleh mempengaruhi kesihatan
seseorang individu atau masyarakat tersebut.

1
1.2 KOMPONEN GAYA HIDUP SIHAT

Rajah 1 : komponen gaya hidup sihat

Gaya hidup sihat melibatkan enam komponen seperti yang ditunjukkan dalam
rajah 1 diatas. Setiap komponen ini merangsang untuk manusia berada dalam
keadaan sihat fizikal dan mental di samping mempunyai semangat dan keyakinan
dalam melakukan setiap aktiviti dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya banyak
perkara yang perlu diambil diberi perhatian untuk hidup dalam keadaan yang sihat.
Hampir semua perkara tersebut berpunca daripada diri sendiri.

Seseorang yang telah dapat membahagikan masa yang baik untuk


bekerja, berehat, tidur, bergaul dan sebahagiannya telah menemui
jalan untuk melakukan sesuatu yang terbaik untuk dirinya.
(Waltes H. Cottingham)

Menurut kata kata Waltes H. Cottingham dalam buku Pengenalan Pendidikan


Kesihatan dapat disimpulkan bahawa kita haruslah memilih, merancang,
melaksanakan program atau penjadualan aktiviti dan menggunakan masa untuk
rehat, rekreasi serta kesenggangan dengan bijak dan berkesan. Pengetahuan
tentang bagaimana menentukan gaya hidup seharian perlu ada dalam memastikan
aktiviti yang dilakukan adalah sesuai dan berada di landasan amalan gaya hidup
sihat yang sebenar.

2
1.3 SENAMAN

Senaman bukan hanya merujuk aktiviti pergerakkan fizikal yang hanya boleh
dilakukan di tempat tertentu atau aktiviti tertentu sahaja tetapi senaman yang
dimaksudkan boleh juga menjadi satu aktiviti seharian kita yang melibatkan satu
pergerakkan anggota badan dan mengeluarkan peluh tanpa meninggalkan aktiviti
rutin harian yang biasa dilakukan seharian. Senaman adalah perlu untuk menjaga
kesihatan dan mengekalkan tahap kecergasan yang tinggi. Antara kelebihan
senaman adalah seperti yang berikut ;
i. Menguatkan kesihatan jasmani terutamanya jantung, paru-paru dan otot-otot;
ii. Mengelakkan diri daripada terkena penyakit berbahaya seperti penyakit
jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi;
iii. Membuatkan badan berasa sihat dan cergas
iv. Memberikan ketenangan dan membantu fisiologi badan untuk berehat dan
tidur dengan nyenyak;
v. Mengurangkan lemak dalam badan dan meningkatkan kolesterol ‘baik’ dalam
badan;
vi. Menguatkan tulang, sendi dan membina kekuatan serta daya tahan;

Senaman juga memberi kesan kepada individu dari aspek fisiologi yang mana
merujuk kepada fungsi dan proses dalam sistem tubuh badan manusia seperti sistem
pernafasa, peredaran darah dan juga otot kita. Individu yang rajin bersenam akan
dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan tahap kelenturannya. Faedah
fisiologi yang lain termasuklah dapat mengawal koordinasi dan meningkatkan daya
tahan dan kekuatan otot. Untuk mendapatkan faedah dari senaman yang dilakukan
kita perlulah bersenam sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu selama
20 minit hingga 30 minit setiap sesi.

Dalam kehidupan seharian, aktiviti kecergasan boleh dilakukan sendiri tanpa


perlu ke gymnasium atu tempat-tempat riadah yang jauh. Apa yang perlu kita
lakukan ialah mengubah gaya hidup kita. Contohnya apabila di tempat kerja, elakkan
menggunakan lif sebaliknya sebaliknya menggunkan tangga untuk ke satu tempat.
Begitu juga apabila hendak keluar makan bersama rakan-rakan elakkan menaiki
kereta, bahkan lebih baik dan seronok jika kita sama-sama rakan-rakan atau
keluarga berjalan kaki ke tempat tujuan tersebut. Selain daripada itu waktu rehat
boleh digantikan dengan berjalan-jalan selama 15 minit dan bukan hanya makan-
makan sahaja.

3
Bagi ibu bapa pula sewajarnya mendidik anak-anak untuk pergi beriadah di
waktu petang dengan membawa anak-anak ke taman permainan, berbasikal,
bermain bola atau sebagainya yang sesuai setiap hari. Apabila aktiviti ini menjadi
rutin harian , lama-kelamaan ia akan menjadi kebiasaan. Aktiviti sebegini dapat
menghindari anak-anak melakukan aktiviti yang tidak aktif seperti menonton
televisyen, bermain komputer atau ‘game’. Mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif
seperti menonton television atau duduk sahaja bermain ‘game’ atau internet (
melayari facebook, twitter ,email dan lain-lain ) adalah gaya hidup yang tidak sihat ,
Ekoran daripada aktiviti yang tidak aktif dari segi fizikal ini akan membawa masalah
bagi jangka panjang seperti kegemukan hipertensi dan sakit jantung.

Bagi individu wanita pula senaman juga wujud apabila melakukan aktiviti
membersihkan rumah seperti menyapu, mengelap lantai , membasuh lantai bilik ai,
membasuh kain, menyidai kain, menyiram pokok bunga, membersihkan longkang
rumah dan apa sahaja aktiviti yang sesuai. Hatta ketika menonton televisyen juga
kita boleh melakukan aktiviti kecergasan seperti menggunakan pemberat tangan
atau mengayuh basikal setempat, melakukan regangan seperti aktiviti Rajah 2 :

Rajah 2 : aktiviti regangan


Sumber : lifestyles2u.blogspot.com

4
Di sekolah pula , sejak sekian lama telah diwujudkan mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan di sekolah- sekolah bagi memberi peluang kepada murid
untuk melakukan aktiviti pergerakan anggota badan secara bebas dengan di
bombing dan dipantau oleh guru. Begitu juga mulai tahun 2011 Negeri Sembilan
telah melancarkan Program 1 Murid 1 Sukan yang telah dilaksanakan di sekolah-
sekolah pada waktu Ko-kurikulum. Tujuan program ini adalah untuk memastikan dan
memperi peluang setiap murid melibatkan diri sekurang-kurannya satu jenis sukan di
sekolah. Program ini didapati berkesan kerana minat murid untuk menghadiri aktiviti
ko-kurikulum semakin meningkat.

Berdasarkan tajuk senaman yang dihuraikan ini, dapatlah disimpulkan di sini


bahawa dalam melaksanakan aktiviti dan amalan gaya hidup sihat ini , pucuk
pangkalnya terletak pada diri kita sendiri. Segala panduan telah tersedia. Aktiviti
senaman dipelbagaikan dan menjadi sangat mudah, santai dan tidak membuang
masa kerana adakalanya aktiviti senaman dilakukan sewaktu kita melakukan aktiviti
seharian yang telah pun menjadi rutin. Sememangnya semua perkara pada awalnya
memang sukar dilakukan tetapi jika sudah biasa ianya menjadi keseronokan bahkan
kita akan menjadi gelisah dan rasa ekurangan jika tidak melakukannya ibarat ‘alah
bisa tegal biasa‘.

5
1.4 RUMUSAN

Amalan gaya hidup sihat sangat penting dalam memastikan kehidupan menjadi lebih
sihat , sejahtera dan harmoni dimana seorang individu tersebut perlu mengamalkan
satu amalan kesihatan yang seimbang dari segi aspek pemakanan, amalan
bersenam,menangani stres dan berfikiran positif dalam menjalani kehidupan.

Melalui komponen-komponen yang terkandung dalam gaya hidup sihat menjadi


garis panduan kepada semua tentang amalan yang dianggap remeh seperti
mengambil makanan seimbang, mendapat rehat yang cukup , melakukan senaman
ringan setiap hari, mengawal pemakanan dan berat badan boleh menjadikan
kehidupan yang kita lalui setiap hari lebih selesa dan sempurna. Bukan itu sahaja
pengetahuan tentang penyalahgunaan bahan seperti menghisap rokok, menagih
dadah dan meminum arak juga telah membangkitkan kesedaran bahawa jangan
sesekali cuba mendekatkan diri dengan bahan tersebut kerana sekali terjerumus
dalam keadaan ketagihan dadah, arak dan keasyikan menghisap rokok akan
mengundang padah bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan keluarga, masyarakat
dan Negara juga.

Walaupun usaha untuk cuba mendapatkan data statistik yang sahih tidak
diperolehi, namun dapatan daripada kajian dan laporan yang didapati jelas
menunjukkan kadar obesiti di Malaysia kian meningkat berbanding Negara maju
yang lain contohnya seperti Amerika Syarikat khususnya Chicago. Faktor yang
diperolehi pelbagai di antaranya baka, pemakanan, kemiskinan, promosi jualan
makanan ‘fast food’ dan lain-lain lagi. Apa yang nyata amalan pemakanan dari
makanan yang seimbang, melakukan senaman, sentiasa memantau berat badan
boleh mengatasi kes dan masalah obesiti di kalangan individu di Malaysia
khususnya.

6
PEMBENTANGAN

7
8
9
10
1.0 Pengenalan

Kejohanan badminton tertutup Elektif Gaya Hidup Sihat Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan (IPGKSM) merupakan sebuah kejohanan buat julung kalinya
dianjurkan oleh siswa pendidik Elektif Gaya Hidup Sihat. Pelaksanaan kejohanan ini
adalah berasaskan kepada mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran pengurusan
dalam melaksanakan aktiviti dan juga untuk memperkayakan lagi penglibatan siswa
dan siswi guru Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan dengan kejohanan
seperti ini. Kejohanan yang dianjurkan akan dikelolakan dengan sepenuhnya oleh
siswa pendidik Elektif Gaya Hidup Sihat semester 8.

Selain itu juga, Kejohanan Badminton Tertutup Elektif gaya hidup sihat yang
dianjurkan oleh guru pelatih Gaya Hidup Sihat menekankan elemen Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) di dalam kejohanan ini.

Antara elemen yang bakal ditekankan ialah eleman Kemahiran Dwibahasa. Ia


berfokuskan kepada etika kepengadilan yang akan dikelolakan oleh siswa pendidik
elektif Gaya Hidup Sihat, ini kerana semasa perlawanan berlangsung segala arahan
daripada pengadil akan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara
antara peserta.

Seterusnya pula ialah, elemen Identiti Nasional ditekankan ini kerana guru-guru
pelatih di IPG Kampus Sultan Mizan mempunyai pelbagai bangsa dan kaum.
Kejohanan ini merupakan ruang kepada mereka untuk membina pertalian
persahabatan yang utuh bukan sahaja semasa kejohanan berlangsung malahan
berada di luar kampus mereka mampu membina pertalian persahabatan walaupun
berbeza bangsa dan kaum. Di dalam elemen ini juga, ia akan mewujudkan jiwa
seorang guru pelatih untuk bersedia untuk hidup bersama dalam kepelbagaian
bangsa apabila mereka berada di luar kampus.

11
2.0 Objektif
Selain pendedahan kepada kejohanan, objektif kejohanan ini adalah untuk;
1.1 Memenuhi sukatan pelajaran sukan dan permainan (GHSS 3013)
1.2 Memperolehi satu pengalaman baru melalui kejohanan yang dijalankan.
1.3 Peserta dapat mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti yang
dijalankan.
1.4 Memupuk semangat setia kawan, kerjasama, dan bertolak ansur antara
satu sama lain terutama semasa dalam pasukan atau kumpulan.
1.5 Membina keyakinan diri dan semangat yang kental serta dapat
menghadapi cabaran dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri.
1.6 Memperkukuhkan pertalian persahabatan diantara guru pelatih walaupun
berbeza kaum dan agama.

3.0 Tentatif Program


Tarikh : 19-20/2/2020
Masa : 3.00 petang – 6.00 petang
Tempat : Gimnasium IPG Kampus Sultan Mizan Besut, Terengganu

4.0 Ahli Jawatankuasa Induk


Penaung : Dr Mohd Sidek Bin Said
Penasihat : En. Mohd Irham Bin Zainuddin
Pengerusi : Wan Muhamad Syazwan Bin Wan Hanapi
Naib Pengerusi : Mohd Zahrullail Bin Rabaie
Setiausaha : Muhammad Zikri Bin Ali
Bendahari : Muhammad Asyraf Bin Ahmad Refaat
AJK Urusetia : Mohd Syaifulruddin
: Mohd Amirulamar
AJK Teknik : Muaz Bin Mohd Shukri
AJK Peralatan : Syafiqah Rozali
: Nik Alya
AJK Siaraya : Hafizi Azizan
AJK Keselamatan : Najmi Masjuri
AJK Cenderahati : Mohd Hakim Bin Wahab
AJK Kesegaran : Syafiq Maludin
AJK Dokumentasi : Fawwaz Hassan

12
5.0 Peraturan Pertandingan

5.1 Syarat Pertandingan

1. Terbuka kepada semua siswa pendidik Elektif Gaya Hidup Sihat semester 8
2. Penyertaan adalah secara regu,satu regu hanya mempunyai dua orang pemain
sahaja.
3. Setiap pasukan mestilah terdiri daripada satu jantina sahaja.
4. Setiap pasukan mesti berada dalam gelanggang 5 minit sebelum perlawanan.
5. Setiap pemain dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dan seragam dalam satu
pasukan semasa pertandingan.
6. Pasukan yang menarik diri akan dibatalkan keseluruhan penyertaan.
7. Setiap regu dikenakan yuran RM 10.

5.2 Undang – Undang Pertandingan

1. Undang-undang pertandingan adalah tertakluk kepada undang-undang yang


dikeluarkan oleh PERSATUAN BADMINTON KEBANGSAAN MALAYSIA.
2. Segala keputusan pengadil adalah muktamad.
3. Sistem pertandingan adalah secara Round Robin. 4 regu teratas akan layak ke
separuh akhir dan pemenang separuh akhir akan ke peringkat akhir.
4. Penentuan tempat ke – 3 adalah melalui toss coin.
5. Sebarang bantahan dikenakan sebanyak RM 17.00

13
6.0 Perbelanjaan Kewangan

Anggaran Perbelanjaan Sumber Kewangan


Perkara Jumlah Keterangan Jumlah
Hemper
(Tempat Pertama- Ketiga
Setiap Kategori)
Tempat Pertama RM 24.00 Sumbangan IPGKSM RM 24.00
RM 10 x 1= RM 10.00
Tempat Kedua
RM 8 x 1= RM 8.00
Tempat Ketiga
RM 6 x 1= RM 6.00

Bulu Tangkis (Shuttle) Yuran peserta


RM 50.00 (Satu Tabung) RM 50.00 RM 50.00
RM 50.00 x 1 Tabung= RM
50.00
JUMLAH RM 74.00 JUMLAH RM 74.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 74.00 JUMLAH RM 74.00
KESELURUHAN

14
7.0 Penutup

Segala kerjasama yang baik dari pihak Institut kami amat hargai dan amat berterima
kasih. Semoga kejohanan seperti ini dapat meningkatkan lagi prestasi kerja guru pelatih,
serta warga Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu bukan
sahaja dalam bidang kesukanan malah dalam bidang kerja lain-lain. Kejohanan yang
berlangsung boleh mengeratkan lagi perpaduan serta ukhwah antara warga institut
hendaknya.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

(Wan Muhamad Syazwan Bin Wan Hanapi) (En. Mohd Irham Bin Zainuddin )
Pengerusi Pensyarah Penyalaras Subjek
Kejohanan Badminton Tertutup Elektif Sukan dan Permainan
Gaya Hidup Sihat)

Diluluskan oleh;

__________________________________________
(Dr Mohd Sidek Bin Said)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Sultan Mizan,
22200 Besut,
Terengganu
Ulasan: Bahawasanya saya* meluluskan/tidak meluluskan program ini.

15
PELAPORAN PROGRAM

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP ELEKTIF GAYA HIDUP SIHAT


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN MIZAN 2020

NAMA PELATIH : NOR SHAFIKAH BINTI ROZALI


NO KAD PENGENALAN : 960103-02-5138
AKTIVITI : KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP
TARIKH : 05 FEBRUARI 2020
MASA : 1500 – 2100 (3.00 PM – 6.00 PM)
TEMPAT : GIMNASIUM IPGK SULTAN MIZAN

REFLEKSI

Penglibatan semua guru pelatih amat memberangsangkan di dalam semua bahagian bagi
menjayakan kejohanan badminton tertutup ini. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu
dititik beratkan sebelum, semasa dan selepas program ini dijalankan bagi bertujuan untuk
menambaik kelemahan masing – masing dalam penglibatan aktiviti yang dijalankan.

Kekuatan:

 Semangat kerjasama antara peserta dan ahli jawatan kuasa yang jitu.
 Persediaan serta perancangan ahli jawatan kuasa yang mantap.
 Peralatan pertandingan yang mencukupi.
 Keadaan gimnasium yang besar dan selesa.

16
Kelemahan:

 Peserta keletihan kerana terpaksa bermain beberapa pusingan perlawanan.


 Kekurangan pemain kerana penglibatan peserta dalam kumpulan elektif GHSS 3013
sahaja.

Cadangan penambahaikan:

 Penglibatan peserta yang ramai dalam pertandingan perlu digalakkan bagi


menganjurkan program seperti ini dimasa yang akan datang. Hal ini demikian kerana
penglibatan peserta yang ramai akan dapat memeriahkan suasana dan menjadikan
pertandingan lebih mencabar dan mengambil masa yang lebih panjang.
 Melaksanakan pertandingan pada suatu masa yang sesuai untuk menglibatkan lebih
ramai peserta/ guru pelatih. Selain itu mengadakan pertandingan mengikut kategori
yang bersesuaian misalnya seperti dalam jadual di bawah :

BIL KATEGORI
1 Individu lelaki dan wanita (guru pelatih)
2 Beregu lelaki dan wanita ( guru pelatih)
3 Beregu campuran (guru pelatih)
4 Individu lelaki dan wanita (pensyarah dan staf)
5 Beregu lelaki dan wanita (pensyarah dan staf)
6 Beregu terbuka (guru pelatih dan pensyarah/staf)

 Ahli jawatan kuasa tidak menglibatkan diri dalam pertandingan dan hanya
menganjurkan program bagi kelicinan pengurusan pertandingan.

17
REFLEKSI

Kejohanan Badminton Tertutup Elektif Gaya Hidup Sihat Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan (IPGKSM) merupakan sebuah kejohanan buat julung kalinya
dianjurkan oleh siswa pendidik Elektif Gaya Hidup Sihat. Pelaksanaan kejohanan ini adalah
bertujuan untuk memenuhi tugasan kerja kursus Gaya Hidup Sihat (GHSS3013) dalam
tugasan 3 iaitu Perancangan Program Berkumpulan. Kerja kursus ini menyatakan
perancangan program yang perlu dilakukan oleh setiap kumpulan. Kesemuanya Terdapat 4
kumpulan dan kumpulan yang kedua terpilih sebagai perancangan program yang ingin
dilakukan. Kejohanan ini melibatkan semua ahli kursus Gaya Hidup Sihat iaitu seramai 19
orang ahli dengan diikuti 0leh seorang Penyelaras kursus iaitu En. Mohd Irham Bin Mohd
Zainuddin.

Penglibatan semua pemain amat memberangsangkan dalam semua bahagian dalam


menjayakan kejohanan ini, adapun terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan
sebelum, semasa, selepas program. Sebelum program bermula, para peserta akan diberi
taklimat terlebih dahulu yang disampaikan oleh pengerusi program iaitu Wan Mohd Syazwan
Bin Wan Hanapi. Beliau memaklumkan tentang peraturan-peraturan berkaitan permainan
dan syarat pertandingan. Melalui taklimat yang disampaikan, secara tidak langsung dapat
melahirkan pemain yang mahir dan berpengetahuan tentang peraturan dalam sukan
badminton. Taklimat ini wajar dilaksanakan untuk mengelakkan daripada pemain yang tidak
tahu dan tidak memahami tentang peraturan permainan dalam sukan badminton, sudah
tentu mereka hanya tahu memukul bulu tangkis yang dihantar pihak lawan sahaja. Taklimat
sebelum program berlangsung harus dilaksanakan bagi memastikan setiap ahli pemain tahu
akan syarat-syarat dan peraturan permainan. Selain itu, kemudahan tempat yang disediakan
juga selesa dan baik. Dewan yang digunakan agak besar dan selesa. Dewan yang
digunakan adalah bersebelahan dengan gimnasium dan dewan itu sering digunakan
sekiranya terdapat acara seperti kejohanan sukan yang diadakan pada peringkat IPG, temu
duga aktiviti kecergasan fizikal yang dilakukan terhadap pelajar yang ingin memasuki IPG
dan pelbagai aktiviti yang lain.

Manakala dalam aspek peralatan pula, semua peralatan adalah mencukupi. Raket
badminton mencukupi dan jaring badminton juga mencukupi dan jaring yang digunakan
semasa perlawanan adalah sebanyak 4 jaring semuanya. Penggunaan 4 jaring adalah
mencukupi saiz dewan yang digunakan. Keadaan ini juga menunjukkan besarnya saiz
dewan yang digunakan. Selain itu, bulu tangkis (shuttle) yang digunakan juga adalah
baharu. Bulu tangkis yang digunakan tersebut adalah baharu dibeli oleh Muhammad Asyraf

18
Bin Ahmad Refaat selaku bendahari program. Jadi, ahli kursus berpeluang untuk
menggunakan bulu tangkis yang baharu sepanjang perlawanan berlangsung. Tambahan
pula, saya melihat semangat yang ditunjukkan oleh pemain begitu jitu serta mempunyai
semangat yang berkobar-kobar untuk memulakan permainan. Kesungguhan pemain dalam
bermain amat membakar semangat sesama ahli untuk bermain dengan begitu bersungguh-
sunguh dan dengan penuh bertenaga sesama mereka. Semangat yang ditunjukkan mereka
begitu hebat dan saya nampak keazaman yang tertanam dalam diri mereka bahawa
masing-masing ingin memperolehi tempat tertinggi dalam pertandingan. Semangat jitu yang
ditunjukkan juga secara tidak langsung dapat melahirkan seorang ahli pemain yang begitu
berkaliber dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Seterusnya, kerjasama dalam ahli kumpulan juga dilihat begitu bersatu padu dan
bersungguh-sungguh. Kesungguhan mereka terpancar di wajah mereka kerana masing-
maisng inginkan yang terbaik untuk kumpulan mereka. Mereka bermain dengan begitu
bersungguh-sungguh dan juga tidak timbul perasaan tidak puas hati antara mereka
sekiranya terdapat ahli yang membuat kesilapan semasa bermain (acara beregu). Mereka
sama-sama bermain dengan baik tanpa menimbulkan sebarang masalah sepanjang
permainan berlangsung. Mereka bermain dengan berhati-hati supaya tidak berlaku keadaan
yang tidak diingini sepanjang masa bermain. tiada perasaan iri hati yang timbul dek kerana
kekalahan yang dihadapi setelah bertanding. Di samping itu, tidak lupa juga hadiah yang
disediakan untuk para pemenang. Penyediaan hadiah kepada para pemenang amatlah
berpatutan dengan tempat kemenangan yang diperoleh. Para pemenang tersenyum
gembira dengan hadiah yang diperoleh dan mereka amat berpuas hati dengan haidah yang
mereka perolehi.

Walaupun banyak kekuatan yang dinyatakan sepanjang program berlangsung namun


terdapat juga dari sisi kelemahannya. Salah satu kekuatan yang dinyatakan dari segi
peralatan adalah peralatan yang mencukupi akan tetapi terdapat juga peralatan yang tidak
dapat digunakan sebaik mungkin. Contohnya, raket badminton yang saya gunakan adalah
pada mulanya saya menggunakan raket yang rosak pada bahagian pemegangnya. Ketika
saya bermain, saya belum menyedari bahawa warna biru pada pemegang raket terlekat
semasa saya sedang bermain. Setelah saya selesai bermian, baru saya perasan bahawa
warna tersebut melekat pada tangan saya dan saya berasa terkejut dengan keadaan ini.
Habis tangan saya menjadi warna biru. Hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku.

19
Seterusnya, saya selaku pemain wanita, saya berasa tidak berpuas hati dengan
tindakan setiausaha program yang menetapkan syarat bahawa beregu lelaki hanya bermain
dengan beregu lelaki sahaja dan wanita hanya bermain dengan ahli wanita sahaja. Saya
berasa demikian kerana saya tidak berpeluang merasai pengalaman dalam Pertandingan
Badminton. Aksi yang dimainkan oleh ahli lelaki walaupun nampak ganas tetapi keadaan
itulah yang akan ada dalam Pertandingan Badminton yang sebenar. Hal ini kerana sensasi
bermain dalam satu mod perlawanan yang kompetitif adalah berlainan dengan perlawanan
sesi latihan. Tekanan yang dirasai dalam pertandingan sebenar mampu untuk melonjakkan
lagi prestasi pemain. Jadi, mod suasana pertandingan yang sebenar itu tidak dapat saya
rasai memandangkan syarat yang dikenakan adalah pemain wanita hanya bermain dengan
ahli wanita sahaja. Hal ini tidak dapat meningkatkan keberanian dan keyakinan diri ketika
pertandingan sebenar diadakan.

Selain itu, ahli jawatan kuasa keselamatan dalam program ini tidak membekalkan kit
aid kecemasan. Kit aid ini amatlah penting kerana sekiranya terdapat ahli pemain yang
mengalami kecederaan, pemain tersebut boleh dirawat dengan segera dan kemalangan
juga tidak akan menjadi serius dan parah jika dirawat dalam masa yang pantas. Juga, ahli
jawatankuasa kesegaran diminta untuk menyediakan makanan petang yang
mengenyangkan kepada ahli kursus. Makanan juga turut disediakn namun hanya roti yang
menjadi makanan kesegaran untuk program ini. Pemain yang penat setelah berjam-jam
berpeluh menggunakan tenaga, minuman yang menyegarkan dan makanan sepatutnya
wajar disediakan. Sekiranya bajet tidak mencukupi, bendahari boleh meminta wang
tambahan sebanyak rm5.00 atau sekurang-kurangnya rm3.00 kepada ahli kursus kerana
saya dimaklumkan bahawa terdapat lebihan RM30 hasil daripada duit penyertaan ahli.
Dengan duit baki dan wang tambahan tersebut dapatlah ahli jawatan kuasa kesegaran
menggunakan duit tersebut untuk menyediakan makanan dan minuman yang sewajarnya
kepada ahli kursus.

Jika dari segi kelemahan, pasti terdapat penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi
mempertingkatkan mutu program yang dilaksanakan. Pertama, khususnya ahli
jawatankuasa peralatan hendaklah peka dengan peralatan yang digunakan. Mereka
hendaklah memastikan bahawa alat berada dalam keadaan yang baik sebelum digunakan.
Hal ini bagi memastikan para kursus dapat bermain dengan baik tanpa dapat menimbulkan
sebarang masalah. Selain itu, pengerusi dan setiausaha program juga perlu menitikberatkan
dengan siapa ahli dapat bermain sekaligus memastikan para ahli dapat melatih diri mereka
apabila berada dalam pertandingan yang sebenar. Jadi, pasangan ahli yang perlu
diberegukan amat penting untuk dititikberatkan. Di samping itu, ahli jawatankuasa

20
keselamatan perlu memainkan peranan yang penting dalam meastikan alat keselamatan
yang diperlukan adalah lengkap dan dapat digunakan dengan baik. Seterusnya, ahli
jawatankuasa kesegaran perlu menyediakan makanan dan minuman yang sepatutnya
kepada siswa siswi pendidik seiring dengan penatnya bermain.

Kesimpulannya, aspek sebelum, semasa dan selepas mestilah dititikberatkan dalam


dalam sesuatu program supaya program yang dilaksanakan dapat menjadi suatu program
yang berjalan dengan lancar dan berkesan. Tuntasnya, program yang berkualiti akan
melahirkan siswa pendidik yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Juga, program dan
permainan yang bermanfaat juga akan memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan
menghargai kesihatan tubuh badan dalam diri siswa pendidik di samping dapat melahirkan
siswa pendidik yang dapat menjadi role-model kepada anak didik mereka dengan sikap
tersebut apabila melangkah keluar daripada institut pendidikan guru ini pada suatu hari
nanti.

NIK ALYA FATINI BINTI SHARI


960513-03-5718
8PISMP RBT1

21
BIBLIOGRAFI

Kiren Sharma. Senaman dan Kesannya : Mingguan Malaysia. 48, (5), 26.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang. (2009). Buku Panduan Senaman Sebagai Ubat : Pulau
Pinang.

Shamsudin Mohd. Sharif, Sharizad Bt Yusof & Mohd. Sofian B Omar Fauzee. (2002).
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Zarina Law binti Abdullah & Abdul Latif bin Ahmad. (2007). Pengenalan Pendidikan
Kesihatan. Kuala Lumpur, Open University Malaysia.

22
LAMPIRAN

23
LAMPIRAN

SEBELUM :

Peserta mendengar taklimat yang disampaikan oleh pengerusi

SEMASA :

Acara perlawanan badminton sedang berlangsung

24
LAMPIRAN

SELEPAS :

Acara penyampaian hadiah peringkat johan, naib johan, tempat ke-3 dan saguhati

Hadiah yang disediakan kepada pemenang

25

Anda mungkin juga menyukai