Anda di halaman 1dari 24

UNIT 2.

ADAPTASI SISTEM
TUBUH MANUSIA
OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:


1) Membuat perkaitan antara tindak balas kardiovaskular,
sistem otot, sistem respiratori, sistem saraf dan sistem
endokrina terhadap latihan.

2) Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi


adaptasi sistem tubuh terhadap latihan.

3) Membuat perkaitan antara adaptasi sistem tubuh


terhadap latihan anaerobik dan aerobik.

4) Membuat perkaitan antara pertumbuhan dan


kematangan biologi dengan prestasi anaerobik dan aerobik.
PENGENALAN
o Prestasi dalam sukan bergantung pada program latihan
yang dijalankan secara sistematik dan berterusan.

o Tahap prestasi tinggi dalam sukan menuntut mereka


yang terlibat dalam bidang sukan untukm menyediakan
diri atlet dari segi psikologi, fisiologi dan taktikal.

o Program latihan yang sistematik dan berterusan dapat


meningkatkan prestasi atlet dan seterusnya akan
berlakulah adaptasi sistem tubuh manusia terhadap
latihan fizikal yang dilakukan oleh atlet.
TINDAK BALAS SISTEM TUBUH
1. KARDIOVASKULAR

1.Kadar denyutan jantung meningkat


2.Isipadu strok meningkat dengan
peningkatan ruang ventrikel kiri
3.Keluaran jantung meningkat
4.Tekanan jantung meningkat
5.Kelikatan darah meningkat
TINDAK BALAS SISTEM TUBUH
2. RESPIRATORI

1.Pernafasan menjadi lebih dalam dan kadar


pernafasan meningkat.
TINDAK BALAS SISTEM TUBUH
3. SARAF

1.Peningkatan isipadu darah ke otot


2.Pengurangan penghantaran darah ke
sistem lain
3.Merangsang stimulasi untuk berpeluh
semasa latihan jangka masa panjang.
TINDAK BALAS SISTEM TUBUH
4. OTOT

1.Menggunakan simpanan karbohidrat,


protein dan lemak yang disimpan dalam
otot sebagai sumber tenaga.
TINDAK BALAS SISTEM TUBUH
5. ENDOKRINA

1.Rembesan hormone tumbesaran (GH)


meningkat.
2.Rembesan hormone adrenalina dan
noradrenalina meningkat.
AKTIVITI INDIVIDU:

Buat satu poster tentang


adaptasi daripada kesan latihan
ke atas sistem tubuh mengikut
kreativiti. Tampalkan poster di
papan kenyataan dalam kelas.
CIRI-CIRI TULANG
• Terdapat 4 bentuk
– TULANG PANJANG
– TULANG PENDEK
– TULANG LEPER
– TULANG TAK TENTU BENTUK
• Terdapat 2 jenis tisu tulang iaitu
– TULANG MAMPAT
– TULANG SPONGOSIA & KANSELUS
• Kedua-dua tulang mampat dan tulang spongosia
mengandungi sel tulang atau OSTEOSIT
STRUKTUR TULANG
• Permukaan luar tulang diselaputi oleh
PERIOSTEUM
• Periosteum mengasingkan tulang daripada
tisu-tisu sekeliling dan menyediakan laluan
bagi bekalan darah dan saraf, melibatkan
diri dalam pemulihan tulang dan
pembesaran tulang. Fiber tendon dan
ligamen bercantum dengan periosteum.
• Di dalam tulang endosteum selular
memenuhi ruang kaviti sum-sum
CIRI-CIRI MIKROSKOPIK TULANG
• Kedua-dua tulang padat dan tulang
spongosia mengandungi sel-sel tulang @
OSTEOSIT di dalam karung-karung kecil
yang dipanggil LAKUNAE.
• Lakunae terdapat di antara matriks sempit
yang dikenali sebagai LAMELLAE.
• Terdapat terusan-terusan kecil
KANALAKULI tersebar melalui matriks,
menyambungkan lakunae kepada saluran
darah yang berhampiran.
TULANG PADAT
• Unit fungsional tulang padat adalah OSTEON @
SISTEM HAVERSIAN.
• Di dalam Osteon, osteosit disusun dalam lapisan
konsentrik di sekeliling kanal pusat atau Kanal
Haversian yang mengandungi saluran darah.
• Lamellae berbentuk silindrikal dan terletak selari
dengan aksi panjang
• Terusan yang terhasil membina laluan dan
mencantumkan saluran darah kepada
periosteum @ kaviti sum-sum.
TULANG SPONGOSIA
• Tulang spongosia mempunyai aturan
lamellae yang berbeza dan tanpa osteon.
• Sebaliknya lamellae membentuk palang
atau piring-piring – TRABEKULAE
• Kanalikuli yang terpancar dairpada
lakunae tulang spongosia terhenti di
permukaan trabekulae yang terdedah.
SEL-SEL DALAM TULANG
• Walaupun osteosit adalah sel yang paling
banyak dalam tulang, terdapat sel-sel lain.
• 3 jenis sel asas adalah
– Osteosit – sel tulang matang, mengekalkan struktur
asas dengan mengitar semula garam kalsium dalam
matriks dan bantu dalam pemulihan sel
– Osteoklast – sel-sel gergasi dengan 50 atau lebih
nuklei. Asid dan enzim yang dirembeskan melarutkan
matriks tulang dan membebaskan garam galian yang
disimpan melalui osteolisis.
– Osteoblast – sel yang bertanggungjawab
menghasilkan tulang baru
PEMBENTUKAN TULANG
• Tumbesaran tulang menentukan saiz dan
bentuk tubuh badan.
• Pembentukan skeletal bermula kira-kira 6
minggu selepas fertilisasi, apabila embrio
12mm panjang.
• Semasa pembentukan tulang
menggantikan tisu-tisu pengikat.
• Terdapat 2 kaedah ossifikasi
OSSIFIKASI INTRAMEMBRANOUS
• Bermula apabila osteoblast berubah di dalam
tisu pengikat embrionik atau tisu pengikat
fibrous.
• Ossifikasi sebegini selalu berlaku dalam
permukaan dermis yang lebih dalam.
• Osteoblast berubah daripada sel stem tisu
pengikat apabila komponen organik matriks
yang dirembeskan oleh sel stem menjadi keras
akibat kalsifikasi.
• Ossifikasi ini mula berlaku di pusat ossifikasi
OSSIFIKASI INTRAMEMBRANOUS
• Apabila ossifikasi berterusan, osteoblast yang
terperangkap di dalam tulang menjadi
osteosit.
• Pembesaran tulang aalah suatu proses aktif
dan osteoblast memerlukan oksigen dan
bekalan nutrien – saluran darah terbentuk di
dalamnya.
• Pada mulanya tulang intramembranous
menyerupai tulang spongosia tetapi
remodeling seterusnya di sekitar saluran
darah yang terperangkap menghasilkan
osteon.
OSSIFIKASI ENDOKONDRAL
• Kebanyakkan tulang skeletal di bentuk
melalui ossifikasi endokondral daripada
kartileg hialine yang sedia ada.
• Kartileg mula terbentuk dahulu dan
apabila embrio berusia 6 minggu model
kartileg tulang tangan dan kaki diganti
dengan tulang sebenar.
• Pada mulanya model kartileg menyerupai
tulang benar.
LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN
LANGKAH 1 :
• Ossifikasi endokondral bermula sebagai
kondrosit di dalam model kartileg.
• Ia membesar dan matriks di sekeliling
mula menjadi keras.
• Sel-sel mati kerana difusi nutrien menjadi
perlahan melalui matriks yang menjadi
keras akibat mendapan kalsium.
LANGKAH 2 :
• Pembentukan tulang mula-mula berlaku di
bahagian permukaan batang(shaft).
• Saluran darah mengambil alih
perikondrium dan sel lapisan dalam
bertukar kepada osteoblast.
• Osteoblast kemudian mula menghasilkan
matriks tulang.
LANGKAH 3
• Saluran darah mengambil alih bahagian
dalam katileg dan osteoblast baru yang
berubah membentuk tulang spongosia di
dalam tengah shaft pada pusat primari
ossifikasi.
• Pembentukan tulang bergerak ke kedua
hujung, mengisi shaft dengan tulang
spongosia
LANGKAH 4
• Apabila tulang membesar, osteoblast
memecahkan sebahagian daripada tulang
spongosia dan menghasilkan kaviti sum-
sum
• Model Kartileg tidak dipenuhi dengan
tulang kerana kartileg epifiseal di hujung
terus membesar dan memanjang
LANGKAH 5
• Bahagian tengah epifisis mula mendap
kalsium.
• Saluran darah dan osteoblast memasuki
kawasan ini
• Pusat ossifikasi sekunder terbentuk dan
epifisis dipenuhi dengan tulang spongosia
• Bahagian atas tulang terdedah kepada kaviti
sendi sebagai kartileg artikular
• Pada fasa ini, tulang pada batang dan epifisis
dipisahkan oleh piring epifiseal.

Anda mungkin juga menyukai