Anda di halaman 1dari 9

21.

0 PENGENALAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025)


yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah meletakkan
peningkatan profesionalisme profesion keguruan sebagai salah satu fokus utama
dalam melahirkan guru-guru yang kompeten. Dalam usaha untuk merealisasikan
hasrat tersebut, guru seharusnya mengambil tindakan proaktif ke arah meningkatkan
profesionalisme profesion keguruan sejajar dengan hasrat murni Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Hal ini demikian, guru adalah nadi kepada sekolah.
Profesionalismenya adalah kunci kepada peningkatan kualiti (Jemaah Nazir, 2001).
Kualiti yang dimaksudkan bukan sahaja tertumpu kepada kualiti proses malah yang
lebih utama adalah kualiti hasilnya. Pendidikan merupakan suatu proses yang
berlaku sepanjang hayat. Ia menggambarkan sesebuah masyarakat yang
bertamadun di mana konsepnya bukan sekadar memberi ilmu pengetahuan, malah
ia bertujuan untuk mendidik anak bangsa, membentuk peribadi, rohani, emosi dan
jasmani yang selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosri, rohani, intelek dan sosial
iaitu (JERIS).

1
2.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU (TROTTER 1986)

Dalam hal ini, aspek pembangunan diri dan pembangunan kerjaya


merupakan perkara yang penting untuk peningkatan profesionalisme keguruan
seperti mana yang diberi penekanan dalam Teori Trotter (1986). Noriati A. Rashid
dan Boon Pong (2009) menyatakan bahawa pada tahun 1986, Trotter telah
mengemukakan teori Lima Peringkat Perkembangan Guru untuk saya menjadi pakar
dalam bidang yang diceburi. Hal ini kerana, guru adalah ejen keberkesanan
pendidikan di negara kita. Lima peringkat perkembangan tersebut ialah novis, novis
lanjutan, cekap, mahir dan pakar. Setiap peringkat tersebut perlu saya ikuti dan
melaksanakan beberapa perkara bagi memastikan tahap profesionalisme sebagai
seorang guru dapat ditingkatkan bagi membantu mengembalikan semula imej dan
membawa sistem pendidikan ke arah kecemerlangan.

2.1 Peringkat Novis

Guru Novis merujuk kepada guru sandaran dan terlatih yang baru
memulakan perkhidmatan di sekolah. Menurut Khalid (2009), mendefinisikan guru
novis merupakan yang telah menamatkan program pendidikan guru dan baru
memulakan perkhidmatannya di sekolah. Selain itu, Mohammed Sani, Zamri dan
Norasmah (2006) dalam Khalid (2009), menyatakan guru novis sebagai guru baru
yang terlatih dan mula berkhidmat diantara satu hingga tiga tahun, dalam tempoh
percubaan dan belum disahkan lagi dalam jawatan.

Peringkat pertama untuk saya mencapai penguasaan dalam bidang yang


diceburi bermula pada peringkat novis. Peringkat ini bermula sebaik sahaja saya
ditempatkan di sebuah sekolah dan telah membentuk pemikiran tentang tugas-tugas
am sebagai seorang guru novis. Namun, pemikiran ini hanya dapat dibentuk tetapi
tidak pada kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang.
Semasa dalam perkhidmatan menjadi guru novis, saya perlu peka dan sentiasa
mendapatkan maklumat tentang pelbagai aspek. Bermula dari maklumat murid,
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc), pengurusan pentadbiran, takwim sekolah
dan lain-lain. Hal ini demikian, ia sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan
profesionalisme di mana seorang guru novis perlu mengetahui dan arif tentang
sekolah berkenaan.

2
Selain itu, apa yang saya perlu lakukan dalam mendapatkan kefahaman
novis dalam erti kata yang sebenar adalah menyesuaikan diri terlebih dahulu dengan
budaya sekolah termasuklah tempat, keadaan dan cara berinteraksi dengan warga
sekolah. Saya perlu mengelakkan sikap tidak mesra semasa berhadapan dengan
warga sekolah. Hal ini demikian, ia hanya mewujudkan suasana tegang dan sikap
yang tidak professional Dalam usaha untuk meningkatkan profesionalisme juga,
saya perlu menerima tugas yang diamanahkan oleh sekolah. Walaupun tidak
seberapa mahir dalam tugas yang diberikan, saya perlu mempelajarinya dengan
meminta tunjuk ajar daripada guru-guru senior yang berpengalaman.

Di samping menerima tugas yang diberikan, saya harus menawarkan diri


untuk membantu tugas-tugas lain sama ada dari aspek kurikulum, kokurikulum dan
lain-lain. Dalam fasa ini, saya juga perlu menunjukkan prestasi yang baik, sentiasa
berlapang dada, tidak membuat sebarang rungutan dan bersedia dalam melakukan
transformasi diri ke arah mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik.

32.2 Peringkat Novis Lanjutan

Dalam peringkat ini menjelaskan tentang guru novis lanjutan melakukan


penambahan ilmu pengetahuan dan maklumat berkaitan dengan proses pdpc
beserta dengan konsep-konsep yang berkaitan profesian ini. Hal ini kerana, ilmu
pengetahuan menjadi asas dalam menjadi seorang pendidik. Menurut Magisos
(1989), sebaik-baik guru adalah mereka yang berpengetahuan tinggi, mahir dalam
bidang teknikal dan cekap menjalankan tugas sebagai seorang guru. Oleh itu, dalam
peringkat ini saya perlu mempunyai ilmu pengetahuan terutama terhadap mata
pelajaran yang diajar, mempunyai imaginasi yang tinggi untuk membuat pelbagai
contoh yang dapat membantu murid untuk memahami konsep. Selain itu, zaman
teknologi ini memperlihatkan pengaruh teknologi semakin meluas dalam kalangan
murid. Sebagai seorang guru, saya perlu lebih kehadapan dari murid-murid dan
mempelajari teknologi agar dapat dijadikan panduan dan murid-murid dapat
mempelajari dariapda guru.

Guru novis lanjutan memerlukan bimbingan guru mentor untuk mengekalkan


minat dan motivasi guru novis lanjutan tersebut. (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2013).
Selaras dengan pernyataan di atas, apa yang perlu dilakukan dalam pembangunan
kerjaya saya dalam peringkat ini adalah saya perlu meminta bimbingan daripada
guru mentor dalam menambah ilmu pengetahuan serta kefahaman terhadap proses
yang berkaitan dengan PdPc. Perkara ini penting dalam peringkat ini agar saya tidak

3
jauh ketinggalan dan sentiasa bersedia untuk mempelajari benda yang baharu.
Dalam usaha untuk meminta tunjuk ajar daripada rakan guru atau mentor, terlebih
dahulu saya perlu mewujudkan budaya mesra serta dapat berkolaboratif dengan
guru-guru yang lain. Pengumpulan maklumat dapat dilakukan dengan mudah jika
saya mempunyai kemahiran kolaborasi yang baik.

2.3 Peringkat Cekap

Pada peringkat ini adalah fasa di mana saya mencapai ketrampilan dalam
bidang pendidikan iaitu dengan memiliki kelayakan ikhtisas. Pengalaman-
pengalaman yang diterima menerusi program pembangunan profesional, sama ada
bersifat latihan-latihan khusus atau pun pengalaman sebenar di tempat kerja sudah
tentu mengupayakan guru-guru bertindak atau berpelakuan dengan cekap untuk
meningkatkan kualiti pendidikan sekolahnya.

Dalam menjadikan kecekapan dalam pembangunan kerjaya ini, saya perlu


cekap dalam memberikan perhatian terhadap pembelajaran murid. Misalnya,
mendidik dan membimbing untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya mereka menjadi seorang yang
berpengetahuan di samping berakhlak mulia. Selain itu. Saya perlu mempunyai
pemahaman tentang kepelbagaian kecerdasan pelajar, perbezaan individu dari segi
kognitif, budaya dan emosi kerana ia dapat membantu saya untuk mempekembang
potensi pelajar ke peringkat optimum. Di samping itu, saya juga perlu mempunyai
pengetahuan tentang cara pelajar belajar dan keperluan pelajar agar saya dapat
memberikan pendekatan pengajaran dan tugasan yang sesuai serta cara
memotivasikan pelajar setelah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar.

Dalam PPPM 2013-2025 (KPM, 2013) telah menggariskan di dalam anjakan


yang ke -7 iaitu “memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia”. JelaslaH, TMK telah menjadi satu
keperluan dalam bidang pendidikan masa kini. Oleh hal demikian, TMK sangat
penting dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga pendidik untuk melahirkan
masyarakat yang bermaklumat serta berfikiran global (Syuhada & Mohd Aderi 2016).
Sebagai seorang guru yang berkaliber, Saya tidak boleh ketinggalan dalam mengejar
kemajuan di dalam TMK untuk pembelajaran untuk murid-murid. Saya perlu
membuat anjakan minda dan seterusnya meningkatkan kecekapan dalam
penggunaan teknologi. Kecekapan dalam menggunakan teknologi dan maklumat
amat diperlukan dalam usaha membantu proses PdPc.

4
Untuk pembangunan kerjaya juga, saya perlu mengamalkan budaya inovasi
untuk meningkatkan kualiti saya di samping mewujudkan suasana yang
menyeronokkan dengan menggunakan medium inovasi dalam PdPc di bilik darjah.
Melalui pembudayaan inovasi, saya cekap untuk mengawal dan mengatasi masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid yang tidak dapat memahami konsep
pembelajaran dengan baik. Selain itu, saya perlu cekap dalam melaksanakan visi
dan prinsip di mana saya menghadiri bengkel atau kelas inovasi bertujuan untuk
meingkatkan pengetahuan mengenai inovasi dalam PdPc. Melalui penghasilan
inovasi dalam PdPc, saya dapat membuat pameran serta mempertandingkan hasil
inovasi pada peringkat daerah, negeri seterusnya peringkat kebangsaan.
Peningkatan profesionalisme saya dapat ditingkatkan melalui penglibatan dalam
inovasi.

2.4 Peringkat Mahir

Peringkat keempat perkembangan guru adalah mahir. Dalam fasa ini, saya
telah mahir dalam bidang pendidikan. Antara kemahiran tersebut adalah kemahiran
komunikasi, kemahiran TMK dan kemahiran pengurusan bilik darjah. Dalam
menelusuri pendidikan yang bertunjangkan TMK pada masa kini, saya perlu
meningkatkan kemahiran yang sedia ada berkaitan dengan TMK. Bengkel-bengkel
berkenaan TMK yang dianjurkan sama ada oleh KPM atau sektor swasta perlu
disertai untuk peningkatan profesionalisme dan kualiti guru. Walaupun pendidikan
alaf 21 berfokuskan kepada penggunaan TMK, masih terdapat segelintir guru tidak
mahir menggunakan TMK untuk diintegrasikan dalam PdPc (Siti Fatimah Ahmad dan
Ab. Halim Tumuri, 2010). Oleh itu, saya perlu melengkapkan diri dengan kemahiran
TMK dan menguasai asas-asas pengetahuan dalam penggunaan alat-alat teknologi
atau perisian multimedia dalam pendidikan.

Di samping itu, saya juga harus menguasai kemahiran komunikasi di mana


kemahiran ini mempunyai peranan yang sangat penting dalam diri seorang guru.
Terdapat beberapa cara untuk berkomunikasi iaitu bertutur, bahasa badan, penulisan
dan juga melalui medium seperti telefon dan komputer (Syed Ismail & Ahmad Subki,
(2013). Saya dapat memberikan motivasi kepada murid-murid jika saya mahir
berkomunikasi dengan berkesan. Dengan ini, murid mudah untuk menerima motivasi
yang disampaikan secara berhemah dan penuh dengan kata-kata hikmah datangnya
dari butir bicara seorang pendidik. Dalam pada itu, saya dapat menerapkan nilai-nilai
murni dalam diri murid. Pendekatan penyayang juga dilakukan di mana saya mahir

5
menggunakan komunikasi dengan menghadiahkan senyuman sebagai tanda
penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang baik. Misalnya, murid
berjaya untuk menguruskan kelas dengan bersih dan kemas. Tindakan ini dapat
memotivasikan murid untuk melakukan yang terbaik di masa akan datang.

Dalam mengendalikan sebarang aktiviti yang dilaksanakan dalam PdPc, saya perlu
mahir untuk melaksanakan aktivti tersebut. Semasa pelaksanaan PdPc, saya harus
menggunakan segala kemahiran untuk memulakan pengajaran dengan cara yang
menarik atau meransang kognitif murid dengan memberikan mereka contoh-contoh
yang dekat dengan mereka terlebih dahulu untuk memudahkan proses berfikir
mereka. Misalnya, saya memberikan contoh-contoh pembelajaran berdasarkan
dengan pengalaman dan situasi murid. Tujuannya adalah untuk menarik minat murid
pada awal set induksi untuk menumpukan perhatian.

2.5 Peringkat Pakar

Peringkat kelima ialah peringkat guru pakar. Guru pakar membawa maksud
orang yang berautoriti dalam profesionnya kerana idea dan kemahirannya boleh
mempengaruhi polisi-polisi berkaitan dengan pengendalian di dalam bilik darjah.
Dalam hal ini, guru pakar menjadi role model kepada guru-guru yang lain dan
dikenali dengan nama Guru Cemerlang (GC). Menurut Mok Soon Sang (2009), guru
pakar merupakan guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.

Usaha pembangunan kerjaya dapat dilakukan dengan menyerlahkan


ketrampilan diri. Menurut Nazirmuddin Ahmad (2005), ketrampilan diri merujuk
kepada keyakinan diri atau kepercayaan terhadap diri sendiri iaitu kemampuan dan
keupayaan untuk menghadapi cabaran. Ketrampilan guru pakar dapat dilihat melalui
personaliti dan keperibadian mereka (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2013). Ini dapat
ditunjukkan melalui cara berpakaian, menepati masa, mesra, sopan,
bertanggungjawab, berkeyakinan diri, amanah, memiliki komunikasi yang baik dan
lain-lain.

Guru pakar ini menumpukan kepada GC yang banyak memberikan


sumbangan signifikan kepada sekolah, warga pendidikan, masyarakat. Oleh hal
demikian, dapat saya simpulkan bahawa apa yang perlu saya lakukan adalah
dengan menjaga imej profesion keguruan itu sendiri di mana saya perlu
menunjukkan contoh yang baik bukan sahaja kepada warga sekolah khususnya

6
tetapi juga kepada masyarakat. Melalui tindakan ini secara tidak langsung dapat
membantu mengangkat martabat seorang guru.

Dalam konteks keguruan, menjadi seorang guru pakar memerlukan saya


untuk terlibat sepenuhnya dalam Pengurusan Kurikulum. Penglibatan saya juga
dalam panitia serta dapat memberikan sumbangan di dalam dan di luar institusi.
Untuk menjadi seorang guru yang pakar sebenarnya bukanlah berdasarkan kepada
gaji dan ganjaran yang ada tetapi dilihat pencapaian dan sumbangan yang diberikan.
Dengan kepakaran yang saya miliki, saya berupaya untuk menjana idea yang baharu
dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan serta dapat berkongsi idea
tersebut bagi meningkatkan mutu di sekolah. Selain itu, saya dapat menguruskan
disiplin serta rutin bilik darjah dengan baik di mana murid-murid dapat dikawal untuk
menjalankan tugasan harian dengan penuh bertanggungjawab.

3.0 Kesimpulan

Peningkatan profesionalisme guru memainkan peranan sebagai agen


terpenting ke arah merealisasikan aspirasi sistem penddikan negara. Hal ini
demikian, usaha untuk melahirkan murid yang mampu memenuhi aspirasi
pendidikan pendidikan negara adalah bermula dari profesionalisme seorang guru.
Sebagai seorang yang bakal bergelar guru di masa akan datang, saya harus
meneruskan usaha untuk merealisasikan tanggungjawab untuk membina modal
insan cemerlang dan berkualiti melalui proses pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPc). Saya perlu menggandakan usaha untuk meningakatkan pengetahuan dan
kemahiran peribadi seperti mana yang perlu ada pada seorang guru yang
mempunyai ciri-ciri guru yang cemerlang.

RUJUKAN

7
Abd Rahim Abd Rashid. (2004). Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan: Menghadapi
Perubahan dan Cabaran Alaf Baharu, Kuala Lumpur Utusan Publications &
Distributors Sdn.Bhd.

Chek Mat. (2003). Kemahiran Memimpin. Kuala Lumpur: Utusan.

Fathi Yakan. (2001). Al-Athar Al Mutarattibah ‘Ala Qaibathi Al-Qiyadah Ar-Rasyidoh


Almursyidah. Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Kepimpinan Islam.
Akademi Pengajian Islam: Universiti Malaya.

Goh, P. S. C., Qismullah Yusuf & Wong, K. T. (2017). Lived experience:


Perceptions of competency of novice teachers. International Journal of
Instruction, 10(1): 21-36

Khalid Johari. (2009). Pola Efikasi Guru-Guru Novis Sekolah Menengah. Kota
Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Khairun Nisak Sombar@ Abdul Hamid, Maimun Aqsha Lubis, Mohd Aderi Che Noh,
Hezlen Suzne Md Noor, Zawatil I’shqi Mustapa. (2016). Persepsi Pelajar
Terhadap Penggunaan Youtube Dalam Subjek Pendidikan Islam. Prosiding
wacana Pendidikan Islam Siri Ke 11 (WPI11),247-260

Lokman Mohd Tahir, Mohd Nihra Mohd Said, Roslee Ahmad, Khadijah Daud,
Bambang Sumitono & Suhana Yusoff. (2014). Exploring the Induction
Program for Novice Teachers. Life Science Journal, 11(8): 394-406.

Mohammed Sani Ibrahim. (2007). Strategi Menginstitusikan Program Mentoran


Kearah Perkembangan Kerjaya Guru-guru Novis di Malaysia. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Magisos, J. H. (1989). “ Vokcational Teacher Education Principles, Practise, Problem


and Promissing Direction.” London : The Plamer Press.

Mok Soon Sang. (2009): Psikologi Pendiidkan dan Pedagogi : Murid Dan Alam
Belajar : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Noriati Arashid, Boon Pong Ying. (2009). Murid dan Alam Belajar (Siri Pendidikan
Guru). Selangor: Oxford Fajar.

8
Orgoványi-Gajdos, J. (2015). Expert and Novice Teachers’ Approaches to
Problematic Pedagogical Classroom Situations. In. Ferit Uslu (Eds.).
Proceedings of INTCESS15- 2nd International Conference on Education
and Social Sciences. Istanbul: International Organization Center of
Academic Research

Oshrat-Fink, Y. (2014). From the Campus to the classroom: A narrative theory of


novice teachers’ transition processes. Reective Practice, 15(6): 729-750

Syuhada Md Samsudin & Mohd Aderi Che Noh. (2016). Pembudayaan Penggunaan
Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Prosiding
wacana Pendidikan Islam Siri Ke 11(WPI11), Hlm 191-201.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2013). Asas Kepimpinan &
Perkemabangan Profesional.Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Sufean Hussin. (11996). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem, dan Falsafah.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Liz Wan Omar. (2000). Mengurus Agenda Abad 21: Cabaran Dan Persiapan
Dalam Era Globalisasi,. Golden Books Centre Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Yazid Abdul Manap. (2001). Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab


Bersama. Bestari Koleksi Guru Johor, JPN Johor.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (1991). Pentadbiran Pendidikan. Petaling Jaya:


Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai