Anda di halaman 1dari 3

TUTORIAL PKES3053

NAMA : KANNAN A/L RAGURAMAN

UNIT : PK 1

SOALAN : Apakah kepentingan melakukan CPR?

Bagaimana hendak menilai CPR?

Bila masanya kita hentikan CPR?

Apa yang Perlu dibuat Jika Ditikam dengan Pisau?

CPR (CARDIO PULMONARY RESUSCITATION)

CPR ialah satu tindakan bantuan awalan bagi memulihkan mangsa yang terhenti
pernafasan dengan mengunakan teknik tekanan di atas dada (tekanan dari luar) dan
bantuan hembusan pernafasan.

1) Apakah kepentingan melakukan CPR


- Menyelamatkan nyawa sehingga mangsa mendapat rawatan pakar
2) Bagaimana hendak menilai CPR
- Penilaian sebelum memberikan bantuan pernafasan
 Mendengar - menggunakan telinga untuk mendengar hembusan
nafas
 Melihat - menggunakan mata untuk melihat pergerakan dada
mnangsa naik turun
 Merasa - merasakan hembusan nafas mangsa menggunakan
tangan atau pipi
- Penilaian semula nafas dan nadi
 Periksa denyutan nadi dan pernafasan mangsa dengan serentak
 Jika masih tiada pernafasan dan denyutan nadi, berikan hembusan
sahaja
 Periksa denyutan nadi dan pernafasan semula
3) Bila masanya kita hentikan CPR?
- Jika mangsa tersedar atau menunujukkan tanda-tanda pernafasan telah
pulih
4) Apa yang Perlu dibuat Jika Ditikam dengan Pisau?
- Bertenang atau tenangkan mangsa;
- Cuci luka dengan air yang bersih jika ada;
- Jika objek telah tiada atau tercabut, tekan pada lokasi luka supaya darah
tidak keluar; atau
- Jika objek masih ada, jangan cabut tetapi buat balutan cincin dengan kain
yang bersih dan letak di sekeliling objek berkenaan kemudian tutup
dengan kain bersih yang lain;
- Lakukan tekanan yang berterusan pada nadi untuk menahan darah
daripada keluar dengan banyak. Tekanan hendaklah tidak melebihi 10
minit dan dilepaskan bagi membolehkan aliran darah ke organ atau
anggota tubuh dapat dikembalikan. Jangan ikat anggota yang tercedera
kerana ia boleh merosakkan tisu dan organ badan kerana tidak mendapat
bekalan darah yang secukupnya.
- Tinggikan anggota yang luka dari paras jantung untuk mengurangkan
darah mengalir keluar.
- Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau
hospital berdekatan atau hubungi talian 999.

Anda mungkin juga menyukai