Anda di halaman 1dari 7

1.

Disebabkan waktu berpuasa agak


lama, baik jika makanan yang diambil
adalah makanan yang mengambil
masa lama untuk dicerna.

2. Makanan itu mengambil masa lebih


kurang 8 jam untuk dicerna
berbanding dengan makanan mudah
cerna yang mengambil masa lebih
kurang 3-4 jam.
3. Secara amnya makanan boleh
digolongkan kepada tiga kategori utama:
3.1 Makanan yang mengambil masa
untuk dicernakan: Cth: makanan
bijirin, seperti barli, oats, beras
(karbohidrat kompleks)
3.2 Makanan yang dicernakan dengan
mudah dan cepat. Cth: gula, tepung
(karbohidrat mudah)
3.3 Makanan mengandungi serat. Cth:
sayuran, buahan, bijirin dan
sebagainya.
4. Pemakanan mestilah seimbang daripada tiga
kumplan pemakanan di atas. Makanan berminyak
kurang baik dan perlu dihadkan. Ia menyebabkan
masalah pencernaan, pedih ulu hati dan berat
badan.
5. Elakkan:
5.1 Makanan berminyak dan berlemak
5.2 Makanan yang terlalu banyak gula
5.3 Makan terlalu banyak ketika sahur
5.4 Merokok
6. Makan:
6.1 Makanan yang mengandungi
karbohidrat kompleks, ini
mengurangkan rasa lapar.
6.2 Kurma sumber baik untuk gula.
Serat, karbohidrat, garam
6.3 Pisang, sumber baik untuk
potassium (garam mineral) dan
karbohidrat.
7. Minum:
Minum sebanyak mana yang boleh
dari buka puasa sehinggalah sahur,
ini membolehkan badan
menyelaraskan kandungan air
setiap masa.
8. Masalah kesihatan yang mungkin timbul:
8.1 Sembelit – boleh menyebabkan
buasir atau luka di dubur. Ia juga
boleh menyebabkan kembung.
Sebab utama sembelit adalah
memakan makanan yang tidak
mengandungi serat, terlalu kurang
minum air dan makanan dari
kumpulan karbohidrat mudah.
8.2 Kembung dan proses pencernaan
tidak baik – disebabkan terlalu
banyak makan terutama sekali
makanan berminyak, makanan
pedas, minuman berkabonat.
8.3 Kekejangan otot – Disebabkan
kurangnya garam mineral seperti
kalsium, magnesium dan
potassium. Dengan memakan
makanan yang banyak garam galian
seperti buahan dan sayuran dapat
mengurangkan masalah
kekejangan. Bagi mereka yang
mengalami masalah darah tinggi
pastikan anda mendapat nasihat
doktor.
8.4 Pedih ulu hati (gastritis) –
Kandungan asid di dalam perut
yang tinggi boleh menyebabkan
masalah gastrik.
Makanan pedas, minuman
berkabonat dan kopi boleh
memburukkan masalah gastrik.
8.5 Masalah batu karang – Buah
pinggang, ini berlaku jika kurang
minum air. Penting untuk minum
banyak air untuk mengelakkan
masalah kencing batu.

Anda mungkin juga menyukai