Anda di halaman 1dari 8

“Peradaban dan tamadun sesuatu bangsa dibina dengan

bahasanya sendiri, baik dalam bentuk prosa ataupun dalam


bentuk kreatif kerana bahasa menjadi jiwa sesuatu bangsa.
Keindahan estetika sebagai emosi kepada jiwa itu ialah karya
kreatif”.

( Arena Wati)

Menurut kata-kata Arena Wati, kita dapat mendefinisikan bahawa tamadun merupakan
segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sosial,
pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan. Tamadun merupakan satu tahap pemikiran
tinggi, negara dan penduduknya mencapai taraf pemikiran tinggi, negara dan penduduknya
mencapai taraf pemikiran tinggi, budaya hidup orang-orang, dan keadaan pemikiran yang
halus (Kamus Dewan, 1998). Secara umumnya, tamadun bermaksud pencapaian atau
kemajuan dalam aspek kerohanian dan jasmani sesuatu masyarakat yang memberi fokus
dari sudut ilmu dan fizikal. Menurut, Profesor Syed Naquib Al Attas, tamadun adalah satu
tahap kehidupan masyarakat yang mencapai tahap kehalusan tatasusila dan kebudayaan
luhur. Konsep tamadun merupakan kayu ukur perkembangan masyarakat ke tahap yang
lebih baik dan maju dalam segenap aspek. Tamadun ialah suatu ciri utama yang
memisahkan antara manusia yang hidup tanpa sistem, adab, dan kemajuan, dengan
manusia yang telah mengalami transformasi dan perubahan daripada yang buruk kepada
yang baik dan daripada yang baik kepada yang lebih baik.

Malaysia mengamalkan sikap terbuka tetapi tidak pula menghilangkan identiti teras yang
menjadi latar belakang Bangsa Malaysia. Tamadun-tamadaun Asia telah banyak
mempengaruhi perkembangan negara Malaysia dari segi aspek sosiobudaya, ekonomi dan
pendidikan. Tamadun asia di sini merujuk kepada tamadun Melayu, tamadun Cina dan juga
tamadun India.

Pendidikan Tamadun Melayu, India dan Cina.

Pendidikan ialah "usaha sistematik yang disengajakan, yang dibuat oleh sesuatu
masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya,
usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri
manusia ".

Sistem pendidikan negara kita hari ini merangkumi pelbagai aspek dari pelbagai tamadun
asia dan hasilnya terbentuklah sesuatu sukatan yang unik. Di negara lain pula, mereka
hanya mempunyai idea dan sastera dari satu tamadun iaitu tamadun mereka. Tetapi negara
kita, Malaysia yang unik menerima pelbagai idea dari tamadun lain dan ini mendorong
kepada kemajuan sistem pendidikan negara. Pertama sekali kalau kita melihat pendidikan
pada masa tamadun Melayu, mereka berorientasikan keagamaan dan tumpuan adalah pada
pengajaran al-Quran. Biasanya al-Quran diajar di surau-surau atau di rumah guru-guru al-
Quran itu sendiri. Di bahagian Utara dan Pantai Timur pula, di samping penggunaan surau
dan masjid sebagai tempat belajar, juga terdapat pondok-pondok yang dijadikan sebagai
tempat belajar dan tempat tinggal. Menurut Wilkinson, murid di pondok mula belajar
perkataan-perkataan Arab dan selepas menguasainya, mereka akan terus menghafal huruf
abjad Arab supaya boleh dijadikan panduan membaca doa dan teks Arab.

Bukan sahaja dari tamadun Melayu sahaja, tamadun Cina juga memberi keutamaan
kepada pendidikan. Matlamat pendidikan tamadun Cina ialah untuk lulus peperiksaan awam
kerajaan. Terdapat tiga peringkat pendidikan, iaitu pendidikan rendah, menengah dan tinggi.
Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan bertumpu pada kegiatan mengenal dan
menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami maknanya.
Pada peringkat menengah, tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera, dan pada
peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk menterjemah buku suci. Manakala
peperiksaan awam juga mempunyai tiga tahap iaitu tahap pertama (Hsiu Tai) setaraf
dengan ijazah pertama. Tahap kedua ialah Chun Jen iaitu setaraf dengan sarjana. Manakala
tahap ketiga pula Chin Shih yang setaraf dengan doktor falsafah. Tahap ketiga ini dijalankan
di ibu kota, di istana dan di hadapan maharaja. Mereka yang lulus tahap atau ijazah pertama
yang berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah ketiga pula layak menjadi pendidik.
Peperiksaan awam tahap ketiga, diadakan tiga tahun sekali.

Seterusnya, tamadun India juga telah meningkatkan taraf pendidkan negara kita melalui
kitab-kitab Veda dan bahasa sanskrit. Pendidikan ketika zaman ini hanya didominasi oleh
kaum lelaki. Golongan wanita pada masa itu tidak mempunyai peluang untuk menerima
sebarang pendidikan. Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah
memberi manusia menyediakan keberanian meghadapi hari selepas mati. Oleh itu, tumpuan

pendidikan ialah agama. Sebelum lahir Kolej Brahman,pendidikan diberikan di dalam istana

dan di rumah.  Apabila bidang pendidikan berkembang dengan baik, sebuah pusat
pendidikan tinggi yang pertama telah dibina iaitu Kolej Brahman. Pada abad pertama Masihi
wujud universiti yang pertama iaitu Universiti Taxila dan Universiti Nalanda pada abad
kelima masihi. Untuk mencapai taraf Brahmin yang berpendidikan, seseorang harus
menghafal peraturan ritual, mantera, dan lagu-lagu agama.
Dari segi pendidikan ketiga-tiga tamadun ini, bukan hanya meningkatkan tamadun mereka
tetapi mereka memberi sumbangan yang sangat besar dengan meningkatkan kualiti sistem
pendidikan negara kita. Jadi jelaslah bahawa tamadun asia meningkatkan kualiti pendidikan
dan juga menerapkan nilai murni dalam kalangan pelajar di Malaysia melalui hasil karya
sastera Melayu, China dan India.

Ekonomi tamadun Melayu, China dan India

Kemajuan negara kita dari segi ekonomi juga merupakan hasil daripada ilmu tamadun
Asia. Sistem perdagangan, pertanian, penternakan, mata wang dan kesemuanya
merupakan ilmu dari tamadun Melayu, Cina dan India. Pada zaman dulu, ekonomi dikenali
sebagai sesuatu kegiatan untuk mendapatkan keperluan harian dan sara diri sahaja. Tetapi
melalui tamadun Melayu sistem ekonomi yang hanya pentingkan keperluan sara hidup mula
berkembang hingga ke luar kawasan tertentu. Masyarakat melayu ketika itu memiliki
ketamadunan yang tinggi dalam bidang pelayaran dan perkapalan.Perkembangannya dapat
dilihat sehingga golongan Melayu mula berdagang sehingga ke India dan Arab. Hampir
kesemua kepulauan Melayu pernah berdagagang dengan Tanah Melayu. Perdagangan
tidak sahaja melibatkan kedatangan para pedagang luar ke pelabuhan Melayu, malahan
kapal orang Melayu turut berdagang ke Indochina, India dan China. Contohnya, sumber
China memberi gambaran yang unggul tentang kapal dari alam Melayu.-

“Orang di pelabuhan luar negeri menyebutnya kapal, bo. Besarnya


adalah lebih daripada 50 meter panjangnya dan timbul di pemukaan air
empat atau lima meter…kapal tersebut membawa enam hingga tujuh
ribu orang dengan 10 000 bushel kago dari 250 hingga 1000 tan.”

Tamadun Cina juga telah banyak mencapai kemajuan dalam bidang ekonominya.
Menurut arkeologi, Cina merupakan salah satu tamadun dunia yang mula-mula
menjalankan aktiviti pertanian. Masyarakat Cina menghasilkan pelbagai alat untuk
tanaman. Contohnya, Tenggala adalah untuk membuat batas tanaman. Manakala, kolar
kuda adalah untuk menarik tenggala kayu, kereta sorong beroda dan penyisir tanah.
Masyarakat Cina juga memperkenalkan sistem tanaman bergilir dan sistem pengairan
bagi menjaga kesuburan tanah dan mengawal banjir. Menurut tokoh sejarahwan iaitu I-
Tsing, masyarakat Cina telah mempunyai hubungan perdagangan dan diplomatik
dengan raja-raja Tanah Melayu semenjak abad ke-7. Penubuhan Melaka telah
memulakan pembinaan hubungan perdagangan dan diplomatik ini. Tamadun Cina pula
memperkenalkan sistem mata wang untuk mempermudahkan urusan perniagaan. Sehingga
hari ini, negara kita dan juga negara-negara dunia mengunakan sistem mata wang untuk
uruskan perniagaan.

Bukan itu sahaja, sejak dari pembukaan Selat Melaka, kaum India mula datang ke Tanah
Melayu untuk berdagang. Dengan ini dapat meningkat kemajuan ekonomi negara kita
dengan membawa barangan berharga dan tinggi nilainya ke Tanah Melayu. Negara India
kaya dengan rempah ratus, manik, emas, kain kapas, pertukangan gangsa, tembaga, perak
dan sutera. Semasa perdagangan barangan tersebut didagang dan kualiti ekonomi kita
meningkat secara automatik. Tamadun India juga fokus dalam pembinaan pelabuhan dan
dalam sektor perusahaan seperti tekstil, kain kapas dan sutera. Perusahaan sutera berpusat
di Benggal dan Benares. Pada akhir abad ke-19 dan permulaan abad ke-20, penjajah british
mendapati India sebagai sumber untuk mendapatkan buruh untuk bekerja di ladang-ladang
getah milik kerana mereka mahu mendapatkan buruh-buruh yang murah dan patuh.

Kesemua sumbangan dan ilmu dari tamadun-tamadun Asia telah meningkat dan juga
memperkembangankan sistem ekonomi Malaysia bukan sahaja di Asia Tenggara malah di
persada dunia.

Sosio budaya dalam tamadun India, Cina dan Melayu.

Budaya adalah keperluan masyarakat untuk mengatur hidupnya dari aspek pemikiran dan
tingkah lakunya. Tamadun Asia khususnya tamadun Melayu, Cina dan India telah banyak
mempengaruhi sosio budaya rakyat Malaysia. Memandangkan Malaysia merupakan negara
yang dihuni oleh pelbagai kaum, maka negara ini turut kaya dengan pelbagai sosiobudaya.
Budaya penting sebagai alat kemajuan atau pembangunan bangsa dan negara.

Masyarakat Melayu yang dulu mematuhi Hinduisme, Animisme dan sebagainya, kemudian
menganuti agama Islam. Perbezaan taraf, sistem kasta semua ditukar kepada yang lebih
baik seperti hapus sistem kasta dan kewujudan persamaan taraf. Semua ini direalisasikan
disebabkan Tamadun Melayu yang menganuti Islam. Jika tidak kita masih mengamalkan
sesuatu sistem yang tidak mementingkan persamaan taraf dan kita tidak dapat menuntut
hak kita. Ketibaan Islam telah membawa perubahan besar kepada sistem nilai tersebut
dengan membawa nilai-nilai baru seperti kebebasan berfikir (ijtihad), tiada yang abadi dan
sempurna (dunia), dan setiap manusia adalah setaraf. Bangsa Melayu yang beragama Islam
telah menjadikan agama tersebut sebagai cara hidup mereka. Buktinya, di negara Malaysia
yang majmuk, jawatan di kerajaan diberi kepada semua kaum di negara kita. Bukti yang
paling betul adalah kabinet negara kita yang terkini. Ahlinya terkandung daripada pelbagain
kaum dan juga merangkumi lelaki serta perempuan. Pentadbir negara kita merupakan
seorang lelaki malah pembantunya seorang perempuan. Bagi banyak negara hal ini masih
sesuatu impian dan negara kita telah merealisasikannya. Inilah hasil dari Tamadun Melayu
yang meningkat sosio budaya rakyat Malaysia.

Bukan itu sahaja, tamadun Cina dan India juga telah banyak menyumbang budaya,
kesenian, makanan, perubatan, adat kepercayaan bagi perkembangan rakyat Malaysia.
Hasilnya kita mempunyai negara yang mengandungi berbagai budaya yang unik dan
bermutu. Bukti yang paling betul ialah bangsa Baba dan Nyonya di negara kita. Mereka
wujud akibat pertembungan tamadun Cina dan tamadun Melayu. Adat dan pakaian mereka
yang mengandungi kedua-dua unsur kesenian Melayu dan Cina merupakan sesuatu yang
istimewa. Makanan dari tamadun Cina telah menjadi makanan identiti negara kita. Dim sum,
taufu, mee dan sebgainya merupakan makanan beraneka rasa dari tamadun Cina. Dari segi
perubatan pula, perubatan tradisional Cina dari tamadun tersebut menjadi salah satu sistem
perubatan di negara kita. Contohnya, akupuntur, urut badan dan moksa merupakan contoh
perubatan tamadun Cina di Malaysia.

Tamadun India pula lebih mempengaruhi sosio budaya negara kita dan kita dapat lihat
dengan jelas. Adat istiadat dan kepercayaan dari tamadun India diamalkan di negara kita
hingga ke hari ini. Upacara berinai, perkahwinan, kelahiran bayi dan sebagainya diamalkan
secara luas diseluruh negara kita. Pantang larang seperti tidak memakai kasut di dalam
rumah hampir diamalkan oleh semua masyarakat Malaysia. Dari segi makanan pula, rakyat
Malaysia mula mengunakan rempah ratus dan masakan dalam makanan mereka
disebabkan ilmu dari Tamadun India. Makanan seperti capati, vadai, tosai dan sebagainya
merupakan identiti negara kita yang asanya dari India. Ilmu pembinaan bandar secara
sistematik diperoleh dari tamadun India. Bandar dan taman di negara kita dibina ikut lorong
dan sistem longkang yang diurus dengan sistematik merupakan ilmu dari Tamadun India.

Kesimpulan

Kesimpulannya, perbezaan mahupun persamaan antara tamadun di Malaysia mesti


difahami dan dihormati bersama demi kemakmuran dan kesejahteraan tanah air kita.
Tamadun Asia telah memajukan negara Malaysia dari segi ekonomi, pendidkan dan juga
sosio budaya. Interaksi antara tamadun berlaku apabila sesebuah tamadun bersikap
terbuka dan bersedia menerima pembaharuan di samping menapis dan menilai agar
tidak melanggar nilai-nilai sosial masyarakat. Sudah 62 tahun kita merdeka. Semoga
Malaysia mampu mengekalkan kemerdekaan buat tahun-tahun seterusnya. Kita haruslah
menerima segala bentuk perubahan untuk diri sendiri selagi ia tidak bertentangan dengan
agama dan norma masyarakat.
BIBLIOGRAFI
 BUKU

Abdul Rahman Abdul Aziz (2008), Isu-Isu Budaya Dalam Pembangunan Sosial , Sintok :
Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Esa Khalid dan Mohd. Azhar Abd. Hamid (2004), Beberapa Aspek Tamadun
Melayu,India,China dan Jepun, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia .

Haris Md. Jadi (2000), Etnik, Politik dan Pendidikan, Kuala Lumpur:
Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ishak bin Saat, (2006), Sejarah Sosiobudaya Melayu, Shah Alam:


Karisma Publications SDN BHD.
INTERNET
 Anis Anisa 2010. Pendidikan Tamadun Cina.

https://www.scribd.com/doc/126500426/Sistem-Pendidikan-Tamadun-China#download

 Cik Nurul Afiqah 2016. Budaya dan adat resam kaum India.
https://www.slideshare.net/fiqasaila/budaya-adat-resam-kaum-india?next_slideshow=1

 J. Chong Kaixiang 2016. Interaksi Tamadun India dalam Tamadun Malaysia.


https://www.academia.edu/29763017/TITAS-Assignment

 Dr. Abdullah Bin Mohamad 2016. Perbandingan Tamadun di Malaysia


https://www.academia.edu/34198096/Perbandingan_Tamadun_di_Malaysia

JURNAL

 Stapa, Z. (2009). Manusia Pembina Tamadun: Perspektif Pemikiran Islam,


Dekan Fakulti Pengajian Islam, 1(19), 31-44.

 Bakar, M.A.A. (2012). Tamadun Islam dan Tamadun Asia : Kajian Tinjauan Persepsi
Pelajar, Fakulti Pengajian Islam , 13(2), 11-34.

Anda mungkin juga menyukai