Anda di halaman 1dari 10

TERAPI CARA KERJA

• Turner, Foster dan Johnson (2002) mendefinasikan terapi cara kerja


ialah latihan aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan
tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau
kecacatan keatas individu yang mempunyai masalah mental dan
fizikal pada semua peringkat umur.
• NASAM, terapi cara kerja merupakan sejenis pemulihan untuk
memperbaiki kualiti hidup seseorang. Ia tertumpu kepada
memperbaiki kualiti hidup kebolehan menjalankan aktiviti hidup
seharian, penjagaan diri dan kemandirian ditempat kerja dan
riadah.
Objektif terapi cara kerja ialah:
1.Membolehkan murid pendidikan khas mengurus kehidupan seharian
dengan baik
2.Memulihkan anggota badan yang lemah supaya dapat berfungsi
dengan baik
3.Membolehkan individu berdikari dalam melakukan kerja seharian

Kepentingan terapi ini ialah:


1.Membantu murid khas menguasai kemahiran motor halus dengan baik
2.Meningkatkan kemampuan murid khas untuk melakukan sesuatu dengan otot-
otot kecil yang ada.
3.Meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan
keatas murid khas yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua
peringkat umur
Terapi cara kerja yang mudah boleh juga dilakukan dengan murid yang
bermasalah pembelajaran di sekolah. Antaranya:

• Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran hidup

• Latihan pravokasional

• Latihan aktiviti membuka dan memasang alatan


• Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran manipulatif
Masalah yang dihadapi dalam terapi ini ialah:
i). Tidak mendengar arahan
•Berlaku terutamanya pada murid autisme dan hiperaktif.
Tumpuan jangka pendek menyukarkan pakar terapi atau guru untuk menarik perhatian
mengikut masa yang diperuntukkan.
•Murid tidak faham arahan yang diberikan oleh guru

ii). Emosi terganggu


•Murid enggan melibatkan diri dan mudah asa dengan terapi yang diberikan
•Murid menangis apabila diberikan tugasan
•Bergantung pada persekitaran di rumah
samb
• ii). Kemudahan berbeza mengikut sekolah
• Sekolah tidak mempunyai prasarana yang lengkap untuk terapi cara kerja
• iv). Sensory integration problem (masalah dalam sentuhan)
• Murid enggan disentuhatau trauma apabila disentuh oleh orang yang tidak
dikenali
• Murid memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan ahli terapi atau
guru
• Menjerit apabila disentuh
• v). Berkhayal
• Murid yang mempunyai masalah autisme biasanya akan berkhayal apabila
diberikan tugasan dan lebih suka hidup dalam dunianya sendiri.
Cara mengatasi masalah ialah:

i). Teknik arahan bermakna


•Elakkan daripada menggunakan perkataan yang menjurus kepada arahan.
Contohnya: arahan membasuh rambut, ajar murid memegang tuala dengan kuat kemudian timbulkan
persoalan:kenapa ya?

ii). Masalah dalam sentuhan


•Latih murid untuk berkongsi barang dengan menyediakan dua barang dan biasakan untuk bertukar-tukar
barang dengan rakan yang lain.
•Galakkan untuk berkongsi supaya murid belajar menyentuh barangan rakan yang lain.
•Persekitaran perlu dipelbagaikan teksturnya seperti lantai kasar dan lembut.
samb
• ii). Emosi terganggu

• Tinggalkan aktiviti dengan murid bersendirian dan lakukan pemerhatian dari jauh.
• Beri ganjaran sebaik terapi dijalankan oleh murid
• Memaksa murid melakukan terapi tetapi mesti dilakukan secara berhemah
peringkat demi peringkat.

iii). Kemudahan perlu dipelbagaikan


• Guru tidak perlu menunggu peruntukan bahan bantu belajar, sebaliknya
menggunakan kreativiti mencipta BBB
• Guru perlu berkolaborasi dengan pakar terapi berkaitan dengan aktiviti yang
patut dilaksanakan.
Cara pelaksanaan terapi cara kerja

• Terapi cara kerja merupakan aktiviti yang menjurus kearah


membantu individu bermasalah dari aspek fizikal dan intelek bagi
mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin.
• Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan
otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang
vokasional dan kerjaya.
• Guru Pendidikan Khas boleh menerapkan terapi cara kerja kepada
murid khas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan.
• Diharapkan dengan terapi yang dijalankan, murid-murid dapat
menjalani kehidupan dengan lebih tersusun dan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai