Anda di halaman 1dari 16

Tugasan 2 :

Pembentangan Individu
Tajuk : Sebagai seorang pencipta alam sekitar, bentangkan cadangan
perancangan anda dan nyatakan secara jelas cadangan tersebut
dengan fakta yang sesuai serta terkini dan berinformasi.
NAMA PEMBENTANG : GANENTHIRAN A/L GANESAN
GHAANAGURU A/L GOVINDANSAMY
NAMA PROGRAM:
‘LESTARI ALAM SEKITAR, UDARA BERSIH HIDUP SEJAHTERA!’

TEMPAT:
KAMPUNG SUNGAI LEMBU, PENANTI
&
KAMPUNG TUK SUBUH, BUKIT MINYAK
PULAU PINANG

ANJURAN:
PERSATUAN SUKARELA DAN KEBAJIKAN NEGERI PULAU PINANG
PENDAHULUAN
• Sejak kebelakangan ini, isu pencemaran udara menjadi suatu isu yang begitu hangat
diperdebatkan oleh media massa mahupun rakyat jelata.

• Pencemaran udara boleh dikatakan antara pencemaran yang memberi impak yang paling
besar kepada alam sekitar dan tidak terlupa manusia juga.

• Dalam pada itu, pada 15 0gos 2017, di Kampung Sungai Lembu, Penanti dan Kampung Tuk
Subuh, Bukit Minyak di Pulau Pinang terancam dengan pencemaran udara disebabkan oleh
pembakaran habuk kayu secara haram dan juga pembebasan asap oleh pekilang.

• Perkara ini bukan sahaja menyebabkan pencemaran udara, malah turut mengakibatkan
penduduk di sekitarnya menderita penyakit kulit yang serius.
Sumber : Berita Utusan Online
OBJEKTIF
• Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat terhadap kepentingan
persekitaran udara yang bersih.

• Masyarakat akan mendapat pengetahuan yang mendalam tentang langkah –


langkah menangani pencemaran udara di sekeliling.

• Mendedahkan penjagaan kesihatan dan kebersihan secara menyeluruh dan


mengikut prosedur yang betul terhadap masyarakat.

• Meningkatkan keprihatinan dan komitmen masyarakat terhadap kebersihan


alam sekitar.
STRATEGI
Meninggikan Cerobong Asap Kilang dan Memasang Alat Penapis Asap

Pihak kilang dikehendaki meninggikan cerobong asap 30 - 40 meter ke udara.

Disamping itu, cerobong asap itu hendaklah dipasang alat penapis asap agar
asap yang dilepaskan adalah asap bersih yang telah dirawat dan tidak
mencemarkan udara.

Perkara ini dapat memastikan tiada bahan berbahaya yang disebarkan


bersama-sama asap kilang tadi dan juga mengurangkan kuantiti asap yang
dikeluarkan.
Program Penanaman Semula Tumbuh – Tumbuhan

Penanaman semula tumbuhan ini merupakan langkah untuk mengatasi pencemaran


udara.

Pada era pembangunan ini terlampau banyak pembangunan sehingga tumbuhan


semakin berkurangan.

Dengan ini, tumbuhan menghasilkan oksigen dimana kandungan karbon dioksida


yang terlalu tinggi dalam udara yang menyebabkan pencemaran dapat dikurangkan
dan mampu meningkatkan kandungan oksigen melalui proses fotosintesisnya untuk
kehidupan terutama manusia.

Bukan itu sahaja, penanaman pokok sangat penting terhadap bumi untuk
mengurangkan masalah peningkatan suhu.
Melalui program ini, pihak kami akan menanam sebanyak mungkin
pokok di persekitaran berhampiran Kawasan perkilangan.

Seterusnya, kami juga akan melancarkan satu Program Perdana, iaitu ‘


Satu Rumah Satu Pokok’ di kawasan persekitaran Kampung Sungai
Lembu, Penanti dan Kampung Tuk Subuh, Bukit Minyak di Pulau Pinang.

Program ‘Satu Rumah Satu Pokok’ pula akan melibatkan seluruh


penduduk kampung di mana mereka akan diberi sebuah anak pokok dan
wajib ditanam di sekeliling rumah.
 Penubuhan Stesen Pengawasan Udara

Penubuhan lebih banyak stesen – stesen pengawasan udara


hendaklah dilaksanakan terutama di kawasan perindustrian tersebut
untuk mengurangkan berlakunya pencemaran udara.

 Stesen tersebut haruslah mampu untuk mengesan tahap pencemaran


dengan tepat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Untuk pengetahuan umum, stesen-stesen pengawasan alam sekitar


telah ditubuhkan pada 1996 oleh Alam Sekitar Malaysia Sdn Bhd
(ASMA) bermula pada tahun 1996 di beberapa buah negeri.
Gambar Rajah 1: Pegawai Jabatan Alam Sekitar sedang
memeriksa kualiti udara di Stesen Pengawasan Udara

 
Penguatkuasaan Undang-Undang

Jabatan Alam Sekitar menguatkuasakan Seksyen 29A Akta Kualiti Alam


Sekeliling (AKAS 1974) bagi mencegah dan mengawal kemerosotan
kualiti udara iaitu larangan melakukan pembakaran terbuka dan Seksyen
22 AKAS 1974 yang melarang individu, syarikat atau premis dari
melepaskan pencemar ke udara melebihi had yang ditetapkan di bawah
Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling.

 Antara tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil terhadap pihak yang


melakukan kesalahan di bawah peraturan-peraturan ini termasuklah
tawaran kompaun, tindakan makhamah atau dipenjarakan.
Penggunaan Teknologi

Penggunaan teknologi juga merupakan usaha bagi mengelakkan

atau mengurangkan isu pencemaran udara pada kawasan tersebut.

Terdapat alat seperti MiniVol Portable Air Sampler yang digunakan

bagi mengesan pencemaran udara.

Selain itu, Pengasing bendasing digunakan untuk mengawal

pencemaran.
Alat ini digunakan untuk menarik dan mengasingkan partikel dari udara dan

melekat pada dinding cerobong asap kilang.


Wet scrubber juga digunakan supaya dapat menghalang bahan pencemar

bebas ke udara.
Alat ini digunakan berdasarkan prinsip di mana satu saliran gas

dihubungkan dengan cecair supaya bahan tercemar dapat larut dalam cecair.

Gambar rajah 2 : MiniVol Portable Air Sampler


• Kempen Kesedaran “Udara Nyaman”
Kami pihak akan melancarkan kempen ini di sekolah rendah yang terdapat di kawasan
tersebut.

 Pelbagai aktiviti seperti ceramah, pertandingan dan gotong- royong akan dijalankan di
kempen ini.

Ceramah akan dikendalikan oleh pakar-pakar dalam bidang alam sekitar daripada
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan World Wildlife Fund (WWF).
Pertandingan seperti pertandingan mengarang esei dan sketsa yang bertema
umum “Pencemaran Udara” akan turut dijalankan.

Penglibatan para pelajar dalam pertandingan ini sudah tentunya dapat


membuatkan mereka menjiwai kesan- kesan negatif dengan sendiri.

Melalui program gotong – royong kita dapat juga menyemai konsep 3R iaitu
Reduce, Reuse, Recycle dalam kalangan para pelajar yang secara tidak
langsungnya dapat mengurangkan gejala pembakaran terbuka oleh masyarakat
di kawasan tersebut.

Kempen ini akan dijalankan secara konsisten dan agresif agar dapat memupuk
kesedaran dan kepentingan menjaga alam sekitar serta kualiti udara yang baik.
 
KESIMPULAN

 Semoga Program ‘Lestari Alam Sekitar, Udara Bersih Hidup


Sejahtera!’ yang dijalankan ini merupakan salah satu peluang bagi
menyedarkan dan membuka minda masyarakat kawasan yang
terancam dengan pencemaran udara untuk mengetahui dengan lebih
tepat tentang isu-isu pencemaran udara di negara kita dan cara
menanganinya dengan efektif.

Keseluruhannya, program ini memperlihatkan manfaat dari segi


penambahan ilmu pengetahuan, juga input dan hasil pengalaman yang
dapat membantu untuk membuka ruang dan perspektif serta
memperlengkapkan diri dengan ilmu untuk menghadapi isu ini pada
bila-bila masa dan di mana-mana jua.
 

Anda mungkin juga menyukai