Anda di halaman 1dari 2

SOALAN PKES3053

NAMA : Kannan A/L Raguraman

UNIT : Bahasa Tamil SJKT / PK 1

TARIKH : 26 / 09 / 2020

Alat pertolongan cemas perlu mengandungi beberapa alat penting


untuk digunakan ketika kecemasan. Nyatakan kandungan alat
pertolongan cemas tersebut.

ALAT-ALAT YANG PERLU ADA DALAM ALAT PERTOLONGAN CEMAS:


1.Kain Anduh -Mengampu anggota-anggota yang patah atau seliuh.
2.Kain pembalut kasa -Membalut luka atau anggota yang seliuh
3.Larutan Flavin -Merawat luka.
4.Larutan antiseptik -Merawat luka.
5.kapas -Mencuci luka atau menyapu ubat pada luka.
6.Gunting -Memotong.
7.Krim antiseptik -Merawat luka.
8.Penampal luka(plaster) -Menampal luka-luka kecil.

Nyatakan tindakan anda :

A) Terkena arus elektrik

Rawatan Kecemasan Semasa Terkena Arus Elektrik :

JANGAN bantu mangsa selagi kawasankemalangan belum disahkan


selamat.
Hubungi penguasa elektrik tempatan supaya bekalan elektrik
diputuskan.
Bila kawasan selamat, tentukan mangsa ada nadi dan nafas, jika tiada,
lakukan CPR
Bawa mangsa ke hospital dengan segera
B) Renjatan

Rawatan Kecemasan Semasa Mangsa terkena renjatan

 Padamkan bekalan alat elektrik atau jika perlu, bekalan elektrik pada suis
utama di rumah atau di tempat kerja. Mematikan alat elektrik TIDAK
memberhentikan arus elektrik.

 Dapatkan bantuan kecemasan. Dial 991 untuk ambulan dan paramedik

 Jika bekalan elektrik tidak dapat dimatikan, gunakan objek bukan pengalir
elektrik kering seperti kayu atau alas kaki getah untuk menolak mangsa dari
sumber elektrik. Pastikan berdiri di atas bahan bukan pengalir seperti alas kaki
getah. JANGAN sama sekali cuba menyelamatkan mangsa jika insiden ini
berlaku di kawasan bervoltan tinggi.

 Setelah dipisahkan dari punca elektrik, periksa mangsa untuk pernafasan dan
denyutan jantung. Jika tiada, lakukan CPR .

 Jika mangsa mengalami luka terbakar, tanggalkan pakaian dan jiruskan


dengan air mengalir sederhana sejuk hingga kesakitan hilang. Beri rawatan
kecemasan sepertimana biasa kepada luka terbakar.  Tunggu di sisi mangsa
sehinggalah bantuan tiba.

 Sekiranya mangsa mengalami trauma akibat terpelanting dari kawasan


renjatan elektrik, pastikan tengkuk tidak digerakkan jika dikhuatiri berlaku
kecederaan pada saraf tunjang. Berikan rawatan kecemasan kepada
kecederaan luka atau kepatahan yang berlaku seperti biasa.

Anda mungkin juga menyukai