Anda di halaman 1dari 15

Drama: Berkhidmat untuk negara

KOMSAS TINGKATAN 4
TEMA

Sikap remaja yang mempunyai tanggapan negatif


tentang Program latihan Khidmat negara (PLKN).
PERSOALAN

1) Sikap positif golongan remaja yang berminat untuk menyertai PLKN dan memberikan sumbangan
kepada negara.
Contoh: Nora dan rakan-rakannya berasa seronok apabila mereka terpilih sebagai peserta
PLKN dan nama mereka terpampang di papan kenyataan sekolah.

2) Kasih sayang ibu bapa terhadap anak


Contoh: Dato’ Khir Ghazali berpendapat bahawa Aiman perlu menghadiri PLKN untuk
membentuk sahsiah positif dalam diri anaknya itu supaya menjadi seorang yang berguna pada
negara.
3) Peranan seorang guru dalam memberikan kesedaran dan mewujudkan semangat patriotik
dalam kalangan pelajar
Contoh: Cikgu Dahari memberikan penerangan yang jelas kepada murid- muridnya agar
mereka faham akan objektif dan pelaksanaan PLKN.
WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK PERWATAKAN
AIMAN o Seorang yang agresif :- Bersikap kasar dengan pembantu rumah yang
(Watak melayannya dengan baik dan mesra
utama)
o Seorang yang pemalas :- Semua kerjanya di rumah dibantu oleh orang gaji dan
apabila berdepan dengan sesuatu masalah, dia akan tidur.

KHIR o Seorang yang bertanggungjawab :-Walaupun sibuk bekerja beliau mengambil


GHAZALI berat terhadap Aiman. Apabila Aiman berdepan dengan masalah beliau
mendengarnya dengan sabar dan cuba menyelesaikannya.
MASNAH o Seorang yang penyayang :- Dia tidak bersetuju Aiman menyertai PLKN kerana
bimbang keselamatan anaknya.

o Seorang yang sanggup menyalahgunakan pengaruh untuk kepentingan


sendiri :- Datin Masnah meminta suaminya menggunakan pangkat dan
pengaruhnya untuk mendapatkan pengecualian untuk anaknya daripada
menghadiri PLKN.

CIKGU DAHARI o Seorang yang sentiasa memberi galakan kepada anak murid :- Apabila
diberitahu bahawa ramai pelajar terpilih sebagai peserta PLKN, beliau berasa
teruja dan menyatakan bahawa Malaysia bertuah kerana mendapat remaja
yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk negara.

o Seorang yang berpengetahuan luas :- Beliau menerangkan tentang


pelaksanaan PLKN secara terperinci kepada anak-anak muridnya.
POSMEN o Seorang yang berfikiran positif :- Apabila Aiman menyuruh posmen
membuang surat Jabatan Latihan Khidmat Negara, posmen telah memberi
nasihat kepada Aiman agar fikir tentang kemahiran dan pengalaman yang
bakal diperoleh oleh Aiman melalui PLKN.

o Seorang yang amanah :- Selepas memberi kata-kata perangsang kepada


Aiman tentang kebaikan PLKN, posmen meminta diri untuk meneruskan
tugasnya menghantar surat kerana dia menganggap surat-surat tersebut
adalah amanah yang diberikan kepadanya.
LATAR

LATAR MASA
• Waktu tengah hari- Nek Sinah menjemput Aiman menikmati makan tengah hari.

• Waktu pagi - Aiman berdialog bersama-sama rakan-rakan di sekolah tentang PLKN yang bakal dihadiri
mereka.

• Waktu petang - Selepas balik dari sekolah Aiman berbual bersama-sama dengan ayah dan ibunya di
rumah.
LATAR TEMPAT
• Rumah Aiman - Peristiwa Aiman menerima surat daripada Jabatan latihan Khidmat
Negara.

• Sekolah menengah - Dialog antara Aiman, Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syuhada
tentang senarai nama peserta PLKN yang dipaparkan di papan kenyataan.
LATAR MASYARAKAT
• Masyarakat yang sibuk bekerja - Khir Ghazali iaitu ayah Aiman digambarkan sebagai hartawan yang sibuk bekerja.
Ibunya, Datin Masnah juga selalu tidak berada di rumah manakala kakaknya sibuk dengan tugasan di universiti.

• Masyarakat yang penyayang - Walaupun Nek Sinah bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Khir Ghazali
namun dia amat menyayangi Aiman dan memasak makanan kegemarannya serta melayannya seperti cucu
sendiri.

• Masyakat yang sombong - Aiman berkelakuan biadap terhadap pembantu rumahnya yang sentiasa bersikap
lemah lembut. Nek Sinah berasa kesal dengan tingkah laku Aiman dan ahli keluarganya yang hanya
mementingkan wang ringgit.
GAYA BAHASA

 Sinkope
“Saya tak berminat langsung”

 Peribahasa
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri

 Inversi
“…Amanah orang semua surat ini.”
 Bahasa asing
Penggunaan bahasa Inggeris – daddy, mummy

 Simile
“Nak angan-angan macam Mat Jenin.”
NILAI

 NILAI AMANAH -Posmen amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya


menghantar surat.

 NILAI KASIH SAYANG -Nenek Sinah melayan Aiman seperti cucunya sendiri dan masak
makanan kegemarannya.

 NILAI TANGGUNGJAWAB -Walaupun sibuk bekerja, Khir Ghazali meluangkan masa


mendengar masalah Aiman.

 NILAI CINTA AKAN TANAH AIR -Apabila Aiman menyatakan bahawa dia tidak tahu di
mana terletaknya Jempol kerana selalu bercuti di luar
negara, kawannya Sundarani menegurnya bahawa
kita perlu menghargai tanah air kita
PENGAJARAN

Kita haruslah menghormati Kita mestilah bersikap amanah


orang yang lebih tua daripada dalam menjalankan tugas.
kita
• Aiman biadap terhadap pembantu Posmen menjalankan
rumahnya yang menganggapnya tanggungjawabnya sebagai
sebagai cucu sendiri.
seorang posmen dengan
penuh amanah.
Kita perlulah memberi sokongan
kepada program kerajaan

• Cikgu Dahari memberi galakan dan


kata-kata perangsang kepada anak-
anak muridnya agar menyertai PLKN
dan berkhidmat untuk negara.

Anda mungkin juga menyukai