Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN STPM (S948) PENGGAL 1

Disediakan oleh: F.H. Chay, C.A. (M), BAcc (Hons) UUM, MBA (UK)

TEKNIK PEMBELAJARAN PERAKAUNAN STPM S948


Sukatan pelajaran Perakaunan STPM (S948) tahun 2012 telah digubal untuk menggantikan sukatan peperiksaan Perakaunan STPM yang sedia ada. Peperiksaan format baharu ini telah memperkenalkan sistem berpenggal selaras dengan orientasi pelajaran dan pembelajaran yang diamalkan pada peringkat kolej dan universiti. Untuk Berjaya dalam peperiksaan Perakaunan STPM, pelajar haruslah memahami tajuktajuk dalam sukatan pelajaran yang telah digubal mengikut penggal; Penggal 1 Perakaunan Kewangan, Penggal 2 Perakaunan Pengurusan, Penggal 3 Pengaplikasian Perakaunan. Setiap penggal diberikan wajaran yang sama untuk keseluruhan kertas Perakaunan STPM (S948). Peperiksaan yang berlandaskan Pentaksiran Berpusat akan merangkumi 83.3% manakala 16.7% adalah daripada Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang perlu dilengkapkan oleh pelajar pada Penggal 3. Pelajar yang berharap mendapat Gred A dalam kertas Perakaunan STPM (S948) perlu mempunyai kriteria-kriteria berikut: a) Pengetahuan dan Kefahaman mempunyai kemampuan yang menyeluruh untuk mentakrifkan prinsip dan tema utama sukatan pelajaran perakaunan. Tambahan pula, pelajar mestilah dapat mengenal pasti secara terperinci setiap fakta, prinsip dan teknik perakaunan. b) Aplikasi dan Analisis pelajar juga harus mahir dalam memilih, mengelas dan mengaplikasikan data perakaunan yang bersesuaian. Pelajar dikehendaki mahir dalam menganalisis dan mengulas maklumat perakaunan yang diberikan dalam pelbagai bentuk persembahan. c) Sintesis dan Penilaian pelajar juga mesti dapat menunjukkan kemampuan yang menyeluruh untuk mengintegrasikan, menaksir, dan menilai maklumat perakaunan serta membuat kesimpulan yang munasabah. Teknik-teknik pembelajaran Perakaunan Kewangan (Penggal 1) 1. Pelajar-pelajar mestilah memahami dan mampu mengaplikasikan konsep-konsep asas perakaunan, andaian-andaian, doktrin-doktrin, konvensyen-konvensyen dan prinsip-prinsip yang terlibat dalam proses kitaran perakaunan. Tatacara ini adalah asas kepada pemahaman yang menyeluruh dalam sistem penyediaan simpan kirakira sehingga ke tahap penyediaan laporan-laporan, analisis-analisis data perakaunan, dan seterusnya ke tahap membuat keputusan. Sungguhpun, tajuk 1.2 Prinsip Perakaunan Diterima Umum adalah tajuk yang menerangkan teori perakaunan, pelajar-pelajar diingatkan sekali lagi bahawa tanpa memahami tajuk ini secara terperinci akan memudaratkan proses pembelajaran Perakaunan STPM seterusnya.
1

PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN STPM (S948) PENGGAL 1


Disediakan oleh: F.H. Chay, C.A. (M), BAcc (Hons) UUM, MBA (UK)

2. Pelajar-pelajar juga seharusnya memahami proses dan catatan yang terlibat dalam keseluruhan kitaran perakaunan. Tajuk yang merangkumi pemahaman asas ini terdapat dalam tajuk 1.4 Kitaran Perakaunan. Pelajar-pelajar juga perlu memahami tatacara perakaunan yang dipraktis semasa seperti persembahan penyata kewangan menurut FRS 1: Presentation of Financial Statements yang akan digunakan di Malaysia mulai 2012, dan piawaian perakaunan yang diterima umum (GAAP). Pelajar-pelajar juga perlu memahami dan menghayati tatacara perakaunan yang menjadi asas kepada catatan sistem bergu. 3. Pelajar-pelajar juga perlu memahami secara terperinci item-item yang terdapat dalam penyata kewangan seperti hasil, belanja, aset, liabiliti dan ekuiti pemilik yang menjadi induk kepada asas kepada simpan kira-kira. Dengan memahami item-item tersebut, pelajar-pelajar pasti dapat mengesan dan mengira pelarasan dan pembetulan kepada penyediaan penyata kewangan. Tajuk-tajuk ini akan dijelaskan dalam tajuk 1.5 Hasil, belanja dan pelarasan pada akhir tempoh dan 1.6 Pembetulan Kesilapan serta dirumuskan dengan penyediaan penyata kewangan pemilikan tunggal dalam tajuk 1.7 Sukatan Pelajaran Perakaunan STPM 948/1. 4. Selain itu, dengan memahami item-item di atas, pelajar juga harus dapat memahami, mengaitkan dan menyelesaikan rekod-rekod yang tidak lengkap dan catatan tunggal dalam tajuk 5 Sukatan Pelajaran. Keadaan ini akan berlaku dalam praktis perakaunan di mana akaun-akaun syarikat kecil yang tidak mengamalkan catatan sistem bergu yang lengkap. 5. Dalam pada itu, item-item utama akan dipelajari secara terperinci dalam tajuk 2: Aset, dan tajuk 3: Liabiliti dan Ekuiti Pemilik. Pemahaman dan pengiraan dalam item aset akan dihuraikan dengan lebih terperinci seperti item-item aset semasa; 2.2.1 Tunai, 2.2.2 sekuriti boleh pasar, 2.2.3 akaun belum terima ( akaun kawalan penghutang, peruntukan hutang ragu), 2.2.4 inventori (kaedah MDKD, MKKD, purata wajaran dll) dan kesan penilaiannya terhadap untung FRS 102 adalah dirujuk. Pelajar-pelajar juga seharusnya dapat mengaitkan dan melaraskan itemitem tersebut dalam persembahan penyata kewangan berasaskan FRS101. Aset Bukan Semasa pula haruslah difahami dan diperincikan tentang pelaburan jangka panjang, aset tak ketara dan harta tanah, loji dan peralatan. Dalam pemahaman ini, catatan dan pengiraan yang diambilkira harus difahami oleh pelajar menurut praktis piawaian perakaunan yang diterima umum. Pelajar juga didedahkan dengan piawaian seperti FRS116 piawaian mengenai perolehan harta tanah, loji dan peralatan, pengiraan susut nilai dengan kaedah garis lurus, kaedah baki berkurangan, jumlah angka tahun dan unit pengeluaran yang dihuraikan dalam FRS 104. 6. Dalam tajuk 3 Liabiliti dan Ekuiti, pelajar diketengahkan dengan pemahaman liabiliti semasa seperti akaun belum bayar (akaun kawalan pemiutang), dan liabiliti semasa lain seperti hasil terima terdahulu, belanja belum bayar dan
2

PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN STPM (S948) PENGGAL 1


Disediakan oleh: F.H. Chay, C.A. (M), BAcc (Hons) UUM, MBA (UK)

pembayaran pendahuluan yang telah diterangkan dalam tajuk 1.5. Pelajar juga perlu memahami item-item dalam liabiliti jangka panjang, liabiliti luar jangka (FRS137) dan jenis-jenis ekuiti seperti ekuiti pemilik pemilikan keempunyaan tunggal, perkongsian dan syarikat berhad serta persembahannya dalam kunci kirakira. 7. Dalam menentukan penyediaan penyata kewangan yang berkesan, satu sistem kawalan dalaman yang efektif dan efisien haruslah dipraktiskan dalam organisasi. Dalam tajuk 6: Kawalan Dalaman, pelajar-pelajar diperkenalkan dengan objektif dan ciri-ciri serta prinsip kawalan dalaman seperti penetapan tanggungjawab, pengasingan tugas, kelulusan, pendokumenan, verifikasi dalaman, kawalan mekanikal, elektronik, dan fizikal, dan pusingan tugas. Pelajar-pelajar juga dijelaskan dengan tatacara kawalan dalaman dalam operasi penerimaan tunai, pembayaran tunai, belian, jualan dan pergerakan inventori. Kawalan dalaman adalah sangat penting dalam mengurangkan persubahatan pekerja, konspirasi, kos melebihi manfaat, birokasi dan pencerobohan sistem. 8. Dalam sukatan perakaunan kewangan, pelajar-pelajar juga diperkenalkan dengan tajuk 4: Koperasi dengan merujuk kepada Akta Koperasi 1993 dan Peraturanperaturan Koperasi 1995. Tambahan pula, beberapa seksyen dalam Akta Koperasi harus dipelajari dan difahami seperti Seksyen 50 : Sumber Dana Koperasi, Seksyen 54 Pelaburan dan Seksyen 55 dalam memerihalkan keuntungan modal dan cara-cara penggunaannya. Diakhiri dengan Seksyen 57 Pembahagian Keuntungan, dan penyediaan Kunci Kira-Kira. 9. Selepas memahami kehendak skop pelajaran ini, pelajar-pelajar haruslah berusaha untuk mempelajari perakaunan ini melalui illustrasi bahan bacaan, dan membuat latihan yang mencukupi atas tajuk-tajuk dalam Sukatan Pelajaran. Pelajar-pelajar sewajarnya membuat latihan-latihan yang setaraf dengan Soalan-soalan Tahun Lepas STPM dengan memahami kehendak soalan yang akan dijawab semasa peperiksaan dan dalam keadaan masa yang ditetapkan. PENGGAL 1 PERAKAUNAN KEWANGAN (948/1) Kertas 1 Ujian Bertulis Format Peperiksaan: Jawab 4 soalan daripada 5 soalan esei berdasarkan Tajuk 1 hingga Tajuk 6 Masa yang diperuntukkan: 2 jam Markah Wajaran dalam Kertas Perakaunan STPM : 33.3% Pentadbiran: Pentaksiran Berpusat

Anda mungkin juga menyukai