Anda di halaman 1dari 23

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP Ambilan

Januari 2010

TERAPI INTERVENSI KAUNSELING KANAK-KANAK

Pengenalan

Terapi di dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud


suatu rawatan bagi sesuatu penyakit fizikal, mental atau jiwa secara proses
pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan dalam mengatasi
masalah fizikal, emosi atau social yang dihadapi oelh seseorang. Definisi
yang lebih tepat lagi adalah terapi merupakan kaedah untuk membantu
seseorang pelajar untuk bergerak balas terhadap aktiviti atau
kemahiran.Menurut Kamus Perubatan Mosby (2001), terapi telah didefinisikan
dengan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi
sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan
mengembalikan kefungsian badan secara normal.

Definisi terapi dalam konteks pendidikan pula ialah kaedah yang


membantu seseorang anak murid untuk bergerak balas terhadap sesuatu
aktiviti atau kemahiran. Konsep terapi dalam konteks pendidikan ialah
didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkerperluan khas.
Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah dan
ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif,
emosi, sosial atau psikomotor.

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, Intervensi membawa


makna campur tangan dalam urusan dua pihak yang berlainan. Defini
intervensi di dalam pendidikan pula membawa maksud mengubah dan
membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang bermasalah
supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri. Manakala,
kaunseling pula adalah satu perhubungan yang dicirkan oleh keyakinan,
saling memprcayai dan kemesraan yang membolehkan klien memperoleh
kestabilan dalam menyelesaikan masalah dengan bantuan kaunselor.

Intervensi yang berasaskan pendekatan kaunseling merupakan


tindakan yang dilakukan oleh kaunselor dalam membina program bimbingan

19
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP Ambilan
Januari 2010

dan kaunseling yang lebih komprehensif. Bentuk intervensi kaunseling yang


dijalankan juga perluah bersesuaian dengan jenis permasalahan yang
dihadapi oleh klien dalam meningkatkan keberkesanan program kaunseling
yang dijalankan.

19
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP Ambilan
Januari 2010

Terapi Bermain

Konsep Terapi Bermain

Permainan selalunya dikaitkan dengan cara bermain. Permainan


selalunya dikaitkan dengan kanak-kanak yang dianggap oleh orang dewasa
sebagai satu perbuatan yang membuang masa dan tidak produktif.
Sebaliknya jika kita kaji, permainan adalah satu aktiviti yang dapat membantu
kanak-kanak dalam perkembangan sahsiah dan pertumbuhan fizikal dan ia
utama dalam perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek, sosial
dan emosi. Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan
sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan
kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Carr pula
dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-
kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing.

Semasa bermain, kanak-kanak akan menggunakan pancaindera dan


minda yang tidak secara langsung menuju ke arah pembelajaran
menyelesaiakan masalah. Bermain menampakkan sesuatu proses yang
mendatangkan kesukaan. Dengan kata lain, kanak-kanak itu akan membuat
sesuatu kerana ia suka berbuat demikian dan berhenti apabila dia telah
bosan maka aktiviti tersebut boleh dikatakan bermain. Tambahan pula jika
kita meneliti konsep bermain itu, di mana sesuatu permainan akan
mengembangkan fizikal dan mental kanak-kanak melalui peraturan tertentu.
Kanak-kanak akan lebih tertarik dalam melaksanakan sesuatu aktiviti atau
penyelesaiain masalah dengan cara bermain.

Apabila konsep bermian yang digunapakai telah digunakan sebagai


terapi di dalam aspek intervensi kaunseling bagi kanak-kanak maka ianya
akan dikenali sebagai terapi bermain. Secara praktiknya, terapi bermain
adalah salah satu model pelbagai dimensi yang dikonseptualisasi
berdasarkan konsep-konsep tertentu seperti menganggap bahawa melalui
kaeedah bermain maka kanak-kanak akan lebih mudah memahami keadaan
dunia ini dan member peluang kepada kanak-kanak itu sendiri dalam

19
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP Ambilan
Januari 2010

menemui dan menroka identity masing-masing. Malah melalui unsure


simbolik yang terdapat di dalam konsep beramin itu sendiri akan member
peluang kepada kanak-kanak dalam mengkaji serta menguji pilihan secara
imaginasi.

Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada


kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang
dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar. Maka
di sini dapat dikatakan bahawa terapi permainan adalah satu terapi interaksi
sosial yang menyediakan kesempatan untuk belajar keterampilan sosial-
emosional dan meningkatkan ketahana emosional. Sementara kebanyakan
kanak-kanak akan belajr keterampilan social daripada pengamatan mereka
atau melalui intruksi yang eksplisit, pengajaran tambahan, latihan dan
pembinaan.

19
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP Ambilan
Januari 2010

Kaedah Perlaksanaan Terapi Bermain

Terapi bermain dapat digunakan dengan baik sebagai penilaian


mahupun sebagai terapi. Bermain merupakan salah satu bentuk terapi yang
sesuai digunakan untuk berinteraksi dengan kanak-kanak serta membantu
seorang kanak-kanak itu meluahkan perasaan atau emosi mereka. Terapi ini
sesuai digunakan sebagai terapi intervensi kaunseling kanak-kanak kepada
kanak-kanak yang mengalami gangguan tingkah laku dan fizikal yang meluas
seperti gangguan bahasa, gangguan kelakuan , gangguan hiperaktiviti kurang
daya tumpuan (ADHD) dan autism.

Kenapa bentuk terapi bermain sesuai digunakan kepada kanak-kanak


yang mempunyai masalah gangguan berikut?. Hal ini kerana kebanyakkan
kanak-kanak tersebut mempunyai masalah dalam memberi tumpuan , konflik
diri, masalah sosial dengan kanak-kanak lain dan sikap suka menyendiri. Bagi
menangani masalah gangguan berkenaan maka terapi bermain
menggunakan beberapa kaedah atau teknik dalam memulihkan kanak-kanak
tersebut. Antaranya ialah bermain dengan anak patung dan boneka,yang
dikatakan membuatkan kanak-kanak dapat melahirkan perasaan dan
pemikiran mereka. Ini kerana sewaktu bermain dengan permainan ini maka
ianya membentuk identiti diri dengan anak patung yang dimainkan malah
mainan tersebut boleh menjadi media untuk mengekpresikan perasaan
secara langsung serta dapat meluahkan perasaan secara selamat dan sihat.
Djiwandono (2005) menyatakan bahawa kanak-kanak dapat memindahkan
konflik yang ada di dalam dirinya ke dalam boneka dan mengurangkan
tekanan yang di alami

Teknik dalam terapi bermainlain pula adalah seperti main pasir.


Menurut Malinda & William (2000), terapi bermain pasir merupakan teknik
psikoterapeutik yang membolehkan pesakit menyusun objek kecil dalam
kotak mengandungi pasir dan membina dunia pasir mengikut dimensi dunia
realitinya. Terapi bukan lisan seperti terapi pasir ini adalah yang paling
berkesan untuk mengakses dan melepaskan perasaan tidak sedarkan diri. .

19
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP Ambilan
Januari 2010

Sambil kanak-kanak main pasir, mereka dapat melakonkan semula peristiwa


atau trauma yang telah berlaku dalam hidup mereka. Perasaan kanak-kanak
dinyatakan dalam tingkah laku mereka terutama kelakuan mula untuk
mengganggu orang lain atau mengganggu kehidupan keluarga dalam
beberapa cara. Bermain dengan pasir memberikan kanak-kanak peluang
untuk meluahkan kehidupan perasaan mereka dalam pergerakan, bunyi,
simbol dan imej dengan lebih berkesan dan ringkas .

Maka melalui terapi bermain, kanak-kanak dapat melibatkan diri


dengan bermain dengan pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan masalah
gangguan yang dialami malah dapat mengembangkan penumpuan yang lebih
baik, meningkatkan keyakinan diri dan belajar bersosial serta berinteraksi
secara betul dengan kanak-kanak lain.

19
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP Ambilan
Januari 2010

Faedah Terapi Bermain

Bermain pada anak-anak ibarat bercakap pada orang dewasa. Jika


diberikan peluang, maka kanak-kanak akan mengeluarkan perasaan dan
keperluan dengan ekpresi atau tindakan atau proses - takut, puas, marah,
bahagia, kecewa - menyerupai orang dewasa. Maka melalui bermainkank-
kanak dapat menyatakan perasaan atau masalah yang dihadapi secara non-
verbal dan hal ini lebih mudah berbanding secara lisan.

Ketika kanak-kanak itu meluahkan perasaan melalui permainan maka


mereka membawa perasaan tersebut ke dalam peringkat kesedaran,
sehingga akhirnya mereka akan terbuka, menerima, dan belajar
mengendalikan atau menolaknya (Axline dalam landreth, 2001). Hartup &
Smothergill (dalam landreth, 2001) menyatakan bahawa dalam bermain,
kanak-kanak dapat mengurangkan tegangan, mengendalikan kecemasan,
bertindak balas secara wajar, atau memanifestasikannya dalam penerimaan.

Melalui terapi bermain kanak-kanak sebenarnya secara tidak langsung


telah berupaya mengukuhkan lagi keterampilan, ketangkasan, imaginasi
malah mampu pula menganalisis masalah. Proses secara tidak langsung tadi
meliputi pelbagai tahap pergerakan seperti meraih, menggenggam, berjalan,
memegang, menjulur, menyentuh, menggigit, menjilat dan lain-lain lagi.
Proses ini boleh digelar sebagai proses penerokaan melalui lima
pancaindera.

19
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP Ambilan
Januari 2010

Terapi Bercerita

Konsep Terapi Bercerita

Cerita berbentuk naratif telah digunakan oleh setiap budaya


masyarakat sejak permulaan tamadun sebagai hiburan, pengekalan budaya
dan ianya telah pun berkesan ke atas pemupukan nilai murni dan nilai moral
di kalangan kanak-kanak sejak kecil lagi. Menurut Kamus Dewan , cerita
adalah jalinan dan susunan mengenai kejadian dan hal-hal yang berlaku
sama ada benar ataupun merupkan khayalan pencerita sahaja. Justeru kini
aktiviti bercerita bukan sahaja digunakan untuk hiburan malah ianya
digunakan sebagai salah satu kaedah terapi untuk menyampaikan peristiwa
dengan menggunakan perkataan, imej dan suara. Terapi bercerita itu juga
dapat digunakan sebagai satu teknik untuk menyalurkan sesuatu maklumat
melalui perkataan, gambar dan bunyi yang sering kali dilakukan melalui teknik
improvisasi.

Terapi bercerita merupakan salah satu terapi yang mengetengahkan


konsep bercerita sebagai idea utama dalam terapi bercerita. Pada masa yang
sama, ahli teoris menganggap bercerita adalah satu cara yang berkesan
untuk membina rapo. Di samping itu, terapi ini dapat mengenali kanak-kanak
dengan lebih mesra lagi. Selain daripada itu, melalui terapi ini murid dapat
menyerap nilai-nilai pembelajaran melalui watak di dalam sesebuah cerita
tanpa memikirkan tentang masalah mereka sendiri

Oleh kerana dalam sebuah cerita mengandungi nilai-nilai murni yang


boleh diterapkan ke dalam setiap individu terutama kanak-kanak dan
ditambah pula dengan sifat intrinsic kanak-kanak yang suka mendengar cerita
maka terapi bercerita dijadikan sebagai salah satu pendekatan yang paling
berkesan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku
bermasalah. Semasa mereka menyampaikan cerita masing-masing, kanak-
kanak berkongsi maklumat penting mengenai diri serta keluarga mereka, di
samping melahirkan perasaan yang terpendam. Akibatnya, guru bimbingan

19
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP Ambilan
Januari 2010

dan kaunseling lebih memahami konflik kanak-kanak serta dinamika keluarga


mereka.

19
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP Ambilan
Januari 2010

Kaedah Perlaksanaan Terapi Bercerita

Bercerita dapat digunakan sebagai salah satu pendekatan yang baik


dan menarik dalam memberikan terapi kepada kanak-kanak. Kanak-kanak
yang bermasalah selalunya menghadapi kesukaran dalam meluahkan dan
menyampaikan perasaan mereka secara terbuka dan terus. Oleh itu, guru
atau kaunselor perlu mencari sumber yang berkaitan dalam masalah yang
dihadapi atau pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh murid tersebut.
Berdasarkan sumber tersebut maka seorang kanak-kanak akan lebih
terdorong untuk meluahkan perasaan secara tidak langsung. Malah sekiranya
kanak-kanak terbabit mempunyai masalah, maka menjadi tugas dan
tanggungjawab guru atau kaunselor dalam membantu kanak-kanak terbabit
dalam meluahkan atau menyampaikan sesuatu perkara tanpa segan ataupun
malu.

Terapi bercerita sesuai dijalankan secara berkelompok ataupun


individu. Kaunseling kelompok melibatkan perhubungan individu yang
menekankan aspek kekuatan, fikiran, perasaan dalam aktiviti pembelajaran,
peribadi dan sosial. Corey (1981). Oleh sebab itu pelaksanaan terapi
bercerita dalam kelompok memudahkan perkongsian pengalaman antara ahli
kelompok. Namun demikian penggunaan teknik ini dalam kaunseling
kelompok memerlukan syarat proses kaunseling berpusatkan klien iaitu
empati, penerimaan tanpa syarat, dan kongruen/ keikhlasan.

Terdapat beberapa kaedah perlaksanaan terapi bercerita antaranya


ialah mengadakan sesi beg cerita ajaib di mana objektif kaedah ini adalah
untuk membina satu cerita berdasarkan objek ajaib. Peralatan yang
digunakan ialah satu beg kertas yang mengandungi pelbagai objek. Ketua
kumpulan akan mempunyai pelbagai objek di dalam sebuah beg kertas.
Setiap ahli kumpulan perlu mengambil satu bagi setiap seorang. Objek
tersebut boleh diambil daripada objek yang digunakan setiap hari seperti
berus gigi, batu, bulu ayam dan sebagainya. Objek tersebut akan diletakkan
di dalam sebuah beg yang tidak menampakkan bahagian dalam beg. Dengan

19
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP Ambilan
Januari 2010

tidak memandang ke dalam beg, ahli kumpulan akan menarik objek secara
rawak. Objek tersebut dianggap ajaib dan penting dalam penceritaan. Ahli
kumpulan diberikan beberapa minit untuk membuat cerita berdasarkan objek
yang dipilih. Ahli kumpulan akan menceritakan sebuah cerita berdasarkan
objek tersebut.

Teknik kedua dalam terapi bercerita adalah dengan menggunakan


kaedah yang konvensional iaitu buku cerita. Kaedah ini memerlukan murid
untuk mereka sebuah buku cerita dan kaedah ini paling banyak digunapakai
dan mudah difahami oleh guru atau kaunselor dalam memahami luahan
perasaan kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak akan memilih sebuah cerita
atau mereka sebuah cerita mereka sendiri. Setelah mereka memilih cerita
atau mereka cerita, kanak-kanak tersebut akan mula membina sebuah buku
cerita. Penghasilan buku cerita boleh dilakukan berdasarkan kekreatifan
kanak-kanak tersebut.

Teknik ketiga ialah dengan menggunakan gambar yang akan


merangsang visual dan imaginasi serta perhatian kanak-kanak kepada lebih
terperinci. Kaedahnya adalah dengan menunjukkan gambar yang
menunjukkan objek dengan lebih dekat. Gambar tersebut boleh diambil
dengan sendiri atau diambil daripada majalah. Perlu dipastikan bahawa
gambar tersebut mempunyai tekstur dan warna yang pelbagai. Kanak-kanak
akan memberikan pandangan mereka tersendiri tentang gambar yang dilihat.
Selepas itu, kanak-kanak akan mereka sebuah cerita berdasarkan
pandangan mereka tentang gambar yang dilihat.

Teknik terapi bercerita kapsul masa adalah yang kerap juga digunakan
oleh guru atau kaunselor. Malah dengan menggunakan kaedah kapsul masa
ini maka kanak-kanak akan lebih merasa selesa dalam menceritakan tentang
masa lepas.Kaedah ini dilakukan dengan meminta kanak-kanak tersebut
untuk membawa gambar, lukisan, atau barang peribadi yang penting dalam
hidup mereka atau kanak-kanak tersebut juga boleh menulis cerita tentang
peristiwa dan kejadian yang penting dalam hidup mereka. Kemudian kanak-

19
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP Ambilan
Januari 2010

kanak terbabit akan mereka sebuah kotak atau tiub daripada surat khabar,
gambar majalah atau lukisan mereka. Sebelum meletakkan barang peribadi
ke dalam kotak tersebut, kanak-kanak tersebut akan menceritakan tentang
kejadian di sebalik barang tersebut dan mengapa barang tersebut penting
bagi mereka. Apabila barang telah diletakkan ke dalam kapsul masa, kapsul
tersebut akan ditutup dan mereka tidak dibenarkan membuka sehingga
sampai suatu masa mengikut arahan guru ataupun kaunselor dan dari situlah
guru mahupun kaunselor memainkan peranan dalam memahami dan
mengetahui perkara di sebalik perasaan kanak-kanak berkenaan.

Melalui kaedah-kaedah yang ada maka kita dapat lihat bahawa kanak-
kanak juga membaut tafsiran terhadap pengalaman hidup mereka yang
manis, pahit atau traumatic dalam kehidupan mereka. Mereka akan cuba
mengaitkan beberapa peristiwa tertentu menjadi satu turutan yang merentasi
tempoh masa mahupun mereka menyembunyikan perasaan tersebut melalui
barangan kepunyaan mereka. Walaupun begitu, seorang guru atau kaunselor
perlu mahir dalam mentafsir mesej yang dikemukakan secara simbolik. Ini
kerana kadang kala perkara yang dieceritakan oleh kanak-kanak tersebut
adalah hasil dari imaginasi mereka yang tinggi. Maka oleh itu, guru atau
kaunselor perlu menggunakan kaedah yang pelbagai dalam mengenalpasti
masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut.

19
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP Ambilan
Januari 2010

Faedah Terapi Bercerita

Melalui terapi bercerita, kanak-kanak akan mengambil cerita yang


disampaikan akan diambil menjadi teladan dalam menjalani kehidupan
mereka. Di dalam sebuah cerita juga ia merangkumi pelbagai pengalaman
emosi dan ianya sangat membantu kanak-kanak memilih perkataan yang
bersesuaian dan diperlukan dalam menyatakan perasaan yang sedang
mereka alami serta dapat membantu kanak-kanak tersebut untuk memahami
perasaan tersebut.

Terapi bercerita mempunyai kelebihan dan faedah yang tersendiri.


Antaranya ialah kanak- kanak dapat meluahkan perasaan terpendam dan
berkongsi maklumat diri sesama kawan-kawan mereka. Hal ini membolehkan
mereka berasa diri mereka dihargai dengan adanya perkongsian masalah
dalam kaunseling kelompok. Secara tidak langsung, ahli-ahli kumpulan akan
cuba untuk menyatakan langkah penyelesaian kepada rakan-rakan mereka
terhadap masalah yang dihadapi. Terapi bercerita ini merupaka suatu teknik
yang berkesan bagi menyemai kemahiran berkomunikasi kepada kanak-
kanak (Trencher,1991).

Terapi ini juga memberi kelebihan kepada guru atau kaunselor kerana
dapat memahami konflik kanak-kanak dengan lebih senang secara sukarela.
Melalui aktiviti bercerita, murid akan memegang sesuatu watak dan secara
tidak langsung cara untuk mereka menyelesaikan masalah dalam cerita yang
perlu mereka ceritakan akan menonjolkan masalah-masalah yang dihadapi
oleh murid. Guru akan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
murid terutamanya murid yang bersikap pasif di dalam kaunseling kelompok.
Kepercayaan dalam ahli kumpulan dapat diwujudkan terutamanya dalam
terapi kelompok. Hal ini dapat dilihat melalui kemahiran interpersonal yang
dipelajari seperti komunikasi mata, berunding dan menerima pandangan
orang lain dan membantu sesebuah kumpulan untuk membuat keputusan
secara bersama.

19
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP Ambilan
Januari 2010

Di samping itu juga, melalui terapi ini juga, kanak-kanak juga dapat
meluahkan perasaan yang terpendam secara refleks atau tidak langsung
melalui perwatakan yang ditonjolkan semasa mereka memegang sesuatu
watak ketika bercerita. Selain daripada itu, kanak-kanak dapat
mengembangkan lagi kemahiran fizikal mereka dalam bercerita dan ekspresi
emosi mereka melalui bahasa tubuh. Tambahan itu, melalui aktiviti sebegini
akan menjadikan pembelajaran social yang dialami oleh kanak-kanak
bermasalah menjadi sihat dan positif lalu menggalakkan rasa diterima dan
selesa di kalangan mereka.

Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat menambah keyakinan diri


untuk mengeksperesikan perasaan dan idea di mana pendekatan ini
memerlukan penglibatan murid secara aktif. Malah dengan melaksanakan
pelbagai aktiviti di dalam terapi bercerita ini maka ianya akan membantu
kanak-kanak dalam meluahkan perasaan mereka dengan lebih sihat di mana
mereka tidak perlu bergaduh, menjerit atau melakukan kerosakan harta
benda di sekeliling mereka. Dengan terapi bercerita, mereka dapat
mengaitkan masalah yang dihadapi sekaligus menyelesaikan masalah
dengan bimbingan dan pendapat guru., kaunselor dan kawan-kawan.

Terapi Seni
19
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP Ambilan
Januari 2010

Konsep Terapi Seni

Seni membawa maksud yang terlalu global kerana setiap individu


menjalani kehidupan dengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza .
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga (1997) yang
menerangkan definisi seni adalah membawa makusd karya termasuklah
sajak, lukisan, muzik dan lain-lain yang dicipta dengan bakat atau kecekapan
dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Menurut Ensiklopedia Malaysiana (1996),
seni itu adalah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah-indah
pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan atau
pendengaran. Menurut buku M.A.J Beg, Fine Arts in Islamic Civilization
(1981) menyatakan bahawa pemikir Islam iaitu Imam Al-Ghazali
memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan
keindahan.

Oleh kerana seni sering dikaitkan dengan keindahan, ketenangan dan


kecantikan maka terapi seni telah diwujudkan di dalam kelompok terapi
intervensi bagi kanak-kanak. Terapi Seni adalah satu bentuk psikoterapi yang
menggunakan media seni sebagai mod komunikasi utamanya. Terapi Seni
adalah satu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif
seni membuat untuk memperbaiki dan meningkatkan fizikal, mental dan
emosi individu semua peringkat umur. Ia adalah berdasarkan kepercayaan
bahawa proses kreatif yang terlibat dalam seni diri ungkapan membantu
orang ramai untuk menyelesaikan konflik dan masalah, membangunkan
kemahiran interpersonal, mengurus tingkah laku, mengurangkan tekanan,
meningkatkan keyakinan diri dan kesedaran diri, dan mencapai wawasan

Klien yang boleh menggunakan terapi seni boleh mempunyai pelbagai


kesukaran, kurang upaya atau diagnosis. Ini termasuk, sebagai contoh,
masalah kesihatan emosi, tingkah laku atau mental, pembelajaran atau
kurang upaya fizikal, hidup menghadkan syarat, otak-kecederaan atau
keadaan neurologi dan penyakit fizikal. Terapi Seni mengintegrasikan bidang
pembangunan manusia, seni visual (lukisan, lukisan, ukiran, dan bentuk seni

19
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP Ambilan
Januari 2010

yang lain), dan proses kreatif dengan model kaunseling dan psikoterapi.
Terapi seni ini ialah seni adalah medium kepada komunikasi simbolik.
Pendekatan ini yang sering disebut sebagai seni psikoterapi, menekankan
produk-gambar, lukisan dan ekspresi seni lain. Terapi ini membantu dalam
menzahirkan masalah-masalah, emosi dan konnflik.

Kaedah Perlaksanaan Terapi Seni

19
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP Ambilan
Januari 2010

Terapi seni boleh disediakan untuk kumpulan, atau individu,


bergantung kepada keperluan pelanggan. Ianya bukan satu aktiviti rekreasi
atau pengajaran seni, walaupun sesi-sesi boleh menyeronokkan. Pelanggan
tidak perlu mempunyai apa-apa pengalaman atau kepakaran dalam seni yang
sebelumnya. "

Faedah Terapi Seni

19
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP Ambilan
Januari 2010

Terapi Muzik

19
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP Ambilan
Januari 2010

Konsep Terapi Muzik

Albert Einstein pernah menyatakan bahawa mempelajari muzik bukan


sahaja meningkatkan kreativiti individu malah meningkatkan daya logikal
seseorang itu. Secara mudahnya, mempelajari muzik boleh merangsang
kedua-dua aktiviti otak. Jadi, memang muzik sesuai digunakan sebagai terapi
ataupun rawatan kepada kita. Muzik merupakan ragam seni yang
berpengaruh terhadap audiennya tanpa intepretasi. Muzik sebenarnya berkait
rapat dengan emosi, sebabnya, penghasilan muzik datang daripada emosi
manusia itu sendiri. Muzik telah memainkan peranan yang besar dalam
membentuk emosi individu.Muzik sebenarnya mempunyai suatu kuasa,
semangat, ataupun ubat yang boleh menjadikan kita tenang, marah, sedih,
rindu, sayu, menangis, seronok dan sebagainya.

Muzik juga dikatakan mampu merangsang sel-sael saraf sehingga


perasaan manusia boleh diperlemah, diperkuat atau dialihkan. Muzik juga
terbukti dapat membantu dalam proses pembelajaran. Satu tinjauan yang
dijalankan di Amerika Syarikat ke atas penuntut kolej menunjukkan bahawa
tahap kecerdikan dapat dipertingkatkan dengan mendengar muzik gubahan
Mozart. Muzik penggubah termasyhur itu berupaya menurunkan denyutan
jantung dan membuat anda bersantai. Maka, tidak hairanlah jika muzik
digunakan sebagai alat terapi.

Menurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008), Terapi muzik adalah alternatif
dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik
bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan
mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang
dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian

19
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP Ambilan
Januari 2010

Kaedah Perlaksanaan Terapi Muzik

Muzik digunakan untuk merawat kanak-kanak yang mempunyai sawan,


Attention Deficit Disorder (ADD), mental, kemurungan, tekanan dan insomnia

Faedah Terapi Muzik

19
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP Ambilan
Januari 2010

Terapi muzik mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan


seseorang pesakit itu melalui penafsiran klinikal khusus. Melalui teknik itu,
pakar terapi akan menjalankan program muzik terapi membabitkan teknik
mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi,
perbincangan lirik muzik, mengarang dan mengubah lagu, membuat
persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis
menggunakan muzik.

Tujuannya untuk mengalih kesakitan dan tekanan yang sesak


ditanggung pesakit menggunakan medium muzik.Mungkin ada yang tertanya-
tanya, apa kaitannya terapi muzik dengan kecantikan? Jangan anda lupa,
tahap kesihatan mental sebenarnya banyak mempengaruhi kesihatan emosi
dan jasmani kita.Malah, ada yang mengaitkan jiwa yang tenang terpancar
melalui air muka seseorang.

Justeru, apabila mental bebas daripada sebarang tekanan, pasti wajah


akan kelihatan awet muda dan berseri-seri secara semula jadi.Dalam sejarah
kebudayaan Islam sendiri, muzik tidak sekadar sebagai hiburan tetapi turut
mempunyai peranan penting dalam kehidupan.

Al-Farabi menghasilkan buku dan teori mengenai muzik dan ia


dijadikan rujukan Barat sehingga sekarang. Begitu juga barisan ulama
termasuk Dr Yusuf al-Qaradawi dikatakan pernah mengaitkan muzik dengan
naluri dan perasaan seseorang sehingga membentuk bakat, perasaan dan
keperibadian.Katanya, jika tujuan seni itu digunakan untuk kebaikan, begitu
jugalah hukumnya.

Justeru, seni itu bersifat neutral, tidak sekadar untuk hiburan malah
membawa banyak kebaikan tersirat jika diselidik penggunaannya.

Selain itu kami juga memperolehi maklumat mengenai terapi muzik


melalui satu artikel(Music Therapy for disable children).Artikel ini telah ditulis
oleh Ashley Bell di sebuah sekolah(Brooke Point High School,California). . Di
dalam artikel ini penulis menyatakan bahawa terapi muzik boleh digunakan

19
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP Ambilan
Januari 2010

untuk merawat bukan hanya kanak-kanak autisme, tetapi juga kanak-kanak


yang menghadapi masalah pembelajaran sindrom down, masalah
pendengaran, lemah anggota badan dan masalah kerencatan mental.
Menyedari hakikat bahawa kanak-kanak normal biasanya sukakan muzik,
maka penulis telah menjadikannya sebagai elemen penting dalam
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak
bermasalah pembelajaran. Hasilnya begitu menggalakkan.

Penulis artikel hanya menyatakan bahawa terapi muzik memang


sesuai digunakan untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran
berdasarkan daripada artikel-artikel lain, jurnal dan juga kajian yang dilakukan
oleh pakar- pakar terapi muzik Walaubagaimana pun kami amat bersetuju
dengan penulis bahawa terapi muzik amat berkesan bukan sahaja dengan
kanak-kanak normal terapi ia amat membantu dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Satu contoh
yang diberikan di dalam artikel ini di mana seorang kanak-kanak sindrom
down bernama Josh Clark berumur lapan tahun. Josh di rawat oleh seorang
pakar terapi muzik iaitu Giannina, L.Hofmeister-Connoly.

Mereka melakukan latihan berbeza untuk mengenali nombor, huruf dan


juga nama akhir Josh. Gianna merasakan bahawa cara yang paling baik
untuk menolong Josh mengingati nama akhirnya ialah melalui lagu yang
disukainya iaitu Twinkle, twinkle, twinkle little star. Gianna dapati bahawa
Josh dengan mudah mengingati rentak lagu tersebut dan menyanyikan huruf-
huruf dalam nama akhirnya. Dalam satu minggu Josh telah dapat mengeja
Clark.

Di sini, penulis menyatakan, tanpa terapi muzik mungkin ia akan


memakan masa yang lebih lama untuk Josh mengingat dan mengeja Gianna,
ahli terapi muzik Josh menyatakan bahawa seseorang mempunyai berbagai
cara dan strategi yang berbeza untuk belajar, dan pakar juga tidak dapat
menyatakan dengan tepat bagaimana otak memproses maklumat. Tetapi

19
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP Ambilan
Januari 2010

muzik boleh menolong melahirkan proses tersebut. nama akhir keluarganya.


Mungkin beberapa minggu atau beberapa bulan.

Kanak-kanak, malah sehingga ke peringkat usia remaja merupakan


golongan yang amat menggemari muzik dan nyanyian. Oleh kerana itu, maka
peluang harus diambil oleh para guru untuk menggunakan elemen seni dan
muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
terutama untuk kanak- kanak bermasalah pembelajaran. Ini amat bertepatan
sekali dengan penggunaan elemen nyanyian dan bermain alat muzik
khususnya untuk menghafal dan memahami gambarajah. Bagi murid-murid
atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran, cara nyanyian didapati amat
berkesan. Mereka dapat dengan sendirinya melalui improvisasi, menghafal
dan menyebut huruf-huruf dalam nyanyian dengan lebih mudah.

Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat membantu murid-murid atau


kanak-kanak bermasalah pembelajaran tersebut mengenali, menyebut dan
menghafal huruf, malah aktiviti pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih
menghiburkan dan menyeronokkan bukan sahaja murid malahan guru juga.
Ini terbukti apabila kanak-kanak yang menjadi responden di dalam artikel ini
mampu untuk mengingat dan menghafal malah kanak-kanak yang
menghadapi masalah sukar bercakap, akhirnya memberi respon melalui
terapi muzik. Ini dipercayai merupakan hasil daripada aktiviti nyanyian yang
dijalankan oleh kanak-kanak tersebut dengan bimbingan ahli terapi mereka.

Temu bual dengan ibu bapa responden dan ahli terapi jelas
membuktikan bahawa kaedah nyanyian melalui terapi muzik amat berkesan
dan menyeronokkan kanak-kanak tersebut.

19

Anda mungkin juga menyukai