Anda di halaman 1dari 20

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP) SEMESTER 1 2013

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) WAJ3101

NAMA PELAJAR NO KAD PENGENALAN

NUR FATIN BT HUSSIN

KUMPULAN KOD MATAPELAJARAN SEMESTER NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1 WAJ3101 1 PISMP DR. ZAHARIAH BINTI AIYUB 27 FEBRUARI 2012

PROFIL PELAJAR

NAMA NO KAD PENGENALAN KUMPULAN

NUR FATIN BINTI HUSSIN

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1

AMBILAN SEMESTER

JANUARI 2012 1 PISMP

TEMPAT LAHIR ALAMAT

HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR 114 , JALAN BERJAYA 4, TAMAN BERJAYA , SG CHUA, 43000 , KAJANG SELANGOR

NO TELEFON

ALAMAT EMEL

nurfatin_14@yahoo.com

2|Page

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

PENGHARGAAN

PRAKATA

ESEI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU DAPAT MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERTAMADUN. REFLEKSI

18

BIBLIOGRAFI

20

3|Page

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. Syukur kepada Tuhan sekalian alam, kerana dengan limpah kurnianya maka dapatlah saya menyiapkan tugasan ini. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr.Zahariah selaku pensyarah pembimbing yang banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudah cara sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Dengan tunjuk ajar beliau dapatlah saya memahami segala perkara yang perlu dilakukan. Penghargaan khusus dirakamkan kepada ibu saya yang banyak memberi sokongan moral sepanjang keberadaan saya di sini agar sentiasa mempelajari dan melakukan segala kerja pembelajaran dengan baik.Terima kasih atas segala bantuan seperti bantuan kewangan untuk mendapatkan bahan dan segala keperluan yang sangat membantu dalam melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Nik dan Zuwaidah yang bersama-sama memcari bahan rujukan di beberapa perpustakaan sekitar Bandar Enstek dan Nilai ini. Segala tunjuk ajar, bantuan dan usaha yang telah dilimpahkan sangat membantu dalam pelaksanaan tugasan kali ini. Dengan kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang memberi pertolongan samada secara langsung atau tidak dalam membantu kami menyiapkan tugasan ini. Pelbagai ilmu dapat saya rungkai sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini.Akhir kata, saya berharap tugasan saya ini betul-betul mengikut spesifikasi pemarkahan yang betul dan mendapat markah yang cemerlang.

4|Page

PRAKATA Istilah ilmu dan sarjana merupakan dwitunggal yang tidak dapat dipisahkan daripada kamus tamadun. Pembentukan tamadun sebenarnya berasaskan kepada dua aspek berkenaan. Ketinggian hati nurani iaitu akhlak dan moral, akal, budi, roh, ilmu pengetahuan dan agama adalah ciri-ciri yang terdapat pada semua makhluk Allah s.w.t khasnya manusia. Anugerah ini begitu besar ertinya kepada manusia kerana tanpanya manusia tidak akan dapat meninggikan martabat dirinya kerana tamadun sebenarnya dapat meninggikan martabat masyarakat seterusnya membina tamadun mereka. Sejarah juga telah membuktikan kepada kita bahawa sewaktu memuncaknya sesuatu tamadun, ia sentiasa diiringi dengan kehadiran begitu ramai para cendekiawan dalam pelbagai bidang kesarjanaan yang dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan tamadun tersebut. Oleh itu, usaha mencari ilmu dan sentiasa mencipta sesuatu untuk kegunaan hidup manusia merupakan amalan yang cukup mulia, kerana pemilikan ilmu dan idea daripada seseorang akan dapat memastikan bahawa dirinya dapat memberikan sumbangan yang paling maksimum dalam proses pembangunan. Penyebaran ilmu yang luas dalam bentuk pengalaman dan penghayatan yang menjadi budaya masyarakat amat penting untuk memastikan kelangsungan dan kesinambungan umat dan peradabannya yang perlu dilakukan secara berterusan. Dari perspektif yang lain, asas kebahagiaan seseorang dan keharmonian sesebuah masyarakat dan seterusnya negara adalah berteraskan kepada amalan akhlak dan moral. Dua elemen ini telah dimaktubkan dalam sejarah dan agama bahawa jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan negara bergantung kepada nilai moral dan akhlaknya.

5|Page

ESEI

KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU DAPAT MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERTAMADUN

6|Page

Kesan kedatangan Islam terhadap kehidupan sosial dan kebudayaan Melayu dan sistem berkerajaan merupakan suatu proses pembudayaan yang boleh dikaji dari pelbagai sudut seperti pendidikan dan pengembangan ilmu, bahasa dan persuratan, kebudayaan dan kesenian, gerakan kesedaran politik dan pentadbiran,

pembaharuan pemikiran, ketatanegaraan, soal hukum hakam, sejarah wilayah, sistem sosial, aspek nilai dan sebagainya. Paksi kehidupan umat Melayu dan sejarah kebudayaannya menuju ke suatu sinar zaman baharu yang mendukung ciriciri rasionalisme, intelektualisme, keadilan dan menempatkan kemuliaan serta keperibadian insan pada tempatnya yang layak dan wajar. Suatu macam transformasi sosial dan transformasi budaya yang mengagumkan telah terjadi. Pencapaian tamadun Melayu menjadi bukti kegemilangan bangsa Melayu pada lembaran sejarah silam. Berdasarkan kegemilangan ini, Melayu kini terus membina wawasan dan menetapkan jati diri kemelayuan. Pencapaian ini dibuktikan dalam bentuk catatan tulisan, peninggalan seni bina dan artifak lain yang boleh disaksikan hingga hari ini. Pencapaian ini juga menggambarkan masyarakat Melayu mampu berdikari, berusaha dan berhadapan dengan segala kemungkinan serta perubahan. Pencapaian ini akan dilihat daripada segala aspek yang boleh dirangkumkan kepada tiga kategori, iaitu pencapaian material (benda), intelektual (ilmu pengetahuan) dan spiritual (agama/kepercayaan). Menurut Osman Bakar (2009), perkataan tamadun pertama kali diperkenalkan oleh Jurji Zidan, seorang penulis Kristian yang banyak menulis tentang sejarah Islam dan sastera Arab dalam bukunya Tarikh al-Tamadun al-Islami. Sesetengah sarjana pula berpendapat Ibnu Khaldunlah yang mula-mula memperkenalkan istilah tamadun. Mengikut Kamus Dewan, perkataan tamadun bererti kebudayaan, kemajuan dan peradaban. Satu lagi perkataan bahasa Melayu yang hampir sama pengertiannya dengan perkataan tamadun ialah perkataan peradaban yang membawa erti kebudayaan, tamadun dan kemajuan dari segi rohani dan jasmani. Tamadun secara umumnya dikaitkan dengan konsep pembangunan, perubahan, kemajuan dan peradaban yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau kaum di dunia. Istilah tamadun juga ditakrifkan sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi peradabannya. Tokoh- tokoh barat menyatakan bahawa kebudayaan itu terdiri

7|Page

daripada bahasa, cara berfikir, agama, adat resam, kepercayaan, kesenian dan lainlain. Kesemuanya merupakan aktiviti akal fikiran. Tamadun Islam adalah lengkap dalam semua bidang seperti mempunyai masyarakat berakidah, berakhlak dan berhemah tinggi, bersifat menyeluruh, sistem undang-undang yang lengkap, cara hidup dan corak perhubungan sosial yang mantap. Dengan kedatangan Islam di alam melayu dapat melahirkan masyarakat yang bertamadun dan mempunyai jati diri yang teguh. Perkara utama yang perlu ditegaskan impak daripada kedatangan Islam ke alam Melayu ini ialah tentang peranannya dalam konteks persejarahan dan ketamadunan masyarakat di alam Melayu. Ia menampilkan suatu hakikat bahawa Islam membawa era baru di Nusantara dan meninggalkan era lama yang wujud sebelumnya. Syed Naguib al Attas mencatatkan bahawa, kedatangan Islam di kepulauan Melayu Indonesia harus kita lihat sebagai mencirikan zaman baru dalam pensejarahannya, sebagai semboyan tegas menegaskan suatu sistem masyarakat yang berdasarkan kebebasan orang perseorangan, keadilan dan kemuliaan peribadi insan. Kedatangan Islam telah mengubah kehidupan keagamaan yang sebelum itu berabad-abad lamanya dipengaruhi oleh kepercayaan Hindu-Buddha. Dalam tempoh hampir 15 abad dari awal Masihi sehingga permulaan abad ke-15, turun naiknya Kerajaan-Kerajaan Melayu boleh ditelusuri dari Zaman Funan, Langkasuka, Sriwijaya, Majapahit dan kerajaan-kerajaan wilayah seperti di Kediri, Singosari, Kutai Kartanegara. Sungguhpun disebut hubungan Tanah Melayu dengan dunia Arab sudah terjadi sejak abad ke-9 Masihi mungkin kerana dagang, tetapi kesan terbesar terjadi hanya sesudah terbentuknya Kerajaan Melayu Melaka dengan kekuatan sistem pemerintahan dalam bidang siasah, ekonomi, sosial dan kebudayaan, serentak dengan peranannya dalam penyebaran Islam ke seluruh Alam Melayu. Yang paling penting lagi Alam Melayu seolah-olah menjadi penyambut kepada kejatuhan Islam di Andalusia yang mencapai kegemilangannya pada abad 7 hingga 14 Masihi dan Empayar Melaka muncul sewaktu Barat memulakan penerokaan dunia baru dan bertarung dalam Perang Salib. Barat telah menggerakkan Zaman Pembaharuan (Renaissance) yang bertujuan mengubah dan menukar segala kemajuan ilmu dan pengetahuan termasuk sains Islam mengikut kehendak dan kaca mata mereka. Mungkin Alam Melayu tidak menerima keseluruhan isi peradaban

8|Page

Zaman Andalusia, tetapi hakikat penerimaan aqidah Islamiyyah dan tradisi keilmuan sudah cukup bagi mewarnai corak keperibadian baru dan pedoman hala tuju sebuah peradaban di timur. Setelah kedatangan Islam, kehidupan baru manusia alam Melayu atau Nusantara dalam keserumpunan itu bertukar daripada kepercayaan tahyul kepada suatu keyakinan yang berpaksikan aqidah yang didasari intelektualisme dan rasionalisme. Islam telah membawa kesan yang meluas dan mendalam terhadap kehidupan sosiobudaya masa dan membentuk corak kerajaan-kerajaan Melayu di Dunia Melayu dengan memperkenalkan pelbagai sistem, serta memperkenal dan meninggalkan tradisi keilmuan. Islam dalam kebudayaan Melayu dikatakan denyut nadi dan degup jantung kepada kesinambungan sejarah rantau, kemajuan bahasa, persuratan dan budaya dalam suatu bahagian tamadun manusia di bahagian timur dunia sejak berabad-abad yang lalu. Perubahan yang dibawa oleh Islam merupakan suatu perubahan menyeluruh berteraskan paradigma tauhid. Impak tauhid ini menyebabkan perubahan yang berlaku itu terhadap rupa dan jiwa di alam Melayu ini. Perubahan tersebut bukan hanya melibatkan perubahan watak luaran, tetapi terkesan daripada falsafah dan pemikiran Islam yang tulen. Ledakan tauhid itu mencetuskan zaman baru dan meninggalkan zaman kehidupan Buddha dengan metodologinya, dengan alam khayalannya, penyembahan berhalanya dengan pementingan kepada keseniannya. Tauhid juga membuahkan kehidupan beribadah, menghiasi akhlak yang bernilai tasawwuf, juga mencetus perubahan-perubahan lain seperti dalam bidang politik, perundangan, ekonomi, keilmuan, bahasa dan persuratan dan sebagainya. Dari segi perubahan politik, cara dan susunan pemerintahan serta adat istiadat istana raja-raja di Nusantara pada mulanya mengikut Hindu tapi akhirnya bertukar kepada konsep Sultan dalam Islam. Struktur pentadbiran diterima secara beransuransur bagi mengantikan struktur pentadbiran Hindu dalam pentadbiran negara. Menurut Muhammad Asad, kebajikan rakyat hanya dapat disempurnakan dengan wujudnya pemerintah. Pemerintahan adalah suatu cara terbaik menyempurnakan kebajikan rakyat. Ia meliputi pengurusan dan pentadbiran yang cekap di mana ia memerlukan pemerintah sebagai penyelaras kuasa. Unsur-unsur yang perlu supaya kebajikan rakyat dapat dipenuhi ialah tolong-menolong, bekerjasama dan bersatu9|Page

padu. Islam yang tiba ke alam Melayu tidak mengabaikan aspek politik dan pentadbiran demi menjaga maslahat manusia keseluruhannya. Islam sentiasa mengambil alih tempat yang paling penting dalam kehidupan masyarakat Melayu dan politik di negara ini. Antara aspek yang utama dalam bidang politik dan pentadbiran ialah Islam mempengaruhi sifat dan watak pemerintah atau sultan yang bertakhta di kebanyakan negeri di rantau ini. Contohnya, watak yang meminati ilmu. Sultan sebagai ketua negara yang menjalankan undang-undang keadilan, menjaga dan melindungi hak-hak serta kepentingan rakyat. Sultan juga menjadi ketua agama dan adat yang mesti menjaga keutuhan agama dan keharmonian adat. Sultan tidak dianggap sebagai manusia paling suci seperti di dalam kepercayaan zaman Hindu sebelumnya. Sewaktu kedatangan Islam mereka menganggap sultan adalah manusia yang mulia tetapi sultan masih dianggap berdaulat dan duduk lebih tinggi daripada undangundang sehingga tidak boleh dikenakan hukuman. Konsep daulat berkembang apabila sultan dikaitkan dengan pelbagai mitos tentang asal-usul, jurai keturunan dan salasilah serta kebolehan fizikal dan keharmonian luar biasa. Rakyat dikehendaki mencurahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap sultan. Sesiapa menentang sultan dianggap menderhaka. Jelas bahawa kedatangan Islam berjaya mengubah watak dan sifat raja dengan sifat yang lebih positif dan membolehkan rakyat taat akan pemerintah untuk menjadi rakyat yang bertamadun. Oleh itu, pembangunan politik Islam telah mencapai kehidupan yang unggul. Malah lebih daripada itu, pembangunan politik yang diwujudkan oleh Islam telah mencapai suatu kedudukan yang lebih tinggi. Kita seharusnya ingat bahawa Islam adalah suatu sistem yang menyeluruh, tidak memecahbelahkan manusia kepada sesuatu bahagian tetapi melihatnya sebagai suatu panduan yang utuh dan yakin sebagaimana dirinya dalam realiti. Oleh itu, Islam memberikan perhatian untuk membangunkan sikap orang Islam terhadap ilmu dan tamadun sebagaimana ia membangunkan kehidupan politik mereka. Selain daripada perubahan politik, bidang perundangan juga merupakan salah satu aspek perubahan yang penting yang dicetuskan oleh Islam. Di Melaka terdapat dua teks penting undang-undang yang ternyata terpengaruh dengan ajaran Islam; Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Penampilan undang10 | P a g e

undang ini dapat mempamerkan bahawa Islam pernah diamalkan bukan sahaja sebagai undang-undang diri tetapi juga sebagai undang-undang jenayah, kontrak dan sebagainya. Perihal pengalaman Islam sebagai undang-undang di alam Melayu, khususnya di Tanah Melayu telah pun diputuskan di dalam suatu keputusan dalam mahkamah Inggeris yang mengatakan bahawa sememangnya undang-undang Islam itu adalah undang-undang asal negeri ini. Jika dikaji Hukum Kanun Melaka, nyata bahawa Islam mempengaruhi sistem perundangan di Melaka. Melaka merupakan negeri yang menjadi negeri yang terawal mempraktikkan sistem perundangan. Terdapat satu fasal undang-undang tersebut menyatakan, berhubung dengan menteri-menteri, pegawai istana dan pasukan tentera, mereka hendaklah bertindak berdasarkan firman Allah SWT dalam al-Quran dan menjalankan suruhanNya untuk membuat kebaikan dan mencegah kejahatan. Islam juga memainkan peranan dalam sistem pemerintahan Melayu di Terengganu. Pada catatan di Batu Bersurat Terengganu terdapat bukti bahawa hukum Islam mengenai kesalahan berzina dilaksanakan di negeri itu sejak tahun 1303H lagi. Ajaran Islam menghendaki umatnya untuk patuh kepada Allah dan menghindari perbuatan yang keji dan dibenci Allah. Perundangan dalam sesebuah negeri amat penting kerana ia akan mengawal segala tingkah laku manusia untuk tidak berbuat jahat. Perundangan juga harus adil dan saksama dan hukuman yang setimpal perlu diberikan kepada pesalah. Masyarakat akan lebih bertamadun jika dapat mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan selagi ia tidak terpesong daripada Islam. Seperti yang dapat kita lihat sekarang, negara memepunyai sistem perundangan yang teratur, adil dan saksama. Masyarakat dan negara tidak lagi terumbangambing seperti pada zaman Hindu dahulu tanpa perundangan yang sistematik. Bidang ekonomi juga mengalami perubahan sejak kedatangan Islam ke alam Melayu. Islam sendiri datang melalui kegiatan perdagangan. Islam juga

menggalakkan usaha-usaha mencari kekayaan secara halal. Dalam usaha menolong orang susah pula, Islam menentukan syariat sedekah dan zakat. Mencari rezeki dianggap sebagai satu perkara yang wajib. Meminta sedekah tanpa alasan yang munasabah dianggap keji dan hina. Konsep ini telah membawa perkembangan pesat dalam bidang ekonomi seperti yang kita dapat lihat pada masa kini. Perdagangan sentiasa memainkan peranan yang amat utama dan agung dalam
11 | P a g e

pembinaan tamadun manusia. Tukar ganti barangan antara seluruh dunia memperkaya dan memperbanyak keperluan manusia seluruhnya. Namun kehadiran pelbagai barangan keperluan itu berada di pelbagai tempat dan kawasan yang berjauhan hingga memerlukan perjalanan dan perdagangan jauh sebagai kaedah tukar ganti. Demikianlah pelbagai rantau dunia bertukar ganti barangan masingmasing untuk memenuhi pelbagai keperluan itu. Sekaligus kegiatan ini membangun tamadun manusia. Dalam kesibukan pertukaran inilah Alam Melayu memainkan peranan untuk membekalkan segala macam rempah ratus, galian emas dan timah dan barangan laut serta tempat persinggahan selamat untuk mendapat perbekalan makanan dalam perjalanan dari Barat ke Timur dan sebaliknya. Perjalanan melalui pelayaran adalah amat bergantung kepada pergerakan dua angin - musim timur laut pada Oktober-Mac dan barat daya pada April-September atau dikenali juga sebagai angin utara dan angin barat. Dalam tempoh enam bulan inilah pelayaran mesti berlaku untuk sampai ke barat atau ke timur jauh. Dalam tempoh yang singkat ini para pelayar dan pedagang dari rantau Arab dan India yang membekal Eropah dengan barangan mewah sutera dari China seringkali terpaksa singgah di Alam Melayu untuk mendapat barang makanan dan air atau menanti pertukaran angin sebelum belayar terus ke China. Demikian juga sebaliknya. Maka Alam Melayu menjadi persinggahan terpenting para pedagang Basra, Hormuz dan Calicut (Gujerat, India) ke China dan sebaliknya serta mendapat bekalan keperluan barangan rempah, kayu manis, kapur barus serta logam timah. Muncullah pelabuhan yang bertindak sebagai pasaran tukaran barangan yang amat meluas hingga muncul kerajaan-kerajaan Melayu yang berkuasa dan kaya. Begitulah fungsi pelabuhan Langkasuka, Kalah (Kedah), Zabaj (Sriwijaya) dan Melaka dalam lalu-lintas dagangan yang amat pesat. Laluan itu meluas ke seluruh Alam Melayu hingga ke Jawa, Maluku, Kalimantan dan Kepulauan Sulu untuk membekal dan mengumpul pelbagai barangan rempah, hasil laut dan hasil hutan. Kayu manis (yang ditukar-sebut menjadi cinnamum), buah keras, kapor Barus, tripang (gamat), damar dan rotan menjadi amat terkenal sebagai barangan Alam Melayu hingga mendorong pedagang Barat (Eropah) untuk mencari jalan ke timur dan pedagang Alam Melayu belayar ke timur dan barat membawa barangan mereka. Perjalanan ini mendorong dan mendokong juga pembesar Melayu yang menguasai dagangan untuk belayar jauh ke barat hingga membina dinasti kerajaan
12 | P a g e

Merina di Madagaskar pada awal milennium Masihi. Demikian kedudukan amat strategik Alam Melayu dalam pertukaran angin pelayaran meletakkannya di tengah jalan pelayaran itu untuk membangun tamadun agung Melayu sendiri yang menanam jati diri atau identiti Melayu kepada seluruh alam kepulauan Melayu dan juga mewarisi tamadun agung dunia dari jazirah Islam, Hindu-Buddha India, kebendaan China dan kemudiannya Nasrani Eropah. Pergolakan ketamadunan inilah yang diperhatikan berlaku dari abad 7M hingga ke 18M dan melahirkan kemelayuan di Alam Melayu sehingga kini. Islam juga mencetuskan perubahan dalam bidang keilmuan. Ini kerana hukum Islam sendiri menggalakkan usaha-usaha belajar dan mengajar ilmu pengetahuan. Profesor Muhammad Syed Naguib al Attas menjelaskan, Islam membawa semangat rasionalisme dan intelektualisme bukan sahaja dalam kalangan istana dan kraton, malah sampai juga dengan lebih merebak dalam kalangan rakyat jelata. Ia juga menggambarkan pola perubahan dalam hal-hal yang bersifat keilmuan ini melibatkan golongan atasan dan istana serta golongan bawahan dan rakyat jelata. Selain itu kedatangan Islam merubah pandangan masyarakat di alam Melayu ke arah yang bersifat ilmiah dan saintifik, meninggalkan era yang mengutamakan sesuatu yang bersifat tahyul, khayalan dan memuja sesuatu yang berbentuk estatik. Menurut Uthman el Muhammad, alam Melayu mementingkan sesuatu yang menggunakan akal, pemahaman ilmu metafizika, serta pandangan hidup yang munasabahpada akal yang sihat. Alam Melayu juga muncul sebagai pusat keilmuan. Antara tokoh-tokoh keilmuan di daerah ini ialah Nasruddin al Raniri, Shamsuddin al Sumaterani, Muhammad Singkel, Hamzah Fansuri dan lain-lain. Institusi pondok tumbuh dengan pesatnya sebagai pusat pengembangan ilmu. Ia menjadi institusi tumpuan masyarakat dan menjadi tempat mempertahankan tradisi suci yang diajar oleh Islam. Melahirkan masyarakat yang bertamadun memerlukan masyarakat yang berilmu supaya tidak ditindas atau ditipu dan untuk memperoleh masa depan yang cerah. Pendidikan dan pengembangan ilmu adalah warisan Nabawi yang sangat utama. Firman Allah yang pertama disampaikan melalui Jibril kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah kewajipan terhadap pencarian ilmu dengan perintah Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah
13 | P a g e

menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya Al Alaq (Segumpal Dar ah) 96:1-5. Perkembangan ilmu telah membawa kesan yang cukup besar terhadap perubahan sosio-budaya umat Melayu sesudah kedatangan Islam. Sistem awal yang diperkenalkan, mungkin pada mulanya dengan menadah kitab di surau, langgar dan masjid atau di kalangan istana, sehingga kemudiannya terdirinya pondok dan pesantren di serata wilayah dan daerah kepulauan Melayu. Ilmu adalah alat pertama bagi kesempurnaan keperibadian seseorang insan dan pembentukan akhlak. Sejarah intelektualisme rantau ini juga mencatatkan adanya polemik-polemik intelektual yang menyegarkan budaya berfikir. Pada zaman tamadun Aceh telah terjadi polemik di sekitar faham wujudiyyah dan pada zaman kebelakangan ini lebih banyak lagi polemik-polemik tentang pelbagai isu termasuklah polemik Islam dan adat tentang pembahagian harta pusaka dalam sistem adat perpatih, polemik politik tentang Islam dan kenegaraan (antara Soekarno dengan Natsir) polemik Kaum TuaKaum Muda (tentang pembaharuan Islam), polemik di sekitar faham sekular, reaktualisasi Islam dan sebagainya. Perkembangan-perkembangan mutakhir dalam bidang pendidikan di rantau ini telah membuka kemungkinan-kemungkinan baru. Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa dan ISTAC (Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa) di Malaysia umpamanya telah menjadikan rantau ini sebagai salah satu pusat tumpuan para ilmuwan dunia. Sekarang ini pun kita sudah menyaksikan semakin ramainya para pelajar dari pelbagai rantau dunia termasuk Dunia Arab yang datang untuk belajar di kampus-kampus kita. Kedatangan Islam juga memartabatkan bahasa Melayu dengan cara membentuk para penggunanya menuturkan perkara-perkara yang bersifat ilmiah, membicarakan persoalan metafizik, falsafah dan saintifik. Isu-isu sebegini sukar ditemui sebelum kedatangan Islam. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa perantaraan di alam Melayu. Di Melaka yang dikunjungi oleh pedagang seluruh dunia, bahasa Melayu ditutur oleh 360 bangsa yang tiba di pelabuhan itu. Malah dikatakan bahasa ini menjadi salah satu bahasa umat Islam yang tertinggi bilangan pengucapnya. Ia menjadi bahasa yang menjadi bahasa rasmi lebih daripada seratus juta manusia di alam Melayu. Aspek tulisannya ialah aspek yang paling penting. Kedatangan Islam
14 | P a g e

mengenalkan tulisan kepada orang-orang Melayu, iaitu tulisan Jawi. Tulisan ini mempunyai hubungan yang rapat dengan tulisan arab al-Quran. Dalam pada masa yang sama, perubahan juga berlaku di dalam bidang persuratan Melayu. Fungsi persuratan dan kesusasteraan bertukar daripada semata-mata untuk berhibur kepada pendidikan. Pada zaman kebangkitan kuasa kesultanan Melayu Islam di alam Melayu, isu-isu yang dibicarakan dalam persuratan Melayu berkisar tiga tema utama. Pertama, karya yang bertemakan tasawwuf dan falsafah seperti karya-karya Hamzah Fansuri. Kedua, hasil kesusasteraan yang berbentuk keagamaan dan ketatanegaraan seperti karya-karya Nuruddin al Raniri, Bukhari al Jauhari dan lainlain. Ketiga, kisah-kisah lagenda Islam seperti Hikayat Ali Hanafiah. Tema-tema yang dikemukakan ini membezakan pendekatan yang wujud sebelumnya yang mengucapkan tentang dewa-dewa dan pengaruh Hindu-Buddha. Selain daripada perubahan-perubahan berikut, aspek sosial juga turut dipengaruhi Islam. Sistem sosial Islam mengandungi peraturan-peraturan dan nilai-nilai murni yang lengkap dan sesuai untuk semua pada semua zaman. Pengaruh sosial Islam mengikis pengaruh sosial Hindu. Namun semangat daripada ajaran Hindu itu masih ada juga kesan-kesannya. Islam menganjurkan nilai persamaan taraf sesama manusia. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu menerima ajaran Hindu yang mengamalkan sistem kasta yang mementingkan darjat-darjat tertentu. Islam menghapuskan sistem tersebut dan menolak perhambaan sesama manusia. Institusi-institusi baru juga turut muncul seperti masjid, surau, madrasah dan sebagainya yang memainkan peranan utama dalam hubungan sosial seharian. Tempat-tempat ini bukan sahaja berguna sebagai tempat beribadat tetapi juga sebagai tempat pertemuan sosial. Masjid umpamanya menjadi tempat menimba ilmu, dewan permesyuaratan dan kelab untuk membincangkan pelbagai masalah sama ada dalam urusan agama atau menyelesaikan urusan kemasyarakatan yang dihadapi. masyarakat Dalam aspek sosial juga, Islam membina dengan sempurna sesebuah yang bersatu padu bermula dengan memperbaiki kehidupan

kekeluargaan dan kemuliaan. Sebagaimana satu unit keluarga, pembinaan sosial diasaskan oleh pertimbangan moral serta bersumberkan daripadanya. Mencintai anggota lain dalam masyarakat, menghormati hak mereka, mengambil berat kebajikan dan reputasi mereka merupakan perintah Allah S.W.T. Janganlah kita lupa bahawa
15 | P a g e

faktor

sosioekonomi

yang

memperkukuhkan

konsep

takaful

atau

perlindungan untuk menghadapi segala bahaya dan kerugian adalah sebahagian daripada masyarakat Islam dan sistem Islam keseluruhannya. Ia bermula dengan keluarga sebagai unit yang pertama tetapi dilanjutkan sehingga meliputi keluarga yang berkembang dan kemudian seluruh masyarakat. Tamadun dan kebudayaan mempunyai kaitan yang rapat antara satu dengan yang lain. Masyarakat pada zaman kini telah membangun dan melakukan perubahan dari segi keperluan, misalnya pakaian, ilmu pengetahuan, hasil pemikiran, peralatan tulis dan lain-lain lagi. Pada zaman sekarang, manusia telah mempelajari pelbagai bidang ilmu pengetahuan, khususnya bidang sains sehingga berjaya mencipta teknologi yang serba canggih seperti komputer, internet dan lain-lain perhubungan awam yang kita lihat. Masyarakat pada masa kini telah banyak melakukan perubahan dalam cara hidup mengikut perubahan masa. Ini bermakna masyarakat telah membangun berasaskan satu arah daripada bentuk yang kurang kompleks kepada bentuk yang lebih kompleks, dari satu tahap teknologi yang rendah ke tahap teknologi yang tinggi, daripada kemampuan yang lebih rendah ke tahap yang lebih tinggi dan daripada struktur sosioekonomi dan politik yang lebih rendah ke tahap yang lebih tinggi. Contohnya, Malaysia telah membangun dengan pesatnya di mana ia kini bangga kerana mempunyai kereta buatannya sendiri. Dengan contoh dan penjelasan tersebut, kita benar-benar dapati bahawa manusia pada masa kini telah bertamadun. Masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang bermoral. Masyarakat bermoral ialah masyarakat yang mempunyai pemikiran rasionalis atau selalu memikirkan sesuatu yang waras. Masyarakat bermoral boleh membangun dan bergerak maju dengan menggunakan akal untuk melahirkan sesuatu tamadun. Seperti yang kita ketahui bahawa akal fikiran merupakan sumber yang kedua penting dalam pembentukan tamadun Islam. Ini kerana ilmu pengetahuan yang dikuasai oleh seseorang melalui akal fikirannya dapat membentuk dan melahirkan sesuatu perkara yang baru dan menghasilkan tamadun. Keadaan ini dijelaskan oleh Ghazali Basri (1984) bahawa tamadun yang dilahirkan oleh agama Islam adalah tamadun yang bersifat kualitatis. Kabangkitannya tidak berasaskan kepada longgokan kebendaan atau material dan bersifat fizikal tetapi ia lahir daripada dasar hati yang tercermin dalam daya pemikiran keilmuan dan kesederhaan hidup. Sudah

16 | P a g e

terang lagi bersuluh Islam mempunyai pengaruh yang besar dan suci dalam mentamadunkan masyarakat Melayu pada hari ini yang saban hari mengejar dunia tanpa sempadan ini.

17 | P a g e

REFLEKSI

Saya telah diberikan amanah untuk membuat sebuah esei yang bertajuk Kedatangan Islam ke Alam Melayu dapat melahirkan masyarakat yang bertamadun. Pada mulanya saya berasa tajuk tersebut sukar untuk dikaji dan saya mengambil keputusan untuk menangguhkan tugasan ini. Namun, saya sedar bahawa ini merupakan cabaran yang perlu saya hadapi untuk melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar dan juga guru pelatih. Sepanjang saya menyempurnakan tugasan ini, saya juga menghadapi kekangankekangan yang tidak dapat saya elakkan. Antaranya termasuklah kesukaran mencari bahan dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya ini. Kebanyakan maklumat yang saya perolehi tidak berkaitan dengan tajuk saya terutamanya sumber yang saya perolehi daripada internet. Buku-buku yang terdapat di pusat sumber pula berselerak dan masih lagi tidak teratur ekoran berpindah ke kampus baru dan menyebabkan saya sukar untuk mencari buku-buku tentang tamadun Islam yang berkaitan. Cara saya menyelesaikan masalah saya ialah dengan munasabah diri saya sendiri sebelum memulakan langkah untuk membuat tugasan ini. Kemudian, saya mengambil tindakan untuk mencari buku-buku yang berkenaan tersebut dengan meminta pertolongan daripada pustakawan supaya memudahkan pencarian saya. Selain itu, saya mencari bahan-bahan rujukan daripada internet dengan cara meneliti setiap isi yang terkandung dalam artikel di internet. Dengan cara-cara tersebut saya dapat mengumpul maklumat yang saya perlukan untuk menyiapkan tugasan saya ini. Setelah selesai menyempurnakan esei ini, saya mendapat berbagai-bagai input yang sangat berharga bagi saya. Sebelum ini, saya tidak mengetahui banyak tentang sejarah Islam. Tugasan ini memberi saya fahaman yang lebih mendalam lagi tentang tamadun Islam itu sendiri. Apa yang dapat saya simpulkan ialah, tamadun Islam banyak mempengaruhi masyarakat di alam Melayu seperti yang kita dapat lihat sekarang ini masyarakat yang bertamadun dan berkerjaya. Tamadun Islam ialah acuan kepada masyarakat untuk membentuk sebuah masyarakat yang

18 | P a g e

bertamadun. Semuanya terpulang kepada setiap individu untuk mencorakkan hidup masing-masing. Saya berharap agar ketamadunan masyarakat akan kekal selamanya demi memartabatkan diri, bangsa, agama dan negara yang tercinta.

19 | P a g e

BIBLIOGRAFI

Buku Abdullah Jusuh (1990), Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros (2009), Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Osman Bakar, Azizan Baharuddin, Zaid Ahmad (2009), Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Internet http://www.google.com.my/search?hl=en&q=kedatangan%20islam%20ke%20 alam%20melayu%20melahirkan%20masyarakat%20bertamadun&oq=&ie=UT F-8&sa=N&tab=iw

http://duniaassignment.blogspot.com/2011/06/rujukan-apa-system.html

http://nabawi.wordpress.com/2007/05/25/kedatangan-islam-danpembudayaan-alam-melayu-1/

http://nabawi.wordpress.com/2007/06/03/kedatangan-islam-danpembudayaan-alam-melayu-2/

20 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai