Anda di halaman 1dari 20

Top i k   X Program

1 Kesihatan
Sekolah
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti kepentingan program kesihatan sekolah;
2. Mengenal pasti program-program yang berkaitan;
3. Membincangkan rasional mengadakan program kesihatan; dan
4. Menghuraikan kepentingan menjaga kesihatan.

X PENGENALAN
Penekanan kepada perkembangan kanak-kanak perlu diberikan secara
menyeluruh dari segi jasmani, mental, sosial dan rohani. Perkembangan yang
menyeluruh ini akan membantu murid-murid sekolah mencapai potensi pada
peringkat optimum supaya menjadi insan yang seimbang, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, mahir berfikir dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
(Falsafah Pendidikan Kebangsaan).

Pengenalan Program Kesihatan Sekolah


Program Kesihatan Sekolah (RKS) meliputi semua kegiatan dan pengalaman
yang direka untuk mempertahankan, mengalakkan dan menjaga kesihatan
optima murid-murid dan kegiatan sekolah, untuk mengalakkan keadaan hidup
sihat di sekolah dan untuk membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang
diingini mengenai kesihatan. Tumpuan adalah kepada Program Bersepadu
Sekolah Sihat (PBSS) kerana program ini menyatupadukan dan menyelaras
semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah. Rancangan Kesihatan
2 X TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Sekolah telah dimulakan sejak tahun 1967 lagi dengan tujuan utamanya untuk
melahirkan pelajar-pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif.
Keutamaan akan diberi untuk menambah pengambilan dan latihan kakitangan
profesional kesihatan dan anggota kesihatan profesional bersekutu di sektor
awam dan swasta. Peraturan yang ditetapkan dalam Akta Kemudahan dan
Jagaan Kesihatan Swasta 1998 akan dikuatkuasa untuk mempertingkatkan lagi
kualiti dan peluang mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh
sektor swasta.

Setelah lebih dua puluh tahun berlalu, konsep kesihatan sekolah semakin
berkembang seiring dengan perkembangan di dalam bidang teknologi dan
komunikasi. Pada tahun 1996, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi nafas
baru kepada RKS dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat
(PBSS). Matlamat PBSS adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai
amalan kesihatan diri, menggalakkan amalan cara hidup sihat dan memastikan
persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat.

Berkaitan kesihatan, KPM telah mengeluarkan beberapa pekeliling ikhtisas, surat


siaran dan buku-buku panduan seperti Garis Panduan Amalan Kebersihan
Sekolah 1997, Panduan Melaksanakan PBSS, Buku Panduan PROSTAR dan
Modul Latihan PROSTAR, Garis Panduan Rancangan Makanan Tambahan, Garis
Panduan Program Susu Sekolah dan Panduan Pengurusan Pendidikan
Pencegahan Denggi di Sekolah 2005. Perkhidmatan kesihatan di bawah PBSS
termasuklah menilai status kesihatan murid, memberi khidmat rawatan dan
rujukan, memberi bimbingan dan kaunseling, memberi penjagaan
rawatan/kecemasan, mencegah dan mengawal kejadian penyakit serta
mendiagnosis dan membantu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas.
Antara program berkaitan kesihatan yang dilaksanakan di sekolah adalah
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Perkhidmatan Pergigian, Rancangan Makanan
Tambahan (RMT), Program Susu Sekolah (PSS), Pendidikan Pencegahan Denggi,
menjadikan sekolah kawasan larangan merokok, menyediakan pertolongan
cemas dan bilik khas kesihatan (sick-bay), mewujudkan Program Sihat Tanpa
AIDS untuk Remaja (PROSTAR), mengadakan program bebas dadah dan
kempen cara hidup sihat.
TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH W 3

1.1 RASIONAL, MATLAMAT DAN OBJEKTIF


Perenggan yang berikut menerangkan rasional, matlamat dan objektif PBSS.

1.1.1 Rasional
Kewujudan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) adalah berdasarkan
rasional berikut:

(a) Mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa


tanggungjawab bersama dan komitmen dalam kalangan warga sekolah.
(b) Penyeragaman beberapa program kesihatan sekolah sedia ada di bawah
satu program bersepadu.
(c) Keperluan mewujudkan satu sistem yang fleksibel, inovatif dan kreatif
kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa.
(d) Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan
masyarakat dalam menangani isu-isu kesihatan.
(e) Program yang terancang dan bersepadu adalah suatu usaha yang teratur
dan fokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan.
(f) Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang
menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya.

Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) perlu dirancang, dilaksana dan dinilai
di setiap sekolah. Program ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara
untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti.

1.1.2 Matlamat PBSS


Matlamat penting Pendidikan Kesihatan adalah untuk membentuk sikap dan
perlakuan yang positif terhadap kesihatan serta melahirkan warga sekolah dan
persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan
negara. Untuk merealisasikan matlamat ini adalah lebih mudah dan berkesan
ketika kanak kanak ini masih muda kerana mereka boleh dipengaruhi oleh sikap
dan amalan kesihatan yang positif ibarat "melentur buluh biarlah dari
rebungnya". Tambahan pula, kanak kanak sekolah adalah "captive audience"
yang mudah dipengaruhi. Rajah 1.1 menunjukkan program-program kesihatan
yang boleh dilaksanakan di sekolah.
4 X TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Rajah 1.1: Antara program kesihatan yang dilaksanakan di sekolah

1.1.3 Objektif PBSS


Objektif PBSS adalah:

(a) Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria,


selamat dan sihat.
(b) Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara
hidup sihat.
(c) Menetapkan polisi/dasar kesihatan sekolah.
(d) Memupuk pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan
kesihatan supaya setiap warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap
penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.
(e) Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program
kesihatan sekolah.
(f) Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi:
(i) Menilai taraf kesihatan murid.
(ii) Memberi khidmat rawatan dan rujukan.
TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH W 5

(iii) Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluan dan


masalah kesihatan murid.
(iv) Memberi penjagaan rawatan kecemasan terhadap penyakit-penyakit
di sekolah.
(v) Mencegah dan mengawal kejadian penyakit.
(vi) Mengenal pasti, merujuk dan membantu penempatan kanak-kanak
kurang upaya.

AKTIVITI 1.1

Nyatakan teras utama PBSS.

1.2 KEPENTINGAN KESIHATAN SEKOLAH


DALAM KONTEKS
Kesihatan adalah disasarkan kepada tiga kelompok masyarakat iaitu:
• Individu
• Keluarga
• Komuniti

Kerjasama di antara masyarakat (individu,keluarga dan komuniti) dan sekolah


menggalakkan penglibatan masyarakat dan sekolah dalam semua aktiviti
kesihatan melalui PIBG, JKKK, Persatuan-persatuan, Jabatan-jabatan Kerajaan
dan Bukan Kerajaan. Kerjasama tersebut membolehkan beberapa tindakan yang
berfaedah seperti berikut:

(a) Pemeliharaan Persekitaran


(i) Kawalan pembiakan vektor;
(ii) Pembuangan sampah dan saliran air limbah yang sempurna; dan
(iii) Kawasan yang cantik, bersih, selesa dan selamat.

(b) Struktur Fizikal


(i) Lokasi yang sesuai;
(ii) Bangunan yang selamat;
(iii) Pengudaraan yang sempurna;
6 X TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

(iv) Pencahayaan yang cukup; dan


(v) Kemudahan bilik darjah dan asrama yang mencukupi, peralatan yang
sesuai, menyediakan bilik rawatan yang sesuai.

(c) Kerjasama di antara Masyarakat dan Sekolah


Kerjasama di antara sekolah dengan masyarakat bertujuan untuk
mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan
masyarakat. Ianya merupakan satu proses dua hala di mana kedua dua
sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk
mengawasi dan mempertingkatkan lagi status/taraf kesihatan kanak-
kanak. Dalam konteks ini sekolah perlu memikirkan apakah
sumbangannya terhadap masyarakat dan begitulah sebaliknya, iaitu
apakah yang masyarakat boleh sumbangkan kepada sekolah. Kerjasama
meliputi:

(i) Penyediaan tandas yang mencukupi untuk murid-murid dan


kakitangan;
(ii) Kemudahan bekalan air yang selamat dan mencukupi; dan
(iii) Keadaan kantin yang bersih dan selamat di samping pengendalian
makanan yang sempurna.

Enam teras utama PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan satu
pendekatan bersepadu di antara sektor awam, sektor swasta dan
masyarakat ke arah melahirkan sekolah sihat adalah seperti berikut:
• Polisi Kesihatan Sekolah;
• Persekitaran Fizikal Sekolah;
• Persekitaran Sosial Sekolah;
• Penglibatan Komuniti;
• Kemahiran Kesihatan Diri; dan
• Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

1.2.1 Polisi Kesihatan Sekolah


Polisi kesihatan sekolah ialah pernyataan yang menentukan tindakan dan
keperluan sumber bagi mempromosikan kesihatan. Polisi ini berfungsi sebagai:

Polisi Kesihatan Sekolah bertujuan untuk:


(a) Menyediakan piagam sekolah sebagai panduan kepada warga sekolah dan
masyarakat luar.
(b) Merancang dan mengawasi pelaksanaan polisi kesihatan.
TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH W 7

Beberapa polisi yang boleh dibentuk oleh sesebuah sekolah yang berkaitan dan
bersesuaian dengan keperluan sekolah ialah:
(i) Polisi keselamatan makanan di kantin sekolah;
(ii) Polisi pertolongan cemas;
(iii) Polisi keselamatan sekolah;
(iv) Polisi kawalan penyakit;
(v) Polisi persekitaran fizikal sekolah;
(vi) Polisi persekitaran sosial sekolah;
(vii) Polisi pendidikan kesihatan; dan
(viii) Polisi peranan warga sekolah dan masyarakat.

Polisi-polisi yang dilaksanakan perlu dikaji dan dikemaskini dari semasa ke


semasa.
Contoh:

Polisi Indikator

Polisi bebas asap rokok Jumlah warga sekolah merokok dalam


kawasan sekolah

Bilangan poster larangan merokok dalam


kawasan sekolah

Polisi keselamatan makanan di „Rating‰ premis kantin sekolah


kantin sekolah

AKTIVITI 1.2

Nyatakan tujuan dan fungsi polisi kesihatan sekolah.


8 X TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

1.2.2 Persekitaran Fizikal Sekolah


Persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat ialah keadaan sekolah yang
mempunyai kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa bersih, ceria, selamat dan
sihat. Persekitaran tersebut berfungsi untuk:

(a) Mewujudkan persekitaran fizikal yang bersih dan selamat;


(b) Mewujudkan persekitaran yang bebas daripada risiko jangkitan penyakit;
dan
(c) Memastikan semua kemudahan asas di sekolah mencukupi dan sentiasa
dalam keadaan bersih, ceria, selamat dan sihat yang merangkumi:
(i) Bangunan sekolah
(ii) Bilik darjah
(iii) Tandas
(iv) Bekalan air
(v) Telefon
(vi) Kebun/lanskap
(vii) Makmal
(viii) Kantin
(ix) Asrama
(x) Klinik
(xi) Dewan
(xii) Setor
(xiii) Tempat letak kereta
(xiv) Pagar
(xv) Perparitan
(xvi) Sistem pembuangan sisa pepejal
(xvii) Pili bomba dan
(xviii) Padang Permainan
TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH W 9

Bagi memastikan persekitaran fizikal sekolah yang sempurna beberapa perkara


perlu diambil kira, iaitu:

(i) Persekitaran yang bersih dan selamat bagi menggalakkan amalan


kesihatan, mengurangkan risiko jangkitan penyakit-penyakit dan kejadian
kemalangan di sekolah.
(ii) Kebersihan kantin, dapur asrama dan dewan makan sekolah sentiasa
bersih, selamat dan mematuhi peraturan-peraturan kesihatan yang
terdapat dalam „Garis Panduan Kantin Sekolah‰ dan „Pekeliling
Pembangunan dan Bekalan Bil.2/1994 (Pengendalian Asrama)‰.
(iii) Memastikan pengalaman, penyediaan dan pengambilan makanan
berkhasiat dan bermutu oleh warga sekolah selaras dengan dasar
pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia semasa.
(iv) Mewujudkan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas asap rokok dan
Pengetua, Guru Besar atau guru diberikan kuasa untuk mengkompaun di
bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993.
(v) Memastikan sekolah bebas dari pembiakan nyamuk Aedes mengikut „Buku
Panduan Program Bebas Denggi di Sekolah 1994‰.
(vi) Memastikan persekitaran sekolah bebas dari pencemaran udara, air dan
bunyi bising.

Pemantauan dan Penilaian


Petunjuk-petunjuk yang diambil kira ialah:
• Peratus sekolah mempunyai ÂratingÊ > 70% untuk 3K (keceriaan, keindahan
dan keselamatan).
• Peratus sekolah melaksanakan program bebas denggi di sekolah.
• Peratus sekolah mencapai > 75% ÂratingÊ bebas denggi di sekolah.
• Peratus sekolah mencapai 75% ÂratingÊ premis makanan.
• Peratus sekolah mematuhi 100% peraturan larangan merokok.
• Peratus sekolah bebas daripada kemalangan di sekolah.

1.2.3 Persekitaran Sosial Sekolah


Persekitaran sosial yang sihat dan selamat ialah persekitaran yang boleh
membentuk sikap dan amalan ke arah membina sahsiah warga sekolah yang
murni dan dapat mengatasi segala cabaran sama ada cabaran mental atau fizikal.
Persekitaran sosial sekolah yang baik berupaya menyediakan beberapa perkara
iaitu:
10 X TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

(a) Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk perkembangan mental


yang sihat dan mengurangkan tekanan (stress) di kalangan warga sekolah.
(b) Menyediakan persekitaran sosial yang sihat untuk perkembangan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek warga sekolah.

Persekitaran sosial yang sihat dan selamat boleh membantu membentuk pelajar
yang seimbang dari kesihatan mental dan fizikal. Beberapa aktiviti boleh
dilaksanakan bagi merealisasikan matlamat tersebut. Aktiviti-aktiviti yang
dijalankan perlu berupaya:

(i) Membina ketahanan mental dan keyakinan diri warga sekolah melalui
penghayatan agama dan nilai-nilai murni.
(ii) Mewujudkan pelbagai aktiviti untuk mengurangkan tekanan (stress) dalam
kalangan warga sekolah seperti kegiatan Pembimbing Rakan Sebaya,
rekreasi, hobi, „punching bag‰, sudut pidato dan papan conteng.
(iii) Memberi perkhidmatan kaunseling terhadap kes-kes yang memerlukan.
(iv) Melaksanakan amalan cara hidup sihat pada setiap masa.
(v) Menangani kes-kes disiplin warga sekolah mengikut peruntukan
Peraturan-peraturan Disiplin yang sedia ada.
(vi) Menggalakkan pembentukan sahsiah yang murni melalui proses
pengajaran dan pembelajaran, Kem Motivasi, Kem Bina Semangat, Kem
Ibadat, Kursus Kepimpinan, Rakan Muda, PROSTAR dan lain-lain aktiviti
yang bersesuaian.
(vii) Memberi bantuan/sokongan moral, khidmat nasihat dan sokongan
kewangan seperti Biasiswa, Tabung Kebajikan dan Insurans Takaful.

Pemantauan dan Penilaian

Indikator-indikator:
• Peratus sekolah bebas daripada penggunaan dadah;
• Peratus sekolah bebas dari kes jenayah;
• Peratus sekolah menjalankan program PROSTAR; dan
• Peratus sekolah menjalankan aktiviti khidmat nasihat/kaunseling/anti stress.
TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH W 11

1.2.4 Penglibatan Komuniti


Penglibatan komuniti adalah suatu bentuk kerjasama di antara warga sekolah,
ibu bapa serta masyarakat yang menyokong dan meningkatkan tahap kesihatan
warga sekolah. Penglibatan tersebut berfungsi seperti berikut:

(a) Penglibatan aktif dalam aktiviti kesihatan.


(b) Melibatkan diri dalam bentuk tenaga kepakaran/bahan/kewangan.
(c) Memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid.
(d) Menjadi „role model‰ amalan cara hidup sihat.

Untuk mencapai matlamat PBSS, beberapa aktiviti boleh dijalankan untuk


memenuhi fungsi penglibatan komuniti adalah seperti berikut:

(i) PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja)


Aktiviti meningkatkan pengetahuan dan kesedaran komuniti dan warga
sekolah tentang bahaya, cara pencegahan dan kawalan AIDS di samping
menanam sikap positif dan prihatin gejala sosial terutama gejala seks bebas
dan penagihan dadah.

(ii) Bebas Denggi di Sekolah


Aktiviti meningkatkan kefahaman, kesedaran dan kemahiran dalam mencegah
dan mengawal demam denggi yang melibatkan warga sekolah dan komuniti.

(iii) Anti Merokok


Aktiviti promosi anti merokok dan penguatkuasaan di sekolah sebagai
kawasan larangan merokok melibatkan warga sekolah dan komuniti.

(iv) Kempen Cara Hidup Sihat


Mengadakan aktiviti-aktiviti kempen cara hidup sihat mengikut tema
tahunan.

(v) Program Kantin Sihat


Merancang, melaksana dan mengawasi penyediaan, pemprosesan,
hidangan, dan penjualan makanan sihat di kantin sekolah oleh warga
sekolah dan komuniti.

(vi) Sekolah Bersih


Mempertingkatkan dan mempromosi kebersihan dan keceriaan sekolah.
12 X TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

(vii) Bebas Dadah


Melaksanakan Program Sijil Lencana Anti-Dadah, aktiviti peningkatan
kesedaran pelajar akan bahaya penyalahgunaan dadah serta langkah
pencegahan dan pengawalan.

(viii) Keselamatan
Melibatkan warga sekolah dan komuniti dalam aktiviti mempertingkatkan
keselamatan murid.

(ix) Rekreasi
Melaksanakan program rekreasi bersama komuniti dan warga sekolah.

(x) Agama dan Kerohanian


Melibatkan diri secara aktif dalam penerapan nilai agama, moral dan
kerohanian.

(xi) Kekeluargaan
Penglibatan komuniti dan warga sekolah dalam aktiviti kekeluargaan.

(xii) Pemantauan dan Penilaian


• Bilangan aktiviti penglibatan komuniti yang dijalankan di sekolah atau
warga sekolah.
• Bilangan penyertaan komuniti/ibu bapa/warga sekolah.

1.2.5 Kemahiran Kesihatan Diri


Merupakan suatu usaha untuk membentuk sikap yang positif ke arah amalan
cara hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Kemahiran tersebut penting
bagi mengadakan pembelajaran dan pengajaran yang formal dan tidak formal
dalam mengendalikan kesihatan fizikal, mental, rohani dan sosial, serta alam
sekeliling ke arah amalan cara hidup yang sihat.

Beberapa aktiviti Kemahiran Kesihatan Diri boleh dijalankan, samada melalui


pendidikan formal dan tidak formal di sekolah. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah
seperti berikut:

(a) Kesihatan Fizikal

(i) Kebersihan diri


• Murid-murid mestilah diajar tentang kebersihan diri yang
ditetapkan di dalam kurikulum sekolah.
TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH W 13

• Sekolah perlu memastikan setiap murid mengamalkan kebersihan


diri setiap masa melalui kaedah pemeriksaan oleh guru, latihan
amali dan demonstrasi.
• Murid perlu bertanggungjawab terhadap kebersihan diri
sepanjang masa seperti berpakaian kemas dan bersih, rambut
kemas dan bersih, kuku pendek dan bersih serta gigi dan
mulut/hidung yang bersih.

(ii) Kesihatan pergigian


• Sekolah perlu memastikan supaya aktiviti kesihatan pergigian
diajar dan diamalkan di sekolah.
• Sekolah perlu mengadakan kemudahan untuk latihan amali
kebersihan gigi.

(iii) Senaman dan kecergasan


• Sekolah perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya dua masa
pelajaran dalam seminggu untuk senaman dan kecergasan.
• Sekolah perlu mengadakan kemudahan dan peralatan untuk
senaman dan kecergasan.
• Murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
senaman dan kecergasan.

(iv) Makan secara sihat


• Sekolah mestilah mengajar konsep makan secara sihat kepada
setiap murid melalui kurikulum dan lain-lain aktiviti yang tidak
formal.
• Sekolah perlu memastikan makanan yang dijual di kantin sekolah
adalah bersih, selamat dan berzat.
• Murid mestilah digalakkan untuk memilih makanan yang berzat,
bersih dan selamat.

(v) Anatomi dan fisiologi tubuh badan


• Guru dan murid perlu diberi pengetahuan asas mengenai struktur
dan fungsi tubuh badan melalui pendidikan formal.
• Guru dan murid perlu didedahkan kepada pengetahuan tentang
perkembangan dan pertumbuhan fizikal.
• Guru dan murid perlu didedahkan kepada masalah yang
berkaitan dengan perkembangan dan pertumbuhan fizikal.

(vi) Pertolongan cemas


• Sekolah perlu melatih guru dan warga sekolah berkaitan
pertolongan cemas.
14 X TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

• Sekolah perlu menyediakan sekurang-kurangnya satu peti


kecemasan dalam setiap bilik darjah.
• Murid perlu mempelajari kaedah pertolongan cemas.

(b) Kesihatan Mental dan Sosial

(i) Perkembangan mental dan sosial


• Guru dan murid perlu didedahkan kepada pengetahuan
mengenai perkembangan mental dan sosial yang normal.

(ii) Tekanan rakan sebaya dan keluarga


• Murid perlu diberi kemahiran untuk menangani masalah
berkaitan dengan rakan sebaya dan keluarga.
• Guru hendaklah didedahkan kepada cara-cara mengenal pasti
masalah kesihatan mental dan sosial dalam kalangan murid
• Sekolah perlu menyediakan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling kepada warga sekolah.

Pemantauan dan Penilaian

(a) Pendidikan Kesihatan Formal


(i) Ujian bertulis selepas topik/penggal/tahunan;
(ii) Ujian lisan selepas setiap topik/penggal/tahunan;
(iii) Kajian semula Kurikulum Sekolah yang formal;
(iv) Skor tingkah laku berkala;
(v) Laporan untuk setiap projek; dan
(vi) Senarai semak setiap penyeliaan berkala yang dijalankan.

(b) Pendidikan Kesihatan Tidak Formal


(i) Laporan Tahunan oleh:
• Jawatankuasa Kesihatan Sekolah;
• Kelab Kesihatan Sekolah; dan
• Biro Kesihatan.
(ii) Senarai semak bagi pemeriksaan fizikal dan persekitaran sekolah.
(iii) Skor pemeriksaan kesihatan diri.
(iv) Hadiah dan penghargaan bagi setiap aktiviti promosi kesihatan di
sekolah iaitu pertandingan kesihatan, kuiz kesihatan dan pameran
kesihatan
(v) Skor tingkah laku selepas kaunseling.
TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH W 15

1.2.6 Perkhidmatan Kesihatan Sekolah


Perkhidmatan kesihatan sekolah merangkumi promosi kesihatan dan
pemakanan, penjagaan kesihatan, rawatan, rujukan serta penempatan di dalam
kelas khas yang diberi oleh doktor perubatan dan pergigian, kakitangan
kejururawatan dan guru-guru untuk pencapaian kesihatan optimum warga
sekolah. Perkhidmatan kesihatan sekolah berperanan untuk:

(a) Memaklumkan guru dan ibu bapa mengenai tahap kesihatan murid bagi
membolehkan rawatan lanjut dan tindakan susulan bagi kes tertentu.
(b) Membina kefahaman dan kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan
kesihatan optimum dan amalan cara hidup sihat.
(c) Rancangan khas seperti rancangan makanan tambahan dan program susu
sekolah kepada murid dilaksanakan dengan sempurna.
(d) Menyediakan khidmat pertolongan cemas dan rujukan kepada warga sekolah.
(e) Mengesan masalah kesihatan, merawat dan merujuk kes yang memerlukan
perhatian serta tindakan lanjut.
(f) Menyediakan pemantauan dan penilaian ke atas aktiviti-aktiviti kesihatan
sekolah.
(g) Mencegah dan mengawal kejadian penyakit.

Aktiviti-aktiviti Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah:

(i) Penilaian Status Kesihatan


Penilaian status kesihatan meliputi pemeriksaan, pengesahan awal masalah
kesihatan dan ujian saringan bagi menentukan tahap kesihatan warga
sekolah seperti ujian penglihatan, kebersihan diri dan lain-lain oleh guru,
jururawat dan doktor. Antara aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan adalah:

• Sekolah hendaklah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga


untuk pemeriksaan kesihatan dan imunisasi murid.
• Rekod Kesihatan Murid (RKM) hendaklah sentiasa dikemaskini. RKM 1
hendaklah dihantar ke sekolah menengah yang berkenaan setelah
murid tersebut tamat tahun 6. Sekiranya seseorang murid itu bertukar
sekolah, buku RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah baru.
• Pemeriksaan kesihatan hendaklah dijalankan secara berkala dan
berterusan.
• Pemeriksaan kesihatan diwajibkan untuk murid Tahun 1, Tahun 6,
Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.
16 X TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

• Guru hendaklah memberi kerjasama semasa pemeriksaan kesihatan


murid.

(ii) Rujukan dan Tindakan Susulan


• Pemerhatian atau rawatan awal terhadap kes yang dirujuk.
• Tindakan susulan oleh guru, jururawat atau pegawai perubatan

(iii) Khidmat Kaunseling


Penyediaan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan oleh seorang guru
kaunselor yang terlatih di setiap sekolah.

(iv) Pemakanan
Aktiviti pemakanan meliputi:
• Penilaian status pemakanan murid melalui pengambilan berat badan
dan tinggi serta pengkelasan status pemakanan mengikut Rekod
Kesihatan Murid.
• Pengesanan secara fizikal dan klinikal kes kurang zat makanan, obesiti,
beguk, anemia dan lain-lain.
• Rawatan dan rujukan kes kepada doktor atau jururawat.
• Ceramah dan promosi pemakanan („healthy eating‰) kepada warga
sekolah.
• Penyeliaan pelaksanaan penggunaan menu serta rancangan khas
seperti Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu Sekolah
mengikut garis panduan yang ditetapkan.
• Pemberian maklumat pemakanan melalui risalah, poster, tayangan
video dan lain-lain.
• Penyeliaan oleh Pegawai Zat Makanan dan Pegawai Kesihatan Daerah
terhadap pelaksanaan penambahan iodin dalam bekalan air di sekolah
yang diwartakan.

(v) Pergigian
Perkhidmatan pergigian perlu dijalankan:
• Dengan mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk rawatan
pergigian murid oleh sekolah.
• Untuk menilai status kesihatan pergigian yang merangkumi
pemeriksaan gigi, tisu-tisu lembut dan kecacatan „dentofacial‰ oleh
pergigian atau jururawat pergigian.
• Untuk memerhati aspek kebersihan mulut murid oleh guru kelas.
TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH W 17

• Dengan memberikan keutamaan kepada aspek pencegahan dan


promosi kesihatan pergigian.
• Dengan memberikan rawatan pergigian yang sistematik dan
komprehensif kepada murid.
• Dengan menyediakan rujukan bagi kes yang memerlukan perhatian
dan tindakan lanjut oleh doktor pergigian dan jururawat pergigian.

(vi) Pertolongan Cemas


Walaupun langkah berjaga-jaga ada disediakan, kemalangan dan serangan
penyakit boleh berlaku ketika murid berada di sekolah. Polisi dan
peraturan yang jelas untuk mengendalikan pertolongan kecemasan adalah
diperlukan.

Sekolah juga perlu menyediakan perkara-perkara asas berikut:


• Sebuah bilik khas kesihatan (Âsick-bayÊ) yang dilengkapi juga dengan
peti pertolongan cemas.
• Sekurang-kurangnya seorang guru yang terlatih dalam memberi
pertolongan cemas dan resusitasi kardio-pulmonari.

(vii) Pendidikan Kesihatan


Aktiviti Pendidikan Kesihatan meliputi:
• Penyampaian pendidikan kesihatan kepada murid secara formal dan
tidak formal.
• Penilaian berkala dan berterusan tentang pengetahuan, sikap dan
amalan kesihatan dalam kalangan warga sekolah.
• Pendedahan kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan di
sekolah kepada warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat.

(viii) Kanak-kanak dengan Keperluan Khas


Aktiviti bagi kanak-kanak dengan perkembangan pada tahap di bawah
normal mengikut umur atau kehilangan keupayaan fisikal, penglihatan dan
pendengaran meliputi:
• Diagnos dan pengesahan kanak-kanak dengan keperluan khas.
• Pendaftaran dan penempatan kanak-kanak dengan keperluan khas.
• Rujukan kes untuk program pemulihan seperti pemulihan anggota,
pemulihan cara kerja dan lain-lain di peringkat klinik, hospital dan
komuniti kepada agensi berkaitan.
18 X TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Pemantauan dan Penilaian

Pemantauan dan penilaian meliputi:

(a) Pemeriksaan Status Kesihatan


(i) Peratus murid yang diperiksa oleh jururawat dan doktor.
(ii) Kadar pengesanan cacat penglihatan.
(iii) Liputan imunisasi.
(iv) Kadar kejadian penyakit.

(b) Rujukan dan Tindakan Susulan


(i) Bilangan kes dirujuk.
(ii) Bilangan kes keciciran daripada kes rujukan.

(c) Pemeriksaan Status Pemakanan


(i) Bilangan dan peratus dengan berat badan menurut ketinggian.
• < 80% mengikut tahun persekolahan (kurang zat makanan); dan
• > 120% mengikut tahun persekolahan (obesiti).
(ii) Bilangan dan peratus murid dengan hemoglobin (Hh) < 10 gm%
mengikut tahun persekolahan (anemia).
(iii) Bilangan dan peratus murid yang dikesan mengidap beguk.
(iv) Bilangan dan peratus murid yang menerima bantuan susu sekolah.
(v) Bilangan dan peratus murid yang menerima bantuan makanan
tambahan.

(d) Pemeriksaan Status Kesihatan Pergigian


(i) Peratus murid dengan tahap kebersihan gigi yang optima.
(ii) Peratus murid yang diberi rawatan sehingga tahap ÂdemofitnessÊ.

(e) Pertolongan Cemas


(i) Bilangan dan peratus peti pertolongan cemas yang lengkap.

AKTIVITI 1.3

Nyatakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan melalui Perkhidmatan


Kesihatan Sekolah.
TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH W 19

• Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) diwujudkan dengan tujuan untuk


menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan
sekolah yang mampu meningkatkan taraf kesihatan dalam kalangan warga
sekolah.

• PBSS mengandungi satu program yang terancang dan bersepadu, fleksibel,


inovatif dan kreatif berlandaskan keperluan semasa dan setempat melalui
kerjasama dan penglibatan komuniti.

• Enam teras utama PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan satu
pendekatan bersepadu di antara sektor awam, sektor swasta dan masyarakat
ke arah melahirkan sekolah sihat adalah seperti Polisi Kesihatan Sekolah,
Persekitaran Fizikal Sekolah, Persekitaran Sosial Sekolah, Penglibatan
Komuniti, Kemahiran Kesihatan Diri, Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

• Kerjasama di antara sekolah dengan masyarakat bertujuan untuk


mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan
masyarakat.

• Ianya merupakan satu proses dua hala di mana kedua dua sekolah dan
masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk mengawasi dan
mempertingkatkan lagi status/taraf kesihatan kanak-kanak.

• Dalam konteks ini, sekolah perlu memikirkan apakah sumbangannya


terhadap masyarakat dan sebaliknya, apakah yang masyarakat boleh
sumbangkan kepada sekolah.

• Perkhidmatan kesihatan di bawah PBSS termasuklah menilai status kesihatan


murid, memberi khidmat rawatan dan rujukan, memberi bimbingan dan
kaunseling, memberi penjagaan rawatan/kecemasan, mencegah dan
mengawal kejadian penyakit serta mendiagnosis dan membantu penempatan
kanak-kanak berkeperluan khas.

• Antara program berkaitan kesihatan yang dilaksanakan di sekolah adalah


Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Perkhidmatan Pergigian, Rancangan
Makanan Tambahan (RMT), Program Susu Sekolah (PSS), Pendidikan
Pencegahan Denggi, menjadikan sekolah kawasan larangan merokok,
menyediakan pertolongan cemas dan bilik khas kesihatan (sick-bay),
mewujudkan Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR),
mengadakan program bebas dadah dan kempen cara hidup sihat.
20 X TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Andragogi Program Bersepadu Sekolah Sihat


(PBSS)
Pembelajaran
Program Kesihatan Sekolah (RKS)
Pendidikan

AKTIVITI 1.1

Anda mungkin juga menyukai