Anda di halaman 1dari 13

Latihan Bina Ayat dan Nilai Murni

Aktiviti di Persekitaran Sekolah Kata Kerja di bilik darjah 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Membaca Menulis Menumpukan perhatian Melukis Mewarna Mengajar Memadam papan hitam Mengelap tingkap Menyusun Menyapu sampah /

Bina ayat berdasarkan kata kerja di atas. Contoh: 1. Kita haruslah membaca buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan. 2. Kita mestilah berprihatin seperti menulis surat kepada kawan-kawan menanyakan khabar. 3. Kita perlulah menghargai jasa guru dengan menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar. 4. Kita haruslah menghargai masa dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. 5. Kita bolehlah menghargai masa dengan aktiviti seperti mewarna gambar pemandangan. 6. Kita perlulah bertanggungjawab seperti guru yang sedang mengajar dengan sabar. 7. Kita haruslah menjaga kebersihan kelas dengan memadam papan hitam selepas guru mengajar. 8. Kita perlulah bekerjasama menjaga kebersihan kelas seperti mengelap tingkap kelas. 9. Kita hendaklah bekerjasama menyusun meja dan kerusi di dalam kelas dengan rapi. 10. Kita mestilah menjaga kebersihan seperti menyapu sampah di dalam kelas.

Latihan Bina Ayat dan Nilai Murni


Petikan nilai-nilai murni, pengajaran dan amalan baik bertemakan Persekitaran Sekolah
Soalan 1 Tulis empat pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
(mengenai murid ke sekolah, bilik darjah, guru mengajar, rajin, menghargai masa)

Kim Seng dan Raju bersahabat baik. Setiap hari mereka pergi ke sekolah bersama-sama. Mereka ke sekolah dengan berjalan kaki. Ketika mahu melintas jalan, mereka sentiasa memandang ke kiri dan ke kanan. Apabila tiba ke sekolah, Kim Seng dan Raju menjalankan tugas membersihkan bilik darjah, menyusun kerusi dan meja serta mengelap tingkap. Semasa guru mengajar, Kim Seng dan kawan-kawannya sentiasa memberikan perhatian. Mereka akan mengucapkan terima kasih kepada guru setiap kali tamat sesi pembelajaran. Pada waktu rehat, Kim Seng dan Raju selalu ke perpustakaan. Mereka membaca buku di situ sementara menunggu loceng berbunyi. Selain itu, mereka akan meletakkan buku-buku yang telah dibaca di tempat asalnya. Mereka juga sering menyiapkan kerja-kerja rumah yang diberikan oleh guru bersama-sama Soalan 2 Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. (mengenai murid bangun dari tidur, bersarapan di rumah, pergi ke sekolah, tanggungjawab
sebagai pengawas, bersukan pd waktu petang) UPSR SJKC 2005

6.00 pagi

: Aku bangun dari tidur lalu mengemaskan bilik tidur. Kemudian aku mandi dan memakai pakaian seragam sekolah. : Aku bersarapan bersama keluarga. Ibu menyediakan juadah yang berkhasiat untuk kami sekeluarga. : Selepas bersalam dengan ibu, aku dihantar oleh ayah ke sekolah. Aku mengucapkan terima kasih kepada ayah kerana menghantarku setiap hari. :Tiba di sekolah. Setelah meletakkan beg sekolah, aku memulakan tugas sebagai pengawas. : Pulang ke rumah. Selepas makan, aku berehat sebentar. Aku akan menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. : Bermain bola keranjang bersama rakan-rakan di gelanggang berhampiran rumahku.

6.30 pagi

7.00 pagi

7.15 pagi

2.30 petang

5.30 petang

Latihan Bina Ayat dan Nilai Murni


Soalan 2a Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Setiap pagi, Kah Hoe bangun pada pukul enam. Dia mengemaskan katil sendiri lalu mandi dan menggosok gigi. Kemudian, dia bersarapan bersama-sama keluarganya. Selepas bersiap sedia, di berjalan kaki ke sekolah. Kah hoe tidak pernah lewat ke sekolah. Di sekolah, Kah Hoe melaksanakan tugasnya sebagai seorang ketua kelas dengan sempurna. Dia mengumpul buku latihan semua murid dan menghantar buku-buku tersebut ke bilik guru. Kah Hoe seorang budak yang bersopan santun. Dia memberikan salam kepada guruguru yang ditemuinya. Kah Hoe sentiasa menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Dia sentiasa menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru-gurunya. Kah Hoe rajin mengulang kaji pelajarannya pada setiap petang. Dia akan bertanya kepada guru-guru atau rakan-rakannya seandainya dia menghadapi sebarang masalah dalam pelajarannya. Soalan 2b Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Daniel sering menjaga budi pekerti dan tingkah lakunya di mana sahaja dia berada. Oleh itu, dia sangat disenangi oleh rakan-rakan dan jiran-jirannya. Setiap petang, Daniel akan menyiapkan kerja sekolahnya dan mengulang kaji pelajaran tanpa disuruh oleh ibu bapanya. Kemudian, Daniel akan berehat sambil mendengar radio. Dia sentiasa memastikan suara radionya perlahan supaya tidak mengganggu jiran. Kadangkala, Daniel menyertai aktiviti sukarela membersihkan kawasan kampong dan dia tidak pernah mengharapkan sebarang ganjaran.

Soalan 3 Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
(mengenai kegigihan pelajar belajar mencapai kecemerlangan peperiksaan, ibu bapa bangga)

Jenny ialah seorang murid Tahun Enam Wawasan. Dia belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaannya. Namun begitu, keputusan yang diperolehnya tidak begitu memuaskan. Dia tidak mudah berputus asa. Jenny terus berusaha dengan gigih dan tanpa mengenal erti jemu. Jenny sentiasa memberikan tumpuan semasa guru mengajar di dalam kelas. Dia akan meminta tunjuk ajar guru serta selalu berbincang dengan kawan-kawannya. Jenny juga kerap ke perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran. Akhirnya, Jenny telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang. Ibu dan bapanya sanggat bangga. Jenny mengucapkan terima kasih kepada guru dan rakan-rakan yang telah banyak membantunya. 3

Latihan Bina Ayat dan Nilai Murni

Soalan 3a Tulis empat pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Lai Kuen mendapat keputusan yang kurang memuaskan dalam peperiksaan pertengahan tahun. Dia menangis kesedihan. Guru kelasnya, Puan Chong menenangkannya serta menggalakkannya agar berusaha tanpa mengenal putus asa. Lai Kuen selalu mengulang kaji pelajarannya di perpustakaan sekolah. Puan Chong pula sentiasa memberikan tuisyen secara percuma kepadanya selepas waktu persekolahan. Lai Kuen bertekad untuk mencapai keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan akhir tahun dan tidak mahu mengecewakan gurunya. Semasa peperiksaan akhir tahun, Lai Kuen menjawab soalan peperiksaan dengan penuh yakin. Lai Kuen mendapat markah yang tinggi dalam kebanyakan mata pelajaran. Dia melonjaklonjak kegembiraan apabila mengetahui dirinya mendapat tempat pertama di dalam kelasnya. Dia mengucapkan terima kasih kepada guru kelasnya kerana banyak membantunya. Soalan 4 Tulis empat pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
(Murid yang rajin, tidak kedekut ilmu, ramah mesra)

Fairuz sering kali ke bilik guru untuk berjumpa dengan guru kelasnya selepas makan di kantin. Dia akan bertanyakan gurunya jika ada pertolongan yang diperlukan daripadanya. Biasanya, guru kelas akan menyuruh Fairuz mengambil buku yang telah ditanda dan dibawa ke kelas. Fairuz akan memberikan buku-buku tersebut kepada kawan-kawannya. Jika ada pembetulan yang perlu dibuat, Fairuz akan memberikan tunjuk ajar kepada kawan-kawannya yang lemah. Dia sering dipuji oleh gurunya kerana dia seorang murid yang tidak kedekut ilmu. Selain itu, Fairuz senang didekati oleh kawan-kawannya kerana dia tidak suka berbangga sungguhpun dia murid yang pintar. Kawan-kawannya juga senang berkawan dengannya kerana sikap yang ramah dan berbudi bahasa dengan orang lain. Soalan 4a Tulis empat amalan baik yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
(Situasi rumah/ keluarga , persediaan peperiksaan, keselamatan)

Peperiksaan semakin hampir, Fauzan sangat risau kerana persiapan untuk peperiksaan belum dibuat sepenuhnya. Dia ingin membuat latihan intensif dan belajar sendiri di rumah. Fauzan tidak mahu menyusahkan ibunya lalu mengeluarkan wang tabung untuk membeli buku latihan. Sebelum keluar, dia meminta izin dengan ibunya untuk pergi ke kedai buku. Ibunya sangat mengambil berat tentang keselamatan anaknya itu lalu memberitahu hendak menemani anaknya ke kedai buku. Fauzan sungguh gembira kerana ibunya sangat mengambil berat tentang dirinya. Selepas itu, mereka bersama-sama ke kedai buku.

Latihan Bina Ayat dan Nilai Murni


Soalan4b Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah Hun Ming seorang murid yang rajin. Dia menumpukan perhatian ketika gurunya mengajar. Selepas pulang dari sekolah, Hun Ming menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru-gurunya. Dia juga menolong ibunya membuat kerja rumah. Pada waktu petang, Hun Ming mengulang kaji pelajaran di perpustakaan awam berhampiran dengan rumahnya bersama-sama rakan-rakannya. Dia murid yang cerdik dan sedia memberikan tunjuk ajar kepada rakan-rakannya jika mereka menempuhi masalah dalam pelajaran. Pada suatu petang, Hun Ming terjumpa akan seekor kucing yang tercedera di tepi jalan raya sebaik-baik sahaja meninggalkan perpustakaan awam itu. Hun Ming bersimpati terhadap kucing itu lalu membawa kucing itu pulang ke rumah. Hun Ming meminta keizinan ibunya untuk merawat dan membela kucing itu. Ibu Hun Ming menganggukkan kepala menandakan setuju. Hun Ming memelihara kucing itu dengan penuh kasih saying. Soalan 5 Tulis empat amalan baik yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
(Zamri budak nakal telah insaf dan berjanji akan berubah sikapnya)

Zamri seorang budak yang nakal. Dia selalu dimarahi oleh ibunya kerana selalu membuang masa dan tidak suka mengulangkaji pelajaran. Kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya langsung tidak dibuat. Ibunya sangat sedih dengan sikap Zamri. Pada suatu hari, Zamri mengayuh basikal ke sungai kerana telah berjanji dengan kawan-kawannya untuk mandi di sungai. Basikal yang dikayuhnya sangat laju. Dia tidak dapat mengawal basikalnya lalu terlanggar sebatang pokok. Lutut dan kepalanya berdarah. Mujur Pak Ali yang lalu di situ ternampak Zamri. Dia segera membawa Zamri ke hospital. Zamri terlantar di hospital selama seminggu. Ibunya terpaksa berulang alik dari rumah ke hospital untuk menjaga Zamri. Zamri terharu dengan pengorbanan ibunya itu. Dia menangis mengenangkan sikapnya sebelum ini. Zamri meminta maaf dengan ibunya dan berjanji tidak menyakiti hati ibunya lagi. Ibunya memaafkan segala kesilapan Zamri dan sungguh gembira dengan perubahan sikap Zamri. Soalan 5a Tulis empat pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
(situasi: persekitaran sekolah, Murni berasa angkuh atas pencapaiannya, berubah sikap)

Dalam peperiksaan yang lalu, Murni Berjaya dapat semua A. Dia berasa bengga diri. Kawan-kawannya tidak senang dengan sikap Murni itu. Mereka telah beberapa kali memberi nasihat kepadanya tetapi dia enggan dengar. Pada suatu hari, Murni terjatuh daripada basikal ketika pulang ke rumah. Murni cedera. Mujurlah beberapa orang rakan sekelasnya ternampak kejadian yang ditimpa oleh Murni lalu

Latihan Bina Ayat dan Nilai Murni


menolongnya. Murni malu dengan sikapnya sebelum ini. Dia mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawannya. Sejak peristiwa itu, Murni mulai mengubah sikapnya. [ EPH ms31 Thn 5] Soalan 6 Tulis empat pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
(Situasi: dalam kelas, kejujuran)

Ketika sedang menyapu lantai di kelas, Siti terjumpa sekeping wang kertas bernilai RM10.00. Dia mengambil wang itu lalu memasukkan ke dalam koceknya. Siti sungguh gembira kerana mendapat duit itu kerana dia boleh menggunakan duit itu untuk membeli alat-alat tulis. Tiba-tiba dia teringat pesanan ibunya bahawa menjadi kesalahan jika mengambil barang orang tanpa kebenaran. Kemudian, Siti segera pergi ke bilik guru untuk mendapatkan guru kelasnya. Dia menyerahkan duit itu kepada guru kelasnya. Di dalam kelas, guru kelasnya bertanyakan siapa yang kehilangan wang. Ada seorang murid mengangkat tangan dan menyatakan bahawa wangnya hilang kerana tercicir. Guru kelasnya menyerahkan wang itu kepada murid itu. Beliau juga memuji Siti kerana murid jujur. Budak itu mengucapkan terima kasih kepada Siti kerana terjumpa wangnya itu. Soalan 6a Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. (Situasi: perjalanan balik dari sekolah; kejujuran) Dalam perjalanan pulang dari sekolah, tiba-tiba Soon Heng ternampak akan sebuah dompet yang tercicir di tepi jalan. Dia segera memungut dompet itu. Alangkah terkejutnya Soon Heng apabila mendapati banyak wang di dalam dompet itu. Di dalam dompet itu juga terselit sekeping kad pengenalan. Rupa-rupanya, dompet tersebut kepunyaan jirannya, Encik khoo. Mula-mula, Soon Heng ingin mengambil wang tersebut. Namun, dia teringat akan pesanan ibu bapanya supaya tidak mengambil benda bukan kepunyaan sendiri. Soon Heng bergegas pulang untuk mengembalikan dompet itu kepada Encik Khoo. Encik Khoo mengucapkan terima kasih dan memuji Soon Heng yang bersikap jujur. Encik Khoo memberikan sedikit wang kepada Soon Heng. Soon Heng pula mengucapkan terima kasih kepada Encik Khoo. Soalan 7 Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
(mengenai Kempen Menderma Buku di sekolah)

Pusat Sumber SJK ( C ) Malim akan mengadakan kempen menderma buku. Kempen itu diadakan untuk menambahkan koleksi buku di perpustakaan sekolah. Selain itu, satu gotong-royong untuk membersihkan dan mengecat perpustakaan akan diadakan. Aktiviti ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara guru-guru, ibu bapa dan murid-murid.

Latihan Bina Ayat dan Nilai Murni


Pihak sekolah akan memberikan sijil penghargaan kepada ibu bapa yang telah menderma buku atau membantu semasa aktiviti gotong-royong. Perpustakaan yang lengkap dan ceria akan memberikan keselesaan kepada murid-murid dan guru-guru yang menggunakannya. Soalan 8 Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
(murid merosakkan buku pinjaman)

Tan Ravi Tan

: : :

Eh, Ravi! Jangan conteng di atas buku teks. Apa salahnya? Saya hanya mencatat nota ringkas sahaja. kamu tidak boleh bersikap demikian. Perbuatan kamu akan mengotorkan dan merosakkan buku teks. Kita hanya diberi pinjam buku teks itu. Buku teks bukan milik peribadi.

Lim

Betul kata Tan itu, Ravi. Lagipun, perbuatan kamu itu merupakan satu kesalahan. Kamu telah melanggar peraturan pinjaman buku teks.

Tan

Kamu boleh dikenakan denda atau perlu menggantikan buku yang telah kamu rosakkan sekiranya perbuatan kamu diketahui oleh guru.

Ravi Tan

: :

Jadi, apa yang perlu saya lakukan? Kamu perlu padamkan tulisan itu. Kamu juga perlu membalut buku itu agar tidak mudah rosak.

Ravi

Baiklah, saya akan padamkan. Terima kasih, Tan dan Lim kerana telah menyedarkan saya. Saya berjanji tidak akan melakukan perbuatan ini lagi.

Soalan 9 Tulis empat pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
(Berita mengenai sambutan Hari Guru)

SKUDAI, 16 Mei SJK ( C ) Thai Hong mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah dengan penuh kemeriahan. Sambutan ini dikendalikan sepenuhnya oleh semua murid Tahun 6. Tujuan sambutan ini disambut adalah untuk meraikan dan membalas jasa-jasa guru yang banyak berjasa kepada anak bangsa. Aktiviti persembahan yang memukau para guru pada 7

Latihan Bina Ayat dan Nilai Murni


hari itu ialah pakaian beragam setiap kaum di Malaysia. Ini menggambarkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan kesenian hidup dalam suasana aman. Selain itu juga persembahan tarian daripada tiga kaum terbesar di Malaysia dipertontonkan. Murid-murid bijak menambat hati para gurunya. Guru Besar berbangga dengan sikap murid-muridnya kerana berbakat besar dan bijak mengendalikan sambutan Hari Guru kali ini dengan lancar. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua murid yang menjayakan sambutan Hari Guru kali ini.

Soalan 10 Tulis empat pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. (Situasi: Hari Sukan Sekolah, catatan tentang Majlis) Sabtu, 7 Mei 2011 8.00 pagi Upacara Hari Sukan sekolah dimulakan. Majlis dimulakan dengan upacara perbarisan pasukan beruniform dan kontinjen rumah sukan masing-masing. Peserta berbaris dengan penuh berdisiplin. Mereka mematuhi setiap arahan daripada ketua kontinjen masing-masing. 9.00 pagi Guru Besar memberikan ucapan. Semua peserta dan hadirin mendengar ucapan Guru Besar dengan sepenuh perhatian. Pegawai Pelajaran Daerah merasmikan Sukan Tahunan pada kali ini. Beliau berbangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh peserta yang mengambil bahagian. 9.30 pagi Acara sukan dimulakan. Peserta penuh bersemangat bertanding untuk memenangi acara yang dipertandingkan. Mereka juga mempunyai semangat kesukanan yang tinggi. Selain itu, mereka melakukan sesuatu aktiviti secara berpasukan. 12.00 tengah hari Majlis penutupan Hari Sukan. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang. Pasukan kurang bernasib baik perlu mencuba dan berusaha lagi pada masa akan datang. Soalan 11 Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
(Situasi: Persekitaran Sekolah, pengawas yang adil)

Azlan dipilih sebagai ketua pengawas di sekolahnya. Dia amat disenangi oleh semua orang kerana sikapnya yang bertanggungjawab dan merendah diri. Selain itu, Azlan juga bersikap adil dalam menjalankan tugas. Dia tidak pernah lokek ilmu dan selalu membantu 8

Latihan Bina Ayat dan Nilai Murni


kawan-kawannya yang menghadapi masalah. Dia seorang murid yang sangat hormat kepada guru malah sesiapa saja yang lebih tua daripadanya. Pada suatu hari, sedang dia berjalan menuju ke kantin untuk bertugas, dia ternampak dua orang murid sedang bertengkar. Dia segera ke tempat itu dan bertanyakan apa yang telah berlaku. Setelah dia mendapati punca pertengkaran, dia menyuruh murid yang bersalah itu meminta maaf. Murid itu meminta maaf dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan lagi. Selepas itu, Azlan terus ke tempat yang dituju untuk menjalankan tugas. Soalan 11a Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Kok Wah gembira kerana dilantik sebagai pengawas pusat sumber sekolahnya. Dia menjalankan tugasnya dengan baik sekali. Guru pusat sumber sangat berpuas hati dengan ketekunan Kok Wah. Pada suatu hari, semasa Kok Wah sedang bertugas di pusat sumber, kawan karibnya, Melvin meminta Kok Wah membenarkannya membawa dua buah buku rujukan ke luar kerana dia terlupa membawa kad pinjaman. Mula-mula, Kok Wah ragu-ragu untuk berbuat demikian. Namun begitu, setelah dipujuk akhirnya, dia bersetuju untuk membantu Melvin. Guru pusat sumber, Puan Tham ternampak akan kejadian itu. Puan Tham memanggil Kok Wah dan Melvin untuk menyoal mereka. Mereka insaf dan mengakui kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Puan Tham memaafkan mereka memandangkan perbuatan itu merupakan kesalahan mereka yang pertama. Soalan 11b Tulis empat pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah Kelvin seorang pengawas. Hari ini, dia bertugas di kantin sekolah. Sebelum loceng waktu rehat berbunyi, dia sudah berada di kantin untuk bertugas. Dia memastikan murid-murid beratur dengan tertib untuk membeli makanan dan minuman. Dia juga menasihati murid-murid agar menjaga kebersihan kantin. Dua orang rakan sedarjah Kelvin, Weng Kit dan Chee Seng bertolak-tolakan semasa membeli makanan. Chee Seng tergelincir dan tertolak seorang murid yang memegang semangkuk mi. Tangan murid itu melecur kerana terkena kuah mi yang panas. Kelvin ternampak akan kejadian tersebut. Dia menegur Chee Seng dan Weng Kit dan menyuruh mereka meminta maaf daripada murid itu. Mereka mengakui kesalahan mereka dan meminta maaf daripada murid itu. Selepas itu, Kelvin membawa murid tersebut ke bilik rawatan untuk dirawat.

Latihan Bina Ayat dan Nilai Murni


Soalan 12 Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
(Situasi: Perhimpunan di Sekolah, ucapan dan nasihat guru) klon upsr2007sjkc

Semua murid sudah berkumpul di dewan. Mereka berbaris lurus seperti yang diarahkan. Apabila guru besar tiba, semua murid mengucapkan selamat pagi dan salam sejahtera. Murid-murid menyanyikan lagu Negaraku dan lagu sekolah dengan penuh semangat. Selepas menyanyi, murid-murid duduk untuk mendengar amanat daripada guru disiplin, penolong kanan 1, dan guru besar. Mereka mendengar setiap pesanan yang disampaikan. Dalam ucapan guru besar, beliau berharap supaya semua murid rajin belajar dan tanamkan minat suka membaca setiap masa. Beliau juga berharap murid-murid menjaga disiplin dan keceriaan sekolah. Misalnya, sampah mestilah dibuang ke dalam tong sampah. [EPH ms42 Thn 5] Soalan 13 Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Ucapan Peranan Guru Sidang hadirin yang saya hormati, Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Sambutan Hari Guru pada 16 Mei saban tahun mengingatkan kita tentang peranan guru dalam masyarakat. Sikap guru yang mulia dan bertanggungjawab wajar dihormati oleh segenap lapisan masyarakat. Tugas guru pada alaf baru ini semakin mencabar. Para guru bukan sahaja perlu mendidik murid-murid di dalam kelas malahan perlu mengasuh murid-murid dari segi disiplin. Sesetengah guru sanggup mengorbankan masa dan tenaga dengan memberikan tuisyen secara percuma demi membantu golongan murid yang lemah dalam pelajaran. Guru tidak pernah jemu mendidik anak murid agar menjadi insane yang berguna kepada nusa dan bangsa. Janganlah sesekali kita lupa akan jasa yang dicurahkan oleh guru kita. Kita harus menunjukkan penghargaan dengan terus berusaha untuk mencapai kejayaan sebagai tanda kita membalas budi guru kita. Sekian, terima kasih.

10

Latihan Bina Ayat dan Nilai Murni


Soalan 14 Tulis empat pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada sajak di bawah Masalah disiplin sekolah Kini semakin gawat. Jika dulu di sekolah menengah Kini menular ke sekolah rendah. Tidak siapkan tugasan Ponteng sekolah Kini perkara biasa. Peras ugut dan buli Kini menjadi-jadi. Perasaan kasih dan menghormati guru Kini tiada wujud lagi. Pengaruh negatif ini jika dibiarkan Akan menjadi api Merosakkan masyarkat, menghancurkan negara Ibu bapa, guru-guru dan masyarakat semua Berganding bahu Sama-sama tangani masalah ini. Upsr 2009 SJKC Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Kita harus sedar bahawa sekolah ialah tempat untuk menuntut ilmu. Sebagai murid, kita mesti memberikan perhatian semasa guru mengajar. Dengan cara ini, kita akan mudah memahami dan mengingati pelajaran yang diajar. Kerja rumah yang diberikan oleh guru perlulah disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Kita juga perlu membuat banyak latihan untuk menambahkan kefahaman. Sekiranya kita menghadapi masalah, bertanyalah kepada guru atau rakan-rakan. Selain itu, kita juga perlu belajar mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Melalui cara ini, kita akan memperoleh kejayaan. Apabila Berjaya, jangan sekali-kali kita melupakan jasa ibu bapa dan guru-guru. Upsr 2007 SJKC Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Arun telah dilantik sebagai ketua kelas. Semenjak itu, dia datang ke sekolah lebih awal. Setiap hari, Arun akan memastikan bahawa kawan-kawannya menjalankan tugas menyapu sampah, mengelap cermin tingkap dan menyusun meja.

11

Latihan Bina Ayat dan Nilai Murni


Apabila loceng berbunyi, Arun dan kawan-kawannya beratur di tapak perhimpunan. Mereka berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat. Mereka juga mendengar pesanan dan nasihat guru dengan teliti. Selepas itu, Arun dan kawan baiknya, Lee berbaris untuk masuk ke kelas. Ketika menaiki tangga, tiba-tiba Lee tergelincir. Dengan pantas, Arun memegang tangan Lee dan menyelamatkannya daripada terjatuh. Ketika itu guru mereka lalu. Tindakan Arun dipuji oleh gurunya. UPSR 2005 SJKC Tulis beberapa amalan baik yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Jason bangun pada pukul 6.00 pagi. Selesai mandi, Jason mengemaskan bilik tidurnya. Selepas itu, Jason akan ke meja makan untuk bersarapan bersama-sama ayah dan kakaknya. Sebelum ke sekolah, dia mencium tangan ibu dan ayahnya. Jason juga membawa bekal yang disediakan oleh ibunya. Jason dan kakaknya berjalan kaki ke sekolah. Jason memandang ke kanan dan ke kiri jalan sebelum melintas. Sekiranya sampai awal di sekolah, dia membaca buku di kantin. UPSR 2011 SK Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah Ucapan Perpisahan Guru Hadirin yang saya hormati, Saya, mewakili kawan-kawan ingin mengucapkan selamat berpisah kepada Cikgu Farzana yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti. Cikgu Farzana merupakan guru yang sanggup berkorban untuk murid-muridnya. Beliau menjalankan tugasnya tanpa mengharapkan balasan. Beliau sentiasa bersedia membimbing dan membantu kita untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Seluruh warga sekolah amat menghargai beliau. Walaupun lemah lembut, beliau merupakan guru yang tegas dan sentiasa memastikan murid-muridnya mematuhi peraturan. Cikgu Farzana juga aktif dalam Kelas Tunas Kebudayaan. Hasil bimbingan beliau, sekolah kita muncul sebagai johan dalam pertandingan drama peringkat negeri melalui drama `Si Tanggang. Sekolah kita juga telah menjadi johan dalam pertandingan bola jarring peringkat daerah kerana kegigihan beliau melatih para pemain. Tahniah kami ucapkan kepada cikgu. Segala nasihat dan bimbingan yang cikgu berikan itu akan kami patuhi. Akhir kata, saya mewakili kawan-kawan memohon maaf atas kesilapan yang pernah kami lakukan. Sebelum berpisah, terimalah serangkap pantun daripada kami, Pucuk pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Sungguh jauh beribu batu, Hilang di mata di hati jangan. 12

Latihan Bina Ayat dan Nilai Murni


UPSR 2007 SK Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Ketika berjalan ke sekolah untuk menghadiri latihan sukan, aku terjumpa sebuah dompet. Aku membuka dompet itu untuk mengetahui siapa pemiliknya. Di dalam dompet itu terdapat wang yang banyak dan dokumen penting. Aku berfikir sejenak sambil melihat sekeliling sekiranya ada orang yang sedang mencari-cari dompetnya. Tiba-tiba rakanku datang dan aku memberitahunya tentang dompet tersebut. Dia menyuruh aku mengambil sahaja dompet itu. Aku tidak berani untuk berbuat demikian. Aku teringat akan pesanan ibu bapaku agar tidak mengambil barang kepunyaan orang lain. Aku membuat keputusan untuk menyerahkan dompet tersebut kepada guru bertugas, iaitu Cikgu Rani. Beliau telah membawa aku terjumpa dengan guru besar. Guru besar memuji tindakan yang telah aku lakukan itu. Contoh: Tulis empat nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Chong Raja Chong Raja : : : : Raja, apakah yang kamu bawa itu? Bekal dari rumah. Ibu saya menyediakan capati pagi tadi. Awak hendak rasa? Boleh juga. Rajin awak bawa bekal hari ini. Awak tidak bawa wang sakukah? Sebenarnya, ayah saya beri wang saku seperti biasa tetapi saya memasukkan ke dalam tabung. Lagi pun, emak saya menyediakan capati. Awak pun bolehlah makan bersama-sama. Terima kasih, Raja. Awak memang sahabat yang baik. Dengan demikian, saya boleh membantu ibu dan bapa saya berjimat semasa berbelanja. Betul kata kamu itu. Mereka pun makan bersama-sama capati yang dibawa oleh Raja itu. Huraian berkongsi makanan dengan kawan menyimpan wang di dalam tabung mengucapkan terima kasih kepada kawan yang memberi makanan kepada kita membantu ibu bapa berjimat semasa berbelanja

Chong : Raja : Chong :

Nilai Murni Baik hati Berjimat Berbudi bahasa

Bertanggungjawab Jawapan: Kita mestilah baik hati seperti Raju berkongsi makanannya dengan Chong. Kita haruslah berjimat dengan menyimpan wang di dalam tabung. Kita wajarlah berbudi bahasa dengan mengucapkan terima kasih kepada kawan apabila dibelanja makan bersama. Kita patutlah bertanggungjawab seperti membantu ibu bapa berjimat semasa berbelanja. 13

Anda mungkin juga menyukai