Anda di halaman 1dari 37

3.

4 ASAS
KINETIK
GERAKAN
Sains Sukan Tingkatan 4 KSSM
Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram, Johor
Kinetik dalam
Pergerakan

 Kinetik adalah kajian


tentang daya yang
menghasilkan
pergerakan.
 Memahami konsep
inersia (pegun), jisim,
tork dan daya dapat
menyediakan asas yang
berguna untuk
memahami kesan daya.
Inersia

 Inersia ialah
kecenderungan
sesuatu objek untuk
mengekalkan
keadaan asalnya
sama ada dalam
keadaan pegun
atau bergerak.
Jisim

 Jisim ialah kuantiti yang


berkaitan dengan
komposisi tubuh badan.
 Jisim sesuatu objek tidak
akan berubah walau di
mana objek itu berada.
Unit yang biasa untuk
mengukur jisim dalam
sistem metrik ialah
kilogram (kg).
Hubungan
inersia dan jisim
 Kuantiti inersia sesuatu objek
bergantung pada jisim objek
tersebut.
 Lebih besar jisim sesebuah
objek, maka lebih besar
inersianya.
 Objek yang berjisim besar
dalam keadaan pegun akan
lebih sukar untuk digerakkan
kerana inersia pegunnya
adalah besar, manakala
objek berjisim besar yang
bergerak lebih sukar untuk
dihentikan kerana inersia
gerakannya adalah besar.
Inersia pegun
dua jenis inersia
Inersia bergerak
Inersia pegun

 Inersia pegun ialah objek


menentang sebarang perubahan
terhadap keadaan pegunnya.
 Sebagai contoh, bebanan seberat
50 kg yang diletakkan tidak akan
bergerak di atas lantai yang
mempunyai kecenderungan untuk
tidak bergerak.
Inersia bergerak

 Inersia bergerak pula adalah


kecenderungan objek yang bergerak
menentang daya yang cuba menukar
halaju atau arah gerakannya.
 Sebagai contoh, peluncur ais yang akan
meluncur di atas permukaan ais yang licin
yang mempunyai kecenderungan untuk
terus meluncur.
Daya
 Daya dapat mengubah
keadaan pegun atau
keadaan gerakan dengan
halaju seragam sesuatu
objek.
 Apabila sesuatu daya
dikenakan ke atas sesuatu
objek, daya itu boleh
mengubah bentuk, saiz,
gerakan objek dan
kedudukan objek.
 Unit yang digunakan untuk
daya ialah hasil darab antara
unit jisim dan unit pecutan.
 Dalam sistem metrik, unit
yang biasa digunakan untuk
daya ialah Newton (N).
Jenis Daya

Daya Dalaman
(Intrinsik)
Daya Luaran
(Ekstrinsik)
Daya Dalaman
(Intrinsik)

 Daya penguncupan
otot
 Bertindak ke atas
tulang
 Dihasilkan oleh
benda hidup
Daya Dalaman
(Intrinsik)
Dipengaruhi oleh:

 Saiz otot
 Kekutan otot
 Ciri pelekatan pada
sendi
Daya Luaran
(Ekstrinsik)
 Daya untuk
memulakan,
menghentikan dan
mengubah arah
pergerakan sesuatu
jasad
 Bertindak ke atas jasad
 Dihasilkan untuk
pergerakan semua
benda hidup dan
bukan hidup
Daya Luaran
(Ekstrinsik)
Dipengaruhi oleh:

 Tarikan graviti
 Rintangan udara
 Daya bagi jasad
lain
 Geseran
Tindakan Daya terhadap
Sistem Mekanikal Jasad

 Magnitud
 Titik Aplikasi
 Arah
 Garisan Tindakan
Magnitud

 Saiz atau kuantiti


daya yang
dikenakan
 Berkadar terus
dengan magnitud
daya otot
 Contoh: Renang
dan bersenam
Titik Aplikasi

 Lokasi aplikasi daya


pada pusat graviti
jasad
 Pergerakan sudut
dikatakan berlaku
jika jasad bergerak
menuju titik aplikasi
dan tidak selari
dengan pusat graviti
 Contoh: Bola sepak
Arah
 Arah aplikasi daya
ke atas jasad
 Jasad bergerak ke
depan, ke
belakang, ke atas,
ke bawah dan
bersudut tepat
dengan permukaan
 Contoh: Larian 100
meter
Garisan Tindakan

 Dikenali sebagai garis daya


 Garis lurus yang terhasil
melalui titik aplikasi serta
arah tindakan daya ke atas
jasad
 Digunakan untuk
menentukan pencapaian
keseimbangan dinamik
 Contoh: Lompat jauh
Tork

 Tork merupakan
kesan daripada daya
yang dikenakan.
 Kesan daya tersebut
berlaku pada paksi
yang berserenjang
dengan daya yang
dikenakan melalui
lengan daya.
Tork dalam
Pergerakan
 Dalam pergerakan,
tork terhasil dalam
pergerakan bersudut.
 Hasil daripada
ketegangan otot dan
lengan daya
menyebabkan tork
terhasil di sendi yang
mengakibatkan
pergerakan.
Tork dalam
Pergerakan
 Perubahan tork
berlaku apabila jarak
bersudut tepat antara
pusat sendi dengan
garis tindakan aksi
otot.
 Tork berubah-ubah
jika sudut sendi turut
berubah.
 Tork mencapai
maksimum apabila
sudut menjadi 90o.
Tuas dalam Sistem
Rangka Manusia

 Tuas diperlukan sebagai alat


untuk mengatasi daya
rintangan yang lebih tinggi
daripada daya yang
diaplikasikan.
Kegunaan tuas
 Alat untuk
membolehkan jasad
mengaplikasikan
magnitud daya yang
kecil bagi mengatasi
rintangan yang tinggi.
 Alat untuk
meningkatkan jarak
bagi menggerakkan
rintangan, menerusi
aplikasi daya yang
mengatasi magnitud
rintangan tersebut.
Komponen Tuas
Kelas Tuas

Tuas kelas
pertama
Tuas kelas kedua
Tuas kelas ketiga
Kelebihan dan Kekurangan Mekanikal pada Sistem
Tuas dalam Aksi Sukan

 Kadar lengan daya


(FA) terhadap lengan
beban (RA) atau
kadar beban (R)
kepada daya (F)
ditafsir sebagai
kelebihan mekanikal
sistem tuas kepada
manusia.
Tuas kelas
pertama
Aplikasi tuas kelas pertama dalam aksi lontar peluru.
Tuas kelas
kedua
Aplikasi tuas kelas kedua dalam aksi lonjakan.
Tuas kelas
ketiga
Aplikasi tuas kelas
ketiga dalam aksi sukan
hoki.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai