Anda di halaman 1dari 6

5 Ciri Guru Idaman Pelajar

1. Kenal Pasti Jenis Pelajar

Sebagai seorang guru, kita seharusnya mengenal pasti jenis pelajar yang
terdapat dalam kelas kita. Kita perlu mengenali mereka agar mudah
merancang pedagogi pengajaran dalam kelas. Di samping itu, ia membantu
guru untuk lebih dekat dan memahami tingkah laku pelajar dalam kelas.
Bagaimana caranya?

Saya kongsikan anda dengan satu cara yang mudah untuk mengenal jenis
pelajar menggunakan Personaliti VAK.

Bagaimana yang dimaksudkan dengan personaliti VAK? Seorang guru tidak


perlu meminta pelajar untuk mengisi borang ujian personaliti, cuma melalui
pemerhatian anda dalam kelas sahaja.

(V) merupakan kategori pelajar VISUAL

(A) merupakan kategori pelajar AUDITORI

(K) merupakan kategori pelajar KINESTETIK

Pelajar kategori VISUAL (V) ini adalah pelajar yang mudah tertarik dengan
perkara yang mampu dilihat misalnya bergambar, berwarna dan paparan
video. Ciri-ciri pelajar ini seperti memakai pakaian dengan kemas, selalu ingin
kelihatan cantik, sering menggunakan perkataan Saya Nampak, Saya Tengok,
Saya Perhati, dan suka perhatian.

Manakala, pelajar kategori AUDITORI (A) ini adalah pelajar sangat sensitif
dengan bunyi. Lazimnya merupakan pelajar pendiam dan pemalu. Ciri-ciri
pelajar ini seperti seorang yang tak banyak cakap, fokus ketika cikgu sedang
mengajar dan selalu menggunakan perkataan Saya dengar.
Pelajar kategori KINESTETIK (K) pula merupakan pelajar paling aktif dalam
kelas, dan kebiasaannya sukar duduk di satu tempat sahaja. Ciri-ciri pelajar ini
seperti seorang yang suka menggerak-gerakkan kaki, suka bermain dengan
pen dan suka menggunakan perkataan Saya rasa, saya suka.

Setiap pelajar mempunyai ketiga-tiga kategori di atas, namun pasti ada


kategori yang lebih dominan dan mampu anda kenal pasti berdasarkan ciri-
ciri yang saya jelaskan di atas.

Dengan mengenal pasti jenis pelajar, ia memudahkan cikgu untuk tackle atau
menarik minat mereka berdasarkan cara pendekatan sesuai mengikut jenis
pelajar. Pengaruh anda sebagai guru akan lebih terserlah apabila mampu
menarik minat kesemua pelajar itu nanti.

2. Guna Alat Bantu Mengajar Yang Sesuai

Zaman persekolahan zaman dahulu berbeza dengan masa kini. Zaman dulu,
guru hanya baca buku dan pelajar salin semula apa yang guru baca, dalam erti
kata lain guru tidak menggunakan alat bantu mengajar selain buku teks.

Namun hari ini, zaman pemodenan telah menghakis minat pelajar untuk
belajar kerana belajar tidak seseronok bermain video games atau menonton
televisyen dan melayari Internet.Justeru, guru harus berusaha keras mengajar
secara kreatif, misalnya membawa alat bantu mengajar sesuai ketika sesi
pembelajaran dalam kelas bagi menarik minat mereka.
Pada tip pertama tadi saya telah menjelaskan bagaimana mengenal pasti jenis
pelajar anda. Ini akan memudahkan kerja anda sebagai guru dengan memilih
alat bantu mengajar yang sesuai mengikut jenis pelajar masing-masing.

Pelajar VISUAL (V), alat bantu yang sesuai adalah sesuatu yang boleh dilihat
misalnya kadbod bergambar, tayangan video dan pembelajaran di luar kelas.

Manakala pelajar AUDITORI (A) lebih tertarik kepada muzik latar yang boleh
dimainkan untuk menarik minat mereka. Namun perlu berhati-hati kerana
pelajar ini tidak suka suasana yang terlalu bising.

Seterusnya, pelajar KINESTETIK (K), pelajar jenis ini sukakan pergerakan jadi
anda kena berikan tugasan kepada mereka agar mereka sendiri yang
selesaikan misalnya minta pelajar lukiskan, lakarkan, bentuk kumpulan,
membuat pembentangan atau membina menara.

Alat-alat bantu ini sangat sesuai untuk meningkatkan pengaruh anda kerana ia
memang menarik minat pelajar untuk mendalami apa yang mereka belajar.
Pedagogi ini sangat sesuai dengan sistem pembelajaran abad ke-21 (Teacher
Centered to Student Centered Learning).

Namun, ini bukan bermakna anda kena buat semua perkara di atas setiap kali
mengajar. Saya cadangkan, sebaik-baiknya sebulan sekali mesti ada aktiviti
yang menarik minat pelajar dengan alat bantuan mengajar tadi.
ABM yang sesuai

3. Masukkan Elemen Mengajar Yang Unik

Pelajar mempunyai satu sifat umum iaitu sukakan perkara yang baru. Justeru
itu, setiap guru haruslah sentiasa cuba membawa benda-benda baru yang unik
dalam sesi pembelajaran.

Saya berikan contoh, mungkin kalau anda ingin mengajar tentang sejarah
Hang Tuah di Melaka, maka mungkin anda boleh berpakaian seperti seorang
pendekar yang lengkap dengan tengkolok ataupun replika keris.

Jika anda hendak mengajar tentang Sains, mungkin anda boleh bawa kiub ais
dalam bekas untuk pelajar rasai, dan perhatikan bagaimana ais tersebut boleh
mencair (Learning Experience).

Dalam erti kata lain, jangan mengajar hanya bergantung kepada satu sumber
sahaja iaitu buku teks, kerana apa yang ada dalam buku teks adalah sesuatu
yang pegun, tak boleh dilihat atau dirasai.

Dengan adanya elemen-elemen unik yang guru masukkan dalam kelas, pasti
akan lebih menarik minat pelajar untuk sentiasa ternanti-nantikan kelas akan
datang kerana mereka akan tertunggu-tunggu keunikan yang bakal anda
bawa. Pada ketika itu, sebenarnya rasa suka pelajar terhadap guru sudah
berada pada tahap yang cukup tinggi.

Jadi guru yang disukai, Variasi sikap guru menjadikan sekolah itu cantik,
harmoni.
4. Komunikasi Dua Hala

Ilmu komunikasi adalah salah satu elemen penting untuk menjadi guru yang
disukai pelajar. Komunikasi tidak terbatas kepada apa yang kita tuturkan
sahaja, ia termasuklah cara berpakaian, tingkah laku atau bahasa badan, eye
contact, lantunan suara, bahasa isyarat dan kesediaan kita mendengar.

Sebab itu seorang guru yang mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi
sangat digemari pelajar, kerana mereka selesa berinteraksi dengan guru
tersebut.

Usaha guru membantu murid membaca

5. Berhenti Saat Mereka Ingin Tahu

Apabila pelajar tidak minat dengan subjek yang mereka belajar, mereka sering
lewat masuk kelas, selalu nak ke tandas dan tidur dalam kelas. Jadi, jika anda
mahu mereka sentiasa datang awal ke kelas, anda perlu masukkan tip kelima
ini. Berhenti saat mereka ingin tahu.

Misalnya lima minit terakhir ketika anda mengajar, masukkan sedikit previu
topik yang anda ingin ajar di kelas akan datang. Jadi, selepas anda ceritakan
sedikit mukadimah yang menarik minat mereka, sila berhenti saat itu.
Katakan kepada mereka, kalau nak tahu apa yang berlaku dan apakah proses
seterusnya, datang awal ke kelas akan datang.

Kaedah ini sangat berkesan untuk melatih pelajar agar terus bersemangat
datang kelas pada awal waktu sebab anda tinggalkan mereka dengan
persoalan. Ini kerana, secara semula jadinya pelajar mempunyai sifat ingin
tahu yang sangat tinggi.

Konklusinya, seorang guru yang komited dalam melaksanakan tanggungjawab


mendidik anak bangsa pasti berusaha agar disukai pelajar. Ia bukanlah untuk
meraih populariti mahupun didorong oleh dasar lain, melainkan hendak
melihat generasi ini menjadi insan cerdik pandai dan bersahsiah murni.

Kesimpulan

Disini sebagai seorang guru kita perlu mengamalkan 5 tips ini supaya kita
disenangi oleh murid dan pelajar. Guru sebenarnya tidak perlu menjadi
seorang guru yang garang sekiranya guru pandai kawal kelas dan membuat
aktiviti yang kreatif.

Selain itu, guru tidak boleh terlalu serius di dalam kelas sehingga pelajar takut
untuk mendekati guru dan untuk bertanyakan soalan. Guru perlu menerapkan
unsur kecindang supaya murid akan menjadi lebih mesra dengan guru. Proses
penajaran dan pembelajaran juga akan menjadi lebih mesra dan harmoni.

Penampilan guru seperti cara berpakaian juga mempengaruhi minat murid


untuk belajar. Hal ini kerana guru yang kemas memberi pandangan yang
positif kepada murid dan pelajar. Mereka juga akan cuba untuk menjadi
seperti guru berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai