Anda di halaman 1dari 4

"IBU DAN AYAH" BAB 3 ERTI SEBUAH PENGORBANAN (THE CARING GRANDMA)

Sinopsis Hari Sabtu itu Iman gembira kerana menerima e-mel ibunya yang memberi galakan agar memenangi pidato dan bersabar atas tingkah Linda. Pagi itu, ayahnya juga menelefon dari Kuala Lumpur. Iman mencadangkan Yusri mengirim kad ulang tahun Ruhaida ke-38, namun Yusri hanya berdiam. Ketika membantu datuk neneknya membersihkan reban ayam, Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial muncul. Pei Wen membawa buah tangan, iaitu ikan sungai. Di sekolah mereka bertembung dengan Linda, Suzana dan Aminah di kelas sedang berlatih pidato. Linda mengajak Iman ke satu sudut dan terus melampiaskan lagi rasa cemburunya, sambil mendesak Iman menarik diri. Di rumah, Yusri muncul, lalu mengajak Iman, datuk dan nenek ke Port Dickson (rumah mereka di Seremban). Mereka makan ikan bakar di sebuah restoran sambil bercerita. Kemudian, berlaku perbincangan antara Yusri dengan datuk dan nenek tanpa kehadiran Iman. Sejak itu, nenek tidak ceria lagi. Akhirnya, Iman mendapat jawapan bahawa nenek berasa cemburu dan gusar jika cadangan Yusri mengajak Iman tinggal di bandar menjadi kenyataan. Iman bertegas bahawa dia hanya akan mengikut Yusri jika Ruhaida, ibunya ada bersama-sama. Ada sesuatu yang tidak dicakapkan oleh nenek... Perbincangan peristiwa menarik 1 Iman mengingatkan ayahnya tentang ulang tahun kelahiran ibunya yang ke38 pada 15 hari bulan. Iman mendesak Yusri mengirim kad ucapan, dan Iman sanggup menjadi wakil bagi pihak ayahnya. Watak: Iman Zulaikha Perwatakan: Penyayang / peka / prihatin Latar masyarakat: masyarakat yang penyayang / peka / prihatin; masyarakat murid sekolah / masyarakat anak peniaga Nilai: Kasih sayang / kepekaan / keprihatinan Persoalan: Kasih sayang sesama keluarga / kasih sayang anak kepada ibu bapanya / kepekaan / keprihatinan anak kepada ibunya Pengajaran: Kita hendaklah menyayangi sesama keluarga / ibu bapa; kita hendaklah peka / prihatin terhadap ibu bapa 2 Iman segera berlalu pergi apabila menyedari dirinya tidak bertudung ketika rakan-rakannya datang. Iman juga tidak bau busuk yang melekat pada pakaiannya ketika membersihkan reban ayam tidak menyenangkan rakan-rakannya.

Watak: Iman Zulaikha Perwatakan: suka membantu / menjaga penampilan (aurat) / taat ajaran agama Latar masyarakat: Masyarakat yang suka membantu / masyarakat yang menjaga penampilan aurat Nilai : Kerajinan / tolong-menolong / ketaatan / kepatuhan Persoalan: Kerajinan dalam membantu warga tua / Tolong-menolong dalam kerja di rumah / ketaatan, kepatuhan terhadap perintah menutup aurat. Pengajaran: Kita hendaklah rajin menolong warga tua / kita hendaklah patuh menutup aurat 3 Bapa Pei Wen berkirim ikan sungai kepada nenek Iman Watak: Bapa Pei Wen Perwatakan: Berbudi bahasa / pemurah Latar masyarakat: masyarakat peniaga ikan / masyarakat yang berbudi bahasa / pemurah Nilai: Murah hati Persoalan: Bermurah hati terhadap jiran tetangga Pengajaran: Kita hendaklah bermurah hati terhadap jiran tetangga 4 Iman bertegas enggan menarik diri daripada pertandingan pidato walaupun diberi kata dua oleh Linda Watak: Iman Zulaikha Perwatakan: Tegas / tetap pendirian Latar masyarakat: Masyarakat yang tegas / tetap pendirian Nilai: Ketegasan Persoalan: Ketegasan dalam mempertahankan pendirian Pengajaran: Kita hendaklah tegas dalam mempertahankan pendirian 5 Datuk Iman menegur Iman supaya akur dengan kehendak ayahnya supaya Iman bersiar-siar kerana ada perbincangan orang tua-tua sahaja 6 Sebagai remaja, Iman tidak dapat menangkap maksud sebenar nenek menyatakan kesunyian jika Iman mengikut Yusri ke bandar sedang kata Iman ayahnya hanya bergurau.
Bab 3: Ibu dan Ayah Sabtu. Iman tidak ke sekolah. Iman memperoleh kata-kata semangat daripada ibu melalui e-mel. Pertama, ibu mahu Iman menjadi johan dan mewakili sekolah ke pertandingan daerah. Kedua, ibu menasihati Iman agar bersabar terhadap kerenah Linda. Menurut ibu, dugaan akan mencabar kehidupan. Yang penting niat ikhlas. 9 pagi. Iman menerima panggilan telefon daripada ayahnya. Ayah bertanyakan khabar. Jika mengizinkan, ayah akan berjumpa dengan Iman. Sejak meletakkan jawatan pensyarah, Yusri (ayah Iman) sibuk akan dunia perniagaan perhotelan. Namun, Yusri tidak pernah mengabaikan

tanggungjawabnya terhadap Iman Zulaikha. Iman sempat mengingatkan hari jadi ibu pada 15 haribulan. Iman mendesak agar ayahnya mengirimkan kad ucapan sempena ulang tahun kelahiran ibu yang ke-38 tahun. Iman mohon izin untuk mengirimkan kad bagi pihak ayahnya. Ayah turut menyampaikan salam kepada datuk dan nenek Iman. Iman dikejutkan oleh kehadiran Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial. Mereka bersalaman dengan nenek Iman. Pei Wei sempat menghulurkan bungkusan berisi beberapa ekor ikan sungai kepada nenek. Iman muncul dan memohon kebenaran nenek untuk berlatih pidato di sekolah pada pukul 10.15 pagi. Sekolah sibuk dengan akitiviti kokurikulum. Adif Danial bertanyakan skrip pidato. Iman menjelaskan bahawa skrip pidato sudah ditunjukkan dan mendapat persetujuan Cikgu Julia. Mereka ke kelas Tingkatan Satu Dinamik. Rupa-rupanya, kumpulan Linda sedang berlatih di dalamnya. Linda menyindir Iman lagi. Linda kurang senang melihat Iman bergaul rapat dengan Adif Danial. Maka, berlakulah usik-mengusik dan sindirmenyindir. Linda amat yakin bahawa Iman akan kalah dalam pertandingan pidato itu nanti. Kata-kata Linda diterima baik oleh Iman. Pertemuan Linda dengan Iman menghairankan teman-teman Iman. Setiba di rumah, Iman terkejut. Hadir sebuah Proton Perdana di hadapan rumah. Iman keriangan menyambut kedatangan ayahnya. Mereka berbual panjang termasuklah hal pertandingan pidato. Malangnya, ayahnya perlu berangkat ke Langkawi pada petang Jumaat sedangkan pertandingan Iman pada 9 pagi, hari Sabtu. Petang itu, Iman, ayah, datuk dan nenek bersiar-siar di pantai Port Dickson. Selepas berdarmawisata, mereka makan ikan bakar di sebuah restoran. Sempat juga Iman bercerita tentang pelajaran dan aktivitinya di sekolah. Datuk dan nenek Iman dikejutkan oleh pertanyaan dan hasrat Yusri untuk membawa Iman tinggal bersama dengannya di bandar. Menurut Iman, dia perlu mendapat keizinan ibu dan mahu ibunya tinggal bersama-sama. Kemudian, Yusri berbincang dengan nenek dan datuk Iman. Sejak pulang dari Port Dickson, Iman sedar akan perubahan diri nenek. Rupa-rupanya nenek berasa cemburu akan Yusri, ayah Iman. Nenek bimbang kalau-kalau Yusri membawa Iman tinggal di bandar bersama dengannya. Perbualan Iman dengan datuk disedari oleh nenek. Menurut nenek, jika Iman tinggal bersama dengan ayahnya, maka akan sunyilah mereka berdua di kampung. Menurut Iman, dia hanya akan tinggal bersama dengan ayah sekiranya ibunya turut bersama semula. Kosa Kata / Makna 1. Menimpa menghempap, jatuh menindih (ke atas) sesuatu, mengenai 2. Corong saluran yang berbentuk kelongsong dan bermuncung di hujungnya untuk menuang air 3. Berkesempatan ada kesempatan (peluang) untuk 4. Mengiakan mengatakan ia, mengakui, menyetujui, membenarkan 5. Berselerak bersebar, bersepah, berserak 6. Jenguk lihat, jengah 7. Terkedu lentik ke belakang tubuhnya, terkedik

8. Tercegat tertegak, berdiri tegak, tercancang 9. Mencuka menjadi masam seperti cuka (berkenaan wajah, muka) kerana marah, geram 10. Mengerutkan mengedutkan, menggelemburkan 11. Bosan sudah tidak suka lagi, jemu, boyak 12. Diselubungi ditutup litup dengan selubung, dibungkusi, diselimuti 13. Tersinggung terkena, terjamah, tersentuh 14. Mentua ibu bapa, ibu atau bapa kepada isteri atau suami 15. Termenung dalam keadaan bermenung (berfikir panjang) 16. Lucu membuat orang ketawa, menggelikan hati, jenaka 17. Tersentuh tertarik dengan kuat, terpiuh, tersedar 18. Menantu isteri atau suami kepada anak sendiri 19. Mengutarakan melahirkan apa yang tersemat di hati, mengatakan, mengemukakan, menyatakan

Anda mungkin juga menyukai