Anda di halaman 1dari 22

Topik X Program

Kesihatan
1 Sekolah
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti kepentingan program kesihatan sekolah;
2. Mengenal pasti program-program yang berkaitan;
3. Membincangkan rasional mengadakan program kesihatan; dan
4. Menghuraikan kepentingan menjaga kesihatan.

X PENGENALAN
Penekanan kepada perkembangan kanak-kanak perlu diberikan secara
menyeluruh dari segi jasmani, mental, sosial dan rohani. Perkembangan yang
menyeluruh ini akan membantu murid-murid sekolah mencapai potensi pada
peringkat optimum supaya menjadi insan yang seimbang, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, mahir berfikir dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

(Falsafah Pendidikan Kebangsaan)

Program Kesihatan Sekolah (RKS) meliputi semua kegiatan dan pengalaman


yang direka untuk mempertahankan, mengalakkan dan menjaga kesihatan
optimum murid-murid dan kegiatan sekolah, untuk menggalakkan keadaan
hidup sihat di sekolah dan untuk membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan
yang diingini mengenai kesihatan. Tumpuan adalah kepada Program Bersepadu
Sekolah Sihat (PBSS) kerana program ini menyepadukan dan menyelaras semua
aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah. Rancangan Kesihatan Sekolah telah
dimulakan sejak tahun 1967 lagi dengan tujuan utamanya untuk melahirkan
pelajar-pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif. Keutamaan
2 X TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

akan diberi untuk menambah pengambilan dan latihan kakitangan profesional


kesihatan dan anggota kesihatan profesional bersekutu di sektor awam dan
swasta. Peraturan yang ditetapkan dalam Akta Kemudahan dan Jagaan
Kesihatan Swasta 1998 akan berkuatkuasa untuk mempertingkatkan lagi kualiti
dan peluang mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh sektor
swasta.

Setelah lebih dua puluh tahun berlalu, konsep kesihatan sekolah semakin
berkembang seiring dengan perkembangan dalam bidang teknologi dan
komunikasi. Pada tahun 1996, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi nafas
baru kepada RKS dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat
(PBSS). Matlamat PBSS adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai
amalan kesihatan diri, menggalakkan amalan cara hidup sihat dan memastikan
persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat.

Berkaitan kesihatan, KPM telah mengeluarkan beberapa pekeliling ikhtisas, surat


siaran dan buku-buku panduan seperti Garis Panduan Amalan Kebersihan
Sekolah 1997, Panduan Melaksanakan PBSS, Buku Panduan Program Sihat
Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR) dan Modul Latihan PROSTAR, Garis
Panduan Rancangan Makanan Tambahan, Garis Panduan Program Susu Sekolah
dan Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi di Sekolah 2005.
Antara perkhidmatan kesihatan di bawah PBSS adalah seperti berikut:

(a) Menilai status kesihatan murid;


(b) Memberi khidmat rawatan dan rujukan;
(c) Memberi bimbingan dan kaunseling;
(d) Memberi penjagaan rawatan atau kecemasan;
(e) Mencegah dan mengawal kejadian penyakit; dan
(f) Mendiagnosis dan membantu penempatan kanak-kanak berkeperluan
khas.

Antara program berkaitan kesihatan yang dilaksanakan di sekolah adalah


Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Perkhidmatan Pergigian, Rancangan Makanan
Tambahan (RMT), Program Susu Sekolah (PSS), Pendidikan Pencegahan Denggi,
menjadikan sekolah kawasan larangan merokok, menyediakan pertolongan
cemas dan bilik khas kesihatan (sick-bay), mewujudkan PROSTAR, mengadakan
program bebas dadah dan kempen cara hidup sihat.
TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH W 3

1.1 RASIONAL, MATLAMAT DAN OBJEKTIF


Seterusnya, bahagian ini akan menerangkan rasional, matlamat dan objektif
PBSS.

1.1.1 Rasional
Kewujudan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) adalah berdasarkan
rasional berikut:

(a) Mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa


tanggungjawab bersama dan komitmen dalam kalangan warga sekolah.

(b) Penyeragaman beberapa program kesihatan sekolah sedia ada di bawah


satu program bersepadu.

(c) Keperluan mewujudkan satu sistem yang fleksibel, inovatif dan kreatif
kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa.

(d) Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan


masyarakat dalam menangani isu-isu kesihatan.

(e) Program yang terancang dan bersepadu adalah suatu usaha yang teratur
dan fokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan.

(f) Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang


menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya.

Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) perlu dirancang, dilaksana dan dinilai
di setiap sekolah. Program ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara
untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti.

1.1.2 Matlamat PBSS


Matlamat penting Pendidikan Kesihatan adalah untuk membentuk sikap dan
perlakuan yang positif terhadap kesihatan serta melahirkan warga sekolah dan
persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan
negara. Untuk merealisasikan matlamat ini adalah lebih mudah dan berkesan
ketika masih kanak-kanak lagi kerana mereka boleh dipengaruhi oleh sikap dan
amalan kesihatan yang positif ibarat "melentur buluh biarlah dari rebungnya".
Tambahan pula, kanak kanak sekolah adalah "captive audience" yang mudah
4 X TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

dipengaruhi. Rajah 1.1 menunjukkan program-program kesihatan yang boleh


dilaksanakan di sekolah.

Rajah 1.1: Antara program kesihatan yang dilaksanakan di sekolah

1.1.3 Objektif PBSS


Objektif PBSS adalah:

(a) Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria,


selamat dan sihat.

(b) Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara
hidup sihat.

(c) Menetapkan polisi/dasar kesihatan sekolah.

(d) Memupuk pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan


kesihatan supaya setiap warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap
penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.

(e) Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program


kesihatan sekolah.
TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH W 5

(f) Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi:


(i) Menilai taraf kesihatan murid.
(ii) Memberi khidmat rawatan dan rujukan.
(iii) Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluan dan
masalah kesihatan murid.
(iv) Memberi penjagaan rawatan kecemasan terhadap penyakit-penyakit
di sekolah.
(v) Mencegah dan mengawal kejadian penyakit.
(vi) Mengenal pasti, merujuk dan membantu penempatan kanak-kanak
kurang upaya.

1.2 KEPENTINGAN KESIHATAN SEKOLAH


DALAM BEBERAPA KONTEKS
Kesihatan adalah disasarkan kepada tiga kelompok masyarakat iaitu:

(a) Individu;
(b) Keluarga; dan
(c) Komuniti.

Kerjasama antara masyarakat (individu, keluarga dan komuniti) dan sekolah


menggalakkan penglibatan masyarakat dan sekolah dalam semua aktiviti
kesihatan melalui PIBG, JKKK, Persatuan-persatuan, Jabatan-jabatan kerajaan
dan bukan kerajaan. Kerjasama tersebut membolehkan beberapa tindakan yang
berfaedah seperti berikut:

(a) Pemeliharaan Persekitaran


(i) Kawalan pembiakan vektor;
(ii) Pembuangan sampah dan saliran air limbah yang sempurna; dan
(iii) Kawasan yang cantik, bersih, selesa dan selamat.
6 X TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

(b) Struktur Fizikal


(i) Lokasi yang sesuai;
(ii) Bangunan yang selamat;
(iii) Pengudaraan yang sempurna;
(iv) Pencahayaan yang cukup; dan
(v) Kemudahan bilik darjah dan asrama yang mencukupi, peralatan yang
sesuai dan menyediakan bilik rawatan yang sesuai.

(c) Kerjasama antara Masyarakat dan Sekolah


Kerjasama antara sekolah dengan masyarakat bertujuan untuk
mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan
masyarakat. Ia merupakan satu proses dua hala di mana kedua-dua sekolah
dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk mengawasi dan
mempertingkatkan lagi status/taraf kesihatan kanak-kanak. Dalam konteks
ini, sekolah perlu memikirkan apakah sumbangannya terhadap masyarakat
dan begitulah sebaliknya, iaitu apakah yang masyarakat boleh sumbangkan
kepada sekolah. Kerjasama meliputi:

(i) Penyediaan tandas yang mencukupi untuk murid-murid dan


kakitangan;
(ii) Kemudahan bekalan air yang selamat dan mencukupi; dan
(iii) Keadaan kantin yang bersih dan selamat di samping pengendalian
makanan yang sempurna (rujuk Rajah 1.2).

Rajah 1.2: Contoh kantin sekolah yang bersih


Sumber: http://www.smksb.edu.my/galeri/index.html
TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH W 7

Enam teras utama PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan satu
pendekatan bersepadu antara sektor awam, sektor swasta dan masyarakat
ke arah melahirkan sekolah sihat adalah seperti berikut:

(i) Polisi Kesihatan Sekolah;


(ii) Persekitaran Fizikal Sekolah;
(iii) Persekitaran Sosial Sekolah;
(iv) Penglibatan Komuniti;
(v) Kemahiran Kesihatan Diri; dan
(vi) Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

1.2.1 Polisi Kesihatan Sekolah


Polisi kesihatan sekolah ialah pernyataan yang menentukan tindakan dan
keperluan sumber bagi mempromosikan kesihatan. Polisi ini berfungsi sebagai:
Polisi Kesihatan Sekolah bertujuan untuk:

(a) Menyediakan piagam sekolah sebagai panduan kepada warga sekolah dan
masyarakat luar.

(b) Merancang dan mengawasi pelaksanaan polisi kesihatan.

Beberapa polisi yang boleh dibentuk oleh sesebuah sekolah yang berkaitan dan
bersesuaian dengan keperluan sekolah ialah:

(a) Polisi keselamatan makanan di kantin sekolah;


(b) Polisi pertolongan cemas;
(c) Polisi keselamatan sekolah;
(d) Polisi kawalan penyakit;
(e) Polisi persekitaran fizikal sekolah;
(f) Polisi persekitaran sosial sekolah;
(g) Polisi pendidikan kesihatan; dan
(h) Polisi peranan warga sekolah dan masyarakat.
8 X TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Polisi-polisi yang dilaksanakan perlu dikaji dan dikemaskini dari semasa ke


semasa.

Contoh polisi yang dimaksudkan boleh dilihat pada Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Contoh Jadual Polisi di Sekolah

Polisi Indikator
Bebas asap rokok Jumlah warga sekolah merokok di
dalam kawasan sekolah
Bilangan poster larangan merokok di
dalam kawasan sekolah
Keselamatan makanan di kantin sekolah „Rating‰ premis kantin sekolah

SEMAK KENDIRI 1.1

Nyatakan teras utama PBSS.

AKTIVITI 1.1

Nyatakan tujuan dan fungsi polisi kesihatan sekolah.

1.2.2 Persekitaran Fizikal Sekolah


Persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat ialah keadaan sekolah yang
mempunyai kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa bersih, ceria, sihat dan
sentiasa mempunyai persekitaran yang selamat. Persekitaran tersebut berfungsi
untuk:

(a) Mewujudkan persekitaran fizikal yang bersih dan selamat;

(b) Mewujudkan persekitaran yang bebas daripada risiko jangkitan penyakit;


dan
TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH W 9

(c) Memastikan semua kemudahan asas di sekolah mencukupi dan sentiasa


dalam keadaan bersih, ceria, selamat dan sihat yang merangkumi:
(i) Bangunan sekolah;
(ii) Bilik darjah;
(iii) Tandas;
(iv) Bekalan air;
(v) Telefon;
(vi) Kebun/landskap;
(vii) Makmal;
(viii) Kantin;
(ix) Asrama;
(x) Klinik;
(xi) Dewan;
(xii) Stor;
(xiii) Tempat letak kereta;
(xiv) Pagar;
(xv) Perparitan;
(xvi) Sistem pembuangan sisa pepejal;
(xvii) Pili bomba; dan
(xviii) Padang permainan.

Bagi memastikan persekitaran fizikal sekolah yang sempurna, beberapa perkara


perlu diambil kira, iaitu:

(i) Persekitaran yang bersih dan selamat bagi menggalakkan amalan


kesihatan, mengurangkan risiko jangkitan penyakit dan kejadian
kemalangan di sekolah.

(ii) Kebersihan kantin, dapur asrama dan dewan makan sekolah sentiasa
bersih, selamat dan mematuhi peraturan-peraturan kesihatan yang
terdapat dalam „Garis Panduan Kantin Sekolah‰ dan „Pekeliling
Pembangunan dan Bekalan Bil.2/1994 (Pengendalian Asrama)‰.
10 X TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

(iii) Memastikan pengalaman, penyediaan dan pengambilan makanan


berkhasiat dan bermutu oleh warga sekolah selaras dengan dasar
pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia semasa.

(iv) Mewujudkan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas asap rokok dan
Pengetua, Guru Besar atau guru diberikan kuasa untuk mengkompaun di
bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993.

(v) Memastikan sekolah bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes mengikut


„Buku Panduan Program Bebas Denggi di Sekolah 1994‰.

(vi) Memastikan persekitaran sekolah bebas daripada pencemaran udara, air


dan bunyi bising.

Pemantauan dan Penilaian


Petunjuk-petunjuk yang diambil kira ialah:

(a) Peratus sekolah mempunyai ÂratingÊ > 70 peratus untuk 3K (keceriaan,


keindahan dan keselamatan).
(b) Peratus sekolah melaksanakan program bebas denggi di sekolah.
(c) Peratus sekolah mencapai > 75 peratus ÂratingÊ bebas denggi di sekolah.
(d) Peratus sekolah mencapai 75 peratus ÂratingÊ premis makanan.
(e) Peratus sekolah mematuhi 100 peratus peraturan larangan merokok.
(f) Peratus sekolah bebas daripada kemalangan di sekolah.

1.2.3 Persekitaran Sosial Sekolah


Persekitaran sosial yang sihat dan selamat ialah persekitaran yang boleh
membentuk sikap dan amalan ke arah membina sahsiah warga sekolah yang
murni dan dapat mengatasi segala cabaran sama ada cabaran mental atau fizikal.
Persekitaran sosial sekolah yang baik berupaya menyediakan beberapa perkara
iaitu:

(a) Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk perkembangan mental


yang sihat dan mengurangkan tekanan (stress) di kalangan warga sekolah.

(b) Menyediakan persekitaran sosial yang sihat untuk perkembangan yang


seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek warga sekolah.
TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH W 11

Persekitaran sosial yang sihat dan selamat boleh membantu membentuk pelajar
yang seimbang dari kesihatan mental dan fizikal. Beberapa aktiviti boleh
dilaksanakan bagi merealisasikan matlamat tersebut. Aktiviti-aktiviti yang
dijalankan perlu berupaya:

(i) Membina ketahanan mental dan keyakinan diri warga sekolah melalui
penghayatan agama dan nilai-nilai murni.

(ii) Mewujudkan pelbagai aktiviti untuk mengurangkan tekanan (stress) dalam


kalangan warga sekolah seperti kegiatan Pembimbing Rakan Sebaya,
rekreasi, hobi, „punching bag‰, sudut pidato dan papan conteng.

(iii) Memberi perkhidmatan kaunseling terhadap kes-kes yang memerlukan.

(iv) Melaksanakan amalan cara hidup sihat pada setiap masa.

(v) Menangani kes-kes disiplin warga sekolah mengikut peruntukan


peraturan-peraturan disiplin yang sedia ada.

(vi) Menggalakkan pembentukan sahsiah yang murni melalui proses


pengajaran dan pembelajaran, Kem Motivasi, Kem Bina Semangat, Kem
Ibadat, Kursus Kepimpinan, Rakan Muda, PROSTAR dan lain-lain aktiviti
yang bersesuaian.

(vii) Memberi bantuan atau sokongan moral, khidmat nasihat dan sokongan
kewangan seperti Biasiswa, Tabung Kebajikan dan Insurans Takaful.

Pemantauan dan Penilaian


Berikut adalah petunjuk-petunjuk bahawa sekolah mempunyai persekitaran
sosial yang sihat dan selamat.

(a) Peratus sekolah bebas daripada penggunaan dadah;


(b) Peratus sekolah bebas daripada kes jenayah;
(c) Peratus sekolah menjalankan program PROSTAR; dan
(d) Peratus sekolah menjalankan aktiviti khidmat nasihat/kaunseling/anti-
stres.
12 X TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

1.2.4 Penglibatan Komuniti


Penglibatan komuniti adalah suatu bentuk kerjasama antara warga sekolah, ibu
bapa serta masyarakat yang menyokong dan meningkatkan tahap kesihatan
warga sekolah. Penglibatan tersebut berfungsi seperti berikut:

(a) Penglibatan aktif dalam aktiviti kesihatan.


(b) Melibatkan diri dalam bentuk tenaga kepakaran, bahan atau kewangan.
(c) Memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid.
(d) Menjadi „role model‰ amalan cara hidup sihat.

Untuk mencapai matlamat PBSS, beberapa aktiviti yang boleh dijalankan untuk
memenuhi fungsi penglibatan komuniti adalah seperti yang dilampirkan di
dalam Jadual 1.2.

Jadual 1.2: Aktiviti Penglibatan Komuniti

Aktiviti Fungsi

1. PROSTAR (Program x Aktiviti meningkatkan pengetahuan dan kesedaran


Sihat Tanpa AIDS komuniti dan warga sekolah tentang bahaya, cara
untuk Remaja) pencegahan dan kawalan AIDS di samping menanam sikap
positif dan prihatin gejala sosial terutama gejala seks bebas
dan penagihan dadah.

2. Bebas Denggi di x Aktiviti meningkatkan kefahaman, kesedaran dan


Sekolah kemahiran dalam mencegah dan mengawal demam denggi
yang melibatkan warga sekolah dan komuniti.

3. Anti-merokok x Aktiviti promosi anti-merokok dan penguatkuasaan di


sekolah sebagai kawasan larangan merokok melibatkan
warga sekolah dan komuniti.

4. Kempen Cara Hidup x Mengadakan aktiviti-aktiviti kempen cara hidup sihat


Sihat mengikut tema tahunan.

5. Program Kantin Sihat x Merancang, melaksana dan mengawasi penyediaan,


pemprosesan, hidangan dan penjualan makanan sihat di
kantin sekolah oleh warga sekolah dan komuniti.

6. Sekolah Bersih x Mempertingkatkan dan mempromosi kebersihan dan


keceriaan sekolah.
TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH W 13

7. Bebas Dadah x Melaksanakan Program Sijil Lencana Anti-dadah, aktiviti


peningkatan kesedaran pelajar akan bahaya
penyalahgunaan dadah serta langkah pencegahan dan
pengawalan.

8. Keselamatan x Melibatkan warga sekolah dan komuniti dalam aktiviti


mempertingkatkan keselamatan murid.

9. Rekreasi x Melaksanakan program rekreasi bersama komuniti dan


warga sekolah.

10. Agama dan x Melibatkan diri secara aktif dalam penerapan nilai agama,
Kerohanian moral dan kerohanian.

11. Kekeluargaan x Penglibatan komuniti dan warga sekolah dalam aktiviti


kekeluargaan.

12. Pemantauan dan x Bilangan aktiviti penglibatan komuniti yang dijalankan di


Penilaian sekolah atau warga sekolah.

x Bilangan penyertaan komuniti, ibu bapa dan warga sekolah.

1.2.5 Kemahiran Kesihatan Diri


Merupakan suatu usaha untuk membentuk sikap yang positif ke arah amalan
cara hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Kemahiran tersebut penting
bagi mengadakan pembelajaran dan pengajaran yang formal dan tidak formal
dalam mengendalikan kesihatan fizikal, mental, rohani dan sosial, serta alam
sekeliling ke arah amalan cara hidup yang sihat.

Beberapa aktiviti Kemahiran Kesihatan Diri boleh dijalankan, sama ada melalui
pendidikan formal dan tidak formal di sekolah. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah
seperti berikut:

(a) Kesihatan Fizikal

(i) Kebersihan diri

x Murid-murid mestilah diajar tentang kebersihan diri yang


ditetapkan dalam kurikulum sekolah.

x Sekolah perlu memastikan setiap murid mengamalkan kebersihan


diri setiap masa melalui kaedah pemeriksaan oleh guru, latihan
amali dan demonstrasi.
14 X TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

x Murid perlu bertanggungjawab terhadap kebersihan diri


sepanjang masa seperti berpakaian kemas dan bersih, rambut
kemas dan bersih, kuku pendek dan bersih serta gigi dan mulut/
hidung yang bersih.

(ii) Kesihatan Pergigian

x Sekolah perlu memastikan supaya aktiviti kesihatan pergigian


diajar dan diamalkan di sekolah.

x Sekolah perlu mengadakan kemudahan untuk latihan amali


kebersihan gigi.

(iii) Senaman dan Kecergasan

x Sekolah perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya dua masa


pelajaran dalam seminggu untuk senaman dan kecergasan.

x Sekolah perlu mengadakan kemudahan dan peralatan untuk


senaman dan kecergasan.

x Murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti


senaman dan kecergasan.

(iv) Makan Secara Sihat

x Sekolah mestilah mengajar konsep makan secara sihat kepada


setiap murid melalui kurikulum dan lain-lain aktiviti yang tidak
formal.

x Sekolah perlu memastikan makanan yang dijual di kantin sekolah


adalah bersih, selamat dan berzat.

x Murid mestilah digalakkan untuk memilih makanan yang berzat,


bersih dan selamat.

(v) Anatomi dan Fisiologi Tubuh Badan

x Guru dan murid perlu diberi pengetahuan asas mengenai struktur


dan fungsi tubuh badan melalui pendidikan formal.

x Guru dan murid perlu didedahkan kepada pengetahuan tentang


perkembangan dan pertumbuhan fizikal.

x Guru dan murid perlu didedahkan kepada masalah yang


berkaitan dengan perkembangan dan pertumbuhan fizikal.
TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH W 15

(vi) Pertolongan Cemas

x Sekolah perlu melatih guru dan warga sekolah berkaitan


pertolongan cemas.

x Sekolah perlu menyediakan sekurang-kurangnya satu peti


kecemasan di dalam setiap bilik darjah.

x Murid perlu mempelajari kaedah pertolongan cemas.

(b) Kesihatan Mental dan Sosial

(i) Perkembangan Mental dan Sosial

x Guru dan murid perlu didedahkan kepada pengetahuan mengenai


perkembangan mental dan sosial yang normal.

(ii) Tekanan Rakan Sebaya dan Keluarga

x Murid perlu diberi kemahiran untuk menangani masalah


berkaitan dengan rakan sebaya dan keluarga.

x Guru hendaklah didedahkan kepada cara-cara mengenal pasti


masalah kesihatan mental dan sosial dalam kalangan murid

x Sekolah perlu menyediakan perkhidmatan bimbingan dan


kaunseling kepada warga sekolah.

Pemantauan dan Penilaian


Berikut adalah senarai pemantauan dan penilaian bagi Pendidikan Kesihatan.

(a) Pendidikan Kesihatan Formal


(i) Ujian bertulis selepas topik/penggal/tahunan;
(ii) Ujian lisan selepas setiap topik/penggal/tahunan;
(iii) Kajian semula kurikulum sekolah yang formal;
(iv) Skor tingkah laku berkala;
(v) Laporan untuk setiap projek; dan
(vi) Senarai semak setiap penyeliaan berkala yang dijalankan.
16 X TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

(b) Pendidikan Kesihatan Tidak Formal


(i) Laporan Tahunan oleh:

x Jawatankuasa Kesihatan Sekolah;

x Kelab Kesihatan Sekolah; dan

x Biro Kesihatan.
(ii) Senarai semak bagi pemeriksaan fizikal dan persekitaran sekolah.
(iii) Skor pemeriksaan kesihatan diri.
(iv) Hadiah dan penghargaan bagi setiap aktiviti promosi kesihatan di
sekolah iaitu pertandingan kesihatan, kuiz kesihatan dan pameran
kesihatan.
(v) Skor tingkah laku selepas kaunseling.

1.2.6 Perkhidmatan Kesihatan Sekolah


Perkhidmatan kesihatan sekolah merangkumi promosi kesihatan dan
pemakanan, penjagaan kesihatan, rawatan, rujukan serta penempatan di dalam
kelas khas yang diberi oleh doktor perubatan dan pergigian, kakitangan
kejururawatan dan guru-guru untuk pencapaian kesihatan optimum warga
sekolah. Perkhidmatan kesihatan sekolah berperanan untuk:

(a) Memaklumkan guru dan ibu bapa mengenai tahap kesihatan murid bagi
membolehkan rawatan lanjut dan tindakan susulan bagi kes tertentu.

(b) Membina kefahaman dan kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan


kesihatan optimum dan amalan cara hidup sihat.

(c) Rancangan khas seperti rancangan makanan tambahan dan program susu
sekolah kepada murid dilaksanakan dengan sempurna.

(d) Menyediakan khidmat pertolongan cemas dan rujukan kepada warga


sekolah.

(e) Mengesan masalah kesihatan, merawat dan merujuk kes yang memerlukan
perhatian serta tindakan lanjut.

(f) Menyediakan pemantauan dan penilaian ke atas aktiviti-aktiviti kesihatan


sekolah.

(g) Mencegah dan mengawal kejadian penyakit.


TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH W 17

Aktiviti-aktiviti Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah:

(i) Penilaian Status Kesihatan


Penilaian status kesihatan meliputi pemeriksaan, pengesahan awal masalah
kesihatan dan ujian saringan bagi menentukan tahap kesihatan warga
sekolah seperti ujian penglihatan, kebersihan diri dan lain-lain oleh guru,
jururawat dan doktor. Antara aktiviti yang perlu dijalankan adalah:

x Sekolah hendaklah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga


untuk pemeriksaan kesihatan dan imunisasi murid.

x Rekod Kesihatan Murid (RKM) hendaklah sentiasa dikemaskini. RKM 1


hendaklah dihantar ke sekolah menengah yang berkenaan setelah
murid tersebut tamat tahun 6. Sekiranya seseorang murid itu bertukar
sekolah, buku RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah baharu.

x Pemeriksaan kesihatan hendaklah dijalankan secara berkala dan


berterusan.

x Pemeriksaan kesihatan diwajibkan untuk murid Tahun 1, Tahun 6,


Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.

x Guru hendaklah memberi kerjasama semasa pemeriksaan kesihatan


murid.

(ii) Rujukan dan Tindakan Susulan

x Pemerhatian atau rawatan awal terhadap kes yang dirujuk.

x Tindakan susulan oleh guru, jururawat atau pegawai perubatan.

(iii) Khidmat Kaunseling


Penyediaan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan oleh seorang guru
kaunselor yang terlatih di setiap sekolah.

(iv) Pemakanan
Aktiviti pemakanan meliputi:

x Penilaian status pemakanan murid melalui pengambilan berat badan


dan tinggi serta pengkelasan status pemakanan mengikut RKM.

x Pengesanan secara fizikal dan klinikal kes kurang zat makanan, obesiti,
beguk, anemia dan lain-lain.

x Rawatan dan rujukan kes kepada doktor atau jururawat.


18 X TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

x Ceramah dan promosi pemakanan (healthy eating) kepada warga


sekolah.

x Penyeliaan pelaksanaan penggunaan menu serta rancangan khas


seperti Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu Sekolah
mengikut garis panduan yang ditetapkan.

x Pemberian maklumat pemakanan melalui risalah, poster, tayangan


video dan lain-lain.

x Penyeliaan oleh Pegawai Zat Makanan dan Pegawai Kesihatan Daerah


terhadap pelaksanaan penambahan iodin dalam bekalan air di sekolah
yang diwartakan.

(v) Pergigian
Perkhidmatan pergigian perlu dijalankan:

x Dengan mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk rawatan


pergigian murid oleh sekolah.

x Untuk menilai status kesihatan pergigian yang merangkumi


pemeriksaan gigi, tisu-tisu lembut dan kecacatan „dentofacial‰ oleh
doktor pergigian atau jururawat pergigian.

x Untuk memerhati aspek kebersihan mulut murid oleh guru kelas.

x Dengan memberikan keutamaan kepada aspek pencegahan dan


promosi kesihatan pergigian.

x Dengan memberikan rawatan pergigian yang sistematik dan


komprehensif kepada murid.

x Dengan menyediakan rujukan bagi kes yang memerlukan perhatian


dan tindakan lanjut oleh doktor pergigian dan jururawat pergigian.

(vi) Pertolongan Cemas


Walaupun langkah berjaga-jaga ada disediakan, kemalangan dan serangan
penyakit masih boleh berlaku ketika murid berada di sekolah. Polisi dan
peraturan yang jelas untuk mengendalikan pertolongan kecemasan adalah
diperlukan.
TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH W 19

Sekolah juga perlu menyediakan perkara-perkara asas berikut:

x Sebuah bilik khas kesihatan (sick-bay) yang dilengkapi juga dengan peti
pertolongan cemas (sila rujuk Rajah 1.3).

x Sekurang-kurangnya seorang guru yang terlatih dalam memberi


pertolongan cemas dan resusitasi kardiopulmonari.

Rajah 1.3: Sebuah peti pertolongan cemas


Sumber: http://www.conney.com/Category_First-Aid_50001_10102_-1_11251_Y

(vii) Pendidikan Kesihatan


Aktiviti Pendidikan Kesihatan meliputi:

x Penyampaian Pendidikan Kesihatan kepada murid secara formal dan


tidak formal.

x Penilaian berkala dan berterusan tentang pengetahuan, sikap dan


amalan kesihatan dalam kalangan warga sekolah.

x Pendedahan kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan di


sekolah kepada warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat.

(viii) Kanak-kanak dengan Keperluan Khas


Aktiviti bagi kanak-kanak dengan perkembangan pada tahap di bawah
normal mengikut umur atau kehilangan keupayaan fizikal, penglihatan
dan pendengaran meliputi:

x Diagnos dan pengesahan kanak-kanak dengan keperluan khas.

x Pendaftaran dan penempatan kanak-kanak dengan keperluan khas.


20 X TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

x Rujukan kes untuk program pemulihan seperti pemulihan anggota,


pemulihan cara kerja dan lain-lain di peringkat klinik, hospital dan
komuniti kepada agensi berkaitan.

Pemantauan dan Penilaian


Pemantauan dan penilaian meliputi:

(a) Pemeriksaan Status Kesihatan


(i) Peratus murid yang diperiksa oleh jururawat dan doktor.
(ii) Kadar pengesanan cacat penglihatan.
(iii) Liputan imunisasi.
(iv) Kadar kejadian penyakit.

(b) Rujukan dan Tindakan Susulan


(i) Bilangan kes dirujuk.
(ii) Bilangan kes keciciran daripada kes rujukan.

(c) Pemeriksaan Status Pemakanan


(i) Bilangan dan peratus dengan berat badan menurut ketinggian.

x < 80 peratus mengikut tahun persekolahan (kurang zat makanan);


dan

x > 120 peratus mengikut tahun persekolahan (obesiti).

(ii) Bilangan dan peratus murid dengan hemoglobin (Hh) < 10 gm%
mengikut tahun persekolahan (anemia).

(iii) Bilangan dan peratus murid yang dikesan mengidap beguk.

(iv) Bilangan dan peratus murid yang menerima bantuan susu sekolah.

(v) Bilangan dan peratus murid yang menerima bantuan makanan


tambahan.

(d) Pemeriksaan Status Kesihatan Pergigian


(i) Peratus murid dengan tahap kebersihan gigi yang optima.
(ii) Peratus murid yang diberi rawatan sehingga tahap ÂdemofitnessÊ.
TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH W 21

(e) Pertolongan Cemas


(i) Bilangan dan peratus peti pertolongan cemas yang lengkap.

AKTIVITI 1.2

Nyatakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan melalui perkhidmatan kesihatan


sekolah.

x Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) diwujudkan dengan tujuan untuk


menyepadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan
sekolah yang mampu meningkatkan taraf kesihatan dalam kalangan warga
sekolah.

x PBSS mengandungi satu program yang terancang dan bersepadu, fleksibel,


inovatif dan kreatif berlandaskan keperluan semasa dan setempat melalui
kerjasama dan penglibatan komuniti.

x Enam teras utama PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan satu
pendekatan bersepadu di antara sektor awam, sektor swasta dan masyarakat
ke arah melahirkan sekolah sihat adalah seperti Polisi Kesihatan Sekolah,
Persekitaran Fizikal Sekolah, Persekitaran Sosial Sekolah, Penglibatan
Komuniti, Kemahiran Kesihatan Diri, Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

x Kerjasama antara sekolah dengan masyarakat adalah bertujuan untuk


mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan
masyarakat.

x Ia merupakan satu proses dua hala di mana kedua-dua sekolah dan


masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk mengawasi dan
mempertingkatkan lagi status/taraf kesihatan kanak-kanak.

x Dalam konteks ini, sekolah perlu memikirkan apakah sumbangannya


terhadap masyarakat dan sebaliknya, apakah yang masyarakat boleh
sumbangkan kepada sekolah.
22 X TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

x Perkhidmatan kesihatan di bawah PBSS termasuklah menilai status kesihatan


murid, memberi khidmat rawatan dan rujukan, memberi bimbingan dan
kaunseling, memberi penjagaan rawatan/kecemasan, mencegah dan
mengawal kejadian penyakit serta mendiagnosis dan membantu penempatan
kanak-kanak berkeperluan khas.

x Antara program berkaitan kesihatan yang dilaksanakan di sekolah adalah


Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Perkhidmatan Pergigian, Rancangan
Makanan Tambahan (RMT), Program Susu Sekolah (PSS), Pendidikan
Pencegahan Denggi, menjadikan sekolah kawasan larangan merokok,
menyediakan pertolongan cemas dan bilik khas kesihatan (sick-bay),
mewujudkan Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR),
mengadakan program bebas dadah dan kempen cara hidup sihat.

Andragogi Program Bersepadu Sekolah Sihat


(PBSS)
Pembelajaran
Program Kesihatan Sekolah (PKS)
Pendidikan

Anda mungkin juga menyukai