Anda di halaman 1dari 6

ADA lagi pencemaran air busuk akibat ammonia?

Pertanyaan ini pastinya menjadi topik perbualan


kepada masyarakat Malaysia terutama penduduk Lembah Klang ketika ini. Entahlah sampai bilakah kita
ingin melihat pencemaran ammonia terus berlaku?
Jika hendak bertanya kepada Jabatan Alam Sekitar, jawapan biasa akan dibuat iaitu kami akan
mengambil sampel air dan akan mengambil tindakan lanjut. Data sampel air entah hilang ke mana
sehingga tiada penyelesaian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu penguat kuasa berkaitan terutamanya
Jabatan Alam sekitar (JAS) supaya lebih serius menjalankan penguat kuasaan bagi mengelakkan
pencemaran sungai dan banjir kilat.
Kisah terbaru melaporkan lebih dua juta penduduk di daerah Kuala Langat, Hulu Langat, Petaling dan
Sepang terputus bekalan air beberapa hari lalu kerana pencemaran air busuk ammonia di Sungai
Semenyih.
Isu pencemaran ammonia di Kampung Gatom dan Bukit Tagar sudah cukup membayangkan betapa
lemahnya penguatkuasaan dalam menangani isu alam sekitar. Apabila Perdana Menteri mengarahkan
agar penguat kuasa bertindak lebih serius, bermakna mungkin masih ada lagi jabatan menerusi
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar lemah dan tidak bertaring.
Rakyat mengalami gangguan air baru-baru ini mungkin akan berasa was-was dengan mutu air
dibekalkan kerana mengetahui bekalan air terputus akibat pencemaran yang berpunca daripada air
kotor dari pusat pelupusan sampah Sungai Chembong milik Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Undang-undang alam sekitar negara yang lemah menyebabkan pemilik pelupusan sampah
menggunakan sistem kambus tidak terurus, terlepas daripada dikenakan tindakan. Kebanyakan pusat
pelupusan sampah tidak mempunyai loji rawatan leachate menyebabkan banyak sungai tercemar dan
menjadikan sungai sebagai tong sampah.
Inilah mentaliti perancangan pihak berkuasa di negara ini yang sentiasa memandang rendah terhadap
alam sekitar. Pusat Pelupusan Sampah di Bukit Tagar dikatakan terbaik di Malaysia masih lagi menjadi
punca kepada pencemaran bekalan air, apatah lagi sistem pelupusan sampah di tempat lain.
Selangor sebagai negeri maju sepatutnya tidak berhadapan dengan masalah ini, kerana mereka
seharusnya menyediakan pelan perancangan yang sistematik terutama kawasan pembuangan sampah
agar tidak memberi kesan terhadap alam sekitar terutamanya air sungai.
Namun begitu air Selangor sering berhadapan dengan masalah pencemaran. Menteri Besar Selangor
harus memandang serius masalah berkaitan kualiti air sungai yang menjadi punca bekalan air kepada
penduduk Lembah Klang.
Rakyat ingin melihat perkembangan positif yang akan dirumuskan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai
Pengurusan Sisa Pepejal termasuk undang-undang yang lebih tegas dikenakan terhadap mereka yang
mencemarkan alam sekitar.

Pesalah alam sekitar di Malaysia semakin bermaharajalela kerana mereka tidak takut dengan
perundangan Malaysia apatah lagi penguat kuasaan alam sekitar.
Tambahan pula membuang sisa pepejal di dalam sungai atau hutan dan ini lebih menjimatkan kos
berbanding denda yang dikenakan terhadap mereka. JAS perlu diperkasakan dan dilihat lebih agresif dan
mampu menakutkan pesalah alam sekitar. Pada waktu ini JAS sedang diperlekehkan kerana tiada
wibawa.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pula perlu bertindak dengan lebih berani dan lantang dalam
menangani pencemaran alam sekitar yang semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Isu alam
sekitar bukan sesuatu isu yang remeh malah ia menentukan kualiti rakyat Malaysia. Sikap turun padang
berbanding hanya membuat kenyataan dalam akhbar perlu dijadikan satu amalan kepada semua
menteri .
Contoh yang paling menyedihkan, air sungai utama di Kuala Lumpur iaitu Sungai Klang dan Sungai
Gombak yang mengalir melalui pusat bandar raya mengandungi muatan pepejal terampai yang tinggi
akibat pembuangan keladak dari tapak pembinaan.
Mengapa perkara ini terus berlaku, sedangkan sudah ada peraturan yang menghendaki pemaju yang
menjalankan pembangunan di sesuatu kawasan memproses terlebih dulu bahan kumbahan sebelum
dibuang ke dalam sungai.
Selain itu, kekurangan kos dan teknologi dalam meningkatkan kualiti air sungai menyebabkan air
buangan dari pembetungan setempat tidak dapat dirawat dengan baik sebelum dilepaskan ke dalam
sistem sungai.
Alangkah baiknya jika sungai yang mengalir di tengah-tengah Kuala Lumpur dijadikan tarikan pelancong
tetapi malangnya ia tidak boleh dilakukan kerana air sungai busuk dan berwarna kuning.

EZARUDDIN ABD RAHMAN,


Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

PENCEMARAN AIR DI MALAYSIA


Air merupakan satu sumber yang penting untuk manusia. Malahan ia
merupakan perkara kedua terpenting bagi kehidupan manusia selepas udara. Tahukah
anda, air memberikan jisim 2 per 3 dari berat badan manusia? Tanpa air, manusia akan
mati dalam masa beberapa hari sahaja.
Sekiranya kita melihat kepada sifat kondisi tubuh manusia, kita akan mendapati air
mempunyai peranan besar kerana sebahagian besar tubuh badan manusia adalah
terdiri daripada air seperti:

Fetus 100%
Bayi 80%
Orang Dewasa 60 hingga 70%
Warga Emas 50%

Dengan itu, tidak hairanlah air sangat penting dan amat besar peranannya kepada
manusia.
Antara kebaikan air ialah :
* pelincir didalam badan manusia dan menghalang dari berlakunya sembelit
* membantu pembentukan air liur dan cecair dibahagian sendi pergerakan
* membantu mengawal suhu badan dan membantu kadar metabolisma tubuh
* bertindak sebagai pencegah penyakit kerana ia membantu mencuci tubuh manusia.

Disebabkan oleh pentingnya air kepada tubuh manusia, pakar kesihatan


mencadangkan agar air diminum sekurang-kurangya 8 gelas sehari

Punca berlakunya pencemaran air


Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik yang
terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenangwenangnya ke dalam sungai.
Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah
organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini
mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.
Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di
sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan.
Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi
bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke
dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.
Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil pertanian
menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungaisungai. Hampas-hampas
organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan
baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air. Ini
menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuhtumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.
Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air. Can
gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi
minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur
dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan
air seperti tumbuhtumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.
Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada
pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dani makmal-makmal dan buangan
hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut.
Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai
tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang kepada pencemaran air laut.

KESAN-KESAN PENCEMARAN AIR

Apabila berlaku pencemaran air, berbagai-bagai masalah terpaksa dihadapi. Di antaranya ialah:a) Peningkatan kos pembersihan dan bekalan minuman
b) Hidupan air ( ikan, udang, dan lain-lain ) terancam.
c) Kesihatan terganggu ( Penyakit-penyakit yang dibawa oleh air )
d) Gangguan penggunaan kemudahan rekreasi
e) Penggunaan air bersih terjejas.

KAWALAN PENCEMARAN

Undang-undang di bawah akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 ( Pindaan 1996 ), Peraturan-peraturan untuk
mengawal pencemaran air telahpun dikuatkuasakan iaitu:1)Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling ( Premis Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit
Mentah)1977- P.U(A)342/77- untuk mengawal pelepasan effluen dari kilang kelapa sawit
2)Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah) 1978-P.U
(A)338 / 78- untuk mengawal pelepasan effluen dari kilang getah.
3)Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Kumbahan dan Effluen-effluen Perindustrian) 1979 - P.U (A)
12 / 79 - untuk mengawal pelepasan kumbahan dan effluen dari industri-industri ( selain dari kilang
getah dan kelapa sawit ).
4)Garis PanduanCara kawalan pencemaran air bukan undang-undang dilaksanakan melalui :a)Garis-garis pencemaran bagi penempatan dan pengezonan industri-industri.
b)Garis-garis panduan bagi kawalan dan pencegahan hakisan tanah dan kelodakan.
c)Garis-garis panduan bagi pengurusan Sisa-sisa Pepejal.

Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Air

Langkah yang pertama ialah elakkan pembuangan sisa-sisa makanan dan organik ke dalam longkang.
Cara praktikal yang boleh dilakukan ialah menanam sisa-sisa makanan di tapak yang sesuai. Kawasan
yang dianggap sesuai mestilah terletak agak jauh dari sungai-sungai atau di mana-mana punca air.Ini
bagi mengelakkan proses larut resap yang juga boleh mengakibatkan pencemaran. Hal ini dapat
mengelakkan penyumbatan sistem pengaliran longkang, pembiakan lalat dan bakteria serta banjir
Langkah yang seterusnya ialah penguatkuasaan undang-undang. Contohnya, Akta Zon Ekonomi Eksklusif
1984 haruslah digunakan setakat yang diperlukan dan mengenakan denda yang lebih tinggi kepada
mereka yang mencemari laut dan pantai. Bagi kilang-kilang yang menyalurkan bahan buangan seperti
cecair dan pepejal kimia ke dalam sungai juga akan diambil tindakan tegas. Penggunaan bahan kimia
oleh kilang-kilang juga dihadkan.

Anda mungkin juga menyukai