Anda di halaman 1dari 14

Buktikan bahawa kemajuan Malaysia pada masa kini terbina

hasil dari kepelbagaian tamadun Asia dengan merujuk secara


khusus kepada tamadun Melayu, Cina dan India dari segi
sosiobudaya, ekonomi dan pendidikan.

Secara umumnya, tamadun bermaksud pencapaian kemajuan dalam


aspek kerohanian dan jasmani sesuatu masyarakat yang memberi fokus dari
sudut ilmu dan fizikal. Definisi dari segi bahasa Arab ialah umran. Terbitan dari
perkataan ‘Amara yang bererti‘kawasan tanah atau rumah yang didiami,
diduduki orang, tinggal menetap, segolongan penduduk yang menetap dan
seumpamanya dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur
dari keadaan kering tandus atau terbiar dan binasa. Seterusnya, hadarah yang
bermaksud tanah yang diusahakan, kampung, kota atau bandar. Tamadun
memenuhi ciri-ciri kehidupan di bandar bagi menggambarkan masyarakat
yang bertamadun. Madaniyyah / mudun memiliki ciri-ciri tamadun.

Dari segi bahasa Inggeris, civilization diambil dari bahasa Latin ‘civitas’ bererti
‘bandar’. Civilization merujuk kepada budaya manusia yang kompleks yang
memiliki sains dan teknologi serta mempunyai pengkhususan pekerjaan.
Definisi menurut istilah definisi, menurut Ibn Khaldun dalam kitabnya
al-Muqaddimah memperkenalkan dua terminology al – umran dan al –
hadarah dalam abad ke – 14 yang membawa maksud sekumpulan manusia
yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah
pertanian yang akhirnya merintis kemajuan,kemakmuran dan pencapaian
yang bersumberkan agama. Menurut Sayyid Qutb segala bentuk kemajuan
yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sisial, pemerintahan,
politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah, serta
bercirikan nilai-nilai moral Islam.

Tamadun ialah satu proses bagi mencapai satu tahap kehidupan yang lebih
sempurna ataupun satu proses ke arah civil yang mana hasil daripada proses
tersebut akan melahirkan ciri-ciri masyarakat bandar iaitu masyarakat yang
mempunyai kehalusan budi.(Collingwood). Arnold Toynbee menyatakan
bahawa tamadun merupakan suatu kehidupan yang unggul yang dipandukan

1
oleh sistem perundangan, agama, politik dan pentadbiran yang menjamin
kemajuan dan keselamatan masyarakat. Menurut Edward L.Farmer tamadun
sebagai unit budaya besar yang mengandungi unsur-unsur sosial, tradisi dan
institut yang dikongsi bersama dan diwarisi dari generasi ke generasi yang
lain.

Sumbangan Tamadun Melayu kepada kemajuan Malaysia

Pada asalnya, tamadun Melayu boleh dijejaki sejak zaman Paleolitk lagi
iaitu Zaman Batu Awal kira-kira 35,000 tahun dahulu, diikuti dengan zaman
Meseolitik ataupun zaman Batu Tengah kira-kira 11,000 tahun dahulu, Zaman
Neolitik ataupun zaman Batu Baru kira-kira 5,000 tahun dahulu, dan Zaman
Logam iaitu Zaman Gangsa-Besi kira-kira 2,500 tahun dahulu. Kedatangan
agama Islam telah memantapkan tamadun Melayu silam. Islam dan adat
Melayu menjadi salah satu struktur dan elemen penting kemelayuan dalam
tamadun Malaysia. Islam terus menjadi faktor definitif Melayu iaitu orang
Melayu sebagai orang yang mengamalkan adat istiadat Melayu, berbahasa
Melayu dan beragama Islam. Pentakrifan Melayu ini telah diletakkan ke dalam
Perlembagaan Persekutuan yang merujuk takrifan Melayu dari sudut
undang-undang. Islam juga bukan sahaja menjadi faktor yang mentakrif
Melayu, juga dimaktubkan dalam di dalam Perlembagaan Persekutuan
bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan Malaysia dan setiap raja atau
sultan adalah ketua agama bagi setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia.

Peruntukan ini termaktub di dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan


Malaysia, dan menerusi peruntukan ini, pihak kerajaan pusat menerusi
Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan kerajaan-kerajaan negeri melalui
pihak berkuasa agama negeri melaksanakan pembangunan agama Islam
dalam pelbagai bidang seperti melaksanakan pentadbiran hukum syariah
Islam tetapi dengan bidang kuasa yang terbatas dan tertentu sahaja.

2
Sistem ekonomi Islam sebagai alternatif kepada sistem ekonomi konvensional
yang berasaskan kepada ekonomi sekular Barat telah diperkenalkan di
kalangan masyarakat di negara kita. Antaranya melalui penubuhan Bank Islam
dan kaunter-kaunter Sistem Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) di institusi
kewangan konvensional; insuran Islam (Takaful); dan pajak gadai Islam (Ar-
Rahn). Ditubuhkan juga Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) sebagai agensi
simpanan untuk menunaikan fardu haji dan menyempurnakan rukun
Islam kelima, tetapi kini agensi ini juga berperanan sebagai agensi pelaburan
dan perdagangan.

Dalam konteks, ilmu pengetahuan, tamadun Melayu berperanan


memberikan makna yang tepat terhadap konsep dan budaya ilmu yang perlu
diamalkan oleh sesebuah masyarakat yang bertamadun. Semangat Iqra’
antara aspek sosial yang mendapat kesan langsung dengan kedatangan Islam
di Alam Melayu. Islam telah mengubah kedudukan ilmu dan pendidikan
masyarakat Melayu sehingga menganggapnya sebagai persoalan yang amat
penting. Dengan kedatangan dan penerimaan Islam, golongan ilmuan
mendapat tempat yang wajar dalam masyarakat malah diberikan
penghormatan yang cukup tinggi oleh semua lapisan masyarakat. Kedatangan
Islam juga berjaya memartabatkan orang Melayu dari segi keilmuan dan
pendidikan. Ini dapat dibuktikan menerusi kewujudan pusat-pusat keilmuan
seperti di Acheh dan Pattani, di samping melahirkan ramai tokoh ilmuan.
Budaya membaca, mecintai ilmu pengetahuan dan cara berfikir yang kritis
mesti diwujudkan dan diberikan keutamaan dalam masyarakat. Oleh kerana
pembudayaan ilmu pengetahuan ini amat disignifikan dalam membina
peradaban manusia, sarjana tempatan Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud
(1997:55) meggariskan beberapa panduan kearah merealisasikan matlamat
dan hasrat tersebut.

Sumbangan Tamdun China kepada kemajuan Malaysia

3
Dari segi ssosiobudaya, tamdun Cina bersifat terbuka dan bertolak ansur.
Bermaksud menerima banyak pengaruh agama dan kebudayaan asing kesan
interaksi dengan tamadun lain. Sistem etika Cina berasaskan keluarga
semata-mata, mengutamakan kebaikan hati dan keharmonian dalam
hubungan anatra entiti (individu, kelompok, alam). ajaran Konfusianisme
memberi abnyak implikasi bagi pemupukan kebudayaan penyayang dan
pembangunan masyarakat yang beretika, liberal dan bebas dari segi agama
dan budaya.

Dari segi ekonomi pula, dalam tamadun-tamadun tradisional, kegiatan


ekonomi berlaku dalam konteks 'Moral Semesta' (Moral Universe). Dengan
sebab itu wujud konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddhisme
sebagaimana yang termaktub dalam eight fold path. Dalam ajaran Islam,
prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang
rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud
kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia
sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan moral
manusia. Konsep 'wang', 'laba', 'ganjaran', 'pasaran' dan sebagainya sangat
dipengaruhi oleh pertimbanganpertimbangan moral. Bagaimanapun,
kenyataan ini bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau
bentuk-bentuk penyelewengan yang lain seperti dalam kegiatan ekonomi
moden. Perkara yang membezakan ekonomi tamadun tradisional dari
ekonomi zaman moden adalah kayu pengukurnya.

Matlamat paling utama pendidikan dalam tamadun-tamadun tradisional


adalah pembinaan sifat-sifat seseorang (character-building). Proses
pengajaran ilmu mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan matlamat murni
ini. Dengan menyedari perkara tersebut, dimensi Inner Being begitu penting
dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan agama-agama yang
lain. Manusia tidak digalakkan menguasai persekitaran luaran melalui
pengetahuannya tentang alam tanpa perubahan dalaman yang dapat
dilakukan melalui pengetahuan tentang dirinya. Cuma cara transformasi ini
berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalam ajaran Islam
persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia,

4
tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa ajaran Hindu, transformasi sifat
dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

Sumbangan Tamadun India kepada Malaysia

Pengaruh Hindu yang menjadi ikutan dalam masyarakat Melayu yang


kedua ialah adat melenggang perut. Adat melenggang perut kebanyakannya
lebih difahami masyarakat Melayu di Selatan Semenanjung manakala di
sebelah Utara Semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat
ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap 7
bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut
di tempat yang sepatutnya, iaitu di bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting
bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut.

.Dari segi ekonomi, mata wang telah diperkenalkan sejak zaman


Gupta.Dalam bidang ilmu matematik, pengetahuan mengenai konsep
geometri telah berkembang sejak zaman sebelum masihi lagi. Sejak zaman
Gupta (319 TM), India telah maju dalam bidang ilmu matematik. Kemajuan ini
dapat dicapai oleh orang India hasil pengetahuan yang dimiliki oleh mereka
dalam konsep nombor abstrak. Mereka berupaya membezakan nombor
abstrak dan nombor kuantiti objek-objek ataupun keluasan ruang. Berbanding
dengan matematik Greek (Yunani) yang lebih bersifat mengukur panjang,
lebar dan geometri, India sudah melepasi tahap ini lebih awal lagi. Orang India
menggunakan nombor- nombor asas dengan simbol 0 hingga 9 untuk
mencipta cara kiraan Algebra asas dan ini membolehkan tamadun India
menceburi bidang ilmu matematik yang lebih rumit. Dalam batu-batu
bersurat/inskripsi awal India, tarikhnya tidak ditulis dengan menggunakan
simbol-simbol Yunani-Romawi dan Hebrew tetapi telah digunakan sembilan
notasi (notation) bagi 9 angka pertama diikuti dengan angka '0' dan '0' menjadi
asas bagi menulis 10, 100 dan sebagainya. Inskripsi seumpama ini bertarikh
595 Masihi telah ditemui di Gujarat, India. Pada kurun ke-6, konsep ini sudah
pun sampai ke Syria dan juga telah tersebar sehingga ke Indo-China.

5
Kaji latarbelakang dan sumbangan bangunan pentadbiran atau
rumah ibadah atau sekolah yang telah membuat impak besar
kepada tamadun Malaysia di tempat anda. Dapatkan
maklumat-maklumat penting daripada pihak-pihak terbabit
dalam pengurusan tempat-tempat tersebut melalui kajian
lapangan.

Saya membuat kajian di salah satu tempat ibadah di Butterworth.


Nama kuil yang saya melakukan kajian ialah Jalan Baru Sri Muniswarar
Temple. “The Muniswarar Temple Jalan Baru Sri” adalah sebuah kuil Hindu di
Jalan Baru, Prai, Pulau Pinang, Malaysia. Kuil ini dibina khusus untuk dewa
Muniswarar . Kuil ini adalah salah satu daripada kuil yang paling terkenal di
Malaysia. Semasa melakukan kajian terhadap kuil tersebut saya dapat tahu
tentang latar belakang pertubuhan kuil ini. Kuil ini telah ditubuhkan pada tahun
1870-an oleh sekumpulan pendatang India yang bekerja dengan Syarikat
Hindia Timur. Kuil ini dikenali sebagai Kuil Sri Muniandy ketika permulaannya .
Kemudian nama kuil ini telah ditukar kepada Kuil Sri Muniswarar.

Pada mulanya kuil itu hanya sebuah pondok atap kecil, tidak ada lantai
simen dan lain-lain kemudahan seperti air paip dan elektrik . Lama-kelamaanya,
penambahbaikan terhadap kuil ini telah dijalankan. Kuil ini menjadi terkenal di
kalangan penganut Hindu di Malaysia, Singapura , Indonesia, Thailand ,
Myanmar , Bangladesh , Kemboja , Jepun dan India serta penganut Hindu
yang menetap di Australia, Britain , Kanada dan Amerika Syarikat. Kuil ini
dikunjungi oleh banyak bangsa dan agama terutama Hindu , Buddha, Kristian ,

6
Sikh dan lain-lain . Ramai penganut Cina juga mengunjungi kuil ini. Dewa-dewa
di kuil terkenal dengan perlindungan, keadilan, kebenaran dan kebajikan.

Namun begitu, pengaruh India banyak mempengaruhi seni bina bangunan


kuil ini. Pedagang-pedagang yang datang ke Tanah Melayu dahulu banyak
mendirikan kuil-kuil agama Hindu yang banyak menyerupai bentuk seni bina
kuil Hindu di India. Corak hiasan yang terdapat pada kuil ini sangat terperinci
dan ia menggabungkan ukiran halus, hiasan emas, motif lukisan tangan, serta
jubin indah dari Itali dan Sepanyol (Faces of Malaysia,2010). Menurut
kepercayaan Hindu, haiwan-haiwan tertentu yang terdapat di kuil ini dianggap
suci, malah ada yang dianggap sebagai Tuhan atau pelindung. Tamadun
Malaysia juga banyak menerima pengaruh kebudayaan dari tamadun India.
Hal ini kerana, agama Hindu yang disebarkan ke Tamadun Melayu
menerapkan adat resam dan budaya orang India. Kedatangan agama ini
mempengaruhi gaya hidup penduduk tempatan.

Dari segi bahasa pula, bahasa Sanskrit hasil dari pembelajaran kitab Hindu
yang ditulis dalam bahasa tersebut dan juga banyak digunakan di kuil-kuil.
Buktinya ialah, penemuan batu bersurat seperti Batu Bersurat Kedukan Bukit
(683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M)
dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M). Kesemua batu bersurat ini
mengalami pengaruh Bahasa Sanskrit dalam Bahasa Melayu Kuno. Namun
begitu, unsur keseniaan yang digunakan di kuil ini kebanyakkannya
bermotipkan unsur dewa-dewi agama mereka dan ilustrasi yang berunsur ritual
tertentu dalam agama Hindu. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat di
Malaysia mengamalkan segenap amalan yang diguna pakai oleh seni
bina India banyak menggunakan batu dan kayu sebagai sumber asas kerana
mudah diperolehi.

Batu-bata dijadikan asas binaan kuil-kuil yang terdiri daripada pelbagai saiz.
Susunan kuil pula adalah selari mengikut grid-grid tertentu dan juga pembinaan
jalan-jalan utama yang memudahkan medium perhubungan. Perancangan
yang teliti ini juga dapat dilihat dengan corak penempatan yang dilakukan

7
dimana terdapat pengkhususan kuil-kuil yang digunakan untuk
pentadbiran,tempat beribadat dan sebagainya. Saiz tempat ibadat juga
mempunyai pelbagai saiz. Untuk seni ukiran, banyak telah menggunakan
tanah liat dalam membentuk patung-patung dan alat-alat perhiasan.
Tiang-tiang kuil yang dibina dari batu pasir yang dilicinkan dan mencapai
ketingian 40 kaki dan di hujungnya terdapat bentuk loceng dan bentuk empat
segi yang dihiasi dengan gambar binatang seperti harimau, roda sebelum
diletakkan gandingan tiga ekor singa iaitu pengawal kerajaan dan menjadi
lambing kebesaran pada zaman pemerintahan kerajaan. Dari segi ekonomi
pula, kuil ini memberi banyak sumbangan. Pelawat-pelawat dari luar negara
turut mengunjungi kuil disebebakan dewanya sangat tersakti. Dalam hal ini
juga, kuil banyak mempengaruhi dalam ekonomi tamdun Malaysia. Ini akan
dapat meningkatkan ekonomi negara. Oleh itu, jelaslah bahawa kajian saya ke
temapat ibadah ini telah memberikan impak yang besar kepada tamadun
Malaysia pada masa kini.

8
Rujukan

A.Aziz Deraman, (1988), Perayaan, Times Books International, Kuala Lumpur.


Ahmad Zaki Abd. Latif, etc. (2009) Tamadun Islam dan Tamadun Asia
(TITAS). Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Esa Khalid & Mohd. Azhar Abd.Hamid. (2004). Beberapa aspek Tamadun
Melayu, China, India, Jepun. Cetak Ratu Sdn Bhd. Johor Darul Ta’zim.

Ghazali Darusalam. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Utusan


Publications & Distributors Sdn Bhd.

Mahayudin Hj. Yahya.Terbitan (1999) Tamadun Islam. Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Ong Loo Chen. (2005) Sejarah STPM; Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia
Selatan, dan Asia Timur. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn . Bhd.

Sivachandralingam Sundara Raja.Ayadurai Letchumanan.(2000). Tamadun


Dunia. Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Syed Alwi Sheikh Al–Hadi. (1980) Adat Resam dan Adat Istiadat Melayu.
Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur.

Zuraini Hj Jamil binti Osman. (2006). Modul TITAS. Prospecta Printers Sdn
Bhd. Kuala Lumpur.

9
Lampiran

Patung-patung di dalam kuil tersebut.

Contoh patung dewa di kuil tersebut.

10
Berhadapan dengan patung dewa di dalam kuil tersebut.

Gambar ini menunjukkan gamabaran kuil tersebut dari luar.

11
Gambar ini menunjukkan sedang menyembah tuhan di kuil.

Gambar ini menunujukkan Ibnu Khaldun yang banyak memberi


sumbangan kepada tamadun Islam.

12
Gambar ini menunjukka tokoh seorang tamadun Islam.

Gamabar ini menunjukka gambar seorang tokoh.

13
14

Anda mungkin juga menyukai