Anda di halaman 1dari 71

ASAS SAINS SUKAN DALAM PJ II

(BIOMEKANIK)

Dr. Junaidy bin Mohamad Hashim


15 April 2021
Sistem Mekanikal Jasad

1. Sistem Tuas
2. Jenis pergerakan manusia
2.1 Pergerakan linear
2.2 Pergerakan bersudut
BIOMEKANIK

• Definisi
 Sintesis bidang biologi dan mekanik bertujuan untuk
memahami dan menjelaskan pergerakan manusia

 Mengkaji pertalian antara struktur dan fungsi manusia serta


interaksinya dalam konteks penghasilan pergerakan
• Biomekanik ialah disiplin sains sukan yang mengkaji
pembolehubah yang mempengaruh kualiti dan kuantiti
sesuatu pergerakan yang dihasilkan. Bidang ini mensintesis
disiplin-disiplin ilmu biologi dan fizik dalam menjelaskan
pencapaian prestasi pergerakan manusia. Pengetahuan
biomekanik asas seterusnya boleh diperkaya dengan
mengetahui maklumat-maklumat mengenai jenis daya serta
kaedah tindakan sesuatu daya untuk menentukan kualiti
mutlak pergerakan yang kita lakukan.
SISTEM TUAS RANGKA
Definisi

• Struktur tegar yang bergerak pada satu titik tetap.


• Terdiri daripada FULKRUM, BEBAN dan DAYA
• Paksi tetap dinamakan FULKRUM
• Daya luar yang bertindak keatas struktur tegar – DAYA
• Rintangan - BEBAN
Tuas jasad manusia terdiri daripada:
• Tulang sebagai palang
• Sendi = fulkrum
• Penguncupan otot = daya
• Rintangan / kerja = beban
JENIS TUAS

• Kelas pertama
• Kelas kedua
• Kelas ketiga
KLASIFIKASI TUAS
Tuas kelas pertama Tuas kelas kedua Tuas kelas ketiga

Fulkrum terletak antara Beban terletak antara Daya terletak antara


daya dan beban daya dan fulkrum beban dan fulkrum

Tuas kelas kedua Tuas kelas ketiga


Tuas kelas pertama menggunakan daya menggunakan daya yang
menggunakan daya yang yang kecil untuk lebih besar tetapi
kecil untuk mengatasi mengatasi beban yang pergerakan pantas
beban yang besar tetapi besar tetapi pergerakan
pergerakan perlahan perlahan pada julat yang
kecil
Contoh Penggunaan: i Apabila berjengket atas Mengangkat tangan di
hujung kaki. Hujung kaki bahagian siku dan siku
Dalam permainan bertindak sebagai bertindak sebagai
badminton, aktiviti fulkrum, otot kaki fulkrum, tangan sebagai
merejam dan menerima sebagai daya dan berat beban dan menghasilkan
hantaran bulu tangkis. badan sebagai beban pengecutan
otot bicep
Sendi pergelangan
tangan sebagai fulkrum,
otot lengan sebagai daya
dan reket sebaga beban
DISKRIPSI PERGERAKAN ASAS

fleksi ekstensi hiperekstensi


DISKRIPSI PERGERAKAN ASAS
DISKRIPSI PERGERAKAN ASAS
DAYA DAN PERGERAKAN
• Dalam sukan, pergerakan-pergerakan asas seperti yang disenaraikan
bergabung untuk menghasilkan pergerakan yang melibatkan penghasilan
daya maksimum. Pergerakanpergerakan seumpama ini melibatkan
interaksi segmen jasad untuk menghasilkan daya. Untuk menghasilkan
daya maksimum, strategi pergerakan adalah untuk menggunakan
seberapa banyak sendi yang relevan kepada pergerakan tersebut. Sendi-
sendi tersebut digunakan mengikut urutan dari penggunaan otot besar
kepada otot kecil dan pergerakan ini berlaku dalam arah yang sama.
• Dua jenis pergerakan yang melibatkan penghasilan daya maksimum ini
adalah seperti yang berikut:
• (a) Pergerakan linear
• (b) Pergerakan bersudut
PERGERAKAN LINEAR

• Pergerakan linear adalah pergerakan yang melibatkan sesaran


menegak, mendatar atau melengkung pada arah dan kelajuan
yang sama. Pergerakan ini terbahagi kepada dua iaitu: -
i. pergerakan rektilinear
ii. pergerakan kurvelinear.
Pergerakan rektilinear
pergerakan melibatkan sesaran menegak atau mendatar
PERGERAKAN KURVELINEAR

pergerakan melibatkan sesaran melengkung


PERGERAKAN ROTASI/BERSUDUT
Pergerakan bersudut adalah pergerakan yang melibatkan rotasi bahagian
badan yang bersentuhan dengan tapak sokongan
HUKUM-HUKUM NEWTON DALAM PERGERAKAN
HUKUM NEWTON PERTAMA
HUKUM INERTIA
• Pergerakan Linear
Jasad tidak akan menghasilkan pergerakan sekiranya tiada sebarang
aplikasi daya ke atas jasad tersebut. Jasad yang bergerak tidak akan
berhenti sekiranya tiada daya bertindak ke atasnya.

• Pergerakan Angular
Sesuatu jasad akan kekal berada dalam keadaan asalnya (sama ada
sedang pegun atau berputar pada paksi rotasinya) sehingga wujud
tindakan daya tork ke atas jasad tersebut.
HUKUM NEWTON KEDUA
HUKUM PECUTAN
• Pergerakan Linear
Daya berhubungkait positif dengan pecutan. Konsep pecutan turut
melibatkan daya yang terhasil apabila berlaku perubahan pada kadar
halaju.

• Pergerakan Angular
Pecutan jasad semasa pergerakan rotasi adalah berkadar terus
dengan tork yang menghasilkan pergerakan tersebut. Pecutan rotasi
wujud pada arah yang sama dengan arah tork. Pecutan ini berkadar s
ongsang dengan momen inertia jasad tersebut.
HUKUM NEWTON KETIGA
HUKUM REAKSI
• Pergerakan Linear
Aplikasi sesuatu daya akan diiringi daya tindakan dengan magnitud
yang sama tetapi pada arah yang berlawanan.

• Pergerakan Angular
Apabila tork jasad pertama diaplikasi ke atas jasad kedua, jasad
kedua akan menjana tork yang berlawanan, tetapi dengan nilai
magnitud yang sama, ke atas jasad pertama
HUKUM NEWTON

• Semua mekanik lakuan yang dipengaruhi oleh daya


graviti mematuhi tiga Hukum Newton
HUKUM PERTAMA : HUKUM INERSIA
• Inersia ialah kuantiti jasad yang mewujudkan rintangan terhadap
perubahan pada jasad. Hukum ini menyatakan bahawa jasad yang pegun
kekal berada dalam keadaan pegun sehingga terdapat aplikasi daya
untuk menggerakkan jasad tersebut. Sebaliknya, jasad yang bergerak
akan kekal begerak sehingga terdapat aplikasi daya untuk menghentikan
pergerakan tersebut. Jumlah daya yang perlu untuk mengubah keadaan
jasad tersebut adalah berkadar terus dengan jisim jasad yang terlibat.
• Dalam sukan, aplikasi Hukum Inersia adala berkait rapat dengan konsep
stabiliti. Bagi sukan yang memerlukan kestabilan tinggi seperti gusti, atlet
yang bersaiz besar berpotensi untuk mencapai prestasi tinggi. Hal ini
demikian kerana daya yang tinggi diperlukan untuk mengatasi inersia
yang tinggi daripada jisim jasad yang besar.
• Pernahkah kita melihat ahli gusti sumo berbadan kecil?
• Sebaliknya, bagi sukan-sukan yang memerlukan pergerakan
lincah dan perubahan arah seperti gimnastik, atlet berbadan
kecil lebih berpotensi mencapai prestasi tinggi kerana hanya
sedikit sahaja daya yang diperlukan untuk mengatasi inersia
yang rendah daripada jisim jasad yang kecil.
HUKUM KEDUA : HUKUM PECUTAN
• Daya berhubung kait positif dengan pecutan.
• Pecutan ialah daya yang terhasil apabila berlaku perubahan velositi pada
jasad yang sedang mengalami pergerakan.
• Berdasarkan hukum ini, daya dihubungkaitkan dengan kadar perubahan
pada momentum jasad.
• Momentum merujuk kepada kuantiti mekanikal sesuatu jasad dan
dipengaruhi oleh faktor-faktor jisim dan halatuju jasad. Hubung kait ini
boleh dinyatakan menerusi persamaan:

M = mv [M ialah momentum, m ialah jisim dan v ialah velositi]


• Perubahan momentum dalam jasad adalah sama dengan impuls.
• Impuls ialah panduan antara daya dengan jangkamasa daya tersebut
bertindak ke atas jasad.
• Penghasilan impuls yang tinggi ketika sesuatu tindakan
mempengaruhi kualiti pergerakan secara keseluruhan.
• Aplikasi Hukum ini dalam sukan adalah berfokus kepada kepantasan
aplikasi daya ke atas jasad.
• Sebagai contoh, sekiranya kita menendang 0.5 kg bola dengan daya
setinggi 10 N, daya pecutan yang dihasilkan oleh bola semasa
pergerakan ialah 20 m/s.
• Jika daya yang sama dikenakan ke atas bola yang berjisim 1 kg,
pecutannya akan menjadi berkurangan.
• Berdasarkan hukum ini, jika kita inginmemaksimukan penghasilan
daya, kita perlu melakukan pergerakan dengan pantas kerana situasi
ini akan meminimumkan nilai t (kerana masa yang singkat) dan
meniggikan nilai v (kerana velositi pergerakan yang laju). Hasilnya
ialah nilai F (daya) yang besar.
MOMENTUM
HUKUM KETIGA : HUKUM REAKSI
• Hukum ini menyatakan bahawa aplikasi sesuatu daya akan diiringi oleh
daya reaksi dengan magnitud yang sama tetapi bertindak pada arah
yang berlawanan.
• Konsep yang penting mengenai hukum ini dalam pergerakan ialah
bahawa daya sentiasa bertindak secara berpasangan, iaitu mengikut
konsep aksi-reaksi.
• Bagi setiap daya aksi yang diaplikasi, akan wujud daya reaksi yang sama
sifatnya kecuali daya ini bertindak mengikut arah yang bertentangan
• Aplikasi Hukum ini amat meluas dalam situasi sukan.
• Apabila atlet menggunakan blok permulaan ketika memulakan lari
pecut, daya yang mampu dijana ke hadapan adalah tinggi kerana daya
tolakan ke belakang yang dikenakan ke atas blok akan dibalas dengan
daya reaksi ke hadapan daripada blok tersebut.
• Daya reaksi ini masih wujud tanpa menggunakan blok permulaan
tetapi tidak optimum.
• Hal ini demikian, kerana aplikasi daya tolakan ke bumi biasanya tidak
setinggi berbanding di blok permulaan.

• Dalam aktiviti lompatan pula, ternyata kita mampu melompat lebih


tinggi sekiranya sendi lutut difleksikan ketika melompat. Aksi fleksi
lutut ini mengaplikasi tindakan daya ke bumi dan daya reaksi daripada
bumi akan bertindak ke atas jasad untuk membantu penjanaan daya
yang lebih tinggi ketika melompat.
SATAH DAN AKSIS PERGERAKAN
SATAH DAN AKSIS PERGERAKAN
SATAH DAN AKSIS PERGERAKAN
TERMINOLOGI PERGERAKAN SENDI
TERMINOLOGI PERGERAKAN SENDI
ORIENTASI PERGERAKAN
ORIENTASI PERGERAKAN
ORIENTASI PERGERAKAN
JENIS PERGERAKAN
PERGERAKAN AM

PERGERAKAN AM
( general motion )

Pergerakan terha
daripada sil
kombinasi
pergerakan linear &
angul .
ar
Kemahiran su
bany ka
melibatkan
ak n
pergerakan a
m
.
SESARAN, HALAJU DAN PECUTAN
PROJEKTIL
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROJEKTIL
Kinematik angular
Jarak/sesaran angular
Halaju angular (Ѡ)
KINETIK
Linear Kinetik

Pusat graviti

• Titik keseimbangan jasad.


• Penentuan pusat graviti sesuatu jasad dipengaruhi oleh
tumpuan taburan jisim jasad berdasarkan satah - satah
anatomi yang wujud dalam pergerakan.
• Bagi setiap jasad pegun, posisi pusat graviti adalah tetap dan
jasad tersebut akan berada di dalam keadaan yang dikenali
sebagai ekuilibrium.
KESTABILAN DAN KESEIMBANGAN

• Stabiliti merujuk kepada keadaan yang mampu membolehkan


keseimbangan dikekalkan.
• Dalam sukan, aspek stabiliti penting kerana mengekalkan
keseimbangan adalah asas utama bagi membolehkan atlet
melakukan pergerakan kemahiran yang kompleks dengan
baik.
• Penentuan posisi stabil adalah berdasarkan kedudukan pusat
graviti jasad
FAKTOR - FAKTOR MEMPENGARUHI KESTABILAN

• Pusat tarikan graviti: Jika pusat graviti beralih dari kawasan tapak
sokongan kestabilan akan berkurangan.
• Pegun: Objek yang pegun lebih stabil daripada objek yang bergerak
• Inersia: Objek yang mempunyai inersia yang tinggi lebih stabil daripada
objek yang mempunyai inersia rendah.
• Luas tapak sokongan: Objek yang lebih luas akan lebih stabil.
• Jisim: Objek lebih stabil apabila beratnya tertumpu pada tapak sokongan.
• Pusat graviti: Objek lebih stabil jika pusat gravitinya lebih rendah
TAPAK SOKONGAN

• Faktor utama dalam pemerolehan stabiliti ialah saiz dan


bentuk tapak sokongan.
• Syarat untuk mencapai stabiliti ialah dengan memastikan
pusat graviti sentiasa berada di atas tapak sokongan.
Berdasarkan rajah di atas, situasi yang paling
stabil adalah situasi di tengah. Ini kerana
pusat graviti berada di atas tapak sokongan
yang paling luas, berbanding situasi - situasi
di kiri dan kanan
PRINSIP-PRINSIP STABILITI

• Beberapa prinsip stabiliti yang releven dengan situasi


kesukanan adalah seperti berikut:
PRINSIP 1

• Jasad semakin stabil apabila kedudukan pusat graviti semakin rendah.


• Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:

Gimnas artistik yang hilang keseimbangan akan secara


automatik memfleksikan lutut. Aksi fleksi lutut
merendahkan posisi pusat graviti, jadi memudahkan jasad
mencapai kembali kedudukan stabil.
PRINSIP 2
• Stabiliti yang lebih tinggi akan dicapai sekiranya tapak sokongan
diluaskan pada arah tindakan daya.

• Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:

Dalam tenis, ketika membuat hantaran atau membalas


pukulan, luaskan tapak sokongan pada arah daya akan
diaplikasi. Aksi meluaskan tapak sokongan secara abduksi
kaki pada arah pukulan menghasilkan posisi dirian yang
lebih mantap.
PRINSIP 3

• Jisim yang tinggi adalah jasad yang lebih stabil.

• Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:


Bagi sukan yang berfokus kepada aspek kestabilan dan rintangan
terhadap impak, atlet bertubuh besar lebih berkemampuan
mengekalkan stabiliti. Sebagai contoh, dalam sukan ragbi,
pemain berjisim tinggi lebih sesuai untuk posisi melakukan
skrum. Semua ahli gusti sumo mempunyai jisim badan yang
berlebihan supaya sukar hilang stabiliti.
PRINSIP 4
• Untuk kestabilan maksimum, garis graviti perlu merentasi tapak sokongan
pada titik: (a) yang menghasilkan julat pergerakan yang tinggi, dan (b)
yang berlawanan arah dengan daya yang menghasilkan pergerakan.

• Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:


Ketika menunggu hantaran balas dalam tenis, atau menunggu
tendangan penalti dalam bolasepak, pastikan garis graviti berada di
bahagian tengah tapak sokongan. Situasi ini boleh dicapai secara
dirian dengan kaki diabduksi seluas bahu. Posisi begini selain
menjamin tahap stabiliti yang baik, turut memudahkan pertukaran
arah pergerakan
PRINSIP 5

• Daya geseran yang tinggi pada tempat kontek permukaan dan


jasad akan menghasilkan situasi yang lebih stabil.

• Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:


Penggunaan kasut - kasut sukan yang sesuai mengikut
keperluan stabiliti sukan yang terlibat jelas memperlihatkan
aplikasi prinsip ini. Sebagai contoh, kasut tenis untuk
gelanggang keras dan kasut tenis untuk gelanggang tanah
liat mempunyai struktur binaan dan corak tapak yang
berbeza.
PRINSIP 6
• Kestabilan dinamik lebih mudah dicapai sekiranya atlet memberi
tumpuan visual terhadap objek pegun.

• Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:


Gimnas yang menghadapi kesukaran untuk mengimbangkan
badan di papan imbangan digalakkan untuk menumpukan
kepada sesuatu peralatan yang tidak bergerak, seperti
papan skor, meja pengadil atau aparatus yang berdekatan.
DAYA DAN PERGERAKAN
• Setiap pergerakan dilakukan adalah hasil interaksi daya-daya yang
bertindak ke atas jasad yang menghasilkan lakuan tersebut. Daya juga
membolehkan jasad berubah arah dalam pergerakan. Secara amnya,
daya boleh didefinisikan melalui persamaan berikut :
F = ma
[F ialah daya (force), m ialah jisim (mass) dan a ialah pecutan
berdasarkan graviti (acceleration)]

• Setiap jenis daya mempunyai ciri-ciri yang terdiri daripada komponen-


komponen daya menegak dan daya mendatar. Daya resultan diperoleh
hasil daripada interaksi keduadua komponen daya ini ke atas jasad
seperti yang digambarkan pada rajah 4.6. Kita tidak boleh melihat
sifat-sifat daya menegak dan daya mendatar. Namun interaksi
komponen daya ini boleh direalisasikan menerusi daya resultan. Sifat
daya resultan diperlihatkan melalui kualiti pergerakan yang dihasilkan.
Daya menegak

mendatar

Rajah menunjukkan tindakan komponen


daya yang menghasilkan resultant.
KONSEP HALAJU DALAM PECUTAN

• Halaju adalah kadar perubahan kelajuan pergerakan dalam satu tempoh masa.
• Pecutan pula merupakan kadar perubahan halaju dalam satu tempoh masa.
• Sekiranya halaju akhir pergerakan adalah lebih tinggi daripada halaju
pergerakan, jasad akan mengalami pecutan.
• Sekiranya halaju akhir pergerakan adalah lebih rendah daripada halaju awal,
pergerakan jasad akan mengalami pecutan negatif (deceleration).
• Sekiranya tiada perubahan antara halaju akhir dengan halaju awal, jasad
bergerak malar dan tidak mengalami sebarang pecutan.
• Oleh itu, jasad hanya boleh memecut sekiranya berlaku peningkatan halaju
ketika berlaku pergerakan.
JENIS-JENIS DAYA

• Daya yang mempengaruhi pergerakan terdiri daripada daya dalaman dan


daya luaran.
• Daya dalaman ialah daya yang dijana daripada penguncupan otot. Daya ini
juga dikenali sebagai daya intrinsik. Kuantiti daya dalaman yang mampu
dihasilkan jasad adalah bergantung kepada saiz, jenis otot dan ciri
pelekatan otot tersebut pada sendi. Sebagai contoh, otot quadriceps
mampu menjana daya dalaman yang lebih tinggi berbanding otot
gastrocnemius. Hal ini kerana saiznya lebih besar dan pelekatannya pada
sendi lesung membolehkan pencapaian julat pergerakan yang luas.
• Daya luaran pula merujuk kepada daya-daya yang wujud secara
semulajadi dalam persekitaran. Daya ini juga dikenali sebagai daya
ekstrinsik. Tarikan graviti, geseran dan rintangan udara adalah contoh
daya luaran yang mempengaruhi kualiti pergerakan. Sebagai contoh,
atlet boleh memecut dengan lebih pantas jika memakai spike berbanding
kasut trek yang biasa. Faktor utama yang membezakan prestasi ialah
geseran permukaan lebih tinggi yang diperoleh dengan memakai ‟spike‟.
Geseran ini membolehkan otot terlibat menjana daya dalaman
berdasarkan potensi sebenar otot tersebut.
TINDAKAN DAYA KE ATAS
SISTEM MEKANIKAL JASAD

• Hasil akhir sesuatu lakuan adalah ditentukan oleh kaedah


tindakan daya ke atas jasad yang menghasilkan pergerakan
tersebut.
MAGNITUD DAYA

• Magnitud memberi pengertian saiz atau kuantiti daya yang


diaplikasi.
• Magnitud daya yang besar bermaksud kuantiti daya yang
banyak. Sebagai contoh, jika kita mampu melonjak ke atas
dengan megnitud daya yang besar, maknanya kita mampu
melompat dengan tinggi.
ARAH DAYA

• Arah daya bermaksud arah daya dialikasikan ke atas jasad.


Sebagai contoh, jika arah aplikasi daya adalah ke hadapan,
jasad akan bergerak ke hadapan.
TITIK APLIKASI DAYA

• Titik aplikasi daya ialah lokasi daya diaplikasikan dengan


merujuk kepada pusat gravity pada jasad.
• Sekiranya titik aplikasi daya selari dengan kedudukan pusat
gravity, jasad akan menghasilkan pergerakan linear.
Pergerakan bersudut terhasil sekiranya titik aplikasi daya
tidak selari dengan kedudukan pusat graviti.
GARIS TINDAKAN DAYA

• Garis tindakan daya ialah garis lurus bayangan yang wujud


melalui titik aplikasi serta arah tindakan daya ke atas jasad.
• Garis tindakan ini adalah rujukan utama dalam menentukan
pencapaian kestabilan dinamik semasa kita sedang beraksi
• Keempat-empat aspek tindakan daya tersebut adalah
perkara asas yang perlu dikaji dalam proses melakukan
analisis biomekanik kemahiran sukan. Dalam aplikasi sains
sukan peringkat tinggi, proses analisis biomekanik boleh
dilakukan secara kualitatif
• Kemahiran melakukan analisis-analisis ini dengan tepat
memerlukan kefahaman tinggi mengenai Hukum Newton
dalam mekanik pergerakan manusia.
ASAS TEKNOLOGI VIDEO DALAM
ANALISIS PERGERAKAN
Kepentingan analisis pergerakan melalui video
• Imej dapat menyakinkan atlet terhadap pembetulan teknik yang
diperlukan.
• Dapat membentangakan imej yang sukar dilihat oleh para jurulatih
” shutter speeds” yang tinggi dapat “hentikan” atau “perlahankan”
pergerakan
“frame rates” yang tinggi membolehkan pelbagai “ imej” dihasilkan
Komputer mengawal dan membandingkan imej
• Rakaman video bertindak sebagai alat bantuan tambahan bagi jurulatih
ketika berlatih bersama atletnya.
• Jurulatih dapat reviu dan analisis pencapaian selepas acara berlangsung.
BAGAIMANA MENGGUNAKAN
TEKNOLOGI VIDEO INI?
Dari perspektif Biomekanik:

• Mengenalpasti dan memperbetulkan kesalahan lakuan kemahiran tanpa


banyak menggunakan kira-kira.= Analisis Kualitatif Video

• Penghuraian dan penerangan lakuan kemahiran dengan menggunakan


sistem kira-kira yang diamalkan dalam biomekanik. = Analisis Kuantitatif
Video
• Matlamat penggunaan:
“Untuk Meningkatkan Pencapaian di samping mengurangkan sebarang
risiko kecederaan”

Anda mungkin juga menyukai