Anda di halaman 1dari 3

MENJANA NEGARA SEJAHTERA DAN BAHAGIA

Persoalan mengenai wujudnya sebuah negara idaman telah dibincangkan sejak


dari zaman ahli falsafah terdahulu lagi. Iaitu perbahasan mengenai suatu rupa
bentuk sistem pemerintahan, kerajaan yang mampu berfungsi dengan baik dan
wujudnya masyarakat yang sejahtera. Ibnu khaldun menggunakan istilah
madaniyyah yang merujuk kepada peradaban dan kemakmuran hidup serta amat
berkait rapat dengan masyarakat ketamadunan. Dengan ini, Malaysia sebagai
sebuah negara membangun ingin berusaha meletakkan dirinya dalam pemupukan
kemakmuran dan kesejahteraan tersebut.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim, perdana menteri Malaysia adalah salah satu
pemimpin yang berusaha mengemukakan konsep masyarakat madani,
menyimpulkan bahawa ianya merupakan “sistem sosial yang subur yang
berasaskan prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan
perseorangan dengan kestabilan masyarakat ;masyarakat yang mendorong daya
usaha serta inisiatif individu baik dari segi pemikiran, seni, ekonomi dan teknologi,
sistem sosial yang cekap dan saksama serta pelaksanaan pemerintahan mengikut
undang-undang1”. Oleh itu, penulis ingin mengetengahkan satu ciri penting bagi
menjana negara yang sejahtera dan bahagia, iaitu pembinaan budaya ilmu serta
peranan masyarakat dan kerajaan yang saling mempengaruhi untuk
membangunkan sebuah negara Malaysia Madani ini.

Budaya ilmu ini boleh didefinasikan sebagai penanaman minat terhadap ilmu
yang hadir melalui kesungguhan menyelidik, menganalisis dan menggunakan
pancarindera secara adil, seimbang dan harmonis dalam membezakan antara yang
baik dan buruk, benar (hak) dan palsu (batil). Budaya ini akan melahirkan kolompok
masyarakat yang berinisiatif berdasarkan ilmu dan memupuk sifat sedia
bertanggungjawab akan kesan daripada sesuatu tindakan atau inisiatif tersebut.

Sebagai negara yang tidak dinafikan kebanyakan tradisi keilmuannya diterima


dari tamadun barat, yang sebahagiannya dicampuri oleh fahaman sekularisme,
liberalisme dan dualisme, penting untuk menyedari bahawa penghayatan ilmu
berasaskan Tauhid dan asas kerohanian itu adalah lebih kukuh berbanding ilmu
yang dibina atas dasar kebendaan (materialisme) sahaja. Kesan buruk akibat
pengasingan ilmu dengan kesedaran rohani atau tauhidic minset ini telah pun
disebutkan oleh Bertrand Russell yang mengatakan bahawa “Tamadun kita (barat)
kelihatan berkembang ke arah yang menghancurkan dan sedia untuk runtuh..saya
berpandangan ‘kemajuan’ dan ‘kecekapan’ di dalam tamadun Barat sebagai satu
celaka besar kepada dunia Barat”2.
1
Komaruddin Hidayat dan Azyumari Azra. Demokrasi, Hak Asasi Manusia dan Masyarakat
Madani.Jakarta: ICCE UIN Hidayatullah Jakarta dan The Asia Foundation, 2006, hal. 302-325.
2
Betrand Russell 1920, “The Prospects of Industrial Civilization”: Our own civilization appears to be
growing discredit and ready to fall...i have come to regard ‘progress’ and ‘efficiency’ as the great
misfortune of the western word
Pembudayaan ilmu islam adalan satu pilihan yang tepat untuk dipraktikkan
kerana ciri-cirinya yang holistik iaitu bertujuan untuk memakmurkan alam,
meletakkan asas kepercayaan kepada Tuhan sebagai yang utama, menjadikan al-
Quran dan hadis sebagai sumber, mempunyai penekanan terhadap akhlak serta
mengiktiraf alam sebagai salah satu sumber ilmu kepada manusia.

Oleh itu, antara langkah-langkah dan peranan masyarakat dalam pemupukan


budaya ilmu ini, khususnya generasi muda ialah dengan membina kesedaran
melalui persiapan diri yang utuh dengan dua keilmuan ; ilmu fardhu ain (ilmu asas)
bagi penganut agama islam, iaitu akidah, syariah dan akhlak dan ilmu fardu kifayah
yang juga dikenali sebagai ilmu yang wajib ditekuni sebagai pelengkap kehidupan
seperti sains, psikologi, perubatan, ilmu kemanusian, teknologi dan lain-lain lagi.
Generasi muda juga digalakkan menguasai pelbagai bahasa terutamanya Bahasa
Arab dan Bahasa Inggeris sebagai alat menimba kedua ilmu ini.

Budaya mementingkan ilmu ini juga perlulah dimulai sejak kecil, dengan
permulaan suasana keluarga di rumah yang menyediakan ruang pembacaan
mengikut kemampuan dan kemudiannya dibimbing oleh guru-guru di sekolah. Minat
dan kebiasaan yang kuat terhadap membaca ini tidak lain melainkan satu tabiat
yang mesti dipupuk secara berperingkat. Ibu bapa dan guru-guru juga berperanan
secara terus-menerus memberikan galakan membaca. Hal ini dapat diperkukuhkan
lagi dengan menjadikan buku sebagai hadiah utama untuk hari lahir pelajar dan lain-
lain.

Bagi peranan kerajaan pula, penghormatan terhadap pendidik selaku


penyampai ilmu seharusnya dipertingkatkan baik dari segi sosial mahupun ekonomi
supaya generasi muda dapat melihat betapa tingginya martabat insan yang
berusaha mengembangkan ilmu berbanding yang lain. Kajian terhadap isu bebanan
pendidik serta sekatan terhadap budaya memberi amaran kepada pendidik yang
menyuarakan kebimbangan berhubung sesuatu isu yang diusahakan oleh Menteri
Pendidikan, Fadhlina Sidek antara langkah awal yang patut dipandang positif.

Selain itu, kerajaan juga bertanggungjawab dalam menyediakan bajet


prasarana dan kelengkapan belajar yang secukupnya, serta menggubal silibus
pengajaran yang tepat supaya pelajar dapat belajar dengan gembira di sekolah.
Sikap yang mantap terhadap ilmu dapat dilakukan melalui pembinaan konsep yang
betul terhadap subjek-subjek yang dipelajari oleh pelajar-pelajar, oleh itu isu silibus
yang tidak dapat difahami dengan baik dan ketakutan pelajar berada di sekolah
disebabkan sukar dan ketiadaan minat wajar untuk dikaji semula. Dengan
pertambahannya kebebasan akademik, prasarana yang baik dan minat anak-anak
Malaysia di sekolah, pastinya dapat meningkatkan kualiti dan penguasaan dalam
menjayakan MultiMedia Super Corridor (MSC), Information and Communication
Technology (ICT) dan Revolusi Industri 4.0
Kesimpulannya, usaha membina budaya ilmu sangat penting untuk menjana
negara yang bahagia dan sejahtera. Kefahaman terhadap tuntutan inilah dapat
mempentuk jati diri positif individu terhadap dirinya dan masyarakat umumnya serta
mengurangkan kecenderungan mereka mempercayai “khabar angin” tanpa
membuat kajian bagi mengesahkan kesahihan sesuatu maklumat, atau
mengelompokkan kumpulan tertentu disebabkan perbezaan pendapat yang
kebiasaannya diikuti dengan fitnah memfitnah yang kesannya amat buruk kepada
kestabilan dan kesejahteraan negara.

Anda mungkin juga menyukai