Anda di halaman 1dari 42

WARISAN ISLAM DI

NUSANTARA
Latarbelakang budaya Melayu
Budaya Melayu sebelum Islam
Pengaruh Islam dalam budaya
Melayu
Apa yang dimaksudkan dengan
‘warisan’?
Siapa yang termasuk dalam
lingkungan ‘Nusantara’?
Definisi Warisan

 DBP

 Bahasa Asal : Arab

 Sinonim dengan penama, penerima


harta,penjaga,pemelihara,

 Terbitan : mewarisi,mewariskan,warisan,pewaris.
 Warisan adalah mandat yang dalam kehendaknya yang diberikan
oleh seorang pewasiat kepada individu atau orang yang sah ,
orang-orang ini dikenal sebagai orang yang sah .

 Warisan boleh dibentuk oleh benda-benda material, seperti:


permata, rumah, dan lain-lain, atau oleh perkara-perkara yang
tidak material seperti: budaya, bahasa, antara lain, seperti yang
diperhatikan di Empayar Rom yang meninggalkan warisan
budaya yang kuat dan, pada masa ini ia disahkan dalam pelbagai
masyarakat, warisan intelektual yang ditinggalkan oleh pelbagai
ahli falsafah dan pemikir masa lalu.
 Demikian juga, warisan dapat dibentuk oleh nilai-nilai
moral yang sentimental seperti kes kejujuran, rasa
hormat, kesetiaan, antara lain yang dapat ditinggalkan
oleh seseorang kepada orang lain.
 Menurut Jabatan Warisan Negara, warisan ialah sesuatu
yang diterima secara turun temurun daripada satu generasi
ke satu generasi.

 Sesuatu warisan itu perlu diwarisi dan dikekalkan kerana


warisan tersebut nenggambarkan cara hidup dan jati diri
sesuatu bangsa yang pelbagai kaum.
 APA ITU BUDAYA ?

 Perkataan budaya dalam bahasa Melayu berasal daripada


perkataan Buddi atau Budayyah dalam bahasa Sanskrit
yang bererti budi dan akal.Budaya juga meliputi
pengetahuan, kepercayaan,kesenian, moral, undang-
undang, adat resam dan kebiasaan yang diperoleh
manusia sebagai anggota masyarakat

 Kebudayaan boleh disimpulkan sebagai keseluruhancara


hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang
sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi
amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok
masyarakat
 Apa yang dimaksudkan dengan ‘budaya’?
 Budaya menurut Kamus Dewan, merujuk
kepada keseluruhan cara hidup yang
merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan
berfikir serta hasil kegiatan dan penciptaan
yang berupaya kebendaan, kerohanian sesuatu
masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan
(Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan
Malaysia: 7)
 Budaya (culture) juga diertikan sebagai cara
hidup yang diamalkan secara berterusan dalam
tempoh masa yang panjang sehingga amalan
tersebut itu wujud dalam pemikiran separa
sedar (sub-concious mind) dan ia menjadi asas
untuk membezakan seseorang dengan yang
lain (Hofstede, 1980:1991, diambil dari Ahmad
Rais Johari)
 Budaya juga merujuk kepada falsafah yang
berkaitan dengan perilaku, tindakan dan
pembawan yang secocok dengan adat resam
dan kebiasaan manusia
 Ia juga berkait rapat dengan aspek-aspek
norma dari moral tertentu yang disepakati dan
diterima oleh sesuatu masyarakat.
 Oleh itu, budaya boleh dikaitkan dengan ciri-
ciri, sifat, sikap dan kebiasaan individu,
masyarakat atau bangsa.
 Dan budaya inilah yang menentukan
kedudukan sesuatu masyarakat sama ada
mereka berjaya, cemerlang, gagal atau
mundur.
 Warisan budaya merujuk kepada set harta budaya bahawa
sejarah milik kepada masyarakat, orang-orang atau bangsa ,
dan terdiri daripada tradisi, kepercayaan, nilai, adat dan
ungkapan seni dan folkloric yang merupakan mereka yang
lalu, identiti dan keunikan . Oleh itu, ia adalah warisan
budaya yang diterima oleh orang-orang dari nenek
moyangnya dan meneruskannya kepada generasi akan
datang.

 The Unesco (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan


Kebudayaan Pertubuhan) adalah badan yang
mempromosikan perlindungan dan pemeliharaan budaya di
seluruh dunia warisan, kerana nilai yang sangat besar
kepada manusia.
Latarbelakang budaya Melayu
 Budaya masyarakat Melayu ialah cara
hidup bangsa Melayu yang meliputi
perkembangan sahsiah, budi, akal, daya
semangat, usaha, nilai dan tindakan dari
aspek lahiriah dan batiniah.
 Ia telah menyerap masuk dalam pemikiran
separa sedar bangsa Melayu dan akhirnya
menjadi tatacara hidup dan amalan orang
Melayu, serta menjadi identiti mereka
yang membezakannya dengan orang lain.
 Budaya Melayu yang bersifat
lahiriah/zahiriah seperti tarian, nyanyian,
perkahwinan, dan lain-lain perkara di bawah
adat resam.
 Sementara budaya Melayu yang bersifat
batiniah ialah budaya Melayu dari aspek nilai
yang menjadi identiti bangsa Melayu.
Di antara faktor utama yang
membentuk dan telah mempengaruhi
budaya bangsa Melayu ialah :
1) Agama Hindu
2) Islam
3) penjajah Barat (telah menjajah
Malaysia hampir 500 tahun)
Budaya Melayu sebelum Islam
 Politik dan Pentadbiran
 Kepercayaan
 Sistem Masyarakat
 Perundangan
 Bahasa dan Sistem Tulisan
 Kesenian dan Kesusasteraan
Politik dan Pentadbiran
 Sebelum kedatangan Islam ke Alam
Melayu, politik dan pentadbiran kerajaan-
kerajaan di Alam Melayu banyak
dipengaruhi oleh Hindu-Buddha yang
lebih awal bertapak di Alam Melayu.
 Pengaruh dari India menyebabkan pemerintah
mempunyai kedudukan yang istimewa dan
semakin kukuh berbanding rakyat biasa.
 Gelaran pemerintah iaitu ‘Raja’ merupakan
kedudukan teratas dalam sesebuah kerajaan
dan dianggap sebagai wakil dewa
memerintah.
 Juga ada yang menganggap ketua kerajaan
sebagai jelmaan dewa seperti yang dilakukan
oleh kerajaan Airlangga.
 Kerajaan ini telah melakukan upacara
penitisan Dewa sehingga raja Airlangga
digelar sebagai Dewaraja atau jelmaan dewa
(Mohd Dalhan Mansoer, Pengantar Sejarah
Nusantara Awal, hal 130)
 Sistem pemerintahan secara warisan juga
merupakan pengaruh dari India dalam
kerajaan Melayu.
 Seorang Raja akan mewariskan tahta
kerajaan kepada anak lelaki dari
permaisuri, yang dikenali sebagai anak
Gahara.
 Pengaruh dari India juga jelas dengan
kewujudan golongan elit dan bangsawan
seperti golongan Brahmin.
 Golongan Brahmin berfungsi sebagai
penasihat Raja dalam pentadbiran.
Kepercayaan
 Masyarakat Melayu di Alam Melayu sudah
mempunyai amalan dan kepercayaan
sendiri sebelum mengamalkan beberapa
kepercayaan dari luar, terutamanya dari
India.
 Kepercayaan tersebut ialah animisme,
iaitu kepercayaan kepada unsur-unsur
alam seperti pokok, angin, bukit, roh dan
unsur-unsur ghaib.
 Sebelum kedatangan Islam ke Nusantara,
pengaruh Hindu dan Buddha lebih
berpengaruh dalam masyarakat Melayu.
 Kepercayaan Hindu mempercayai dewa-dewa
yang mentadbir alam dan terdapat tiga dewa
utama iaitu Dewa Brahma (pencipta), Dewa
Vishnu (pelindung), dan Dewa Siva
(pembinasa).
 Kewujudan candi-candi di beberapa kerajaan
awal seperti candi Borobudor (Srivijaya), Candi
Angkor Watt (Funan), Candi Lembah Bujang
(Kedah Tua) dll menggambarkan pengamalan
sepenuhnya kepercayaan Hindu dan Buddha di
Alam Melayu
 Agama dan kepecayaan juga telah mengubah
corak istana apabila istana telah dijadikan
pusat keagamaan melalui upacara dan ritual
yang dilakukan oleh golongan Brahmin.
 Animisme
 Semangat
 Hantu
 Taboo / pantang larang
 Mana /sakti
 Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu menganut
fahaman animisme. Keadaan ini berubah selepas
kedatangan Islam yang membawa konsep tauhid dengan
menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan
konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah
berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak
kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu
dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan
dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur (Ruslan
Zainuddin, 2004: 91-92)
 Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula
pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan
kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para
pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara
China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat
berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan
Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka
pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco
Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu
sebelum abad ke-15.
 Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan
pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera.

 Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau


menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk
mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab
di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri
Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu (Ruslan
Zainuddin).
 Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah
sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi
dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346,
menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk
Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi,
negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum memeluk Islam.
Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam
telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu
dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak
berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah
berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh
sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu (Ruslan
Zainuddin, 2004: 91)
Sistem Masyarakat
 Walaupun pengaruh Hindu-Buddha diterima
dalam masyarakat Melayu, tidak semua
amalan tersebut diamalkan dalam sistem
masyarakat Melayu.
 Sistem feudal yang diamalkan di India amat
berbeza dengan yang diamalkan di Alam
Melayu.
 Sistem feudal yang diamalkan di India ialah
berdasarkan sistem kasta.
 Kasta bermaksud, jika seseorang itu menjadi
hamba, maka seluruh keturunannya menjadi
hamba.
 Kedudukan wanita juga adalah rendah
dalam sistem kasta.
 Sistem feudal yang diamalkan di Alam
Melayu hanya melibatkan dua golongan
iaitu golongan yang memerintah dan
golongan yang diperintah.
 Golongan pemerintah diketuai oleh Raja
sendiri, yang dibantu oleh anak Raja,
golongan elit dan bangsawan.
 Manakala golongan yang diperintah terdiri
daripada rakyat biasa dan hamba.
 Dalam sistem masyarakat Hindu-Buddha,
kasta masyarakat terdiri daripada empat
golongan utama iaitu Brahmin, Satria, Vaisya
dan Sundra.
 Wanita pula langsung tidak mempunyai
keistimewaan dalam sistem masyarakat ini.
 Berbeza dengan kerajaan Alam Melayu, wanita
juga boleh menjadi pemerintah tertinggi.
 Sebagai contoh, Ratu Kartagama dari
Majapahit.
 Namun selepas kedatangan Islam ke Alam
Melayu, ia telah berubah kepada lebih
berkonsepkan Islam, iaitu pemerintah
dianggap sebagai “zullullah Fil Alam” yang
bermaksud bayangan Allah di muka bumi.
Perundangan
 Perkembangan sistem perundangan yang
wujud di Alam Melayu banyak diadaptasi dari
India.
 Undang-undang Hindu yang diterima oleh
orang Melayu adalah berdasarkan sumber
“Dhamasastra”
 Di India, hukuman yang dikenakan adalah
berbeza mengikut kelas sosial masyarakat, di
mana golongan atasan dan bawahan akan
menerima hukuman yang berbeza.
 Namun, dalam kerajaan Melayu, hukuman
yang dikenakan adalah atas budi bicara Raja.
 Melalui perkembangan pengaruh Hindu-
Buddha, undang-undang yang dibuat adalah
untuk mengukuhkan taat setia rakyat kepada
Raja.
 Melalui taat setia ini, wujudnya konsep
‘Durhaka’ iaitu sesiapa yang melanggar
perintah Raja akan menerima tulah dalam
bentuk bencana alam, sakit, dll.
 Sementara itu, golongan ahli agama iaitu
Brahmin mempunyai beberapa keistimewaan
kerana mereka merupakan penasihat Raja
dalam pentadbiran dan menggubal undang-
undang berdasarkan agama Hindu-Buddha.
 Dalam kes-kes tertentu, golongan
Brahmin mempunyai keistimewaan
seperti tidak boleh dihukum.
 Namun, setelah kedatangan Islam,
undang-undang yang dibuat berdasarkan
syariat Islam seperti undang-undang
kanun Melaka, undang-undang Kanun
Pahang dll.
Bahasa dan sistem tulisan
 Perkembangan pengaruh dari India ke atas
pembentukan Tamadun Melayu juga dapat
dilihat dari sudu bahasa dan tulisan.
 Sebelum kedatangan Hindu-Buddha, sudah
wujud bahasa Melayu kuno Jawa.
 Kesan pengaruh dari India telah
memperkayakan lagi bahasa dari sudut
perbendaharaan kata, contohnya istilah guru,
dosa, syurga, neraka, seksa, nirwana, dewa,
dewi dll.
 Dari sudut tulisan, pengaruh dari India dapat
dilihat daripada kewujudan tulisan Pallawa dan
tulisan Kawi.
 Tulisan ini berasal dari India Selatan dan
telah disesuaikan dalam kehidupan
masyarakat Melayu, contohnya catatan
pada prasasti-prasasti di Kerajaan Hindu-
Buddha di Alam Melayu.
 Setelah kedatang Islam ke Alam Melayu,
bahasa Arab mula banyak digunakan
dalam bahasa dan sistem tulisan,
contohnya kewujudan tulisan Jawi dalam
prasasti batu bersurat Terengganu.
 Sebuah inskripsi Bahasa Melayu Kuno yang
digelar Kawi ditemu di Pengkalan Kempas di
Negeri Sembilan, Malaysia.
Kesenian dan Kesusasteraan
 Kesenian telah wujud di Alam Melayu
sebelum kemasukan unsur luar
termasuklah pengaruh dari Hindu-Buddha.
 Contohnya, tinggalan arkeologi terdiri
daripada pelbagai hasil tembikar yang
bercorak, alatan perhiasan dan ukiran pada
dinding gua.
 Setelah kedatangan pengaruh dari India,
corak kesenian dalam masyarakat Melayu
lebih tertonjol dan ketara berdasarkan
pengaruh ini, contohnya candi Borobudor,
candi Lembah Bujang dan Angkor Watt.
 Candi yang terdapat di Alam Melayu tidak
sama dengan candi yang terdapat di
India, di mana telah berlaku adaptasi di
antara pengaruh dari luar dengan budaya
tempatan.
 Corak dan ukuran pada candi yang
mengisahkan tentang babak kehidupan
Buddha, dan pembinaan patung-patung
dewa-dewa dan Buddha memperlihatan
perkembangan kesenian di Alam Melayu
hasil dari pengaruh dari India.
 Kewujudan kulit wayang juga telah ada
dalam budaya dan kesenian tempatan.
 Candi Lembah Bujang

Ukiran-ukiran yang terdapat di dalam


sebuah gua di Tambun, Perak yang
dianggarkan dilukis pada tahun 3000
SM.
 Setelah kemasukan pengaruh Hindu-
Buddha, cerita wayang kulit banyak
ditokok tambah berdasarkan karya
Ramayana dan Mahabrata.
 Sosial
W.F. Wertheim menekankan faktor ajaran
persamaan ini dengan mengatakan,
“Islam gave the small man a sense of individual worth as a
member of Islamic community. According to Hindu
ideology, he was merely a creature of lower order than
the members of the higher castes. Under Islam, he
could, as it were, feel himself their equal, or even, in his
quality, as a Muslim, the superior of such of them, as
were not Moslems themselves, even though he still
occupied a subordinate position in the social structure.”
Pengaruh Islam dalam budaya
Melayu
 Politik dan Perundangan
 Sosial dan Ekonomi
 Kesenian dan Hiburan
 Pendidikan dan Bahasa
 Sastera dan Ilmu Pengetahuan

Anda mungkin juga menyukai