Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM,

JOHOR

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2021

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: MPU3112 Semester / Tahun: 1 / 3


Ambilan: JUN 2019
Nama Kursus: BINA INSAN GURU
(BIG) Kumpulan: PJ1,PJ2,PJ, DAN RBT

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. KERTAS KERJA (BERKUMPULAN) 29 Sept 2021 3 Okt 2021

2. LAPORAN REFLEKSI 3 Okt 2021 7 Okt 2021

3..PEMBENTANGAN (REFLEKSI) 7 Okt 2021 7 Okt 2021

4.PENILAIAN AMALI BERTERUSAN 3 Okt 2021 12 Okt 2021

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal ,mental,emosi,rohani dan
sosial melalui penglibatan dalam semua aktiviti.
2. Mempamerkan ciri-ciri kerohanian , nilai etika dan akhlak keguruan melalui
penyertaan sepanjang aktiviti (A5, LO2, LO8, EM3)
3. Mengaplikasikan kemahiran mengendali, bekerjasama dalam satu pasukan
dengan ciri-ciri kepemimpinan dan menunjukkan sikap sukarelawan melalui
setiap aktiviti yang dirancang dan disertai (P6, LO5, LO8, LO9, TS3, EM1, LS1)
4. Mengorganisasi langkah-langkah keselamatan dan pencegahan
sebelum,semasa dan selepas melaksanakan semua aktiviti yang dirancang
dengan mematuhi Standard Prosedur Operasi (SOP) (C4, P6, A4, LO3, CTPS2)
5. Membentangkan rumusan refleksi terhadap persekitaran yang berbeza
berdasarkan aktiviti yang telah dilaksanakan secara keratif.(C5, A3, LO3, LO4,
CTPS2, CS1)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3,4 dan 5

Objektif Kerja Kursus:


Pelajar akan dapat:
1. Menghasilkan kertas kerja secara berkumpulan berdasarkan format yang lengkap
2. Menulis laporan reflektif selepas perlaksanaan aktiviti berdasarkan persekitaran
berbeza
dengan mempamerkan kemahiran berfikir aras tinggi.
3. Membentangkan refleksi holistik yang menunjukkan pemikiran kritikal berkaitan
aktiviti-aktiviti
yang disertai.
4. Mempamerkan, mengaplikasikan dan mengorganisasi langkah-langkah
keselamatan (SOP) serta daya tahan, kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani,
sosial, nilai etika dan akhlak keguruan melalui penglibatan dalam semua aktiviti.

STIMULUS
Pembangunan insan guru merupakan perkara yang sangat penting dalam
pembangunan latihan guru. Selaras dengan itu, program Bina Insan Guru ini
bertujuan untuk melahirkan siswa pendidik yang mempunyai jati diri yang kukuh,
daya tahan emosi, mental dan kekuatan fizikal, memiliki ciri-ciri kepimpinan,
menunjukkan kerja berpasukan, mengamalkan sosialisasi dan menunjukkan
pemikiran yang kritikal semasak melaksanakan setiap aktiviti Oleh yang demikian,
siswa pendidik diwajibkan untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di luar
bilik darjah, penglibatan dengan komuniti setempat dan berinteraksi dengan sekolah
seperti yang dirancang dalam progran BIG.
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:
Tugasan 1. Kertas Kerja (Kumpulan) -25%
Siswa pendidik dikehendaki menghasilkan satu kertas kerja program Bina Insan
Guru secara berkumpulan dengan lengkap (setiap kumpulan tidak melebihi 3 orang).
Kertas kerja hendaklah mengandungi 1000 patah perkataan. Kandungan kertas kerja
hendaklah mengandungi perkara berikut:
a) Pendahuluan/Tujuan
b) Rasional
c) Matlamat
d) Objektif
e) Kumpulan sasaran
f) Masa dan Tempat
g) Senarai Ahli Jawatankuasa
h) Anggaran Perbelanjaan
i) Tentatif program
j) Penutup
k) Senarai nama peserta
l) Lampiran lain yang berkaitan

 Kertas kerja yang dihasilkan hendaklah lebih kurang 1000 patah perkataan.

Tugasan 2. Laporan Reflektif (Individu) - 20%


Siswa pendidik dikehendaki menghasilkan laporan reflektif tentang perlaksanaan
aktiviti berdasarkan persekitaran dan situasi yang berbeza. Laporan hendaklah
merangkumi perkara berikut;
a) Pengalaman
b) Analisis SWOT atau CIPP ataupun mana-mana model yang sesuai untuk
membuat
analisis
c) Rumusan atau kesimpulan
d) Lampiran gambar aktiviti
Tugasan 3. Pembentangan Refleksi (Individu) - 5%

Siswa pendidik dikehendaki membentangkan refleksi setelah selesai melaksanakan


setiap aktiviti. Refleksi melibatkan pengalaman dan dikaitkan dengan peranan
sebagai siswa pendidik, bakal guru dan senario pendidikan pada masa kini.

Tugasan 4. Amali Berterusan (Individu) - 50%


Siswa pendidik dikehendaki melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti dengan
mempamerkan serta mengaplikasikan daya tahan dan kekuatan fizikal, mental,
emosi, rohani, sosial, nilai etika, kerjasama, kepimpinan dan akhlak keguruan serta
mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan dan pencegahan berdasarkan SOP
melalui penglibatan dalam semua aktiviti

Arahan Pelaksanaan Tugasan:


1. Tugasan 1 secara kumpulan (tidak melebihi 3 orang), manakala Tugasan 2, 3
dan 4 adalah secara individu.
2. Format penulisan tugasan 1 dan 2 adalah seperti berikut :
a) Muka depan hendaklah mengikut templet terkini.
b) Font Arial.
c) Saiz huruf 11.
d) Langkau 1.5 baris.
3. Rujukan format APA ( American Psychological Association ).
4. Lampiran mesti disertakan.
5. Jawab dalam Bahasa Melayu.
6. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
7. Markah tugasan 1 adalah 25 % dan markah tugasan 2 adalah 20 %.
8. Tugasan 3 dan 4 dinilai sepanjang perkhemahan secara berterusan.
a) Markah tugasan 3 adalah 5 % dan markah tugasan 4 adalah 50 %.
10. Bahagian kulit luar kerja kursus hendaklah dilengkapi dengan maklumat
berikut :
a) Nama Pelajar
b) Angka giliran / Nombor matrik
c) Nombor Kad Pengenalan
d) Kumpulan / Unit
e) Kod dan Nama kursus
f) Nama Pensyarah
g) Tarikh Hantar
11. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
TUGASAN YANG BAIK HARUS MENUNJUKKAN KRITERIA BERIKUT :

1. Isi kandungan kertas kerja yang lengkap, menyeluruh dan terperinci.


2. Tugasan merangkumi perkara seperti yang dinyatakan dalam soalan.
3. Bukti dan bahan yang dapat menyokong hujah hendaklah dikemukakan.
4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
5. Penulisan esei / laporan / refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras
bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan mempamerkan pemikiran
kritikal.
6. Rujukan perlu daripada pelbagai sumber yang sahih dan relevan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

____________________________ _______________________________
( Nama: MOHTAR BIN YACOB ) (Nama: ABD JABAR BIN A RAHMAN )

Pensyarah / Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME) / Penyelaras Kursus /


Pensyarah Kanan

Disahkan oleh:

___________________________________
(Nama: WAN AZAHAR BIN WAN YAACOB )

Ketua Jabatan

Anda mungkin juga menyukai