Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

56000 KUALA LUMPUR

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

Nama Pelajar ABDUL MOHD HAFIZ BIN ABDUL HAMAN

Angka Giliran 2016172340027

No Kad Pengenalan 970909035887

Kumpulan/Unit G8.6

Kod Kursus EDUP3083

ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN


Nama Kursus
PROFESIONALISME GURU

Nama Pensyarah SALMAWATI BINTI MOHD DIAH

Tarikh Hantar 20 MAC 2020


Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh
pensyarah telah saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

Markah:

MAC2020
TUGASAN 2: PENULISAN AKADEMIK

1.0 Pengenalan

Profesion keguruan merupakan salah satu bidang kerjaya yang sangat penting
dan dianggap mulia di sisi agama. Pekerjaan ini merupakan salah satu wadah penting
yang memainkan peranan dominan dalam membentuk anak bangsa yang bakal
menjadi tunjang kepada kemajuan negara. Namun, marcapada, guru kian dibebani
dengan pelbagai bebanan tugas di luar skop hakiki mereka dan bukan itu sahaja, guru
juga perlu berhadapan dengan sikap segelintir ibu bapa dan masyarakat yang seolah-
olah lebih arif dalam bidang keguruan melebihi jangkauan guru itu sendiri. Hal ini
sedikit sebanyak akan menjejaskan kualiti kerja mereka dan menyebabkan tahap
kompetensi guru yang diharapkan dalam Standard Guru Malaysia (SGM) tidak dapat
dicapai. Tambahan lagi, dengan sistem perundangan negara pada masa kini, guru
seakan-akan kian terikat dan tersekat dalam menjalankan tugas hakiki mereka untuk
mendidik murid-murid. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak undang-undang baru
yang dikuatkuasakan yang seolah-olah lebih memihak kepada ibu bapa dan murid
yang telah memberikan cabaran kepada guru untuk menjalankan tugas mereka
sebagai seorang pendidik.

2.0 Isu-isu dan cabaran

Berdasarkan temubual yang telah saya jalankan, saya telah membincangkan


soal isu-isu dan cabaran yang perlu dihadapi oleh guru pada masa kini khususnya
berkaitan perundangan dan etika keguruan. Terdapat beberapa isu dan cabaran yang
telah dibincangkan. Antaranya ialah isu undang-undang di mana guru dilarang
melakukan sebarang sentuhan fizikal kepada murid. Secara umumnya, undang-
undang ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Dari segi
kelebihannya, dengan penguatkuasaan undang-undang ini, isu-isu seperti guru
mencederakan murid dapat dielakkan manakala dari segi kekurangannya, undang-
undang ini seolah-olah menjadikan murid kebal di mana guru tidak boleh menyentuh
murid langsung meskipun dengan tujuan untuk mendisiplinkan murid yang
berkelakuan nakal dan tidak senonoh. Bukan itu sahaja, undang-undang ini juga
membuatkan murid semakin berani dan tidak lagi mengendahkan arahan oleh guru
bahkan malah ada dalam kalangan segelintir ibu bapa yang mengugut untuk
menyaman guru sekiranya guru berani menyentuh anak-anak mereka. Baru-baru ini
sahaja telah tular satu rakaman yang menunjukkan seorang guru telah diserang oleh

MAC2020
ibu murid yang berang dengan perbuatan guru terhadap anaknya lantas bertindak
menyerang guru terbabit di dalam bilik darjah sewaktu PdPC sedang berlangsung.
Guru terbabit yang merupakan seorang perempuan telah disuruh merangkak
mengelilingi kelas di hadapan murid-murid yang lain. Hal ini telah menimbulkan
kemarahan warganet yang mengkeji perbuatan ibu murid tersebut. Isu ini juga sudah
tentu sedikit sebanyak telah merendahkan lagi martabat keguruan itu sendiri dan
menjejaskan profesionalisme dan kredibiliti seseorang guru.

Selain itu, cabaran dan isu lain yang perlu dihadapi oleh guru berkaitan
perundangan adalah isu berkaitan integriti. Berdasarkan temu bual yang telah
dijalankan, dapat dilihat bahawa terdapat juga segelintir dalam kalangan ibu bapa
yang telah salah menggunakan kuasa dan wang ringgit untuk merasuah guru-guru
bagi memberikan markah yang tinggi kepada anak-anak mereka. Hal ini sudah terang
lagi bersuluh, menyalahi kod etika keguruan yang menyatakan seorang guru tidaklah
harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa atau ahli masyarakat dalam
menjalankan tugas profesionalnya. Namun begitu, guru sendiri juga kadang-kadang
tidak mempunyai banyak pilihan memandangkan sesetengah ibu bapa yang
melakukan perkara ini datang daripada golongan yang mempunyai kuasa dan
perjawatan yang tinggi. Hal ini sedikit sebanyak telah menjejaskan profesionalisme
keguruan dan integriti guru itu sendiri kian tercabar.

3.0 Perancangan pembangunan diri dan kerjaya

Isu-isu dan cabaran perundangan yang dihadapi oleh guru dalam pendidikan
boleh di atasi dengan melakukan perancangan pembangunan diri dan kerjaya. Peel
(1992) mengatakan bahawa, pembangunan merupakan satu keperluan yang wajib
kepada setiap individu, organisasi dan masyarakat secara keseluruhan. Terdapat
beberapa teori yang boleh dikaitkan dengan usaha pembangunan diri dan kerjaya ini.
Antaranya ialah teori keprihatinan yang diasaskan oleh Fuller pada tahun 1969. Teori
keprihatinan Fuller ini mengkonsepkan perkembangan guru sebagai proses yang
dilalui oleh guru dari peringkat keprihatinan terhadap diri (guru) kepada tugas
(pengajaran) dan seterusnya impak (pelajar). Satu perancangan pembangunan diri
dan kerjaya telah dirangka berdasarkan teori keprihatinan Fuller (1969) ini.

MAC2020
Teori Keprihatinan (Fuller,1969)
Kemandirian
Bil. Peringkat Tugas Impak
diri

1. Melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana atau lebih tinggi /


Mengambil kursus-kursus kejurulatihan atau kepegawaian
2.
sukan
/
Menghadiri kursus-kursus pemantapan kemahiran seperti
3.
LADAP
/
4. Membudayakan amalan inovasi dalam PdPC /
5. Mengamalkan amalan refleksi dalam PdPC /
6. Menggunakan konsep peneguhan /
Meningkatkan pengetahuan terhadap dasar dan isu
7.
pendidikan semasa
/
8. Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT /
9. Meningkatkan kemahiran pengurusan bilik darjah /
10. Menambah baik sesi PdPC /

11.
Menyertai bengkel-bengkel yang dianjurkan oleh KPM untuk /
meningkatkan kemahiran yang berkait dengan tugas guru

Menanyakan pandangan murid dan kepuasan mereka


12.
terhadap PdPC yang telah dijalankan
/
13. Memberi penghargaan kepada murid /
Sentiasa memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan
14.
pengajaran dan pembelajaran.
/

3.1 Carta gantt perancangan diri dan kerjaya berdasarkan teori Keprihatinan Fuller (1969).

Dalam peringkat kemandirian diri, guru perlulah memfokuskan kepada dirinya


sendiri sebagai seorang guru di mana guru perlu memikirkan kemampuan dirinya
dalam melaksanakan tugas di sekolah. Sebagai contoh berdasarkan Standard Guru
Malaysia (SGM), seseorang guru yang profesional perlulah mempunyai ilmu pedagogi
abad ke-21 seperti menguasai pelbagai bidang, berpengetahuan terhadap dasar dan
isu pendidikan semasa, mahir dalam pedagogi, mahir dalam menggunakan teknologi
terkini serta berkeupayaan memupuk nilai murni kepada murid-murid. Oleh itu, antara

MAC2020
langkah yang akan diambil oleh saya berdasarkan peringkat kemandirian diri dalam
teori Fuller ini adalah dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana atau lebih
tinggi lagi. Hal ini demikian kerana, dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi, guru secara tidak langsung dapat meningkatkan pengetahuan kendiri
mereka dari semasa ke semasa sesuai dengan tuntutan dunia pendidikan masa kini.
Selain itu, sebagai seorang bakal guru Pendidikan Jasmani juga, saya akan sentiasa
berusaha meningkatkan nilai tambah diri dengan mengambil kursus-kursus
kejurulatihan atau kepegawaian sukan. Hal ini secara tidak langsung juga akan dapat
meningkatkan keupayaan saya untuk mengajar sukan dan melahirkan lebih ramai atlet
yang dapat menyumbang kepada pembangunan sukan negara. Menurut Wee (1994),
sekolah adalah merupakan tempat lahirnya atlet-atlet berbakat dan juga tempat atlet
yang berpotensi diberi latihan dan bimbingan.

Peringkat kedua dalam teori keprihatinan Fuller (1969) pula ialah peringkat tugas.
Peringkat ini berkaitan rapat dengan keprihatinan guru terhadap memperbaiki
pengajarannya serta menguasai isi kandungan mata pelajaran (Mohd Naim Sukri,
2007). Pada peringkat ini juga, fokus guru adalah lebih kepada cara-cara menguasai
isi kandungan mata pelajaran termasuk disiplin murid, pengurusan bilik darjah,
penilaian murid, perancangan dan persediaan mengajar serta kaedah dan strategi
pengajaran yang sesuai. Oleh itu, berdasarkan peringkat ini, rancangan
pembangunan diri dan kerjaya yang sesuai dilakukan adalah dengan menghadiri
kursus-kursus pemantapan kemahiran atau program-program yang berkaitan dengan
pembangunan profesionalisme guru seperti program Latihan Dalam Perkhidmatan
(LADAP). Menurut Amin Senin (2008), aktiviti- aktiviti yang dijalankan dalam Ladap
memberi ruang kepada guru untuk mendapatkan ilmu berkaitan tugas profesional
mereka. Selain itu, saya juga akan sentiasa memperbaiki pengajaran dengan sentiasa
membudayakan amalan inovasi dalam PdPC sesuai dengan keperluan murid-murid.
Hal ini demikian kerana, setiap murid mempunyai keperluan yang berbeza-beza
mengikut tahap mereka sendiri.

Peringkat terakhir ialah keprihatinan kepada impak. Pada peringkat ini guru guru
mula memberikan perhatian kepada kesan pengajarannya terhadap pembelajaran
murid-muridnya. Pada peringkat ini juga, guru-guru sudah mencapai peringkat yang
tinggi dan kompeten di mana guru- guru tidak lagi bimbang tentang kemampuan
dirinya serta keberkesanan pengajaran. Guru-guru juga mula melihat muridnya
sebagai individu yang mempunyai bakat dan potensi masing-masing dan lebih
memikirkan bagaimana caranya untuk memotivasikan murid mereka, apakah cara

MAC2020
yang sesuai digunakan untuk mewujudkan rasa kejayaan dalam kalangan murid dan
adakah murid mereka mempunyai disiplin yang tinggi. Justeru, berdasarkan peringkat
ini, langkah pembangunan diri dan kerjaya yang sesuai ialah dengan sentiasa
mengamalkan amalan refleksi dalam PdPC bagi mengenal pasti keperluan murid dan
menilai adakah murid berpuas hati dengan pengajaran yang diberikan dan sentiasa
bermotivasi untuk melibatkan diri dalam PdPC. Hal ini bertepatan dengan standard 3
di dalam Standard Guru Malaysia yang menekankan kemahiran guru dalam
memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid. Selain
itu, konsep peneguhan positif dan negatif oleh Skinner (1930) juga boleh diguna pakai
sebagai satu rangsangan untuk meningkatkan motivasi dan mewujudkan rasa
kejayaan dalam diri murid (Noriati, Boon & Wong, 2010). Antara contoh peneguhan
yang boleh digunakan ialah seperti ganjaran atau hadiah dan juga pelbagai bentuk
penghargaan lain seperti pujian dan kata-kata semangat.

4.0 Rumusan

Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh, jelaslah bahawa profesion keguruan ini
mempunyai pelbagai cabaran dan halangannya yang tersendiri. Oleh itu, semua pihak
bermula daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Institut Pendidikan Guru
Malaysia dan guru itu sendiri perlulah menggembleng tenaga untuk sentiasa
meningkatkan kemajuan serta pembangunan profesionalisme keguruan ini agar dapat
melahirkan lebih ramai guru profesional yang bukan sahaja cekap dan efisien dalam
melaksanakan tugas mereka tetapi turut mempunyai ketahanan mental dan fizikal
dalam menempuh liku-liku dunia keguruan yang begitu mencabar.

MAC2020
Rujukan

Amin Senin. (2008). Pembangunan profesional guru. Google Books. Retrieved from
https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=V5GiRjAcKycC&oi=fnd&p
g=PA1&dq=perkembangan+profesional+guru&ots=Ij6fF3EVrY&sig=KoYlmrk
VZtcwFwvvwyChkO8Ciw&redir_esc=y#v=onepage&q=perkembangan%20pr
ofesional%20guru&f=false

Mohd Naim Sukri. (2007). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesionalisme Guru
untuk Program Ijazah. Academia.edu. Retrieved from
https://www.academia.edu/9810006/
Asas_Kepimpinan_dan_Perkembangan_Profesionalisme_Guru_untuk_Prog
ram_Ijazah_Sarjana_Muda_Perguruan_PISMP_

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, & Wong Kiet Wah. (2010). Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru. Selangor: Oxford Fajar.

Peel. M. (1992). Management development review: Career development helps to


realize potential. Vol. 5 No. 3. https://doi.org/10.1108/EUM0000000000679

Wee Eng Hoe. (1994). Organisasi dan Pentadbiran Sukan dalam Pendidikan Jasmani.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

MAC2020

Anda mungkin juga menyukai