Anda di halaman 1dari 20

Berkhidmat Untuk

Negara

Ahli Kumpulan:
Wan Danish Adam
Nadzmi Haziq
Amir Azfar
Ashraf
Afif El- Rafiqi
Tema Drama
Kesedaran generasi muda dalam memupuk semangat
cinta akan negara yang diperoleh melalui penglibatan
mereka dalam PLKN.
Rasa bangga dan teruja dalam kalangan generasi muda
untuk mengikuti PLKN, pasti dapat melahirkan generasi
muda yang siap siaga untuk berkhidmat untuk negara.
Persoalan Drama
Kesediaan generasi muda mengikuti dasar
kerajaan.Contohnya,Nora,Syuhada,Ah Tiau dan Sundarani mewakili golongan
generasi muda yang berasa bangga dan begitu teruja untuk mengikuti PLKN.
Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.Contohnya,Datuk Khir Ghazali
amat menyayangi Aiman dan keluarganya.Beliau memutuskan agar Aiman
perlu menghadiri PLKN untuk membentuk sahsiah positif dalam diri anaknya
itu yang diharapkan menjadi insan yang brguna kepada nusa dan bangsa.
Tanggungjawab ibu bapa dalam menentukan kebekersanan dasar
kerajaan.Contohnya,sebagai bapa,Datuk Khir Ghazali bertanggungjawab
untuk menyokong setiap dasar kerajaan dengan mewajibkan anaknya, Aiman
menyertai PLKN.
Kesedaran tentang kepentingan menyartai program
kerajaan.Contohnya,Aiman sedar akan sikap negatif dan tanggapannya yang
salah terhadap pelaksanaan PLKN.Dia berazam untuk menyertai PLKN dan
menyahut seruan berkhidmat untuk negara tercinta.
PLKN membentuk sikap berdikari dan jati diri dalam diri generasi
muda.Contohnya, Ziman telah berjaya membina sikap brdikari dan jati diri
dalam hidupnya setelah mengikuti denagan jayanya Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN).
Watak Dan Perwatakan
AIMAN

Nama penuhnya ialah Aiman Faizullah bin Khir Ghazali.


Dia mrupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik.
Dia berumur 17 tahun.
Seorang yang bersifat agresif, iaitu dia menentang keras pemilihan
namanya sebagai pelatih baharu PLKN.
Seorang yang suka tidur.Contohnya,Aiman akan tidur apabila
mempunyai masalah untuk menenangkan fikirannya.
Seorang yang mementingkan kemewahan hidup.Contohnya,dia
tidak mahu menyertai PLKN kerana tidak sanggup berpanas.
Seorang yang bersikap biadap dan kurang sopan.Contohnya,dia
menggunakan kata-kata yang kurang sopan sewaktu bercakap
dengan Nek Sinah.
Seorang yang sedar kesilapan dan ingin berubah.Contohnya,Aiman
sedar akan kesilapannya tentang PLKN dan berazam untuk
menyertai PLKN bagi memupuk sikap berdikari.
KHIR GHAZALI

Bapa kepada Aiman dan Dapnia.


Suami kepada Masnah.
Beliau berpangkat Datuk.
Seorang yang gigih bekerja .Contohnya,Khir Ghazali biasanya pulang
ke rumah hanya pada waktu malam lantaran gigih mrncari rezeki.
Seorang yang berpengaruh dalam kalangan
masyarakat.Contohnya,Masnah mencadangkan suaminya
menggunakan kedudukan dan pengaruh untuk mendapatkan
pengecualian untuk Aiman supaya tidak perlu untuk menyertai PLKN.
Seorang yang berpandagan jauh.Contohnya,Khir Ghazali menerangkan
faedah yang akan diperoleh Aiman apabila dia menyertai PLKN di
samping boleh membetuk sikap berdikari dalam diri Aiman.
Seorang yang penyanyang.Contohnya,Khir Ghazali mahu Aiman
menyertai PLKN supaya cuti sekolahnya selama tiga bulan itu akan
terisi dengan aktiviti yang berfaedah.
hati suaminyayang terluka.
CIKGU DAHARI

Beliau bertugas sebagai guru sastera di sekolah Aiman.


Beliau bertugas sebagai fasilitator sambilan di ken PKLN yang terlibat
dalam pengajaran modul PPSB-Program Penghayatan Sastera dan
Budaya.
Seorang yang mudah mesra dan disenangi orang lain.Contohnya,dia
begitu mesra melayani setiap pertanyaan anak - anak muridnya.
Seorang yang berpengetahuan luas tentang pelaksanaan
PLKN.Contohnya,dia berjaya menerangkan maklumat PLKN secara
terperinci kepada anak-anak muridnya.

POSMEN

Dia bertugas sebagai penghantar surat.


Seorang yang terperinci dalam melaksanakan tugasnya.Contohnya,dia
amanah dalam tugasnya menghantar surat-surat kepada
pelanggannya.
Seorang yang suka memberi nasihat.Contohnya,dia menasihati Aiman
agar berfikir secara mendalam mengenai penolakkannya sebagai
pelatih PLKN.
NEK SINAH

Orang gaji kepada keluarga Khir Ghazali.


Seorang yang berhemah tinggi dan berperwatakan
lemah lembut.Contohnya,dia menggunakan bahasa
yang sopan ketika bercakap dengan Aiman.
Seorang yang penyabar.Contohnya,dia tetap bersabar
berhadapan dengan sikap biadap Aiman yang tidak
menghormatinya.
Seorang yang penyanyang.Contonya,dia mengajak
Aiman makan tengahari denagn menggunakan kata
panggilan "nak".
Seorang yang prihatin.Contohnya, Nek Sinah
memasakkan lauk kegemaran Aiman,iaitu ayam masak
asam pedas bagi menambat hati Aiman.
Latar Drama
LATAR TEMPAT

Rumah Khir Ghazali.Posmen telah datang menghantar


sepucuk surat tawaran kepada Aiman sebagai pelatih
Program Latihan Khidmat Negra (PLKN).
Sekolah.Cikgu Dahari telah berbincang dengan anak -anak
muridnya, iaitu Aiman ,Nora,Ah Tiau ,Sundarani,dan Syuhada
berkaitan dengan Program Latiahn Khidmat Negara (PLKN) di
sekolah.
Bilik Aiman.Aiman melayari internet menggunakan komputer
riba di bliknya.
Latar tempat lain temasuklah Kem Gerakhas, Desaru, Johor;
Kem De Bana, Jempol, Negeri Sembilan; Kem Paya Indah
Wetland, Hulu Langat, Selangor; Kem Teluk Sari, Mersing,
Johor; Kelab Golf; Universiti dan Kantin sekolah.
LATAR MASA

Cuti hujung minggu.Masa Aiman bersnatai di rumah dan


melakukan segala perkara yang diingininya pada cuti
hujung minggu.
Waktu tengah hari.Posmen datang ke rumah Khir
Ghazali untuk menghantar sepucuk surat kepada Aiman
, iaitu tentang pemilihan Aiman sebagai salah seorang
pelatih PLKN yang baharu pada waktu tengah hari.
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang mementingkan semangat patriotik / cinta akan negara.
Contohnya, kawan-kawan sekelas Aiman yang terdiri daripada Nora,
Syuhada, Ah Tiau, Sundarani sangat teruja dan berbangga apabila nama
mereka terpilih sebagai pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Masyarakat yang menyayangi ahli keluraga.Contohnya, Datuk Khir Ghazali
amat menyayangi Aiman dan keluarganya. Beliau mewajibkn Aiman
menjadi pelatih baharu PLKN untuk membentuk sahsiah anaknya itu
supaya menjadi seorang insan yang mampu berdikari dan berguna kepada
nusa dan bangsa.
Masyarakat yang berintergriti dan amanah dalam memikul
tanggungjawab.Contohnya, posmen bermohon diri daripada Aiman untuk
menyambung kerjanya menghantar surat kepada para pelanggan yang lain.
Masyarakat yanng berpnadangan jauh.Contohnya,Datuk Khir Ghazali
menerangkan faedah yang akan diperoleh oleh Aiman apabila dia
menyertai PLKN.
Masyarakat yang selalu memanjakan anak.Contohnya,Datin Masnah tidak
bersetuj tentang peneyrtaan Aiman sebagai pelatih PLKN kerana bimbang
akan keselamatan nyawa anaknya.
Nilai Drama
Nilai baik hati . Contohnya, Encik posmen telah menyerahkan
surat tawaran PLKN kepada Aiman sambil menasihatinya
agar menerima tawaran tersebut.
Nilai kegigihan. Contohnya, Cikgu Dahari gigih membimbing
dan memberi tunjuk ajar kepada pelatih PLKN tentang
Pogram Penghayatan Satera dan Budaya (PPSB).
Nilai hemah tinggi. Contohnya, Nek Sinah bertutur dengan
suara yang lemah lembut ketika mengajak Aiman makan
tengah hari walaupun Aiman melayannya dengan bersikap
kurang sopan.
Nilai kesabaran. Contohnya, Nek Sinah bersabar dengan
sikap biadap Aiman yang tidak menghormatinya sebagai
orang tua.
Pengajaran Drama
Kita perlulah menjadi seorang insan yang berintergriti dan amanah dalam
memikul tanggungjawab. Contohnya, posmen menjalankan
tugasnyamenghantar surat-surat pelanggan dengan penuh intergriti.
Kita mestilah rajin membaca bagi melahirkan sebuah masyarakat yang
berilmu. Contohnya, Cikgu Daharin rajin membaca dan mendalami maklumat
berkaitan dengan PLKN.
Kita hendaklah bersabar menghadapi kerenah manusia yang biadab.
Contohnya, Nek Sinah bersabr denagan sikap biadap Aiman yang tidak
menghormatinya sebagai orang tua.
Kita mestilah berpendirian tegas dan teguh dalma melaksanakan satu-
satuperkara yang bermanfaat kapada nusa dan bangsa. Contohnya, Datuk
Khir Ghazali tetap dengan keputusannya meminta Aiman menyertai PLKN
walaupun dipujuk oleh Aiman dan Datin Masnah.
Kita perlulah berpandangan jauh dalam usaha membina kehidupan yang lebih
sempurna . Contohnya, Datuk Khir Ghazali menerangkan faedah yang bakal
diperoleh oleh Aiman apabila di menyertai PLKN
SINOPSIS BAB 7-12
LEFTENAN ADNAN
BAB 7: MEREKA TIDAK
MENGERTI
Berita Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris
menjadi gempar dalam kalangan penduduk Kampung Sungai
Ramal. Di masjid, Lebai Pian, Leman dan Abu mendesak Tok
Ketua mengambil tindakan keras, sama ada memberhentikan
persekolahan Adnan di situ atau dihalau dari kampung jika
berdegil. Tok Ketua sebaliknya menempelak Abu, kerana
anaknya Nordin dilihat oleh orang kampung mencuri. Abu dan
Leman terus merengus kasar, lalu keluar dari masjid.
Setiba di rumah, Abu terus merotan Nordin walaupun cuba
dihalang oleh isterinya. Nordin terus berjumpa kawan-
kawannya bagi merancang tindakan balas kepada Pak Saidi
yang dianggap mereka sebagai kaki sibuk. Mereka juga
marah kerana Pak Saidi hanya mengajar silat kepada anak-
anaknya. Kemudian mereka mengambil keputusan tidur di
masjid dalam kesejukan hujan lebat dan gigitan nyamuk.
BAB 8: SETEGUH KARANG
Ketika Sedang berehat di pondok di tepi sawah, Pak Saidi didatangi
Pak Karim yang menyampaikan duit hasil jualan getah yang dikirim
oleh Ah Chong. Pak Karim juga memebritahu perihal Abu menghasut
Tuk Ketua supaya bertindak keras ke atas Pak Saidi berhubung kes
Adnan ke sekolah Inggeris. Pak Saidi kemudian menjelaskan orang
putih berjaya datang menjajah Tanah Melayu atas faktor ilmu
pengetahuan yang tinggi. Bukan senang mengalahkan Inggeris dengan
senjata. Pak Karim menyimpan hasrat yang yang sama, tetapi semua
empat orang anaknya perempuan belaka.
Pada sebelah petang, Pak Saidi dikunjungi pula oleh Tuk Ketua
kampung, Lebai Pian, Pak Karim dan Isa di rumah. Tentang isu Adnan
ke sekolah Inggeris, Pak Saidi menegaskan dia tidak mahu anaknya
mewarisi pekerjaan bersawah dan bercucuk tanam sahaja. Pak Karim
menyatakan sokongannya menyebabkan Lebai Pian melenting. Pak
Saidi mencelah dengan kisah umat Islam pada zaman Nabi belajar
dengan tawanan Perang Badar. Umat Islam juga digesa menuntut ilmu
walaupun ke China (kata hukamak, bukan hadith seperti catatan novel,
sila rujuk pakar). Tambahan pula, Cikgu Nazri Muslim yang taat (kaki
masjid). Lebai Pian bungkam, langsung pergi begitu sahaja.
BAB 9: ANAK2 KAMPUNG
Setelah Adnan bersekolah Inggeris, hanya Mamat yang masih sudi berbual dengannya.
Mamat tertarik dengan cerita Adnan, tetapi bapanya memberi alasan takut lupa agama.
Adnan bersimpati dengan Mamat yang juga bercita-cita menjadi askar seperti dirinya, tetapi
sukar dicapai tanpa kebolehan berbahasa Inggeris.

Pada sebelah malam, Pak Saidi terjaga apabila terdengar bunyi bising (tapak kaki) dari
bawah rumah. Pak Saidi mengarahkan Mak Milah dan Adnan senyap, sambil dia pergi
menyiasat. Pak Saidi memegang parang, manakala Adnan membawa sebatang kayu belati.
Pak Saidi menyergah dua lembaga yang terbongkok-bongkok, lalu mereka terus lari. Adnan
mengejar dan sempat membaling kayu belati tepat mengenai satu lembaga yang menjerit
kesakitan.

Keesokan paginya Adnan mendapati tayar basikal mereka dikerat dengan pisau. Adnan
bertegas untuk ke sekolah menyebabkan Pak Saidi meminjam basikal Pak Karim. Pada
sebelah petang, Pak saidi ditemani Pak Karim ke kedai basikal Ah Chong di pekan Sungai
Ramal. Ah Chong mencadangkan Pak Saidi membeli basikal yang baharu kerana basikal
lama itu rosak teruk. Ah Chong sudi menerima bayaran secara ansuran.

Semasa singgah di warung kopi Pak Samad, heboh cerita kaki Nordin yang membengkak.
Tiba di rumah, Mak Milah kehairan, lalu Pak Saidi menceritakan hal Adnan membaling kayu
belatinya malam semalam. Maka, 'suspek' pencerobohan mereka sudah jelas, walaupun
Mak Milah mulanya membantah. Pak saidi tidak mahu peristiwa berkenaan dihebohkan.

Di sekolah, adnan tekun belajar hingga beroleh kedudukan pertama, serta disenangi oleh
Cikgu Anderson, penolong guru besar. Anderson bangga akan cita-cita Adnan mahu menjadi
askar.
BAB 10: MASUK JAWI BASIKAL
BAHARU
Adnan berdebar apabila tok mudim sampai untuk majlis
bersunatnya. Walaupun tetamu lain ketawa mengusik, Adnan
hanya berdiam. Mamat dan rakan 'diusir' oleh tok mudim
ketika cuba mengintai majlis. Adnan melihat sahaja gelagat
tok mudim dengan beg lusuh berisi peraltan khatan, termasuk
pisau tajam pastinya.
Tok mudim menenangkan Adnan bahawa kesakitan khatan
hanyalah seperti digigit kerengga. Adnan mengimbas kembali
kata-kata semangat Pak Saidi, sambil menunaikan segala
permintaannya seperti mandi laut dan makan ayam golek.
Janji hadiah basikal hanya ditunaikan selepas berkhatan.
Ketika Adnan sibuk bertanyakan Pak Saidi, tok mudim
menyuruhnya mengucap dua kalimah syahadah dua kali,
sambil itu. tok mudim menyelesaikan kerjanya. Setelah dua
minggu, Adnan sembuh dan memperoleh basikal idamannya.
BAB 11: YAKIN BOLEH
Semasa perhimpunan pagi Isnin, Cikgu Nazri membuat
pengumuman pertandingan syarahan bahasa Inggeris pada bulan
hadapannya. Pada mulanya beliau hampa kerana tiada sambutan
sehinggalah Adnan bersuara. Nizam yang mulanya memperlekeh
Adnan akhirnya mahu mencuba, diikuti oleh Ah Chong, Ramasamy
dan 16 orang murid yang lain. Di rumah Mak Milah dan Pak Saidi
memberi galakan. Pak Saidi tidak bersetuju apabila Adnan tidak
kisah jika kalah.
Adnan yang belum fasih berlatih bersungguh-sungguh, termasuk di
hadapan keluarganya. Pada hari pertandingan, ayah, ibu dan adik-
adiknya hadir. Sebagai peserta terakhir, Adnan dapat mempelajari
persembahan peserta lain. Persembahan Adnan dikagumi oleh
semua penonton. Akhirnya, Cikgu Nazri mengumumkan Adnan
sebagai johan, Ah Chong kedua dan Nizam ketiga. Mereka
berpelukan.
BAB 12: JAGUH KAMPUNG
Pertandingan tinju antara Adnan dengan Budin dihangatkan dengan gelagat
penyokong kuat masing-masing, iaitu Mamat dan Semaun. Budin tidak puas
hati setelah pasukan bola sepaknya dari Sungai Merab tumpas 1-2 di tangan
Kampung Sungai Ramal. Malah, Budin kehilangan dua batang gigi dalam
perlawanan itu. Gelanggang tinju bertempat di padang rumput berhampiran
sungai pada tengah hari awal bulan Mac.
Mamat cuba menggesa Adnan menarik diri setelah Zaki selaku pengacara
mengumumkan pertarungan tinju tanpa undang-undang, tetapi tidak berjaya.
Walaupun Budin sudah terperangkap di sudut gelanggang, Adnan tidak
mengambil kesempatan menyerang. Kedua-dua petinju hanya mengacah-acah,
tetapi tidak berlaku serangan menyebabkan penyokong hampa, terutama
Semaun.
Keesokannya di warung kopi Pak Samad, Samuri, marah-marah serta
menggelar Adnan dan Budin sebagai samseng.Dolah, bapa Semaun pula
menuduh Adnan dan Budin mencuri buah rambutan miliknya. Pak Husin, ayah
Budin bergegas balik rumah lalu membelasah anaknya Budin. Pak Saidi juga
malu, tetapi menyoal siasat Adnan. Walaupun berpuas hati, Pak Saidi
mengingatkan Adnan bahawa diaakan merotan Adnan jika dia buat hal.
TAMAT

MAT RI YE

Anda mungkin juga menyukai