Anda di halaman 1dari 37

UNIT 3 TENIS

PJPK Tingkatan 4 KSSM PJ


Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram , Johor
Strategi Menyerang dalam Situasi Permainan

 Antara kemahiran asas


permainan tenis yang boleh
digunakan dalam
melakukan strategi serangan
ialah kemahiran servis dan
kemahiran smesy.
 Kemahiran servis, smesy
dan pukulan pepat yang laju
boleh dijadikan kombinasi
dalam melakukan serangan
Strategi Menyerang
dalam Situasi
Permainan
 Kemahiran servis terbahagi kepada
beberapa jenis seperti servis cantas,
American twist dan servis rata.
Pukulan smesy sesuai dilakukan
semasa bola melantun tinggi di
hadapan jaring.
 Pemain boleh melakukan servis ace
iaitu bola masuk dan tidak dapat
dikembalikan atau dijangkau oleh
pemain lawan.
 Pukulan pepat sesuai dilakukan
sekiranya hantaran lawan tidak
sempurna.
Strategi Menyerang
Melalui Servis
 Pemain melakukan servis ke arah
pihak lawan menuju kepada sasaran
yang sukar diambil.
 Servis dilakukan kepada sasaran
yang telah ditetapkan iaitu 1, 2 dan 3
dalam gelanggang pihak lawan
 Pemilihan jenis servis berdasarkan
kelemahan pemain lawan.4 Servis
yang baik adalah di kawasan 1 dan 3.
Strategi Menyerang Melalui
Pukulan Pepat
dan Kilas

 Kemahiran pukulan pepat juga


boleh digunakan bagi menyerang
pihak lawan.
 Hal ini bergantung kepada pukulan
balas pihak lawan ketika
permainan.
 Jika pemain lawan menghantar bola
ke kanan gelanggang, maka pemain
boleh membalas pukulan tersebut
dengan pukulan pepat ke sasaran 1.
 Jika bola dikembalikan ke kiri
pemain, pukulan kilas boleh
dilakukan ke sasaran 5
Strategi Menyerang Melalui Smesy

 Smesy akan dilakukan di hadapan jaring ketika


bola melambung tinggi di udara.
 Servis yang baik dilakukan untuk
mendapatkan bola tanggung di hadapan jaring.
 Pemain lawan berkemungkinan menghantar
bola tanggung di hadapan jaring.
 Pada ketika ini, pemain penyerang melakukan
smesy yang laju.
Strategi Menyerang
Melalui Smesy
 Smesy boleh dilakukan dengan kemahiran
pepat dan pancung kepada sasaran
bergantung kepada posisi lawan dalam
situasi permainan.
 Pemain boleh menyasarkan kepada
sasaran yang telah ditandakan
berdasarkan kedudukan pihak lawan dan
bola lambung yang dikembalikan sama ada
di tengah, kiri atau kanan gelanggang.
Cara Bermain dan Menentukan
Pemenang − Serangan

 Murid dibahagikan kepada dua


kumpulan.
 Murid A akan menyerang manakala
murid B perlu bertahan.
 Permainan akan berlangsung di
gelanggang badminton.
 Bola soft tenis atau bola getah serap
lantunan digunakan bagi mengurangkan
kelajuan.
 Raket tenis sebenar digunakan.
Cara Bermain dan Menentukan Pemenang −
Serangan
 Murid A akan membuat smesy bergantung kepada kedudukan
murid B berada ketika permainan berlangsung.
 Bola akan dismesy ke arah sasaran 1-2-3-4-5. 5 Setiap pukulan
dibuat berdasarkan hantaran oleh pihak lawan.
 Murid A dan B boleh berbalas pukulan berdasarkan situasi
semasa.
 Pemain yang berjaya mengumpul 45 mata terawal dikira
sebagai pemenang.
Cara Bermain dan Menentukan Pemenang − Serangan

 Kemahiran yang digunakan


ialah servis, smesy dan
pepat.
 15 mata akan diberikan
kepada pihak lawan jika
murid gagal membalas
pukulan pihak lawan.
 Kedua-dua kumpulan
bermain dalam situasi
permainan sebenar dengan
mengaplikasikan peraturan
dan undang-undang
permainan tenis.
Strategi Bertahan dalam
Situasi Permainan

 Kombinasi tiga kemahiran


bertahan dalam permainan
tenis iaitu pukulan pepat,
pukulan kilas dan pukulan lob
ialah strategi asas yang perlu
dikuasai oleh setiap pemain
tenis.
 Pukulan pepat merupakan
kemahiran asas dalam
permainan tenis.
 Pukulan ini ialah pukulan
bertahan yang selamat.
Strategi Bertahan dalam Situasi Permainan

 Pukulan kilas boleh


dilakukan dengan
menggunakan sebelah
tangan atau dua belah
tangan.
 Pukulan lob pula ialah
hantaran tinggi bagi
melepasi pemain lawan
yang berada di kawasan
hadapan gelanggang.
Strategi Bertahan Melalui
Pukulan Pepat

 Pukulan pepat dilakukan apabila


pemain bertahan cuba
mengembalikan pukulan lawan
yang menyerang di sebelah kanan.
 Pukulan pepat dibuat dari tengah
gelanggang ke gelanggang lawan
pada sasaran 1-2-3-4-5.3 Pukulan
pepat ini boleh juga digunakan
sebagai pukulan serangan.
Strategi Bertahan Melalui
Pukulan Kilas
 Pukulan kilas dilakukan apabila
pemain bertahan cuba
mengembalikan pukulan pihak
lawan yang menyerang di sebelah
kiri.
 Pukulan ini dibuat untuk
menyelamatkan bola daripada
dimatikan oleh pemain yang
sedang melakukan serangan.
Strategi Bertahan Melalui
Pukulan Lob

 Pukulan lob dibuat dari garisan


belakang gelanggang.
 Pukulan ini merupakan pukulan
selamat bagi mengelakkan pemain
lawan mengembalikan bola laju.
 Adakalanya pukulan ini boleh
menjadi pukulan menyerang jika
bola dihantar melepasi pemain
lawan yang berada di hadapan
jaring.
Cara Bermain dan
Menentukan Pemenang −
Bertahan
 Murid dibahagikan kepada dua
kumpulan.
 Murid A akan bertahan manakala
murid B perlu menyerang.
 Permainan akan berlangsung di
gelanggang badminton
 Bola soft tenis atau bola getah serap
lantunan digunakan bagi
mengurangkan kelajuan
 Raket tenis sebenar digunakan.
Cara Bermain dan
Menentukan Pemenang −
Bertahan
 Posisi pemain ketika bertahan
mestilah berada di garisan belakang
iaitu di tengah gelanggang.
 Murid A akan membalas servis atau
pukulan pihak lawan dengan
pukulan lob tinggi ke belakang
murid B supaya murid B tidak dapat
menyerang semula (jika servis ace
yang laju)
 Sekiranya bola dihantar tidak laju,
murid A boleh membalas pukulan
dengan pukulan kilas atau pepat.
Cara Bermain dan Menentukan Pemenang − Bertahan

 Pukulan lob digunakan bagi membalas servis yang


laju dan sukar diambil.
 Pukulan pepat dibuat jika murid B menyerang di
sebelah kanan manakala pukulan kilas hanyalah
pukulan selamat bagi mengelakkan rally
dimatikan dengan cepat.
 Sasaran gelanggang lawan ditandakan dengan 1-
2-3-4-5
 Jika bola berjaya dikembalikan, 15 mata
diberikan.
Cara Bermain dan Menentukan Pemenang − Bertahan
 Murid A dan B boleh berbalas pukulan berdasarkan situasi semasa
 Pemain yang berjaya mengumpul 45 mata terawal dikira sebagai pemenang.
 Kedua-dua kumpulan bermain dalam situasi permainan sebenar dengan mengaplikasikan
peraturan dan undang-undang permainan tenis.
Formasi Permainan Beregu

 Strategi permainan beregu berbeza dengan permainan


perseorangan.
 Strategi ini lebih kepada menyerang dan banyak bermain di
jaring.
 Dalam permainan beregu, kerjasama dan persefahaman antara
pemain merupakan perkara penting.
Formasi Permainan
Beregu

 Terdapat beberapa
formasi di dalam
gelanggang dalam
permainan beregu.
 Formasi ini akan
berubah mengikut jenis
pukulan dan
kedudukan regu pihak
lawan.
Formasi Pukulan Servis oleh Pihak
Lawan
-Cara Bermain dan Menentukan
Pemenang − Formasi 1

 Murid dibahagikan kepada dua


kumpulan berdua.
 Kumpulan A memulakan
permainan dengan melakukan
servis.
 Permainan akan berlangsung di
gelanggang badminton.
 Bola soft tenis atau bola getah
serap lantunan digunakan bagi
mengurangkan kelajuan. Raket
tenis sebenar digunakan.
Formasi Pukulan Servis oleh Pihak Lawan
-Cara Bermain dan Menentukan Pemenang − Formasi 1

 Servis dilakukan oleh murid


A ke dalam petak servis
dalam gelanggang penerima
servis
 Murid A akan bergerak ke
arah jaring.
 Murid A1 masih berada di
petak yang sama dan
bergerak lurus ke belakang
bersedia untuk membuat
pukulan balas.
Formasi Pukulan Servis oleh Pihak Lawan
-Cara Bermain dan Menentukan Pemenang − Formasi 1

 Murid B akan mengembalikan servis


dengan pukulan lob ke belakang
murid A1.
 Murid B1 bergerak ke tengah
gelanggang menanti pukulan yang
akan dibuat oleh murid A1.
 Jika pukulan murid A1 ke arah jaring,
murid B1 akan membuat pukulan
smesy sekiranya bola tanggung atau
pukulan voli (jika bola separuh
tanggung) ke arah sasaran 1-2-3-4-5
gelanggang lawan.
 Walau bagaimanapun, semua strategi
dan formasi berdasarkan jangkaan
pukulan pihak lawan dan jenis
pukulan yang dihantar.
Formasi Pukulan Servis oleh Pihak
Lawan
-Cara Bermain dan Menentukan
Pemenang − Formasi 1

 Pemain hadapan perlu


mematikan hantaran lawan
menggunakan smesy atau
voli.
 Pemain yang berada di
belakang pula perlu
menghantar bola bagi
menyerang kumpulan lawan
dan memudahkan pemain
hadapan mematikan bola
yang tidak sempurna.
Formasi Pukulan Servis oleh Pihak
Lawan
-Cara Bermain dan Menentukan
Pemenang − Formasi 1

 Kumpulan yang berjaya


mengumpul 45 mata
terawal dikira sebagai
pemenang.
 Kedua-dua kumpulan
bermain dalam situasi
permainan sebenar dengan
mengaplikasikan
peraturan dan undang-
undang permainan tenis.
Formasi Pukulan Lob - Cara
Bermain dan Menentukan
Pemenang − Formasi 2
 Murid dibahagikan kepada
dua kumpulan berdua.
 Kumpulan A memulakan
permainan dengan melakukan
servis.
 Permainan akan berlangsung
di gelanggang badminton.
 Bola soft tenis atau bola getah
serap lantunan digunakan bagi
mengurangkan kelajuan
 Raket tenis sebenar
digunakan.
Formasi Pukulan Lob - Cara Bermain dan
Menentukan Pemenang − Formasi 2

 Murid A membuat servis manakala murid B membalas dengan


pukulan lob ke belakang murid A1.
 Murid B bergerak ke hadapan jaring.
 Apabila murid A membalas pukulan murid B dengan pukulan
kilas menyilang ke arah sebelah kiri gelanggang murid B,
murid B1 membuat pukulan smesy ke arah sasaran 1-2-3-4-5.
 Murid bebas untuk bergerak dalam gelanggang secara ke
hadapan dan belakang atau ke kiri dan kanan mengikut
keperluan permainan sama ada untuk menyerang atau
bertahan.
Formasi Pukulan Lob - Cara Bermain dan
Menentukan Pemenang − Formasi 2

 Walau bagaimanapun, semua strategi dan formasi berdasarkan


jangkaan pukulan pihak lawan dan jenis pukulan yang
dihantar.
 Pemain hadapan perlu mematikan hantaran lawan
menggunakan smesy atau voli.
 Pemain yang berada di belakang pula perlu menghantar bola
bagi menyerang kumpulan lawan dan memudahkan pemain
hadapan mematikan bola yang tidak sempurna.
Formasi Pukulan Lob - Cara
Bermain dan Menentukan
Pemenang − Formasi 2

 Kumpulan yang berjaya


mengumpul 45 mata
terawal dikira sebagai
pemenang.
 Kedua-dua kumpulan
bermain dalam situasi
permainan sebenar dengan
mengaplikasikan
peraturan dan undang-
undang permainan tenis.
Formasi Pukulan Smesy- Cara
Bermain dan Menentukan
Pemenang − Formasi 3

 Murid dibahagikan kepada dua


kumpulan berdua.
 Kumpulan A memulakan
permainan dengan melakukan
servis.
 Permainan akan berlangsung di
gelanggang badminton
 Bola soft tenis atau bola getah
serap lantunan digunakan bagi
mengurangkan kelajuan.
 Raket tenis sebenar digunakan.
Formasi Pukulan Smesy- Cara Bermain dan
Menentukan Pemenang − Formasi 3

 Murid A membuat pukulan smesy di tengah gelanggang.


 Murid B membalas dengan pukulan lob ke belakang bagi
mengelakkan murid A1 menyerang dengan pukulan smesy di
jaring.
 Murid A membuat pukulan kilas ke arah murid B.
 Murid B membalas dengan pukulan pepat ke penjuru kiri
gelanggang murid A.
Formasi Pukulan Smesy- Cara
Bermain dan Menentukan
Pemenang − Formasi 3

 Pemain yang menerima smesy


perlu berada di garisan belakang
gelanggang kerana lantunan bola
adalah jauh.
 Kumpulan yang berjaya
mengumpul 45 mata terawal
dikira sebagai pemenang.
 Kedua-dua kumpulan bermain
dalam situasi permainan sebenar
dengan mengaplikasikan
peraturan dan undang-undang
permainan tenis.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai