Anda di halaman 1dari 9

BINCANGKAN USAHA-USAHA YANG

DIAMBIL OLEH KEMENTERIAN


PENDIDIKAN MALAYSIA
MENTRANSFORMASIKAN PROFESION
KEGURUAN AGAR MENJADI
PROFESION PILIHAN UNTUK RAKYAT
NEGARA KITA.
PENGENALAN
• Menurut Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan
Pustaka, halaman 492, keguruan bermaksud hal yang
berkaitan dengan ilmu menjadi guru, atau tugas dan
tanggungjawab sebagai guru.
• Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep
profesionalisme sebagai suatu pekerjaan khusus dan
dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan
iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, berdedikasi,
berakauntibiliti dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi
bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh
organisasinya.
• Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan ahli politik
berusaha untuk meningkatkan martabat profesion keguruan.
• Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan Malaysia
terutamanya KPM telah bersungguh-sungguh merangka
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013 –
2025) dan berusaha mewujudkan tema ‘Transformasi
Keguruan Sebagai Profesion Pilihan’ dalam Anjakan Keempat
PPPM (2013 – 2025) yang mengandungi tujuh fokus utama
bagi memartabatkan profesion keguruan dengan melahirkan
guru yang profesional serta menaikkan tahap
profesionalisme keguruan di negara ini.
Mengetatkan syarat kelayakan
kemasukan guru
• Fokus pertama dalam Anjakan Keempat PPPM (2013 – 2025) yang dilaksanakan
dalam Gelombang pertama bagi memartabatkan profesion keguruan ialah
mengetatkan syarat kelayakan kemasukan guru supaya terdiri daripada kalangan
graduan tiga puluh peratus ke atas bagi setiap kohort yang tamat persekolahan.
• Program-program pengambilan calon guru akan diperketatkan syarat kelayakannya
untuk memastikan bahawa hanya calon yang layak sahaja akan mendapat tempat di
IPG.
• Oleh itu, pemilihan calon guru haruslah bukan sahaja dari kecemerlangan akademik
dan sahsiah, malah juga perlu memiliki ciri-ciri keguruan, bersungguh-sungguh ingin
menjadi guru, bangga dengan profesionnya dan yakin dengan kebolehannya untuk
memikul amanah.
Merombak IPG standing dengan
standard bertaraf dunia
menjelang 2020
• Fokus kedua dalam Anjakan Keempat PPPM (2013 – 2025) ialah merombak IPG
setanding dengan standard bertaraf dunia menjelang 2020. Secara kasarnya, hal
ini boleh diterjemahkan sebagai penukaran IPG kepada universiti latihan guru.
• Kementerian berhasrat untuk mengubah IPG kepada universiti latihan guru
bertaraf dunia. Untuk menzahirkan tujuan tersebut, kementerian akan menilai
semula kurikulum latihan perkhidmatan semasa bagi memastikan guru cukup
bersedia untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang diperlukan
oleh murid di Malaysia.
Meningkatkan kualiti
Pembangunan Profesional
Berterusan (CPD)
• Fokus ketiga dalam Anjakan Keempat PPPM (2013 – 2025) ialah meningkatkan
kualiti Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) mulai 2013. Guru akan
mendapat latihan CPD individu daripada penyelia ataupun mentor mereka
apabila memulakan profesion.
• Sistem pementoran adalah suatu sistem dimana guru yang lebih berpengalaman
akan menjadi ‘role mode’ , penasihat dan pembimbing kepada guru lain yang
kurang berpengalaman untuk memindahkan perkembangan profesional dan
peribadinya.
• Ini membolehkan guru untuk terus meningkatkan tahap kemahiran mereka
selaras dengan kecekapan yang dijangkakan daripada seorang guru.
Melaksanakan laluan kerjaya
guru berasaskan kompetensi
dan prestasi
• Fokus kelima dalam Anjakan Keempat PPPM (2013 – 2025) ialah melaksanakan
laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi menjelang 2016.
• Guru akan dinilai secara tahunan oleh pengetua atau guru besar mereka.
• Penilaian ini akan dilaksanakan dengan menggunakan instrument penilaian
baharu yang memberikan tumpuan kepada keupayaan guru menyampaikan
pengajaran secara berkesan di dalam dan di luar bilik darjah.
Memperluas laluan guru untuk peranan
kepimpinan , pengajaran , dan pakar bidang
khusus menjelang 2016

• Memperluas laluan guru untuk peranan kepimpinan , pengajaran , dan pakar


bidang khusus menjelang 2016 merupakan fokus keenam dalam Anjakan
Keempat PPPM (2013 – 2025).
• Guru boleh memilih kerjaya yang menarik berdasarkan prestasi, potensi dan
minat mereka.
• Contohnya, guru boleh memilih untuk menjalankan tugas kepimpinan di
peringkat sekolah, PPD,JPN atau Kementerian.
• Mereka juga bebas memilih untuk menjadi pakar dalam bidang tertentu seperti
pembangunan kokurikulum, pentaksiran dan program latihan untuk sistem yang
lebih luas.
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai