Anda di halaman 1dari 19

1.0.

PENDAHULUAN
Budaya yang dikonsepsikan oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal

mengenai kesenian. Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian anthropologi


adalah suatu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned
behaviour) adalah menjadi asas kepada pertumbuhan budaya. Perlakuan-perlakuan
manusia yang diterima dari proses pembelajaran terjalin dalam suatu sistem yang
tersusun rapi, iaitu merupakan budaya.
Definisi budaya itu berbagai-bagai sebagaimana yang diberikan oleh sarjanasarjana anthropologi budaya. A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn pernah mengumpul
sehingga 160 definisi budaya yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana. Kemudian
mereka menganalisis dan membuat kesimpulan.
Dalam bahasa Melayu budaya itu berasal daripada perkataan budi, iaitu kata
Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang
berkaitan dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu
daripada rangkaian daya dan budi yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta,
rasa dan penggunaan fikiran manusia. Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari
ciptaan itu. Budaya adalah kata singkat daripada kebudayaan.
Adakala budaya itu didapati sama ertinya dengan peradaban, tetapi peradaban
itu adalah sebahagian daripada budaya. Dalam budaya itu terdapat berbagai-bagai
jalinan unsur, ada unsur yang amat besar dan ada unsur kecil. Unsur-unsur budaya itu
dapat dikelasifikasikan kepada beberapa bahagian yang penting bagi memudahkan
perbincangan akademik. Sebenarnya unsur-unsur itu saling berkaitan antara satu sama
lain. Dan selalunya unsur-unsur itu bertindih sesama sendiri.

2.0.

KONSEP BUDAYA

Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran


manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.Budaya juga
diertikan sebagai, The way of life of a people, including their attitudes, values, beliefs,
arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features
of forms of life are learned but are often toopervasive to be readily noticed from
within.( Dictionary Of Philosophy, 1996 ).
Di definisikan sebagai cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi anggota
kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan organisasi ekonomi,
politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan budaya, atau apa-apa
yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota masyarakat.( Masyarakat Dan
Kebudayaan Malaysia, 2001).
Kesimpulannya, budaya itu dari sudut bahasanya membawa makna cara hidup
manusia,manakala sudut istilah pula menyatakan bahawa budaya itu ialah cara hidup
orang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir serta
cara perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa. Budaya boleh dibahagikan kepada
dua jenis besar iaitu :

budaya kebendaan
budaya bukan kebendaan

Budaya kebendaan Ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah,


kereta, perahu, senjatadan sebagainya, Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah
yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo.
Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.
Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam
menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki
yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India,
hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.

Kebudayaan adalah satu cara hidup yang dikembangkan oleh sesuatu


masyarakat untuk memenuhi keperluan asasinya untuk terus hidup, meneruskan
zuriatnya dan mengatur pengalaman sosialnya.
Menurut definisi sosiologi, kebudayaan ialah cara hidup yang menjadi kepunyaan
bersama. Kebudayaan biasanya dikatakan sebagai benda-benda seperti lukisan,
kesusasteraan, muzik dan falsafah. Kebudayaan bukan sahaja merupakan perkara yang
seni dalam hidup, tetapi juga apa sahaja yang terdapat di persekitaran manusia yang
dibuat oleh manusia.
Perkataan budaya berasal dari akar kata yang tersusun daripada dua
perkataan yang terpisah iaitu budi dan daya. Kalimah budi bererti cahaya atau sinar
yang terletak di dalam batin manusia. Perkataan daya bertalian dengan upaya iaitu
usaha, keaktifan manusia melaksanakan dengan anggotanya apa yang digerakkan oleh
budinya. Perkataan budaya dalam bahasa Melayu yang berasal dari budi dan daya
serta bahasa Arab al-thaqafah

lebih menghampiri falsafah kebudayaan yang

berhubung-kait dengan penjelmaan akal manusia.


Begitu juga dalam penggunaan bahasa Inggerisnya, culture

yang merujuk

kepada hubung-kaitnya dengan aktiviti pertanian. Kemajuan dalam sektor pertanian


pada zaman Renaisance menjadi titik tolak penggunaan istilah culture.
Istilah kebudayaan merujuk dua proses utama, iaitu internal dan eksternal.
Proses internal (dalaman) bersumberkan budi ataupun kecerdikan akal yang menjana
proses eksternal yang berasaskan daya ataupun tenaga manusia sebagai momentum
dalam mengatur urusan hidupan harian bermasyarakat.
Istilah culture berasal dari perkataan Latin colere yang bermaksud menyedia
dan mengerjakan tanah atau menanam. Orang Eropah memilih perkataan culture
untuk menggambarkan pemikiran mereka di mana salah satu dari maknanya adalah
berhubungan dengan kehidupan mereka yang sangat rapat dengan aktiviti pertanian
(agriculture) pada masa tersebut. Justeru, sesiapa menyebut cultivated person
merujuk seseorang yang mempunyai culture.

3.0.

UNSUR-UNSUR YANG MEMBENTUK KEBUDAYAAN MELAYU

Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk
menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagai contoh untuk
menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibubapanya untuk
berbahasa dan berhubung. Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat.
Konsep Melayu yang digunakan dalam konteks yang lebih luas sebagai
penduduk asal di alam Melayu ini adalah berasaskan kepada idea yang dapat dikesan
kepada sejarah peradaban Melayu itu sendiri. Dengan kepelbagaian kelompok sosial
dan sub budaya yang membina masyarakat dan budaya Melayu yang lebih luas itu telah
memberikan kekuatan yang menyatakan kekayaan khazanah budaya Melayu. Istilah
Melayu merujuk kepada tiga pengertian atau dimensi yang berbeza, iaitu ras (genetik
atau biologi), kebudayaan dan bahasa. Ras Melayu merujuk kepada sekumpulan
manusia yang memiliki ciri-ciri genetik yang sama dan yang berasal dari alam Melayu.
Kebudayaan Melayu merujuk kepada pegangan dan amalan yang didasarkan
kepada agama Islam dan adat resam masyarakat Melayu. Bahasa Melayu adalah
bahasa yang dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu. Ia merangkumi subkeluarga
seperti bahasa Jawa, Sunda, Madura, Acheh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban,
Bajau, Murut, Bugis dan Sulu. Selepas kedatangan Islam bahasa Melayu menjadi salah
satu bahasa terpenting di dunia (Osman Bakar, Azizan Baharudin, dan Zaid Ahmad,
2009: 63-64). Masyarakat Melayu sudah bertapak di kawasan Asia Tenggara sekurangkurangnya 5,000 tahun dahulu. Selain daripada kemunculan unsur-unsur yang dibentuk
sendiri dalam budaya Melayu, unsur-unsur baru juga diterima daripada interaksi dengan
masyarakat luar. Perkembangan masyarakat Melayu selalu dikaitkan dengan kerajaankerajaan awal Melayu seperti Kerajaan Lembah Bujang (Kedah Tua), Kerajaan Srivijaya,
Kerajaan Majapahit, Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Kesultanan Johor dan
seterusnya. Nilai-nilai masyarakat Melayu tergambar dalam setiap perkembangan
kerajaan-kerajaan Melayu. Kedatangan agama Hindu, Buddha dan Islam telah
memantapkan lagi nilai-nilai yang sedia ada.

Bagi mengkaji nilai dalam budaya masyarakat Melayu, adalah penting untuk
melihat secara ringkas pengaruh-pengaruh yang membentuk budaya masyarakat
Melayu. Sebelum kedatangan Islam, agama Hindu atau Buddha telah bertapak di dalam
kehidupan masyarakat di Kepulauan Melayu. Pengaruh agama Hindu atau Buddha telah
memberi kesan yang amat dalam dan kuat terutama sekali dalam sistem politik, sosial,
ekonomi dan pemikiran masyarakat Melayu. Kedatangan Islam dikatakan telah
memantapkan keseluruhan Pandangan Semesta Melayu. Pandangan dunia Melayu
(Malay World view) dilihat dari pelbagai aspek iaitu merangkumi pandangan terhadap:
(Nadiah Abdul Rahman dan Priscilla Law Nguik Hung, Tamadun Islam dan Asia, 2008:
57)
a) Alam nyata yang meliputi pandangan dan cerapan (persepsi) terhadap objek
alam seperti laut, sungai, hutan dan gunung.
b) Alam ghaib yang meliputi makhluk ghaib, alam selepas mati dan konsepsi
kuasa atau tenaga dalam alam seperti semangat, nyawa dan roh.
c) Sesama manusia yang meliputi pandangan terhadap orang lain dalam rangka
hubungan kita-mereka (we-they)
Dalam budaya masyarakat Melayu, pelbagai upacara agama dilakukan yang
menggambarkan interaksi manusia dengan kuasa ghaib. Penggunaan pelbagai lambang
seperti bulan bintang juga melambangkan hubungan manusia dengan agama Islam.
Cerita penglipur lara juga tidak hilang dalam budaya masyarakat Melayu. Amalan
berpantun, pepatah, perbilangan dan sebagainya menggambarkan kebudayaan Melayu
yang tinggi nilainya. Sebelum kedatangan agama Islam, masyarakat Melayu
mengamalkan kepercayaan animisme dan dinamisme. Animisme adalah percaya
kepada setiap benda ada jiwa, roh dan semangat. Dinamisme pula, kepercayaan
kepada tenaga yang ada dalam roh, jiwa dan semangat dalam diri manusia, haiwan dan
tumbuh-tumbuhan atau benda-benda yang boleh mendatangkan kesan baik dan buruk.
Kedatangan Hindu atau Buddha telah menjadikan upacara keagamaan masyarakat
Melayu lebih rapi dan formal. Kesan yang jelas sekali ialah pemisahan golongan raja,
para bangsawan, golongan agama dan rakyat jelata. Dan ini telah menular dalam
budaya masyarakat Melayu. Kedatangan agama Islam telah memberi jawapan terhadap
kejadian alam, memantapkan keseluruhan pandangan semesta Melayu dan tertumpu
5

kepada Tuhan (God-Centered) (Nadiah Abdul Rahman dan Priscilla Law Nguik Hung,
Tamadun Islam dan Asia, 2008: 60) Budaya masyarakat Melayu terbina dengan
semulajadi sejak awal lagi. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh agama
Hindu atau Buddha dan agama Islam telah mengukuhkan lagi sistem kepercayaan,
kebudayaan dan kesenian masyarakat Melayu.
Pengaruh Agama Islam Dalam Masyarakat Melayu Kedatangan Islam telah
banyak mencorakkan suasana masyarakat Melayu. Kesan dan pengaruh kedatangan
Islam dalam kebudayaan Melayu dapat dilihat dalam pelbagai aspek seperti, akidah,
politik, sosial, undang-undang, ekonomi, kesenian, bahasa dan sastera serta
pendidikan. Nilai-nilai keislaman dalam budaya Melayu amat jelas sekali. Agama Islam
telah mengubah bentuk kepercayaan, corak hidup dan pandangan semesta masyarakat
Melayu. Kepercayaan kepada dewa dan animisme bertukar keada kepercayaan kepada
Allah S.W.T dan rasul-Nya. Walaupun Islam telah bertapak kuat alam kehidupan
masyarakat Melayu, ini tidak bermakna kepercayaan animisme dan Hindu-Buddha
berjaya dikikis sepenuhnya daripada kehidupan masyarakat Melayu. Masih terdapat
banyak petunjuk yang menggambarkan masyarakat Melayu terpengaruh dengan unsurunsur sebelum kedatangan Islam.
Sosialisasi merujuk kepada proses mempelajari aspek-aspek kemasyarakatan
atau perkara-perkara yang diamalkan dalam masyarakat supaya seseorang itu dapat
berfungsi dalam masyarakatnya. Pembudayaan (enculturation) merujuk kepada proses
penerapan unsur-unsur budaya supaya seseorang bertindak dalam lingkungan
peraturan, norma dan nilai masyarakatnya. (Nadiah bt Abdul Rahman dan Priscilla law
Nguik Hung, 2008:70). Kedua-duanya bertujuan mengekalkan kesinambungan budaya
Melayu. Keutamaan orang Melayu dalam proses sosialisasi dan pembudayaan ialah
pembentukan jati-diri serta peribadi Melayu yang baik, berakhlak dan berbudi. Proses ini
telah menanam nilai budaya yang kuat dalam masyarakat Melayu.
Difusi bermakna proses penyebaran unsur-unsur budaya daripada seorang
individu kepada seorang individu lain, atau dari satu masyarakat kepada satu
masyarakat lain. Proses penyebaran unsur-unsur budaya dalam masyarakat yang sama
6

disebut difusi dalam masyarakat yang sama (intra-society diffusion) dan proses difusi
antara masyarakat itu ialah inter-society diffusion. Intra-society diffusion selalunya
merupakan penyebaran dan peresapan unsur-unsur budaya baru yang ditemui dari
proses inovasi dan penciptaan.
Dalam anthropologi proses difusi budaya itu dimaksudkan penyebaran dan
peresapan unsur-unsur budaya daripada satu masyarakat kepada satu masyarakat lain.
Proses ini berlaku mungkin secara dibawa oleh orang-orang yang berpindah, iaitu
proses migrasi, terutama dalam zaman pra-sejarah yang kerapkali berlaku migrasi
kelompok-kelompok tertentu.
Difusi budaya boleh berlaku kerana kedatangan individu-individu dari luar, seperti
pengembara, pedagang, pelaut dan sebagainya. Misalnya, dalam perkembangan unsurunsur budaya Hindu ke Tanah Melayu ketika itu banyak memberi kesan kepada budaya
melayu terutama dalam perkahwinan seperti berinai, bersanding. Begitu juga dalam
kepercayaan orang melayu yang banyak dipengaruhi oleh kedatangan Hindu ke Tanah
Melayu.Kini proses difusi tersangat cepat berlaku kerana terdapat berbagai-bagai
kemudahan sistem komunikasi yang tersebar luas, seperti radio, tv dan filem.
Proses asimilasi pula berlaku dalam kelompok-kelompok yang budaya berbeza,
mereka saling bergaul antara satu sama lain, dalam masa yang lama sehingga budayabudaya dari kelompok-kelompok itu berubah saing menyesuaikan menjadi satu. Dalam
komuniti Cina dan Siam di Kelantan mengalami proses asimilasi dengan budaya orang
Melayu. Proses ini berlaku apabila terdapat pergaulan secara intensif dan luas dalam
jangka masa yang lama. Kelompok-kelompok itu mesti mempunyai sikap toleransi dan
simpati antara satu sama lain. Antara penghalang dalam proses ini ialah bila terdapat
perasaan superioriti pada individu dalam budaya tertentu terhadap budaya yang
dihadapinya, dan sifat takut kepada kekuatan budaya lain.
Proses akulturasi berlaku bila budaya tempatan bertembung dengan budaya
asing, dan kemudian berlaku proses penerimaan budaya asing sesuai dengan
kehendak-kehendak tempatan sehingga tidak menghilangkan identiti budaya sendiri.
7

Contohnya dari segi pakaian, pengaruh barat jelas mempungaruhi masyrakat melayu
waktu itu apabila kaum lelaki lebih selesa memakai pakaian barat seperti kot dan tie
dalam menghadiri majlis rasmi berbanding memakai pakaian tradisional iaitu baju
melayu. Proses ini berlaku kepada budaya Melayu sejak dulu kala, melampaui batasbatas tempatan. Proses ini berlaku oleh kerana adanya migrasi, pertembungan secara
individu dengan budaya asing. Penerimaan unsur-unsur budaya asing itu tidak pula
bertentangan dengan kehendak-kehendak budaya sendiri. Proses ini amat pesat
berlaku apabila berlaku campur tangan kolonial Barat di negara-negara yang mundur.
Bersama dengan penyebaran agama-agama besar di dunia ini juga bermakna
penyebaran

budaya

melalui

proses

akulturasi

ini

berlaku

secara

berleluasa.

Pertembungan budaya-budaya Afrika, Asia, Oceania, Amerika Utara dengan EroAmerika menjadikan proses akulturasi itu pesat sekali berlaku dalam abad ke-20.
Dalam pengajian anthropologi budaya, tumpuan kepada penyelidikan proses
akulturasi ini semakin diminati dan berkembang luas. Berbagai-bagai method dan
pendekatan penyelidikan tentang ini telah dilakukan oleh sarjana-sarjana. Dalam
penyelidikan ini memerlukan pengetahuan yang luas kerana ia melibatkan usaha
perbandingan antara satu budaya dengan satu budaya lain.
Unsur-unsur budaya asing yang mudah diterima ialah yang bercorak atau
bersifat konkrit, seperti budaya kebendaan (material culture), dan unsur-unsur budaya
yang mempunyai fungsi atau gunanya yang tinggi kepada budaya yang menerima.
Sesuatu unsur budaya yang diterima itu adalah yang mudah disesuaikan dengan
keadaan masyarakat yang menerima. Unsur-unsur yang tidak sesuai dan dianggap
sukar adalah lambat diterima.
Unsur-unsur budaya yang sukar diganti ialah unsur-unsur budaya yang sudah
meluas dalam masyarakat dan diamalkan secara turun temurun, seperti sistem
kekerabatan. Kedua, unsur-unsur budaya yang dialami dalam proses sosialisasi pada
peringkat awal juga sukar digantikan, seperti makanan. Makanan itu adalah sukar
diubah. Ketiga, unsur yang melibatkan agama dan kepercayaan juga adalah sukar
8

diganti

dan

diubah.

Begitu

juga

ritual

yang

berkaitan

dengan

hal

ini.

Individu yang dikatakan moden, maju dan progresif lebih mudah menerima unsurunsur budaya asing berbanding dengan individu kolot atau kampungan.
Proses urbanisasi juga memainkan peranan penting dalam menentukan
pesatnya proses penerimaan. Pendidikan juga menjadi ukuran dalam menentukan
mudah atau tidak seorang individu itu menerima unsur-unsur budaya asing. Lagi satu
faktor ialah umur, iaitu antara golongan tua dan golongan muda. Golongan muda itu
mudah mengalami devian dan menerima unsur-unsur budaya asing berbanding dengan
golongan tua yang lebih kuat pegangan kepada tradisi.

Rumusan

Apa yang dapat disimpulkan ialah segala unsur lama itu masih lagi dikekalkan
dan tidak semua dihapuskan. Ini disebabkan walaupun dengan hadirnya pengaruh
asing, unsur lama masih lagi boleh diterap atau digunakan dalam pengaruh itu dengan
mencampur adukkan kebudayaan tersebut. Tidak mudah untuk masyarakat untuk
menerima pengaruh luar tetapi kebudayaan-kebudayaan yang dibawa oleh pengaruh
luar itu ada sedikit sebanyak persamaan dengan unsur asli. Maka dari sini
perkembangan masyarakat, budaya asli boleh berkembang.

4.0.

UNSUR-UNSUR BUDAYA DALAM FILEM MELAYU

Filem adalah medium paling efektif dalam usaha memaparkan unsur-unsur


budaya dalam sesuatu masyarakat. Filem menjadi perakam penting untuk bercerita
tentang dunia dan manusia sekaligus memaparkan cara hidup masyarakat yang
digarapkan.

Fenomena filem di Malaysia kini banyak mengalami perubahan berbanding filemfilem tahun 60an hingga 90an. Penggunaan teknik terkini yang canggih dapat
menandingi filem dari luar negara. Namun begitu kebanyakan produser filem kini lebih
menginginkan untuk mengaut keuntungan berbanding menghasilkan filem yang dapat
mengangkat martabat budaya sesuatu masyarakat. Tidak banyak filem yang
mementingkan keunikan budaya untuk disampaikan kepada penonton.

10

Filem Magika antara filem yang menarik minat saya untuk di analisis. Filem ini
terhasil daripada himpunan cerita mitos, kepercayaan dan pantang larang yang menjadi
pegangan masyarakat Melayu dahulu kala. Ia mengetengahkan keunikan budaya orang
Melayu yang sarat dengan pengajaran dan mesej tersendiri dalam situasi lebih
menghiburkan.
Sehingga ke hari ini, tiada penerbit filem yang mampu mengumpulkan budaya
Melayu dalam bentuk hiburan muzikal yang istimewa. Ia meliputi skrip yang mudah,
lakonan mantap dan jalan penceritaan yang jelas. Bagaimanapun dalam Magika,
kelainan terletak pada penyampaian muzik yang dilampirkan bersama dialog. Setiap
pelakon perlu menyanyi sambil melakonkan watak sendiri. Dicampur pula dengan
elemen kemelayuan yang ada pada setiap plot cerita menjadikan Magika kelihatan
begitu hebat. Apatah lagi dengan suntikan teknologi perfileman iaitu imej penjanaan
komputer (CGI) menjadikan filem buah tangan KRU Studios Sdn. Bhd. (KRU Studios)
benar-benar menakjubkan.
Secara keseluruhan, Magika yang penuh dengan elemen romantik, komedi dan
kasih sayang memberi nafas baru buat industri perfileman tanah air yang dahagakan
pembaharuan.

Ini kerana selama ini kita dihidangkan dengan pelbagai genre yang

tipikal tetapi Magika membuka mata tentang kebolehan anak Melayu menghasilkan filem
setanding dengan filem antarabangsa. Pengarah dan penulis skrip, Edry Abdul Halim
berjaya menterjemahkan pantang larang secara baik dan tersusun tanpa meniru
sebarang filem dongeng klasik Barat seperti Alice in Wonderland atau Jumanji.
Memandangkan kebudayaan mencakupi segala bidang kehidupan manusia,
maka analisis filem ini tutut membincangkan secara ringkas aspek sosial, masyarakat,
kekeluargaan, adat dan istiadat, serta ekonomi. Aspek ini hampir menerangkan
kebudayaan masyarakat Melayu yang terdapat dalam filem ini.

Filem Magika menceritakan tentang perbezaan dua alam iaitu alam dunia kini
dan alam dunia magika yang dikelilingi dengan kisah-kisah dongeng masyarakat
melayu. Dari segi budaya berpakaian kita dapat melihat perbezaan pakaian yang lebih
11

moden kearah kebaratan dan pakaian tradisional masyarakat melayu zaman dahulu
seperti baju kebaya, baju melayu, pakaian kaum bangsawan, pakaian puteri di istana
dan pakaian masyarakat kebanyakan pada waktu itu. Ini menunjukkan perubahan cara
berpakaian dalam masyarakat melayu seiring dengan perubahan masa. Ini jelas dapat
dilihat pada pakaian yang dipakai oleh Ayu dan adiknya Malik berbeza dengan pakaian
yang dipakai masyarakat zaman dahulu di Tanah Melayu. Ayu dan Malik berpakaian
kearah kebaratan sesuai dengan budaya masa kini, manakala masyarakat di dunia
magika lebih kepada pakaian tradisional masyarakat melayu. Contohnya seperti pakaian
pahlawan-pahlawan seperti Awang dan Hang Tuah seperti dalam gambar di bawah.

Kaum wanita zaman itu juga berpakaian tradisional seperti kebaya dan baju
kurung. Hiasan kepala sepeti selendang dan bersanggul. Kepala dihasi dengan bungabunga menjadi kebiasaan gadis-gadis melayu zaman tersebut.

12

Dalam masyarakat Melayu, nilai kekeluargaan amat penting. saling menghormati


dan memuliakan orang yang tua adalah satu nilai yang jelas sekali berlaku. Nilai ini
berkaitan dengan pemahaman masyarakat Melayu bahawa orang yang lebih berusia
mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding orang-orang muda. Pengalaman
adalah sesuatu yang sentiasa dipandang penting dalam masyarakat Melayu. Golongan
muda digalakkan merantau untuk mencari pengalaman lain. Dalam konteks Islam,
Baginda S.A.W. tidak mengiktiraf umat yang tidak menghormati orang yang tua dan
menyayangi orang yang orang muda. Menghormati dan mendengar nasihat orang tua,
orang muda tidak akan melakukan kesilapan dan kesalahan dalam hidup mereka. Apa
yang penting ialah kerjasama antara orang muda dengan orang tua harus dipupuk untuk
menjamin keharmonian masyarakat sekeliling. Saling menghormati salah satu nilai
budaya orang Melayu tidak memandang rendah kepada orang lain. Orang Melayu saling
menghormati orang lain dan bersikap rendah diri. Orang Melayu digalakkan memberi
penghormatan terlebih dahulu kepada orang lain. Orang yang tidak membalas
penghormatan yang diberi akan dipandang rendah.
Filem Magika ini membawakan juga budaya menghormati orang yang lebih tua
terutama ibu dan bapa. budaya kekeluargaan yang tipikal yang biasa kita lihat dalam
masyarakat dulu dan kini. Budaya kekeluargaan yang erat dapat dilihat dalam keduadua alam. Alam dunia Ayu dan Malik yang baru kehilangan ibu mereka walaupun ada
sedikit perselisihan faham antara mereka, namun hubungan darah antara mereka
menjadikan Ayu tidak berputus asa mencari Malik yang telah hilang di hutan. Dalam
filem ini juga ditonjolkan pengorbanan seorang ibu iaitu ibu kepada Ayu dan Malik yang
sanggup menyerahkan buah pinggangnya untuk Malik yang sedang tenat walaupun
tahu risiko yang bakal dihadapinya. Hubungan antara Bawang Merah dan Bawang Putih
dalam alam Magika juga melihatkan hubungan kekeluargaan dalam masyarakat melayu.
Tidak akan putus air yang dicincang, itu gambaran untuk budaya kekeluargaan yang di
bawa dalam filem ini. Walaupun berlaku ketidakfahaman, pergaduhan, akhirnya mereka
akan berbaik semula. Hubungan anak beranak antara Belalang dan bapanya walaupun

13

sedikit haru biru dengan perangai Pak Belalang, namun kita dapat lihat sikap
menghormati orang tua yang ingin disampaikan walaupun secara tidak langsung.
Dalam budaya masyarakat Melayu juga adalah satu perkara penting yang harus
diketahui oleh masyarakat kini iaitu mengutamakan ikatan kekeluargaan dan hubungan
silaturahim. Ini dapat dilihat daripada amalan gelaran dalam keluarga seperti, datuk,
nenek, along, angah, pak cik dan mak cik. Apa yang paling jelas sekali ialah cara
bagaimana mengikat hubungan silaturahim orang Melayu. Dalam filem Magika,
walaupun Malik ditangkap oleh Nenek Kebayan untuk dijadikan bahan untuk membuat
ubat awet muda, namun Malik masih memanggil Nenek Kebayan sebagai makcik. Dia
masih menghormati orang yang lebih tua darinya. Begitu juga dengan panggilan kakak
kepada kakaknya Ayu. Walaupun mereka sering bertengkar, namun tidak sesekali dia
memanggil panggilan lain kepada kakaknya.
Budaya meraikan tetamu merupakan satu nilai yang penting dalam masyarakat
Melyu. Mengikut ajaran agama Islam, tetamu hendaklah dilindungi, dimuliakan dan
dilayan dengan sebaik mungkin, malah tuan rumah disunatkan berkorban dan tidak
mementingkan diri sendiri demi menjaga dan menghormati tetamu. Oleh yang demikian,
tetamu sentiasa dipandang baik oleh orang Melayu dan diraikan dengan sebaik-baiknya.
Budaya ini juga diterapkan dalam filem ini yang dapat kita lihat dimana Badang
menerima Ayu dan menolong Ayu untuk mencari adiknya yang hilang. Dia juga
menolong Ayu mencari jalan pulang. Walaupun baru mengenali Ayu dan adiknya,
Badang menerima mereka sebagai tetamu. Adegan dimana Badang menghulurkan
makanan kepada Ayu dan adiknya jelas memaparkan budaya mendahulu dan meraikan
tetamu. Begitu juga dengan adegan Badang menyediakan tempat tidur di rumah
pokoknya kepada dua beradik tersebut.
Pendedahan dan penyesuaian masyarakat Melayu dengan budaya baru dari luar
telah mengubah nilai budaya mereka. Namun bukan semua yang mengalami
perubahan. Aspek kepercayaan animisme masih lagi dikekalkan. Animisme adalah
percaya kepada setiap benda ada jiwa, roh dan semangat. Dinamisme pula,
kepercayaan kepada tenaga yang ada dalam roh, jiwa dan semangat dalam diri
14

manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan atau benda-benda yang boleh mendatangkan


kesan baik dan buruk. Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada kepercayaan ini
dalam amalan hidup seharian. Orang Melayu amat menjaga adat resam termasuk
pantang-larang dan adat isitadat yang diwarisi dan diamalkan sejak turun-menurun.
Orang Melayu memahami kedaulatan hukum-hukum adat sejak dahulu lagi dan
mematuhinya. Contohnya, diawal babak dalam filem Magika yang mana nenek Ayu
meminta Ayu segera mencari Malik yang merajuk lari ke dalam hutan kerana hari sudah
senja. Jika tidak takut akan disorok bunian. Begitu juga dengan adegan dimana Malik
ditegur oleh pokok kerana tidak meminta izin sebelum hendak membuang air.
Kepercayaan ini masih di amalkan oleh sesetengah orang kerana percaya jika tidak
meminta izin akan ditimpa bala bencana kerana dipercayai setiap benda mempunyai
penunggu.
Budaya rasuah juga terdapat dalam filem ini walaupun tidak secara langsung. Ini
menunjukkan budaya negatif ini telah lama bersarang dalam masyarakat walaupun
situasinya tidak seserius mana. Adegan dalam filem ini yang menunjukkan budaya
rasuah dimana Pak Pandir yang menerima duit syiling dari Ayu agar memberitahu Ayu
dimana adiknya Malik berada. Walaupun ia dipaparkan sepintas lalu, namun
menunjukkan rasuah tetap wujud walau di zaman manapun kita berada.
Secara keseluruhannya, filem ini boleh dikatakan sebuah filem yang berjaya
menaikkan martabat perfileman negara yang sememangnya dahagakan filem yang
memberi kelainan dari segi penceritaan dan isi kandungan. Matlamat utama Magika
adalah untuk menjadikannya ia sebagai sebuah filem muzikal Malaysia yang kuat unsurunsur Melayunya. Kerana itu, dalam filem ini penonton akan dapat melihat bagaimana
pantang-larang yang menjadi amalan turun-temurun masyarakat Melayu ditonjolkan
dalam filem ini tanpa perlu untuk mencedok mahupun mengikut acuan Barat kerana apa
yang kita ada sudah cukup kuat untuk menzahirkannya ke bentuk filem. Filem ini juga
sekali gus memberikan pendedahan kepada generasi muda yang mungkin tidak tahu
tentang pantang-larang Melayu selain turut menyelitkan unsur kasih sayang dan
kekeluargaan.

15

Penutup
Hasil kajian yang dibuat terhadap filem dapat saya katakan bahawa filem ini
sedikit sebanyak memaparkan tentang realiti kehidupan masyarakat melayu hari ini.
cerita-cerita mitos melayu yang cuba diketengahkan dan diubahsuai sesuai dengan
masyarakat pada hari ini. Kajian budaya yang terdapat dalam filem ini diharapkan dapat
memberi kesedaran tentang budaya masyarakat melayu yang ada diantaranya telah
dilupakan dan tidak diamalkan.
.
Diharapkan dengan kajian ini juga dapat dijadikan sebagai salah satu usaha atau
idea pengkaji untuk menjadikan industri perfileman ini sebagai industri yang mempunyai
potensi yang besar agar dapat bersaing dengan dunia perfileman luar. Walaupun begitu,
nilai-nilai dan budaya masyarakat tidak dilupakan supaya secara tidak langsung dapat
menonjolkan budaya melayu di mata dunia.

5.0.

REFLEKSI
Kerja Kursus BMM3142 Kebudayaan Melayu agak mencabar untuk saya siapkan

kerana saya perlu membuat analisis tentang konsep dan unsur yang membentuk
kebudayaan melayu selain menganalisis filem tempatan dari segi unsur-unsur budaya
yang terdapat dalam filem ini. Namun begitu dengan penerangan yang jelas dari
pensyarah En Ismail Bin Mohd Noh, dan juga bantuan rakan-rakan, Alhamdulillah
akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini.
Secara jujurnya saya akui tugasan ini agak menarik. Untuk tugasan yang
pertama saya perlu mencari maklumat tentang konsep-konsep dan unsur-unsur yang
membentuk kebudayaan melayu dan membuat analisis. Daripada tugasan ini saya
dapat banyak maklumat dan pengetahuan tentang konsep dan unsur yang membentuk
kebudayaan melayu.

Secara umumnya, budaya boleh dimaksudkan dengan


16

peradaban, tetapi peradaban itu juga adalah sebahagian daripada budaya. Dalam
budaya itu terdapat berbagai-bagai jalinan unsur, ada unsur yang amat besar dan ada
unsur kecil dan ianya saling berkaitan antara satu sama lain.
Dengan kajian terhadap konsep dan unsur membentuk kebudayaan melayu ini
banyak memberi pengetahuan kepada saya agar lebih memahami konsep budaya
melayu dan memudahkan saya untuk membuat tugasan kedua iaitu menganalisa unsurunsur budaya melayu dalam filem. Saya memilih filem muzikal Magika arahan Edry
KRU. Filem yang ditayangkan pada 2010 menjadi filem hits pada tahun tersebut dengan
pelbagai kelainan berbanding filem lain. Penggunaan teknik CGI menjadikan filem ini
menarik dan tidak jemu untuk ditonton.
Filem Magika boleh dikatakan filem yang mempunyai unsur-unsur Melayu yang
kuat. Kerana itu, dalam filem ini penonton akan dapat melihat bagaimana pantanglarang yang menjadi amalan turun-temurun masyarakat Melayu ditonjolkan dalam filem
ini. Filem ini boleh dikatakan satu usaha yang murni untuk memperkenalkan kembali
budaya melayu yang semakin dilupakan oleh generasi hari ini. Filem ini banyak memberi
pendedahan kepada generasi muda yang mungkin tidak tahu tentang pantang-larang
Melayu. Selain itu, budaya berkeluarga dalam masyarakat Melayu juga dipaparkan
dalam filem ini, kasih sayang, menghormati orang yang lebih tua, meraikan tetamu, dan
budaya berpakaian masyarakat Melayu zaman dahulu juga digambarkan dalam filem ini.
Ianya menjadikan filem ini sebuah filem yang menarik untuk dikaji.
Walaupun dengan kekangan masa dan tugas, ditambah lagi dengan kerja kursus
bagi subjek lain juga yang perlu disiapkan, dan juga kesukaran untuk memahami dan
memenuhi kehendak tugasan, dapat juga akhirnya saya menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat
khususnya pensyarah, serta rakan-rakan seperjuangan yang tidak jemu mencurahkan
ilmu dan bimbingan dalam menjayakan kerja kursus ini.
Sekian, terima kasih.

17

Wan Norazlina Mohamad Salleh


BM2 / PPG Kohort 2

RUJUKAN
A.Aziz Deraman. (2005). Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rahman Al-Ahmadi. (2003). Tamadun Rumpun Budaya Melayu. Kuala Lumpur:
Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Warisan Malaysia.
Ahmad Zaki Abd. Latif et al. (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Shah
Alam: Oxford Fajar.
Anwar Ridhwan. (2005). Minda Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azhar Hj. Mad. Aros. (2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Shah
Alam: Kertas 1 dan 2. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Che Ibrahim Salleh. (2008). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Universiti Putra
Malaysia. Serdang.
Dr. Zaid Ahmad et al. (2006). Hubungan Etnik Di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar.
18

Haron Daud. (1989). Sejarah Melayu, Satu Kajian Daripada Aspek Persejarahan
Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ishak Bin Saat. (2006). Sejarah Sosiobudaya Melayu. Karisma Publications Sdn. Bhd.
Shah Alam.
Mohd Aris Haji Othman. (1985). Identiti Etnik Melayu, Siri Kemasyarakatan Fajar Bakti.
Fajar Bakti Sdn. Bhd. Petaling Jaya.

19

Anda mungkin juga menyukai