Anda di halaman 1dari 5

1.

Banding bezakan konsep Pembangunan Kemahiran Profesionalisme Guru


yang dikemukakan oleh McMahon (2003), Brigitte (2009) dan Melanie (2009).

Bil. McMahon (2003) Brigitte (2009) Melanie (2009)


1. PPB merupakan aktiviti PPB merupakan proses PPB merupakan proses
yang mampu intensif yang berterusan yang berterusan untuk guru
meningkatkan tahap dan sistematik dengan menyemak dan
kecekapan dalam aspek tujuan untuk menguruskan
pengetahuan, kemahiran meningkatkan kualiti pembangunan
dan sikap serta tenaga pengajar dalam profesionalisme masing-
keberkesanan mereka suasana pembelajaran. masing.
memainkan peranan
dalam organisasi.
2. PBB merupakan proses Aspek kemahiran, PPB sebagai perancangan
untuk mengesan dan pengetahuan dan latihan dan pembangunan
mengenal pasti pengalaman itu dapat yang mana guru perlu
kemahiran, pengetahuan dikesan melalui memahami bahawa latihan
dan pengalaman yang dokumentasi yang yang dimaksudkan dalam
da pada diri sendiri merekodkan kemahiran, PBB bukan berbentuk
seorang guru sama ada pengetahuan dan pembelajaran semata-mata
diperoleh secara formal pengalaman yang sebaliknya PBB berbentuk
ataupun tidak formal diperoleh dan melihat pengembangan diri untuk
sewaktu kerja. sejauh manakah semua bergerak lebih maju,
perkara itu dapat matang dan berupaya
dilaksanakan. memindahkan kemahiran
yang lebih mencabar.
PBB merupakan proses untuk memperoleh pengalaman pembelajaran melalui
penglibatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) secara formal dan tidak formal
sepanjang kerjaya agar pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan amalan nilai
professional dapat ditingkatkan secara berterusan.

2. Huraikan lima aktiviti PPB yang berpusatkan guru oleh Mary Burns (2014).
Antara lima aktiviti PBB yang berpusatkan guru oleh Mary Burns (2014)
termasuklah pemerhatian atau penilaian (observation or assessment), bilik darjah
terbuka (open classrooms), lesson study, perbincangan kumpulan (study groups) dan
melihat hasil kerja murid (looking at student work).

Aktiviti pemerhatian atau penilaian merupakan salah satu aktiviti PPB yang
berpusatkan guru oleh Mary Burns (2014). Dalam konteks PPB, guru yang
berpengalaman akan memerhatikan guru lain di bilik darjah mereka untuk menilai
amalan pengajaran mereka dan memberikan maklum balas struktur. Kaedah ini lebih
menjurus kepada peer coaching untuk membantu guru meningkatkan prestasi
mereka di samping dapat memperbaik kelemahan mereka dalam pengajaran di
dalam bilik darjah.

Selain itu, aktiviti open classrooms, guru menyediakan pengajaran dan


menjemput rakan sejawat lain untuk memerhatikan pengajaran dan menyediakan
maklum balas bagi setiap sesi selepas pemerhatian dijalankan. Fokus yang
ditekankan dalam aktiviti ini ialah tingkah laku guru. Pemerhatian itu diikuti dengan
perbincangan secara berstruktur dan perkongsian maklumat, memerhatikan
kemahiran rakan sejawat bertindak yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah
pihak.
Kemudian, aktiviti lesson study turut merupakan aktiviti berpusatkan guru
yang telah diperkenalkan oleh Mary Burns (2014). Perancangan pengajaran
merupakan aspek yang paling penting yang mana guru-guru diperuntukkan masa,
bahan sokongan dan kemudahan kemahiran yang diperlukan untuk mencapai
kejayaan. Rancangan pengajaran ditunjukkan bagi membuktikan cara meningkatkan
reka bentuk guru dan gaya arahan yang diberikan. Rancangan pengajaran ini
mengandungi kandungan, reka bentuk arahan, pengetahuan arahan dan penilaian
model.
Di samping itu, aktiviti perbincangan berkumpulan merupakan aktiviti yang
berpusatkan guru oleh Mary Burns (2014). Aktiviti ini merupakan perbincangan formal
dan interaksi dengan rakan-rakan lain yang berfokus kepada isu-isu yang kritikal.
Matlamat mereka dalam aktiviti ini adalah untuk menyelesaikan masalah yang sama
atau mencipta dan mengimplimentasikan perancangan untuk mencapai matlamat
yang sama. Pembacaan, perbincangan, penulisan dan refleksi dan diketuai oleh
fasilitator yang berpakaran.
Akhir sekali, aktiviti melihat hasil kerja murid merupakan aktiviti berpusatkan
guru yang diperkenalkan oleh Mary Burns (2014). Aktiviti ini berfokuskan kepada
kolaborasi guru bagi pembelajaran kendiri dan penilaian cara guru mereka bentuk
aktiviti tertentu. Guru akan menyemak hasil kerja murid secara kolaboratif dengan
guru-guru lain. Mereka akan berbincang sesame mereka sepanjang penyemakan hasil
kerja murid berlangsung.
3. Bersasaskan panduan dalam PIPPK, jelaskan bagaimana kerangka konsep di
atas dilaksanakan untuk menilai kompetensi dan potensi serta keberhasilan
PPP.

PIPPK merupakan dokumen rujukan utama dalam pembangunan


profesionalisme keguruan yang telah dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). PIPPK dihasilkan adalah untuk membantu Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP) merancang kerjaya dan pembangunan profesionalisme mereka.
PIPPK merupakan garis panduan laluan kerja kepada PPP bagi membina
kompetensi berdasarkan aptitud iaitu kemahiran semula jadi dan kebolehan yang
mendorong kepada prestasi tinggi yang menepati trend semasa dan sepanjang
perkhidmatan mereka. Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PBPPP) telah memberi fokus kepada menilai keberhasilan PPP dan menilai elemen
pembangunan kompetensi dan potensi berasaskan gred dan jawatan.
Terdapat tiga komponen dalam komponen dalam instrumen PBPPP iaitu
generik, fungsional dan keberhasilan. Antara pihak yang terlibat dalam penilaian
termasuklah Jawatankuasa PBPPPP Oragnisasi (JKPBPPP), pegawai penilai (PP)
dan pegawai yang dinilai. Sepanjang tempoh penilaian berlangsung terdapat
beberapa pelaksanaan PBPPP dijalankan. Pada fasa prapelaksanaan, taklimat
PBPPP perlu dihadiri bagi mendapatkan pengumuman jadual pelaksanaan. Selepas
itu, perancangan penilaian Bersama PP1 dan PP2 dapat dijalankan. Kemudian, pada
fasa semasa pelaksanaan, Pegawai Yang Dinilai (PYD) akan dipertimbangkan
setelah memangku melebihi enam bulan dalam tahun semasa sebelum urusan
penilaian prestasi tahunan bagi tahun tersebut dilaksanakan pada hujung tahun
harus dinilai. Kompetensi dan prestasi PYD dijalankan secara berterusan bagi
sepanjang tahun yang dinilai yang tidak dipengaruhi oleh faktor yang boleh dianggap
sebagai unsur-unsur pilih kasih yang boleh mencemarkan nilai integriti. Penilaian
PYD tidak dilaksanakan secara tergesa-gesa atau dilakukan pada saat akhir di
samping PP1 dan PP2 tidak dibenarkan berbincang dalam menentukan markah
PYD. Semasa melaksanakan penilaian, PYD akan berbincang dengan PP tentang
kemajuan kerja sekurang-kurangnya dua kali setahun dan dari semasa ke semasa.
PYD juga hendaklah menyimpan Salinan borang markah sebagai bukti bagi setiap
penilaian yang dilaksanakan. PYD hendaklah memberikan perhatian khusus
terhadap pelaksanaan, mengambil tindakan untuk mengatasinya dan membuat
pengubahsuaian strategi kerja untuk meningkatkan prestasi kerja. Penilaian ini
dijalankan berdasarkan perkara yang boleh mengumpulkan dan mengesahkan
maklumat, bersedia dan teratur dan mampu merumuskan hasil pentaksiran secara
sistematik. Fleksibiliti diberikan kepada organisasi untuk melaksanakan penilaian
secara berterusan dalam tempoh satu tahu penilaian. KPM akan menetapkan Tarikh
awal dan Tarikh akhir untuk PP menjalankan penilaian. Penghantaran skor akhir bagi
semua PYD dalam organisasi masing-masing akan ditetapkan oleh KPM.

(932 PATAH PERKATAAN)

RUJUKAN

Mary Burns. (2014). Five Models of Teacher-Centered Professional Development.


Diakses pada 23 Februari 2021 daripada
https://www.globalpartnership.org/blog/five-models-teacher-centered-
professional-development.

(t.p.). (t.t). Manual pegawai yang dinilai (PYD). Diakses pada 23 Februari 2021
daripada
http://ipgkbm.edu.my/ipgkbm/images/PBPPP/Manual_PBPPP_PYD.pdf.

Wong Kiet Wah, Noriati A. Rashid & Boon Pong Ying. (2018). Asas
Kepemimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru Edisi Kedua. Oxford
Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai