Anda di halaman 1dari 15

DRAMA HADIAH

FATIN SHERINA BINTI ABDUL RAHIM


SMK P ST GEORGES
SINOPSIS
 Setelah kematian ayahnya, keluarga Hayati mengalami
masalah kewangan. Hayati tidak dapat membayar bayaran
asrama dan terpaksa pulang ke kampung. Mereka hanya
bergantung hidup daripada pencen Pak Mail yang sedikit.
Masalah mereka telah diadukan kepada penghulu kampung
dan guru besar. Mereka berjanji akan membantu keluarga
Hayati. Nasib menyebelahi mereka apabila wakil daripada
Kementerian Pertahanan menyampaikan bantuan sebanyak
sepuluh ribu ringgit atas jasa ayahnya yang terkorban semasa
mempertahankan negara.
TEMA
 Kegigihan menuntut ilmu.Buktinya, Hayati terpaksa pulang
ke kampung kerana tidak dapat membayar yuran asrama
sekolah.
PERSOALAN
 Ketabahan menghadapi dugaan dalam kehidupan.
 Contoh: Fauziah tabah menerima kematian suaminya, Akhbar,
yang terkorban semasa bertugas di sempadan.
 Gigih meneruskan pelajaran.
 Contoh: Hayati tetap berusaha untuk terus tinggal di asrama
bagi meneruskan pelajarannya.
 Berusaha untuk menyelesaikan masalah.
 Contoh: Pak Mail menceritakan masalah kewangan yang
dihadapi oleh keluarga mereka kepada penghulu.
WATAK & PERTWAKAN
1. HAYATI
 Gadis yang berusia 15 tahun.
 Bersekolah di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka.
 Gigih berusaha
▪ Contoh: Hayati menceritakan masalah yang dihadapi oleh keluarga mereka
kepada guru besar.
 Tabah.
▪ Contoh: Hayati tabah menghadapi kehilangan ayahnya.
 Penyayang.
▪ Contoh: Hayati tetap merindui arwah ayahnya dan ingin menatap gambarnya
apabila dia pulang ke kampung.
 Mementingkan pelajaran
▪ Contoh: Hayati berusaha untuk mendapatkan bantuan bagi meneruskan
pelajarannya
WATAK & PERWATAKAN
2. FAUZIAH
 Ibu kepada Hayati.
 Tabah.
 Contoh: Tabah menghadapi kehilangan suami tercinta.
 Penyayang.
 Contoh: Fauziah sangat menyayangi suami dan anak-anaknya.
WATAK & PERTWAKAN
3. PAK MAIL
 Bapa kepada Fauziah. Datuk kepada Hayati dan Farid.
 Tabah.
 Contoh: Pak Mail tabah menghadapi musibah yang menimpa
keluarga mereka.
 Bertanggungjawab.
 Contoh: seorang yang bertanggungjawab menjaga anak dan
cucu-cucunya setelah mereka kehilangan ayah yang tercinta.
 Penyayang.
 Contoh: seorang yang penyayang terhadap anak dan cucu-
cucunya.
WATAK & PERWATAKAN
4. DATUK PENGHULU
 Bertanggungjawab.
 Contoh: seorang yang bertanggungjawab kepada aduan yang
disampaikan oleh Pak Mail.
 Amanah
 Contoh: seorang yang menjaga amanah dengan baik apabila
berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh keluarga Pak Mail.
WATAK & PERWATAKAN
5. ENCIK MUSA
 Seorang pegawai tentera yang serius dan tegas
 Amanah
 Contoh: Amanah menjalankan tugas apabila menyampaikan cek
penghargaan kepada keluarga Pak Mail di atas sumbangan
Akhbar dalam mempertahankan tanah air.
LATAR MASA
 Pagi
 Contoh: Pak Mail menemui datuk penghulu bagi menceritakan
masalah yang sedang dihadapi oleh keluarganya.
 Petang
 Contoh: Hayati pulang ke kampung dan kunjungan wakil
Kementerian Pertahanan untuk menyampaikan sumbangan
penghargaan kepada keluarga Pak Mail.
LATAR TEMPAT
 Rumah Pak Mail
 Contoh: Pak Mail menerima kunjungan wakil Kementerian
Pertahanan untuk menyampaikan sumbangan RM 10,000.
 Pejabat guru besar
 Contoh: Hayati bercerita tentang masalah yang dihadapi oleh
keluarganya kepada guru besar.
 Asrama sekolah
 Contoh: Tempat Hayati tinggal semasa belajar di sekolah
tersebut.
 Perbatasan Negara
 Contoh: Tempat Akhbar gugur ditembak oleh musuh negara.
LATAR MASYARAKAT
 Masyarakat kampung
 Contoh: Pak Mail menemui penghulu kampung untuk menceritakan
masalah yang dihadapi oleh mereka.
 Masyarakat yang berusaha gigih.
 Contoh: Pak Mail berikhtiar mencari duit bagi membayar yuran
asrama Hayati.
 Masyarakat yang sanggup berkorban demi tanah air.
 Contoh: Akhbar terkorban semasa menjalankan tugas di sempadan.
 Masyarakat yang percaya kepadaTuhan.
 Contoh: Pak Mail menasihati Fauziah menerima ketentuan Tuhan
dengan redha.
GAYA BAHASA
 Bahasa istana
 Contoh: bonda, anakanda, nenda dan adinda
 Kata ganda
 Contoh: sekali-sekala, sama-sama, rajin-rajin, moga-moga
 Sinkope
 Contoh: mak, tuk, nak, dah
 Simpulan bahasa
 Contoh: minta diri
 Bahasa Arab
 Contoh: assalamualaikum, waalaikumusalam.
NILAI
 Nilai kasih sayang.
 Contoh: Pak Mail amat menyayangi Fauziah, Hayati dan Farid.
 Nilai ketabahan.
 Contoh: Fauziah tabah menerima kematian suaminya.
 Nilai kegigihan.
 Contoh: Hayati gigih berusaha mengatasi masalah kewangan
yang dihadapinya.
 Nilai bekerjasama.
 Contoh: Penghulu berjanji akan membantu keluarga Pak Mail.
PENGAJARAN
 Kita hendaklah mementingkan pelajaran bagi menjamin masa depan.
 Contoh: Hayati berusaha untuk meneruskan pelajarannya walaupun
menghadapi masalah kewangan.
 Kita haruslah mengenang jasa perwira yang sanggup berkorban untuk
negara.
 Contoh: Kementerian Pertahanan telah menyumbangkan RM10, 000 kepada
keluarga Fauziah kerana Akhbar yang terkorban semasa bertugas di sempadan
negara.
 Kita hendaklah percaya kepada Tuhan
 Contoh: Pak Mail percaya bahawaTuhan akan membantu mereka yang dalam
kesusasahan.
 Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.
 Contoh: Guru besar berjanji untuk menolong Hayati mendapatkan bantuan
kewangan

Anda mungkin juga menyukai