Anda di halaman 1dari 10

KOMSAS Tingkatan 1: Cerpen kasut Kelopak

Jantung
Tingkatan 1: Cerpen Kasut Kelopak Jantung
Sinopsis
Tanggal 16 Mei, Cikgu Harun menerima sebuah bungkusan yang berisi sepasangan kasut yang
mahal. Walaupun Cikgu Harun sudah dapat mengagak siapa pengirim bungkusan tersebut, beliau tidak
pasti sama ada pengirimnya benar-benar ikhlas atau hendak menyindirnya. Hadiah tersebut telah
membangkitkan ingatan Cikgu Harun ketika beliau mengajar murid darjah tiga di sebuah sekolah luar
bandar, tiga puluh tahun dahulu.
Setelah menerima ucapan selamat pagi daripada murid-murid, Cikgu Harun memarahi Ahmad.
Ahmad tahu akan kesalahannya yang tidak memakai kasut ke sekolah. Perasaan Ahmad bercampur baur
antara takut dengan malu. Bagi Cikgu Harun, dia terpaksa bertindak demikian supaya Ahmad mendesak
ibu bapanya agar membelikan kasut sekolah untuknya. Lagipun Cikgu Harun tidak mahu murid-murid
yang lain mencontohi sikap Ahmad yang tidak memakai pakaian seragam yang lengkap ke sekolah.
Kemarahan Cikgu Harun memuncak lagi apabila Ahmad tidak memakai pakaian pendidikan
jasmani. Cikgu Harun memungut beberapa keping kelopak jantung pisang yang bertaburan di tepi pagar
lalu menyuruh Ahmad mengikatnya dengan tali rafia pada kedua-dua belah kakinya dengan pesanan
jangan menanggalkan kasut baharunya itu sehingga dia telha membeli kasut sekolah. Ahmad menangis
kerana ditertawakan oleh kawan-kawan sekelasnya. Dia berlari pulang ke rumah apabila lonceng sekolah
terakhir berbunyi. Sejak hari itu, Ahmad tidak hadir ke sekolah lagi. Cikgu Harun mulai rasa bersalah.
Beliau mengambil keputusan untuk ke rumah Ahmad.
Kedatangan Cikgu Harun di sambut oleh Ibu Ahmad. Ahmad tiada di rumah kerana mengambil
upah memetik cili di sebuah kebun sayur. Beberapa minit kemudian, Cikgu Harun ternampak kelibat
Ahmad di belakang rumah. Cikgu Harun menangis kerana kasut kelompak jantung masih terlekat pada
tapak kaki Ahmad. Cikgu Harun menunggang motosikal ke pekan yang berdekatan untuk membeli
sepasang pakaian seragam sekolah dan sepasang kasut sekolah untuk Ahmad.
Cikgu Harun menyerahkan pakaian dan kasut yang baharu dibelinya itu kepada Ahmad sambil
berpesan kepada Ahmad supaya kembali ke sekolah. Cikgu Harun kemudian membuka ikatan kasut
kelopak jantung yang berjurai-jurai di kaki Ahmad.
Setelah tamat persekolahan, Ahmad bekerja sebagai penjual pakaian dan kasut di pasar malam
dan setelah itu bekerja sebagai pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar.
Dialah yang mengirimkan bungkusan yang berisi kasut itu kepada Cikgu Harun.

Tema : Tanggungjawab guru terhadap muridnya.


Persoalan:
a) Kemiskinan bukan penghalang untuk mencapai kejayaan.
b) Kepatuhan dan kesetiaan murid kepada guru.
c) Sikap tolong-menolong membawa berkat.
d) Kegigihan faktor kejayaan.

Watak dan Perwatakan


Ahmad
Berusia 9 tahun dan murid darjah tiga.
Daripada keluarga miskin dan tinggal di sebuah pondok usang.
Gigih berjalan di atas batu kerikil tanpa memakai alas kaki ke sekolah.
Lurus bendul tidak menanggalkan kasut kelopak jantung sebelum memiliki kasut yang
baharu.
Rajin mengambil upah memetik cili di sebuah kebun sayur.
Patuh kembali ke sekolah setelah memiliki baju seragam dan kasut sekolah yang baru.

Mengenang jasa guru mengirimkan sepasang kasut yang mahal kepada Cikgu Harun pada
setiap tahun
Cikgu Harun
Guru disiplin yang bersifat bengis tetapi bertimbang rasa
Berasal dari bandar
Pernah mengajar di sebuah kampung di kawasan pedalaman tiga puluh tahun yang lalu
Tegas mendidik murid-murid agar berdisiplin dan patuh pada peraturan sekolah.
Insaf berasa bersalah apabila Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu.
Baik hati membelikan sepasang baju sekolah dan kasut sekolah untuk Ahmad.
Latar
a) Tempat : - Sebuah sekolah di kawasan luar bandar.
- Kelas darjah tiga.
- Rumah Cikgu Harun
- Rumah Ahmad yang terletak di hujung kampung di sebuah kawasan pedalaman.
b) Masyarakat : - Penduduk kampung yang miskin bekerja sebagai petani, pesawah dan
penoreh getah.
- Penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman masih mundur kerana
kurang prasarana, contohnya jalan raya yang tidak berturap.
c) Masa : Pada sebelah malam - Cikgu Harun menerima sebuah bungkusan setelah balik dari
surau. Bungkusan itu telah berada di rumahnya lebih awal lagi.
: Imbas kembali peristiwa berlaku 30 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1980-an.
Gaya Bahasa
a) Simile tertunduk-tunduk seperti ayam kalah menyabung; berjalan macamlembu sakit
kaki; kakinya macam kaki gajah yang untut dan tidak cantik; bagaiada sesuatu yang
tersengkang pada batang tenggoroknya.
b) Metafora membatukan diri; hatinya yang terhiris
c) Repetasi Terasa kakinya seperti kaki monyet, kaki itik, dan kaki tiang rumahnya yang
usang.
d) Kata-kata puitis membiarkan dirinya hanyut dalam arus ingatan; kesabaran masih
tersisa dalam jiwanya; kata yang terlontar melewati bibir kering Ahmad.
e) Peribahasa - Anak-anak kampung itu sememangnya lebih selesa berkaki ayamwaktu
itu; Kadang
- kadang dilihatnya Ahmad seperti lurus bendul; Dia mula terasa Ahmad
itu berkecil hati.
Nilai : a) Kerajinan Ahmad berusaha bersungguh-sungguh kerana tidak mahu mewarisi
kemiskinan keluarga.
b) Berdikari Ahmad bekerja memetik cili di kebun sayur kerana hendak membantu
keluarga yang miskin.
c) Baik Hati Cikgu Harun membeli sepasang baju seragan dan kasut sekolah untuk
Ahmad supaya dia dapat belajar dengan selesa.
d) Semangat bermasyarakat Cikgu Harun membantu Ahmad kerana mahu Ahmad
berjaya dalam pelajaran dan keluar daripada belenggu kemiskinan.
e) Pemaaf Ahmad menerima pemberian Cikgu Harun dan dia ke sekolah kerana
tidak menyimpan perasaan dendam.

f) Mengenang Budi Ahmad mengirimkan sepasang kasut kepada Cikgu Harun kerana
hendak membalas budi baik Cikgu Harun terhadapnya tiga puluh tahun yang lalu.
Pengajaran : a) Kita hendaklah berusaha dengan gigih supaya dapat mencapai kejayaan dalam
hidup.
b) Kita hendaklah bersikap dermawan supaya dapat meringankan kesusahan orang
lain.
c) Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain supaya hidup kita gembira.
d) Kita hendaklah membalas budi baik yang telah kita terima supaya hubungan
silaturrahim berpanjangan.
e) Guru-guru hendaklah berusaha mendidik murid-murid kerana mereka
merupakan negara yang berharga

Novel Erti Sebuah Pengorbanan -Ting.2


Erti Sebuah Pengorbanan
(Zaihanim Abidin)
Sinopsis
Iman Zulaikha merupakan seorang pelajar tingkatan satu. Setelah bapa dan ibunya bercerai, Iman
berpindah dan tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Iman menyimpan cita-cita
yang tinggi agar dia dapat menyatukan semula ibu dan bapanya. Iman dan Pei Wen merupakan
pasangan sahabat yang rapat sama ada di sekolah atau di rumah. Kedua-duanya sering mencurah
rasa dan sama-sama berbincang bagi menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Setiap hari
apabila sampai di rumah, Iman akan membaca dan menghantar e-mail kepada ibunya yang berada
di New Zealand.
Di sekolah, Iman merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan sering dikagumi oleh pelajarpelajar yang lain. Namun, Linda sering menimbulkan masalah dan tidak mahu berbaik-baik dengan
Iman. Kehadiran pelajar baharu, iaitu Adif Danial ke sekolah mereka menambah lagi rakan Iman
termasuk Zulkarnain. Pernah pada suatu ketika Linda menolak Iman sehingga terjatuh dari tangga
gara-gara Iman tidak mahu menarik diri daripada pertandingan pidato yang mereka sertai. Berkat
kegigihan dan ketabahannya berlatih, Iman berjaya menjadi juara dan bakal mewakili sekolahnya
dalam pertandingan pidato peringkat daerah.
Kehadiran ayahnya secara tiba-tiba pada suatu hari mengganggu ketenangan Iman. Ayahnya
memberitahu bahawa dia ingin berkahwin dengan Puan Sofia, ibu Adif Danial. Ketika berjumpa
Yusri di sekolah, Adif Danial terkejut dan menyedari bahawa Yusri ialah bapa Iman. Hal ini
menyebabkan Adif Danial memberontak dan menjauhkan diri daripada Iman, Pei Wen dan
Zulkarnain tetapi merapatkan diri dengan Linda.
Oleh sebab kedua-dua anak mereka tidak bersetuju, Yusri dan Puan Sofia tidak jadi berkahwin. Iman
kembali mesra dengan ayahnya. Iman menjadi juara pidato di peringkat daerah. Pertandingan ini
turut disaksikan oleh ayahnya. Kejahatan Linda terbukti apabila dia ditangkap kerana mencuri diari
dan teks pidato Linda. Namun, Iman memaafkan Linda.
Berita gembira disampaikan oleh ayah Iman. Ayahnya mengajak Iman, datuk dan neneknya pergi ke
New Zealand untuk bertemu dengan ibunya. Hal ini amat menggembirakan Iman.
Tema
Kasih sayang
Iman Zulaikha amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya. Setelah mereka bercerai, Iman
ditinggalkan bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Namun, hubungan ibu dan bapanya
masih baik sebagai sahabat. Pelbagai usaha dilakukan agar kedua-dua ibu bapanya dapat bersatu

semula.

Persoalan
1. Persoalan pengorbanan
Ayah Iman dan ibu Adif Danial, terpaksa mengorbankan hasrat mereka untuk berkahwin kerana
anak-anak mereka tidak menyetujui perkahwinan tersebut. Ayah Iman akur dengan permintaan
Iman agar beliau berbaik-baik dengan bekas isterinya semula. Adif Danial pula belum bersedia
untuk menerima orang baharu sebagai ayahnya.
2. Persoalan ketabahan
Iman tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang dihadapinya. Setelah ditinggalkan oleh ibunya
yang melanjutkan pelajaran di New Zealand, dia menyesuaikan dirinya tinggal dengan datuk dan
neneknya di kampung. Segala masalah dihadapinya tanpa merungut malahan dia lebih berazam
untuk berjaya.
3. Persoalan hubungan persahabatan
Iman dan Pei Wen bersahabat baik dan sering mencurah rasa serta sama-sama
menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.Kegigihan
Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato bagi mewakili sekolahnya ke peringkat
daerah.
4. Persoalan taat kepada perintah agama
Iman sentiasa menunaikan sembahyang dan memohon doa agar segala apa yang
dihajatinya tercapai.

Binaan Plot
Permulaan
Iman Zulaikha merupakan pelajar tingkatan satu yang tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di
kampung. Iman tinggal bersama-sama dengan ibunya setelah pihak mahkamah memberikan hak
penjagaan kepada ibunya. Iman kemudiannya berpindah ke kampung kerana ibunya melanjutkan
pelajaran ke New Zealand. Namun, kerana kasih sayang terhadap ibu dan bapanya, dia menyimpan
hasrat untuk menyatukan mereka semula.
Perkembangan
Dia amat senang berkawan dengan Pei Wen yang tinggal bersebelahan rumah datuknya di kampung.
Mereka sering bersama-sama ke sekolah. Pei Wen dan Iman berkongsi suka duka dan sering
mengatasi masalah bersama-sama. Iman dan ibunya sering berhubung melalui kiriman e-mail.
Perumitan
Linda, rakan sekelas Iman, sering menimbulkan masalah kepada Iman kerana Linda tidak mahu

berbaik-baik dengan Iman. Hal ini menghairankan Iman. Apabila Cikgu Julia mencari wakil pidato
untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, Linda menjadi pesaingnya. Kemunculan Adif Danial
yang berkawan rapat dengan Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tambah menaikkan kemarahan Linda.
Linda menyuruh Iman menarik diri daripada pertandingan tetapi tidak dipersetujui oleh Iman.
Puncak
Iman memenangi pertandingan pidato peringkat daerah hasil daripada kegigihannya berlatih
walaupun pelbagai masalah yang dihadapinya sepanjang tempoh persediaan bagi menyertai
pertandingan tersebut. Dua hari sebelum bertanding, diari dan teks pidatonya hilang. Namun dia
cekal. Ayahnya turut hadir memberikan sokongan pada hari pertandingan.
Peleraian
Datuk dan nenek mengadakan kenduri kesyukuran bagi menghargai kejayaan Iman. Berita yang
paling menggembirakan Iman ialah bapanya bersetuju untuk membawa Iman serta datuk dan
neneknya ke New Zealand bertemu dengan ibunya.
Teknik Plot
1. Dialog
Perbualan antara Iman dan Pei Wen semasa Pei Wen mengadu tentang ibu tirinya yang sering tidak
bersefahaman dengannya.
2. Kejutan
Pembaca dikejutkan dengan berita bahawa Yusri ingin membawa Iman berjumpa dengan ibunya di
New Zealand.
3. Imbas kembali
Iman terkenangkan peristiwa semasa usianya 12 tahun, ibu dan bapanya bercerai.
4. Suspens
Pembaca tertanya-tanya peristiwa ketika Adif Danial melarikan diri daripada Yusri ketika pertemuan
mereka di sekolah.

Watak Utama
Iman Zulaikha
Pelajar tingkatan satu
Penyayang
Iman amat menyayangi kedua-dua ibu dan bapanya walaupun mereka telah bercerai. Malahan Iman
bercita-cita untuk menyatukan mereka semula.

Gigih
Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato peringkat sekolah dan peringkat daerah.
Hasil usahanya yang gigih, dia berjaya menjadi johan.
Pemaaf
Iman merupakan seorang yang pemaaf. Dia memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya
sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan.
Berani
Iman berani menentang Linda yang menyuruhnya menarik diri daripada pertandingan pidato agar
memberi laluan kepadanya.

Watak Sampingan
Cikgu Julia
Merupakan guru kelas Iman Zulaikha.
Seorang guru yang bertanggungjawab terhdap semua muridnya.
Telah banyak membantu Iman Zulaikha dalam pelajaran dan pertandingan pidato yang di
sekolahnya.

Pei Wen
Merupakan sahabat baik Iman.
Belajar dalam kelas yang sama dan tinggal sekampung dengan Iman Zulaikha. Tinggal dengan emak
tirinya.

Adif Danial.
Merupakan sahabat baik Zulkarnain.
Rakan sekelas Iman Zulaikha.
Merupakan pelajar terbaik dalam kelas 1 Dinamik.

Linda
Merupakan rakan sekelas Iman Zulaikha.
Suka menyakiti hati Iman dan akhirnya dia insaf akan kesalahannya dan berbaik semula dengan
Iman Zulaikha.

Latar Masa
Pada waktu pagi.

Sewaktu sesi persekolahan pagi bermula jam 7.35 pagi.


Contohnya, sewaktu di dalam kelas Linda telah mengasari Iman.
Pada waktu petang.
Selepas sesi persekolahan.
Contohnya, Iman menemani Pei Wen membeli barang di pasar raya.
Pada waktu malam.
Hubungan Iman dengan ibunya.
Contohnya, Iman selalu berbalas e-mail dengan ibunya yang berada di New Zealand.
Latar Tempat
Sekolah
Tempat Iman, Pei Wen, Zulkarnain, Linda dan Adif Danial menuntut ilmu.
Rumah datuk dan nenek Iman
Tempat tinggal Iman setelah ibunya pergi melanjutkan pelajaran ke New Zealand.
Port Dickson
Bapa Iman, Yusri membawa Iman dan datuk neneknya bersiar-siar ke Port Dickson.
Kampung
Iman tinggal bersama-sama dengan datuk dan neneknya di kampung.
Latar Masyarakat
Masyarakat pelajar
Masyarakat ini diwakili oleh Iman, Linda, Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial.
Masyarakat kampung
Iman tinggal di kampung bersama-sama datuk dan neneknya.
Masyarakat yang patuh kepada agama
Datuk selalu bersembahyang jemaah di surau berhampiran rumahhnya di kampung tersebut.

1. Nilai kasih sayang


Iman amat menyayangi ibu dan bapanya walaupun mereka telah berpisah. Datuk dan nenek Iman
juga amat menyayangi Iman.
2. Nilai ketabahan

Iman tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangannya dalam pertandingan
pidato peringkat sekolah dan daerah
3. Nilai kerajinan
Iman merupakan seorang pelajar yang rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.

1. Kita hendaklah menyayangi ibu dan bapa walaupun mereka telah berpisah kerana tanpa mereka,
kita tidak akan lahir ke dunia.
2. Kita perlu tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu
pertandingan.
3. Sebagai seorang pelajar kita haruslah rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.

1. Nyatakan tema novel Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin.
2. Iman Zulaikha merupakan watak utama dalam novel Erti Sebuah Pengorbanan.
Jelaskan tiga perwatakan bagi watak tersebut.

1. Tema novel Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin ialah kasih sayang iaitu usaha
dan pengorbanan yang dilakukan oleh Iman Zulaikha untuk mengeratkan kembali hubungan kasih
sayang antara kedua ibu bapanya yang telah lama berpisah.
2. Iman Zulaikha merupakan watak utama dalam novel ini. Peranannya berkembang dari
awal hingga ke kesudahan cerita. Tiga perwatakan Iman Zulaikha ialah
a) Penyayang.
Iman Zulaikha merupakan seorang gadis berusia 13 tahun yang sangat penyayang. Beliau sangat
sayangkan keluarganya. Iman Zulaikha telah cuba berusaha untuk menyatukan kembali ikatan
kekeluargaan antara emak dan ayahnya yang telah
berpisah kerana beliau sangat sayangkan kedua ibu bapanya. Akhirnya kedua-dua ibu
bapanya dapat bersatu kembali.
b) Gigih.
Iman Zulaikha seorang yang kuat berusaha dan gigih dalam melakukan sesuatu tugasan yang
diberikan guru kepadanya. Buktinya beliau telah gigih berlatih
bersungguh-sungguh untuk menyertai pertandingan pidato peringkat sekolah dan
daerah. Akhirnya beliau telah berjaya memenangi pertandingan tersebut dan menjadi
Johan.

c) Pemaaf.
Iman Zulaikha merupakan seorang yang pemaaf. Dia sanggup memaafkan kesalahan kawan
sekelasnya, Linda yang telah banyak menyakiti hati dan perasaannya. Dia turut memaafkan
kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks
pidatonya sebelum pertandingan.

Anda mungkin juga menyukai