Anda di halaman 1dari 7

Gambar di bawah menunjukkan sebuah keluarga sedang berkelah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.

1.Seorang budak lelaki sedang berdiri di atas batu yang besar. 2. Nurfarizan sedang mandi semasa berkelah di kawasan air terjun itu. 3. Seorang budak lelaki hendak terjun ke dalam sungai untuk mandi-manda. 4. Puan Haida dan suaminya menyediakan makanan untuk keluarganya pada masa itu. 5. Batu-batu besar yang terdapat di kawasan perkelahan itu mencantikkan pemandangan.

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti gotong-royong membersihkan dewan orang ramai. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti dalam gambar tersebut.

Contoh Ayat :
1. Seorang lelaki membersihkan sawang- di luar dewan Seorang lelaki membersihkan sawang pada dinding di luar dewan. 2. seorang lelaki membersihkan longkang guna penyapu Seorang lelaki sedang membersihkan longkang dengan menggunakan sebatang penyapu.

Noni merupakan anak sulung dalam keluarganya. Dia seorang kakak yang baik hati dan penyayang. Dia sering membimbing dan mengasuh adik-adiknya. Noni juga sangat rajin membantu ibu dan ayahnya di rumah. Apabila ibunya memasak, Noni akan menjaga adiknya yang masih kecil. Adik-adiknya sangat manja dengan Noni. Dia juga ringan tulang membantu adik-adiknya menyiapkan kerja sekolah. Di sekolah, Noni sangat disenangi oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang baik hati dan peramah. Bukan sahaja pintar tetapi Noni juga seorang yang berdisiplin. Setiap hari dia membersihkan kelasnya bersama-sama rakannya. Kelas Empat Bestari sentiasa ceria dan bersih. Noni juga amat gemar belajar secara berkumpulan. Mereka berbincang dan menyelesaikan masalah pembelajaran bersama-sama. Noni dan kawan-kawannya mempunyai azam yang tinggi untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Merekalah yang bakal mengharumkan nama sekolah.

Lima pengajaran yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah bersikap baik hati terhadap semua anggota keluarga kita. Selain itu, kita sepatutnya rajin membantu ibu bapa kita mengemas rumah. Seterusnya, kita haruslah bersikap penyayang terhadap adik-adik kita. Oleh itu, kita dikehendaki berdisiplin seperti menjaga kebersihan kelas. Akhirnya, kita juga sewajarnya berhemah tinggi dan berusaha untuk mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai