Anda di halaman 1dari 7

Soalan Latihan

Latihan 3
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.
18 Febuari 2010
Persatuan kajian Tempatan Sekolah Kebangsaan Seri Murni telah mengadakan lawatan
ke Menara Condong. Apabila semua berkumpul di pintu pagar sekolah, guru pengiring telah
memberi penerangan tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi. Kami mendengar
penerangan yang disampaikan dengan teliti.
Ketika di menara itu, kami memanjat 100 anak tangga untuk ke puncaknya dengan
berhati-hati. Kami berasa bangga dapat melawat bangunan warisan negara yang masih ada
di negara kita.
Setelah penat, kami berehat dan solat zohor. Guru pengiring kami tidak kering gusi
untuk menceritakan tentang sejarah pembinaan Menara Condong itu. Kami tidak menang
tangan untuk mencatat maklumat yang disampaikan oleh guru itu. Sebelum pulang, kami
berkumpul dan bergambar di hadapan menara tersebut sebagai kenang-kenangan. Kami
berterima kasih kepada guru pengiring kerana memberi peluang menyertai program yang
bermakna ini.
****************************
Latihan 4
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.
Anak-anakku
Ayunlah langkahmu segera
Mendaki gunung cita-cita
Biar lelah, biar merana
Biar luka, biar cedera
Biar beribu ranjau menimpa
Namun jangan sekali-kali mengaku kalah
Jika engkau terjatuh
Ayuh, segera bangkit semula!
Ayunlah langkah perkasamu semula
Kerana perjalananmu masih jauh
Anak-anakku
Perjalanan ini memang pahit
Telanlah agar menjadi penawar
Kelak nanti...
Pasti kau akan merasa manisnya.
*********************************
Latihan 5
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Doris menangis teresak-esak. Giginya sakit lagi. Doris sangat suka makan gula-gula dan kek.
Ibunya telah berkali-kali melarangnya namun Doris tidak pernah mengendahkan kata-kata
ibunya itu.
Duit belanja yang diberikan oleh ibunya setiap hari digunakan untuk membeli gulagula dan kek. Doris juga tidak suka menggosok gigi. Kawan-kawannya juga menasihati Doris
supaya tidak makan makanan yang manis. Tetapi kawan-kawannya pula akan dimarahi oleh
Doris.
Ibu Doris amat kasihan melihat keadaan Doris yang tidak berhenti-henti menangis. Ibu
Doris pun membawa Doris ke klinik gigi. Setelah diperiksa didapati gigi Doris banyak yang
rosak dan terpaksa dicabut. Sekarang gigi Doris sudah rongak dan tidak cantik lagi. Doktor
menasihati Doris supaya rajin menggosok gigi dan mengurangkan makanan yang manismanis.
Doris berasa malu dan dia berjanji kepada doktor yang dia akan menggosok giginya
setiap hari. Semenjak hari itu, Doris menjaga giginya dengan baik. Giginya sudah tidak sakit
lagi. Kawan-kawan mula mahu mendekati Doris kerana giginya sudah tidak berbau busuk
lagi.
****************************
Latihan 6
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.
Sejak malam tadi Kasim dan ibunya tidak nyenyak tidur kerana kedua-dua orang adiknya
demam. Jadi, pagi-pagi lagi, Kasim mengajak ibunya membawa adik-adiknya ke hospital.
"Ke hospital? Tapi ibu tidak ada wang, nak,kata si ibu.
Jangan risau. Semalam Pak Hassan bagi RM50 kerana menolongnya memetik dan menjual
sayur di pasar tani. Ambilah untuk belanja perubatan adik, Kassim berkata kepada ibunya.
Sepantas itu juga Kassim ke rumah Farid. Dia meminta Farid menghantar surat
permohonan cutinya kepada guru kelasnya. Ayah Farid terdengar perbualan antara Farid dan
Kassim. Jadi, dia segera menawarkan bantuan untuk menghantar mereka ke hospital. Kassim
amat berterima kasih atas pertolongan keluarga Farid.
***************************
Latihan 7
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.
Azizan kasihan melihat Mak Bedah terketar-ketar membawa bakul berisi sayur. Dengan
segera, dia menyapa Mak Bedah dengan melafazkan dengan ucapan salam.
Kemudian dia menawarkan diri untuk membantu Mak Bedah. Mak Bedah memberikan bakul
tersebut kepada Azizan.
Setelah kenderaan agak lenggang, barulah Azizan memimpin tangan Mak Bedah
melintas jalan. Mak Bedah amat berterima kasih atas pertolongan Azizan itu. Mak Bedah
menghulurkan wang RM 5.00 kepada Azizan. Walau bagaimanapun, Azizan menolaknya
dengan sopan. Dia hanya mahu menolong Mak Bedah. Setelah Mak Bedah sampai di rumah,
barulah Azizan meneruskan niatnya menziarahi rakannya yang sakit.
***************************
Latihan 8

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.
Kehidupan Mila sekeluarga amat susah. Bapanya telah meninggal dunia setahun yang lalu.
Ibunya mengambil alih menyara keluarga. Mila membantu ibunya menjaja kuih setiap pagi
sebelum pergi ke sekolah. Walaupun Mila sibuk membantu ibunya, namun dia tidak pernah
lupa akan tanggungjawabnya sebgai pelajar. Mila rajin mengulangkaji pelajaran. Mila juga
suka membantu rakan-rakannya yang lemah dalam pelajaran.
Suatu hari, ibunya jatuh sakit. Mila tidak dapat hadir ke sekolah. Dia terpaksa menjaga
ibunya yang sakit dan menguruskan adik-adiknya yang masih kecil. Setelah beberapa hari
tidak ke sekolah, cikgu Rahimah pergi ke rumah Mila. Beliau berasa terharu akan nasib yang
menimpa mila sekeluarga. Cikgu Rahimah berjanji akan membantu Mila. Kesusahan hidup
Mila diceritakan kepada guru besar. Pihak sekolah mengadakan kutipan derma bagi
meringankan beban Mila dan keluarganya. Mila dan keluarganya mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pihak sekolah kerana sudi membantu mereka.
***************************
Latihan 9
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.
Halim murid tahun enam. Setiap hari dia ke sekolah dengan berjalan kaki. Lagi pun jarak
rumah dengan sekolah hanya 2 kilometer sahaja. Dia tidak mahu menyusahkan ayah dan
ibunya. Dia berpendapat dengan berjalan kaki dapat menyihatkan badan. Suatu hari semasa
pulang dari sekolah, Halim ternampak akan kepulan asap keluar dari belakang kadai Pak
Shuib. Melihat keadaan itu, Halim terus menjerit untuk meminta bantuan. Orang kampung
yang terdengar jeritan Halim, terus datang memberikan bantuan.
Mereka menyelamatkan barang-barang yang ada di dalam kedai itu, dan mencuba
untuk memadamkan api. Berkat kesungguhan orang-oranmg kampung, akhirnya api dapat
dipadamkan. Pak Shuib mengucapkan terima kasih kepada Halim dan orang-orang kampung
yang telah membantunya. Pak Shuib pula memberikan saguhati kepada halim atas
pertolongannya. Namun Halim menolak dengan baik dan mengatakan bahawa dia ikhlas
membantu Pak Shuib.
***************************
Latihan 10
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.
Siti Haida sentiasa bangun awal setiap pagi. Dia selalu memastikan tempat tidurnya sentiasa
kemas. Selepas bersarapan pagi, dia tidak lupa bersalam dengan kedua ibu bapanya sebelum
pergi ke sekolah. Semasa bersalam dia mohon restu agar ibu bapanya mendoakan
kejayaannya dalam pelajaran. Ibu bapanya juga menaruh harapan yang tinggi terhadap siti
Haida. Mereka mahu Siti Haida berjaya dan menjadi anak yang baik dan tinggi budi
pekertinya serta berpelajaran.
Setiap hari Siti Haida ke sekolah dengan menaiki bas bersama rakan-rakannya. Dia
sentiasa menjaga keselamatannya ketika berada di dalam bas. Di sekolahnya pula, Siti Haida
merupakan ketua kelas. Dia prihatin dan sentiasa memastikan kelasnya dalam keadaan bersih
dan ceria sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula. Siti haida akan menumpukan

perhatian ketika guru mengajar. Dia sering memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam
peperiksaan.
**************************
Latihan 11
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.
Noni merupakan anak sulung dalam keluarganya. Dia seorang kakak yang baik hati dan
penyayang. Dia sering membimbing dan mengasuh adik-adiknya. Noni juga sangat rajin
membantu ibu dan ayahnya di rumah. Apabila ibunya memasak, Noni akan menjaga adiknya
yang masih kecil. Adik-adiknya sangat manja dengan Noni. Dia juga ringan tulang membantu
adik-adiknya menyiapkan kerja sekolah.
Di sekolah, Noni sangat disenangi oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang baik hati
dan peramah. Bukan sahaja pintar, Noni juga seorang yang berdisiplin. Setiap hari dia
membersihkan kelasnya bersama-sama rakannya. Kelas Enam Bestari sentiasa ceria dan
bersih. Noni juga amat gemar belajar secara berkumpulan. Mereka berbincang dan
menyelesaikan masalah pembelajaran bersama-sama. Noni dan kawan-kawannya mempunyai
azam yang tinggi untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Merekalah yang
bakal mengharumkan nama sekolah.
************************
Latihan 12
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.
Berjalan-jalan ke kuala kubu
Penat berjalan duduk bersembang
Ringan tulang pada yang perlu
Pasti hidup akan dikenang
Pergi membeli ikan tenggiri
Beli juga ikan gelama
Jangan suka meninggi diri
Kelak diri akan binasa
Gelang emas gelang suasa
Cincin berlian indah sekali
Jangan suka membuang masa
Nanti rugi diri sendiri
Pagi-pagi menyapu sampah
Sambil berehat makan kuini
Cakap ibu jangan dibantah
Perintah bapa mesti turuti
Mari menanam pokok pegaga
Tanam sama sebaris cili
Orang berbudi kita berbahasa

Jasa dikenang hingga ke mati


************************
Latihan 13
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.
Pada setiap hari Rabu, sekolah Aiman mengadakan perjumpaan untuk aktiviti
persatuan. Aktiviti itu bermula pada pukul 4.00 petang. Cikgu Zainuddin selalu berpesan
kepada murid-muridnya supaya datang awal.
Petang itu, Aiman segera bersiap-siap dan mengayuh basikal kesayangannya
menuju ke sekolah. Dia tidak mahu terlewat tiba di sekolah, dia sentiasa berhati-hati dan
mematuhi peraturan jalan raya supaya tidak mengalami sebarang kecelakaan.
Apabila sampai di sekolah, Aiman menuntun basikalnya untuk diletakkan di tempat
yang disediakan. Semasa berjumpa dengan guru, Aiman bersalam dengan gurunya dan
melakukan apa-apa yang diarahkan.
Apabila gurunya memberi penerangan tentang cara-cara membuat buku skrap, Aiman
akan mendengarnya dengan teliti. Dia tidak mahu melakukan kesilapan semasa menjalankan
aktiviti tersebut. Aiman gembira kerana dapat menyertai setiap aktiviti yang diadakan
disekolahnya.
************************
Latihan 14
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.
Anak-anakku
Ayuh melangkah segera
Mendaki gunung cita-cita
Biar lelah biar merana
Biar luka biar cedera
Biar seribu sengsara
Biar seribu ranjau menduga
Namun jangan sekali-kali mengalah
Jika engkau terjatuh
Ayuh, segera bangun semula
Ayunkan langkah perkasamu
Kerana perjalanan belum selesai
Anak-anakku
Liku-liku kehidupan memang pahit
Tempuhi keperitan
Lalui lorong onak berduri
Telanlah agar menjadi penawar
Kelak nanti
Pasti kau merasai manisnya
*************************

Latihan 15
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.
Pencapaian akademik yang cemerlang merupakan alat pengukur prestasi sesebuah sekolah.
Lantaran itu, Sekolahku Rumahku amat sesuai dihayati dan diaplikasikan oleh semua
murid agar dapat menjamin kebersihan kawasan sekolah. Ini kerana sekolah yang ceria dapat
menjamin suasana pembelajaran yang kondusif. Oleh itu, barulah kecemerlangan sesebuah
sekolah tercapai.
Untuk merealisasikannya, budaya bergotong-royong hendaklah menjadi amalan di
setiap sekolah. Maka fenomena wabak denggi yang melanda negara dapat diatasi. Selain itu,
amalan bergotong-royong adalah baik untuk pembentukkan sahsiah murid. Mereka akan
bersama-sama melakukan tugasan walaupun dari latar belakang keluarga yang berbeza.
Murid-murid juga dapat membiasakan diri dengan rakan-rakan yang berbilang bangsa.
Sekolah yang cemerlang juga bermula daripada kelas yang bersih. Lantaran itu,
pertandingan kecerian kelas di sekolah adalah amat wajar. Sudut-sudut pembelajaran yang
terdapat di dalam kelas dapat menjana minda murid-murid ke arah kecemerlangan. Begitu
juga sudut bacaan pula dapat menggalakkan minat murid untuk membaca. Minda akan
terangsang untuk membaca pelbagai bahan bacaan yang disediakan. Maka mereka boleh
mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.
Justeru, melentur buluh biarlah dari rebungnya amat bertepatan. Hal ini demikian,
murid-murid perlu mematuhi jadual tugasan yang disediakan. Mereka juga perlu datang awal
pagi untuk memastikan kebersihan kelas sentiasa terjamin. Kesimpulannya, semua warga
sekolah perlu menitikberatkan faktor kebersihan dan keceriaan sesebuah sekolah.
***********************
Latihan 16
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.
Nani murid yang sentiasa mengambil berat tentang pelajarannya. Pada masa yang sama dia
mempunyai pelbagai hobi. Mengumpul setem adalah antara hobi yang paling digemarinya.
Dia memiliki lima buah album setem yang disimpan di dalam almari yang berkunci. Setemsetem yang dikumpulkannya diperoleh daripada beberapa buah negara. Nani bertukar-tukar
setem dengan kawan-kawan sekolahnya dan sahabat dari negeri-negeri di malaysia dan luar
negara. Kini dia memiliki pelbagai setem dan mempunyai ramai kawan. Melalui hobinya
Nani dapat mengetahui berbagai-bagai maklumat tentang negara luar seperti mata wang,
kebudayaan, makanan dan pemimpin negara. Dia amat gembira kerana hobinya
mendatangkan banyak faedah. Di samping itu dia dapat mengelakkan dirinya daripada
terlibat dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan membuang masa.
**********************
Latihan 17
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.
Pak Utih tinggal sebatang kara di kampung Layar Patah. Isteri dan anak tunggalnya
telah meninggal dunia. Pak Utih melakukan apa sahaja pekerjaan yang diminta oleh
penduduk. Antara pekerjaan yang biasa beliau lakukan seperti membersih kebun, memotong

rumput, memanjat pokok kelapa, membaikli bumbung rumah yang bocor. Walau pun semakin
dimamah usia, beliau masih ligat mencari rezeki untuk menampung hidupnya. Beliau tidak
mahu menagih simpati dari jiran tetangga. Selagi terdaya beliau tetap bekerja. Ada juga jiran
tetangganya yang bermurah hati menghulurkan makanan kepadanya. Beliau terpaksa
menerima untuk mengambil hati jiranya.
Pak utih suka melayan kanak-kanak. Sebab itulah kanak-kanak suka pergi ke rumah
Pak Utih untuk mendengar cerita daripada Pak Utih. PaK Utih juga secara sukarela mengajar
kanak-kanak kampung itu mengaji Al-Quran. Budi baik Pak Utih itu tidak terbalas oleh
penduduk kampung Layar Patah.
Pada waktu petang Pak utih bercucuk tanam sayur-sayuran di sekitar rumahnya untuk
kegunaan sendiri. Selebihnya beliau menjual kepada penduduk kampung itu. Wang itu dapat
digunakan untuk membeli keperluan hariannya dan selebihnya disimpan untuk kegunaan
sakit peningnya.
********************
Latihan 18
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.
Hati Puan Zubaidah resah kerana Irfan belumlagi pulang. Jam telah menunjukkan pukul 7.30
malam. Puan Zubaidah mundar-mandir di ruang tamu. Sekejap duduk, sekejap berdiri. Belaiu
khuatir Irfan ditimpa malapetaka. Suaminya yang keluar mencari Irfan belum juga pulang.
Sejam kemudian Irfan terjenguk di muka pintu. Puan Zubaidah menerpa ke arah Irfan.
Irfan menceritakan segala peristiwa yang berlaku kepada ibunya. Puan Zubaidah bangga
mempunyai anak seperrti Irfan. Irfan meminta maaf kerana tidak menelefon ibunya terlebih
dahulu. Dia berjanji akan menelefon ibunya jika dia terlambat pulang ke rumah.
Pagi esoknya, Irfan membawa ibunya ke hospital melawat orang tua yang
ditolongnya. Orang tua itu mengucapkan terima kasih di atas pertolongan Irfan itu. Jika Irfan
tidak tolong mungkin beliau telah meninggal dunia. Selama satu jam Irfan dan ibunya
berasda di hospital. Selepas itu mereka pun pulang ke rumah.
**********************
Latihan 19
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.
Hari ini Hakimi terlambat ke sekolah kerana menyediakan keperluan kepada ibunya yang
sakit. Apabila semuanya selesai, dia pun pergi ke sekolah dengan berjalan kaki. Tiba-tiba
hujan turun renyai-renyai. Hakimi terpaksa berlari anak untuk sampai ke sekolah.
Sebuah kereta berhjenti di hadapannya, pemandu kereta mengajak Hakimi menaiki
keretanya. Tanpa membuang masa Hakimi pun memasuki ikereta tersebut. Hakimi terkejut
kerana pemandu kereta itu adalah guru besar sekolahnya. Hakimi terpaksa mencerita
segalanya kepada guru besar sebab dia lewat ke sekolah. Guru besar memuji sikap mulia
Hakimi itu.
Keesokkannya guru besar melawat ibu Hakimi. Beliau merasa terkejut kerana sakit
ibu Hakimi teruk. Beliau membawa ibu Haklimi ke hospital untuk mendapat rawatan. Hakimi
mengucapkan terima kasih atas pertolongan guru besar itu. Hakimi bertekad untuk belajar
bersungguh-sungguh supaya cita-citanya untuk menjadi seorang doctor tercapai agar dia
dapat merawat ibunya suatu hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai