Anda di halaman 1dari 12

MENILAI KEFAHAMAN PELAJAR MENGHURAIKAN PENERIMAAN

PENGARUH LUAR DALAM PEMBENTUKAN PERADABAN MELAYU

1|Page
PERKARA MUKA SURAT

PENGENALAN 3

PENGARUH LUAR TERHADAP PEMBENTUKAN


4-6
PERADABAN MELAYU

CONTOH-CONTOH PENGARUH LUAR YANG


MEMBENTUK PERKEMBANGAN PERADABAN 6-7
DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU

CADANGAN UNTUK MEMPERKASAKAN JATI DIRI


ORANG MELAYU AGAR PERADABAN MELAYU 7-9
KEKAL RELEVAN

KESIMPULAN 10-11

RUJUKAN 12

2|Page
PENGENALAN

Tamadun Melayu bermaksud tamadun yang dibuat dan dimilik oleh orang-orang
berbudaya melayu yang terdiri daripada latar belakang dan cara hidup mereka yang
tersendiri. Istilah kebudayaan diambil daripada dua maksud perkataan iaitu ‘budi’ dan
‘daya’. Akal fikiran, perasaan, naluri,cita-cita, kehendak dan kemahuan merupakan
maksud merujuk kepada aspek dalaman manusia itu. Manakala makna daya pula merujuk
kepada maksud fizikal seperti kekuatan dan keupayaan. Dalam maksud yang ringkas di
sini, kebudayaan membawa erti cara hidup yang berteraskan budi iaitu aspek dalaman
manusia dan daya iaitu aspek luaran manusia atau untuk lebih mudah difahami ia adalah
hasil daripada fikiran dan akal manusia itu sendiri.

Maksud Tamadun pula keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau


didasarkan kepada taraf kemajukan, kebendaan serta perkembangan pemikiran dari segi
sosial, budaya, ekonomi, politik dan sebagainya. Kehidupan manusia yang lebih teratur
dan bersistematik merupakan ciri utama kelahiran tamadun (Darusalam, Dr Ghazali;,
2019). Antara ciri-ciri tamadun adalah Strafikasi dan organisasi sosial, Pertumbuhanm
pembinaan dan perkembangan kota (urbanisasi), Pembahagian kerja secara kolektif,
Tulisan dan komunikasi, Pengantian kehidupan nomad kepada kehidupan moden melalui
kemajuan sains dan teknologi, sistem agama dan kepercayaan serta kesenian dan estetika.

Namun tugasan kali ini lebih membincangakn berkaitan agama di dalam sesebuah
tamadun itu berkembang merenstasi budaya masyarakat, ras dan sempadan negara hingga
ke Alam Melayu dan membawa kepada era ke kegemilangannya yang berindentitikan
Islam. Malah terdapat pembahasan dan perbincangan tentang Islam di Malaysia selalu
menarik minat para penyelidik dan penelit tentang kedudukan islam di negara ini
mengingat masyarakat umum sudah mengetahui bahwa Malaysia merupakan sebuah
negara islam. Terdapat pendapat yang melontarkan bahawa Islam dan Melayu di
Malaysia tidak dapat dipisahkan kerana masyarakat melayu telah mengamal agama ini
sejak dahulu kala. Malahan agama islam itu sendiri terangkum dalam perlembagaan
Malaysia sejak kemerdekaan tahun 1957.

3|Page
PENGARUH LUAR TERHADAP PEMBENTUKAN PERADABAN MELAYU

Lipatan sejarah telah merakam bahawa sebelum kedatangan bangsa Eropa yang menjajah
kawasan ini, masyarakat di Nusantara khususnya alam Melayu yelah mempunyai
tamadun dan kebudayaan yang cemerlang (H. Puteh & H. Omar, 2014). Namun, sebelum
kedatangan islam kecemerlangan tersebut tidak mempunya dasar dan asas perpaduan dan
jati yang tiada bezanya dengan tamadun lain sehingga datangnya Islam yang telah
membawa bersamanya asas jati diri untuk diaplikasi dalam kehidupan umat Melayu
hingga kini. Sejarah menunjukkan bahawa pelbagai budaya asing telah mempengaruhi
sesuatu tamadun itu tersebut.

Tamadun melayu ini telah muncul di Nusantara ini sebelum kedatangan islam
lagi. Antara kerajaan yang wujud yang wujud sebelum kedatangan islam adalah seperti
Funan, Angkor selain kerajaan Melayu maritim seperti Langkasuka (Patani) (2 hingga 14
Masihi), Srivijaya (Palembang) (670-1025 Masihi), Lembah Bujang (Kedah) iaitu pada
abab ke-7 Masihi, Kuala Selising di Perak dan Majapahiy (1292M). Tamadun Melayu itu
sendiri terbentuk kerana kerajaan-kerajaan di atas menjadi pengasas kepada negara kota
pada ketika itu sebelum menjadi Tamadun Islam kemudianya.

Selain itu, faktor hubungan antara melayu dan islam terlalu rapat hingga sukar
untuk diasingkan. Malah dalam konteks Malaysia kini, bangsa Melayu selalu
disinonimkan dengan agama islam seolah-olah Melayu ialah Islam, Islam ialdah Melayu.
Perlembangan Persekutuan dalam perkata 160 fasal 2 menjelaskan secara terperinci
bahawa “Melayu” itu sebagai “seorang yang menganut agama islam, lazimnya bertutur
bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat dan resam Melayu”. Namun demikian,
agama selain Islam boleh diamalkan di Malaysia ini. Hal ini memberikan keunikan
bahawa Malaysia sangat meraikan kepelbagaian agama dan bangsa di bahawa satu
payung negara. Penerimaan agama islam tidak dihasilkan semata-mata kerana sikap pak
turut masyarakat melayu itu shaaja, akan tetapi kekuatan ajaran islam itu sendiri serta
berkat usaha gigih dan bijaksana para pendakwah yang terdiri daripada kalangan para
ulama, kaum sufi, pedangan serta kepimpinan raja-raja yang dapat mendorong

4|Page
masyarakat melayu itu menerimanya dengan baik. Pertukaran konsep pandangan
semesta selari dengan kepercayaan yang diyakini dan diimani, islam turut mengalakkan
perkembangan intelektual dan membina tradisi budaya ilmu untuk seluruh lapisan
masyarakat. Amalan adat tradisi warisan turun-temurun telah disesuaikan dengan nilai-
nilai dan batas sempadan yang telah ditetapkan oleh islam. Oleh itu, kedatangan islam ini
turut mencetuskan gelombang transformasi budaya yang menyentuh pelbagai dimensi
cara hidup masyarakat melayu. Secara keseluruhanya, islam dan pembinaan tradisi
budaya Melayu tidak boleh dianggap sebagai lapisan baru kerana ia telah merekonstruksi
satu perubahan yang besar dalam kehidupan dan pemikiran masyarakat Melayu secara
keseluruhannya.

Penerimaan agama Islam tidak dihasilkan semata-mata kerana sikap pak turut
masyarakat Melayu, tetapi melalui kekuatan ajaran Islam itu sendiri serta berkat
usaha gigih dan bijaksana para pendakwah yang terdiri daripada kalangan para ulama,
kaum sufi, pedagang serta kepimpinan raja-raja yang dapat mendorong masyarakat
Melayu menerimanya dengan baik. Konsep pandangan semesta selari dengan
kepercayaan yang diyakini dan diimani, Islam turut menggalakkan perkembangan
intelektual dan membina tradisi budaya ilmu untuk seluruh lapisan masyarakat.
Manakala amalan adat tradisi warisan turun-temurun telah disesuaikan dengan nilai-nilai
dan batas sempadan yang telah ditetapkan oleh Islam. Oleh itu, kedatangan Islam turut
mencetuskan gelombang transformasi perubahan budaya yang menyentuh pelbagai
dimensi cara hidup masyarakat Melayu. Islam dan pembinaan tradisi budaya Melayu
tidak boleh dianggap sebagai lapisan baru kerana ia telah merekonstruksi satu perubahan
yang besar dalam kehidupan dan pemikiran masyarakat Melayu secara keseluruhan.

Seterusnya, kedatangan islam telah memberikan kesenian yang baharu dalam


budaya masyarakat di nusantara. Oleh kerana itu falsafah serasi dengan kehidupan dan
jiwa orang Melayu, nilai-nilai Islam diserap serta disemai dalam kehidupan orang Melayu
seperti dalam cara berpakaian dan meraikan tetamu. Penerimaan dan penyerapan itu juga
amat jelas dalan bidang-bidang senibina seperti seni bina khat, seni ukir dan seni bina
teater yang mempunyai falsafah islam. Seni teater yang mempunyai falsafah ini terdiri

5|Page
daripada seni bina seperti masjid, surau dan rumah orang melayu. Reka bentu bumbung
biasanya direka dalaman limasan iaitu yang mana cerminya bertingkap tiga, atau lima,
dan lebar di bahagian bawah dan menirus ke atas.

CONTOH-CONTOH PENGARUH LUAR YANG MEMBENTUK


PERKEMBANGAN PERADABAN DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT
MELAYU

Perkembangan tamadun manusia di Malaysia adalah berpunca daripada kedatangan islam


itu. Perkata islam itu berasal daripada perkataan Arab iaitu salima yang bermaksud
selamat dan sentosa atau kedamaian. Perkataan salima ini juga lahir perkataa aslama
yang bermakna terpelihara dalam keadaan selamat sejahtera dan sentoasa. Seebelum
kedatangan islam, fahaman animisme telah dianuti oleh masyarakat Melayu. Namun,
keadaan ini telah berubah apabila kedatangan Islam yang membawa konsep tauhid
dengan menafikan kewujudan Tuhan yan banyak. Kedatangan Islam ini membawa
konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas telah menarik minat masyarakat tempatan.
Kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati
bertentengan dengan akidah ditinggalkan secara perlahan-lahan

Selain itu, Perkembangan Islam di alam Melayu unik kerana tidak terdapat
sebarang bukti penggunaan kekerasan atau khidmat ketenteraan yang tujuan asalnya
adalah mengembangan agama islam semata-mata. Namun, jika terdapat segelintir pun
perselisihan yang wujud adalah bersifat setempat dan tidak menyeluruh kerana faktor
keenganan menerima perubahan budaya. Catatan tarikh sebenar kedatangan Islam ke
alam Melayu masih lagi menjadi bahan pertikaian dan perdebatan. Meskipun sedemikian,
setidak-tidaknya terdapat bebberapa bahagian di alam Melayu yang telah pun menerima
Islam sejak abad ke-7 ataupun ke-8 masihi seperti di Sumatera. Sementara itu, di Tanah
Melayu pula sejak abad abad ke-9 atau ke-10 masihi baru menerima kedatangan islam.
Terdapat pula ahli ilmuan yang mengatakan bahawa kemasukan islam ke Sumatera dan
Tanah Melayu sebenarnya lebih lewat dari itu dan mengatakan bahawa di Sumatera
sekitar abad ke-13 dan di Tanah Melayu pula pada abada ke-14.

6|Page
Seterusnya, masyakarat melayu meninggalkan ajaran Hindu-Buddha dan
animisme serta bertukar konsep ketuhanan, hormat-menghormati dan mementingkan soal
persamaan taraf kehidupan. Dalam kontaks ini dilihat bahawa Islam telah mengubah
world view masyarakat Melayu daripada menyakini roh, semangat dan dewa kepada
mempercayai Tuhan Maha Esa, Nabi-nabi, Malaikat dan kitab suci Al-Quran. Namun
begitu, masyarakta ketika itu masih sukar mengubah tradisi dan adat lama serta dapat
memgambil masa lama untuk hilang sedikit demi sedikit.

Selain itu, kedatangan islam ke Tanah Melayu telah memberi perubahan terhadap
sistem politik. Sesungguhnya kebajikan rakyat itu hanya dapat disempurnakan dengan
wujudnya pemerintahan. Kewujudan pemerintah adalah cara terbaik untuk
menyempurnakan kebajikan rakyat. Salah satu aspek utama perubahan dalam bidang
politik dan pentadbiran ialah Islam berjaya di kebanyakan negeri di rantau ketika itu.
Struktur politik pemerintahan Islam di Alam Melayu mengembalikan tenaga seluruh
rakyat bagi memperjuangkan dan mempertahankan ajaran Islam, negara dan umatnya.
Sultan-sultan juga didorong supaya mereka meminati ilmu dan mendekati para ulama
hingga istana-istana menjadi pusat pengajian Islam yang utama. Hal ini berlaku kepada
sultan-sultan yang terkenal seperto Sultan Malik al-Zahir (Samudera-Pasai), Sultan
Mansur Shah (Melaka) dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (Aceh) (Mohammad ,
2008). Terdapat ramai sultan-sultan Melayu yang terpengaruh dan menerima ilmu atau
tasawwuf seperti Sultan Muhammad Yusuf Al-Khalidi (Riau) dan Sultan Iskandar Muda
(Acheh) serta lain-lain lagi.

CADANGAN UNTUK MEMPERKASAKAN JATI DIRI ORANG MELAYU


AGAR PERADABAN MELAYU KEKAL RELEVAN

Kedatangan Islam ke alam melayu telah membuka lembaran baru dalam sejarah
peradaban masyarakat khususnya di Nusantara ketika itu. Malah, agama islam telah
menjadi asas kepada perjuangan masyarakat Melayi dari setiap suduj aspek kehidupan
sosial, ekonomi dan politik (Stapa, Yusuf, & Shaharudin, 2012). Pada era globalisasi ini

7|Page
juga sebenarnya masyarakat melayu yang beragama islam sering menghadapi cabaran
serta desakan budaya ekoran fahaman barat yang telah merosakan akidah serta pemikiran
kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Masyarakat melayu perlui berpegang kepada
agama yang sama kerana ia mencirikan melayu islam yang terkenal pada era
kegemilangan kerajaan Melaka pada suatu ketika. Bagi bangsa melayu, islam perlu kekal
teguh sebagai jati diri mereka dan merupakan intisari kepada penetuan alam pemikiran
Melayu. Konsep kesejagatan Islam yang membawa konsep ketuhanan, etika dan moral
serta sosial yang sama sehinggakan apa yang diwarisi dari sudut sistem agama akan
segera terdapat penyesuaian dalam agama kecuali prinsip yang menjadi rukun itu sendiri.

Seterusnya, kedatangan islam juga telah memberikan impak perubahan yang


hebat dan total terhadap masyarakat Melayu dahulukala. Sejarah menunjukkan
bagaimana Islam telah berjaya mengubah dan merevolusi diri dan jiwa orang melayu
sehingga orang melayu seolah menemukan identiti diri mereka yang serasi dan sesuai
dengan jiwa mereka. Kita ketahui bahawa Kepulauan Melayu sebelum kedatangan islam
rata-rata umat melayu menganuti sama ajaran Hindu atau Buddha dan agama “budaya
atau kepercayaan” anak negeri sendiri. Tokoh sejarawan Barat Van Leur menjelaskan
bahawa ajaran-ajaran itu sebenarnya tidak benar-benar dihayati oleh masyarakat tetapi
sekadar oleh golongan raja-raja dan bangsawan sahaja. Para agama Hindu seperti sami
dari tanah besar India didatangkan ke Nusantara ini untuk mempengaruhi masyakarat
agar mendewa-dewakan raja-raja kononya keturunan dewa atau wakil tuhan mereka.
Bahkan, ajaran ini hanyalah sekadar nipis dan tidak benar-benar bertapak dalam jiwa
masyarakat umum pada masa itu. Namun, berbeza dengan agama islam apabila ramai
ulama Melayu-Islam yang lahir dengan karya-karya yang berkualiti tinggi seperti Sheikh
Hamzah Fansuri (1590), Sheikh Nuruddin al-Raniri (1658), Sheikh Shamsuddin Al-
Sumara’i(1630 dan ramai lagi. Malah pendapat ini telah disokong oleh Professor Syed
Naquib Al-Attas menegaskan bahawa betapa ajaran telah berjaya membentuk jati diri
bangsa Melayu dari dulu hingga kini dan tanpa islam, bangsa melayu ini seolah-olahnya
tidak memiliki identiti yang jelas dan kukuh (IKIM, 2017). Malah, dapat dilihat sekitar
3,000 kalimat arab diterima pakai dalam bahasa melayu iaitu sekitar 15% daripada
perbendayaraan kata bahas Melayu. Oleh itu, para pemimpin negara dan ilmuan agama

8|Page
perlu memastikan pendidikan islam ini dimurnikan oleh orang melayu dan seluruh
penduduk di Malaysia khasnya yang beragama islam.

Selain itu, kepekatan masyarakat melayu dalam memelihara peradaban harus


diteruskan seperti dahulu yang memperkukuhkan bahasa melayu yang sinonim di
Malaysia. Hal ini penting kerana bahasa melambangkan sesebuah negara itu sendiri
seperti Malaysia yang mengamalkan ahasa Melayu atau dikenali sebagai Bahasa
Malaysia, di Indonesia Bahasa Indonesia, dan Brunie Bahasa Brunienya. Namun, jika
kita lihat negara jiran kita seperti Singapura telah terkeluar daripada peradaban melayu
dan budaya itu sendiri apabila menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa
kebanggsaannya. Filipina juga belum banyak diketahui sama ada hingga ke hari ini
benar-benar nampak berusaha memikul beban tugas penyegaran semula Peradaban
Melayu-Nusantara. Gerakan penyegaran semula Peradaban Melayu-Nusantara
menghadapi cabaran-cabaran baharu yang berbeza daripada cabaran yang dihadapi oleh
nenek moyang mereka dulukala, iaitu modenisasi, globalisasi, keformalan politik, dan
nasionalisme baharu. Namun, pada zaman kejayaan Peradaban Melayu-Nusantara,
bahasa Melayu, tulisan Jawi, dan agama Islam adalah ciri-ciri dari kemodenan sedangkan
pada masa sekarang adalah Bahasa Inggeris, tulisan Rumi, dan pandangan sekular.
Ancaman globalisasi zaman lampau adalah kolonialisme dan imperialisme Eropah
Kristian yang terwujud dalam bentuk penjajahan dan pengkolonian. Kini pengaruh
globalisasi tidak nampak nyata dan langsung, namun sifatnya hampir sama saja, iaitu
penguasaan kawasan Nusantara secara ekonomi, politik, dan budaya oleh para adikuasa,
sama ada oleh negara-negara ataupun korperasi multinasional. Penguasaan mereka atas
Melayu-Nusantara lebih bersifat hegemonik, yang dijalankan melalui para komprador,
bukan melalui penjajahan dan pengkolonian langsung seperti zaman dahulu. Masyarakat
harus sedar dengan budaya baharu agar negara tidak tergadai dan didomenasi oleh
kefahaman penjajah.

9|Page
KESIMPULAN

Kesimpulan daripada tugasan di atas, jelas menunjukan bahawa kedatangan Islam ke


Alam Melayu telah memberi kesan yang besar dan meluas dalam kehidupan
masyarakatnya. Sehingga dengan utu tekah berjaya merealisasikan ajaran dan tuntutan
Islam di kalangan mereka secara berkesan, sekali gus dapat mengangkat martabat mereka
ke tahap yang lebih baik dan bermaruah. Malah, keadaan tersebut berlaku dalam pelbagai
asepk kehidupan mereke baik di kalangan keluarga itu sendiri, masyarak atau negara.
Krisis jati diri sebegini merupakan fenomena biasa apabila sesebuah bangsa itu dijajah
dan nilai-nilai penjajah seperti sekularisme, materialisme di bawah masuk yang
memisahkan antara duniawi dan ukhrawi, dan mementingkan kebendaan

Kedatangan Islam telah membawa perubahan menyeluruh kepada sistem


kehidupan masyarakat Alam Melayu khususnya di Malaysia hingga kini seperti akidah
atau agama, sosial, corak pentadbiran dan politik, pemikiran, perundangan, ilmu
pengetahuan dan sebagainya. Namun demikian juga masih terdapa sebahagian bentuk
budaya atau adat daripada pengaruh Hindy sebelumnya diamalkan seperti bersanding
dalam majis perkahwinan dan lain-lain diteruskan sehingga kini.

Pada masa kini, seharusnya para remaja perlu berdaya saing dengan masyarakat
agar mereka terus berpegang teguh dengan jati diri dan agama sebagai asas panduan
kehidupan. Kebanyakan negara maju hanya berjaya daripada segi ekonomi dan kekayaan
negara sahaja tetapi nilai budaya sosial yang pasif telah mengundang masalah kepada
peningkatan masalah remaja di negara tersebut. Kita seharusnya belajar dengan Brunei
yang sentiasa menunjukan corak perkembangan islam bersifat top-down. Hal ini kerana
penerimaan islam oleh masyarakat elit dan penguasa kerajaan yang kemudiannya
disosualisasikan dan berkembang kepada masyarakat bahawan (Harian Metro, 2020).
Sifat tersebut dapat semai jika para pemimpin terlebih dahulu menunjukkan sikap yang
baik dan menjadi tauladan. Bagi negara Brunie ini keunikannya apabila islam diterima
terlebih dahulu oleh masyarakat lapisan bawahan kemudian berkembang dan diterima

10 | P a g e
oleh masyarakat lapisan atas atau elit penguasa kerajaan. Oleh itu, kepatuhan
masyarakatnya terhadap raja menjadikan agama islan di Brunie berkembang pantas.

11 | P a g e
RUJUKAN

Darusalam, Dr Ghazali;. (2019). MPU 3323 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1. Kuala
Lumpur, Malaysia: Open Universiti Malaysia (OUM).

H. Puteh, B., & H. Omar, M. N. (2014). Islam dan Kebudayaan Melayu di Era
Globalisassi di Malaysia. Sosial Budaya: Media Komunikasi Ilmu-Ilmu Sosial
dan Budaya, 116.

Harian Metro. (14. April 2020). Mercu Daulah Islam di Brunei . Von Harian Metro:
https://www.hmetro.com.my/addin/2020/04/567572/mercu-daulah-islam-di-
brunei abgerufen

IKIM. (28. April 2017). Islam Bentuk Jati Diri. Von Institut Kefahaman Islam Malaysia:
https://ikimfm.my/islam-bentuk-jati-diri/ abgerufen

Mohammad , A. (2008). Sumbangan Tamadun Islam Dalam Kehidupan Masyarakat Di


Alam Melayu Hingga Abad ke-17 M. Journal of Al-Tamaddun, 68-84.

Stapa, Z., Yusuf, N., & Shaharudin, A. F. (2012). Islam Asas Pembentukan Jati Diri
Bangsa Melayu-Muslim. Jurnal Hadhari Special Edition, 129-141.

12 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai