Anda di halaman 1dari 6

TAJUK : LEMBAGA KERUSI BELAKANG

TEMA : Misteri meja berkerusi biru yang boleh membantu pelajar untuk menyiapkan kerja
sekolah namun setiap apa yang diminta pasti akan ada bayarannya. Itu janji
lembaga meja berkerusi biru itu.

SINOPSIS

Inilah kisah seorang gadis tingkatan tiga yang sering tidak menyiapkan kerja sekolah. Hampir
setiap hari didenda guru dan ditertawakan oleh rakan-rakan sekelasnya. Namun nasib Nadiya
Risa berubah apabila sebuah kelas lama kini dibuka. Menurut senior sekolah, di dalam kelas itu
ada sebuah meja berkerusi biru yang mampu menunaikan sebarang hajat.

Lalu Nadiya Risa mencuba nasib meletakkan buku latihan matematik di meja berkerusi biru.
Biar siap segala kerja sekolah tanpa perlu bersusah payah. Siapa sangka, pelik bin ajaib...
esoknya semua siap terisi tanpa Nadiya Risa perlu bermata panda dan pecah-pecah kepala.
Nadiya Risa kini semakin tenang hati.

Namun pada masa yang sama, banyak kejadian pelik-pelik mula berlaku. Nadiya sering terlihat
ada lembaga mengekori dirinya. Telinga disapa bisikan memanggil nama. Meja berkerusi biru
itu mula beralih secara tiba-tiba. Siapakah lembaga tersebut dan apakah yang akan terjadi
kepada Nadiya Risa.

PERSOALAN : Persahabatan dan kasih sayang antara Nadiya Risa, Fain, dan Laili tiga sahabat
yang bersekolah di SMK Sri Bangsar.

1
WATAK DAN PERWATAKAN :

Watak Utama:

1. Nadiya Risa

 Pelajar perempuan tingkatan 3F.


 Seorang pelajar yang malas untuk menyiapkan kerja sekolah terutamanya kerja
matematik.
 Anak tunggal kepada encik Roslan dan puan Ija.
 Percaya dengan perkara-perkara tahyul yang diceritakan oleh Laili mengenai meja
berkerusi biru.

Watak Sampingan:

1. Fain

 Sahabat baik Nadiya Risa.


 Seorang pelajar lelaki yang sangat baik dan sering dipuji oleh cikgu
 Sering menasihati Nadiya untuk menyiapkan kerja sekolah walaupun Nadiya kers
kepala.
 Tidak percaya perkara tahyul yang diceritakan oleh Laili mengenai meja berkerusi biru
yang sering digunakan pelajar utuk membuat pemujaan.

2. Laili

 Juga merupakan sahabat baik Nadiya yang sering berada bersama Nadiya walau apa
yang terjadi.
 Dia juga sering dipuji oleh guru kerana sifat rajinnya.
 Selalu menceritakan tentang kelas kosong yang yang mempunyai misteri meja berkerusi
biru yang boleh mengotakan semua hasrat seseorang itu yang berada berdekatan dengan
kelasnya

2
3. Cikgu Haizi

 Cikgu matematik sekolah Sri Bangsar.


 Guru yang garang dan selalu mendenda Nadiya Risa akibat kemalasannya untuk
menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.
 Membantu Nadiya ketika Nadiya dirasuk lembaga berkerusi biru.

4. Lembaga meja berkerusi biru

 Lembaga ini dahulunya adalah seorang pelajar tingkatan 3 yang mati akibat daripada
tekanan belajar daripada kedua orang tuanya.
 Lembaga yang sangat menyeramkan yang sering menghantui Nadiya.
 Meminta pembayaran dalam setiap suruhan yaang diminta oleh Nadiya.

LATAR :

Latar Masa:

1. Waktu sekolah: Waktu pelajaran Cikgu Haizi dan ketika Nadiya didenda berdiri atas kerusi
kerana dia tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi.

2. Senja: waktu Nadiya ke sekolah bersama ayahnya untuk mengambil buku dan Nadiya dirasuk
oleh lembaga ketika dia mengambil buku di kelas kosong tersebut.

Latar Tempat:

1. Kelas 3F: kelas dimana Nadiya belajar dan didenda berdiri dalam kelas oleh Cikgu Haizi.

2. Kantin: tempat Nadiya, Laili dan Fain makan dan berbual ketika waktu rehat.

3. Kelas kosong: kelas dimana mereka mempercayai ada lembaga yang boleh menolong pelajar
menyiapkan kerja sekolah.

4. Hospital Sri Bangsar: Nadiya dimasukkan ke hospital kerana, dia dirasuk ketika dia datang
ke sekolah pada waktu senja untuk mengambil buku.

3
Latar Masyarakat:

1. Pelajar Sekolah Sri Bangsar: pelajar kelas 3F, pengawal keselamatan yang pada mulanya
melarang Nadiya untuk masuk ke sekolah pada waktu senja
itu.

2. Guru SMK Sri Bangsar: Cikgu Haizi guru matematik, Cikgu Darling Izara guru Bahasa
Melayu di sekolah tersebut.

3. Keluarga Nadiya Risa: ibu bapa Nadiya yang amat menyayanginya dan sering menyuruhnya
belajar dan menyiapkan kerja sekolah demi masa hadapannyaa.

PLOT :

Permulaan

Nadiya Risa sering dimarahi oleh cikgu matematiknya iaitu cikgu Haizi. Segala latihan yang
diberikan oleh gurunya tidak pernah disiapkan oleh Nadiya. Dia lebih rela menerima hukuman
dan didenda berdiri di luar kelas berbanding menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Laili
bercerita kepada Nadiya mengenai kelas kosong yang dikatakan misteri dan mempunyai meja
dan kerusi yang boleh mengotakan apa yang diimpikan. Pada mulanya Nadiya menganggap
sebagai tahyul, namun setelah mendengar segala yang diceritakan oleh Laili dia mencuba nasib
untuk meletakkan buku dibawah meja yang dikatakan sakti dan menjadi tempat pemujaan
murid-murid suatu ketika dahulu.

Pengembangan

Sekali lagi Nadiya Risa dimarahi oleh cikgu Haizi. Kali ini guru itu lebih marah kerana, kerja
rumah yang dilakukan oleh Nadiya langsung tidak ada kaitan dengan subjek pembelajarannya.
Nadiya hanya mampu tertunduk apabila cikgu Haizi memandangnya dengan pandangan yang
tajam dan sinis. Dia terpaksa membetulkan semula jawapan yang ada dalam bukunya seorang
diri. Laili dan Fain datang untuk membantu Nadiya memadam semua jawapan yang salah.
Nadiya berasa kesal dengan perkataan yang mengguris hati sahabat baiknya tempoh hari. Laili
menceritakan kembali tentang apa yang sebenarnya berlaku dengan pemilik meja berkerusi biru
itu. Kematian yang tragis telah berlaku terhadap seorang pelajar perempuan tingkatan 3 dahulu.
Dia meninggal akibat tekanan belajar daripada kedua orang tuanya.

4
Klimaks

Setelah dari kejadian itu, Nadiya berasa kesal dan merubah cara belajarnya. Segala tugasan
yang diberikan itu siap tepat pada waktunya dan apa yang dipelajarinya cepat ditangkap dengan
bantu sahabatnya Fain dan Laili. Waktu rehat tiba dan Nadiya turun lewat ke kantin kerana
perlu menyalin nota yang berada dipapan hitam. Tiba-tiba dia terdengar bunyi daun pintu
terbuka tetapi apabila diperhatikan, semua daun pintu tertutup rapat. Bulu romanya meremang.
Nadiya terpaksa datang kesekolah semula pada senja hari itu kerana buku teks yang harus dibuat
ulang kaji tertinggal di dalam kelas. Namun setelah diperiksa bukunya tidak ada dalam kelas
tersebut. Sedang Nadiya ralit mencari buku teksnya yang tidak dijumpai itu, dia berikir adalah
bukunya berada dalam kelas kosong yang tidak berpenghuni itu. Ahhh..tidak mungkin! Dengus
hatinya.

Perleraian

Nadiya menemui buku teksnya dibawah meja berkerusi biru itu. Tiba-tiba ada suara
menyergahnya dari belakang dan Nadiya perasan satu susuk tubuh badan pelajar perempuan
memakai seragam sekolah dan mukanya lebam seperti mayat yang mahu mereput. Nadiya telah
dirasuk oleh lembaga berkerusi biru. Nadiya dimasukkan ke hospital kerana mempunyai
gangguan. Selama dua minggu Nadia berada dihospital, dia banyak menerima santapan rohani
daripada Ustazah Amina. Nadiya kini berasa kesl dengan apa yang pernah dilakukannya dulu.
Namun, rasa kesalnya sudah terlambat. Lembaga itu tetap mengejarnya seperti ada hutang yang
perlu dibayar.

NILAI

1. Kasih sayang.

Nilai kasih sayang antara 3 orang sahabat yang saling menyayangi antara satu sama lain.
Walaupun mereka pernah bergaduh namun Laili dan Fain tetap sayang dengan Nadiya Risa.
Cikgu Haizi juga sayang dengan anak muridnya, oleh kerana itulah beliau amat marah jika
anak muridnya tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Kasih sayang antara guru dan
anak murid adalah seperti kasih sayang antara ibu dan anaknya.

5
2. Menghargai hubungan dengan sahabat.

Persahabatan sejak dari tingkatan 1 yang dijalinkan oleh Nadiya, Laili dan Fain membuatkan
hubungan mereka sangat rapat dan mereka sering berkongsi cerita masing-masing. Sebagai
sahabat yang baik, Fain dan Laili sering menasihati Nadiya mengenai pelajarannya, namun
Nadiya tetap juga dengan sifatnya yang keras kepala itu. Tapi, Fain dan Laili tidak pernah
untuk menjauhkan diri dengan Nadiya walaupun Nadiya sering tidak menyiapkan kerja
sekolah yang diberi.

3. Hormat menghormati.

Pelajar 3F sangat menghormati gurunya, hal ini dapat dilihat apabila Cikgu Haizi masuk ke
dalam kelas untuk menjalankan sesi P&P. Ketika sesi pengajaran berlangsung pelajar tidak
langsung mengeluarkan suara melainkan ketika sesi soal jawab berlangsung. Nadiya juga
menghormati ibunya walaupun dia sering dimarahi oleh ibunya.

PENGAJARAN

1. Kita haruslah menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru tepat pada masanya agar
tidak dimarahi oleh guru.

2. Kita haruslah ada sifat tolong menolong dan bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.

3. Kita tidak sepatutnya memuja selain daripada Tuhan yang Esa, kerana ini adalah amalan
syirik yang perlu kita elakkan.

4. Kita mestilah menghormati guru kita kerana guru adalah orang yang bertanggungjawab
menjaga kita disekolah ketika ketiadaan ibu bapa kita.

5. Kita mestilah menghargai hubungan persahabatan yang telah kita jalinkan dengan rakan kita.

Anda mungkin juga menyukai