Anda di halaman 1dari 6

CONTOH SKRIP

BAHAGIAN A
A/1
1. Semua orang murid telah berkumpul di dewan untuk menaikkan bendera dan
menyanyi lagu negaraku.
2. Kami semua telah membina lima khemah supaya boleh selamatkan diri dari haiwan
liar.
3. Anis membuat sup untuk dimakan dan Aina menyediakan air the untuk diminum.
4. Kami semua sedang menyanyi dan menyeronokkan diri sendiri.
5. Kami semua lipatkan khemah dan sedia untuk balik ke rumah.
10

A/2
1. Semua orang mesti berdiri tegak dan tidak bercakap apabila sedang menyayikan lagu
Negaraku.
2. Kita hendaklah menolong atau membantu kawan apabila mereka perlu dibantu.
3. Kita mestilah mengetahui cara-cara memasak supaya kita dapat memasak makanan
yang sedap semasa perkhemahan pengakap
4. Kita wajarlah memberikan perhatian kepada orang yang sedang bercakap atau
memberitahu.
5. Kita mestilah memastikan persekitaran kita sentiasa bersih dan kemas.

10

A/3
1. Murid-murid sekolah sedang memnyi Lagu sekolah perkhemahan Pengakap.
2. Saya dan kawan-kawan untuk berkam di Perkhemahan Pengakap
3. Kakak dan kawannya sedang mensamas makanan untuk di berkan Perkhemahan
Pengakap
4. Guru lelaki sedang mennynnyi Lagu pada waktu malam Perkhemahan Pengakap.
5. Murid-murid sedang memsamas berkannya di pada waktu singn Perkhemahan
Pengakap

10

A/4
1. Ketua pengakap menaikkan bendera Jalur Gemilang dengan iringan muzik.
2. Abu dan kawan-kawannya mendirikan khemah di tapak perkhemahan.
3. Tipah dan Atul sedang menyediakan santapan tengah hari.

4. Encik Omin sedang bermain gitar sambil menyanyikan sebuah lagu.


5. Semua ahli pengakap sedang mengemas tapak perkhemahan sebelum mereka pulang
ke sekolah.
10

BAHAGIAN B
B/1
Terdapat pelbagai kebaikan hari sukaneka kepada kita.
Antaranya ialah kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesame orang
lain dengan lebih erat. Selain itu, kita juga dapat beramah mesra dengan orang lain.
Seterusnya , kita dapat mengenali antara satu sama lain tanpa mengira kaum. Akhir sekali,
kita dapat mengekalkan keharmonian antara satu sama lain dan dapat memupuk semangat
perpaduan dengan berbilang kaum.
Kesimpulannya, kita bolehlah mengadakan hari sukaneka begi mengeratkan
perpaduan agar kita hidup aman dan harmoni.
15

B/2
Hari Sukaneka ialah hari sukan sekali dalam setahun. Ia menyeronokan dan
banyak aktiviti yang telah dijalankan oleh penduduk.
Kebaikannya adalah dapat membakar lemak dan sentiasa letih kerana
bersukan. Toxic badan akan dikeluarkan dengan sendiri. Penduduk taman akan mesra.
Sebelum mula, mereka akan bergotong-royong untuk membersihkan.
Selepas habis Sukaneka akan disediakan piala, pingat dan makanan. Dan siapa
menang akan mendapat hadiah tersebut.
15

B/3
Hari Sukaneka Taman Permai banyak faedahnya. Antaranya kita dapat
menambah semangat kesukanan.
Selain itu, penduduk juga boleh beramah mesra dan mengenali antara satu
sama lain. Seterusnya, ia dapat mengeratkan hubungan persahabatan sesame penduduk.
Akhir sekali, ia juga dapat menambah kerharmonian sesame penduduk.
Tuntasnya, kita mestilah menjaga keharmonian dan hubungan sesama
sendiri.
15

B/4
Murid-murid sekolah bersenam dan bertanding besungguh-sungguh untuk memenangi
acara yang disertai.
Antaranya, Hari Sukaneka boleh membuatkan murid-murid berpeluh
kerana akan berlawan acara. Selain itu, Hari Sukaneka boleh cergaskan badan kita
dengan acara-acara Hari Sukaneka. Akhirnya, jika satu murid menyertai banyak acara
murid tersebut akan menjadi aktif dalam Pendidikan Jasmani.
Kesimpulannya , Hari Sukaneka boleh menjadikan kami lebih cergas dan
aktif.
15
B/5
Kebaikan hari sukaneka ialah dapat mengeratkan hubungan diantara satu sama lain.
Selain itu, kebaikan sukaneka ialah dapat Mempelajari sesuatu benda baru. Aktiviti
yang selalu dilakukan pada sukaneka ialah bergotong-royong . Kita selalu beramah
mesra dengan orang seperti tetamu dan lain-lain. Selain itu, kebaikan bersukan juga
dapat menyehatkan tubuh badan.
15

B/6
Sukaneka merupakan salah satu daripada aktiviti beriadah. Terdapat banyak kebaikan
jika kita menyertai hari sukaneka ini.
Antaranya, sukaneka dapat mengeratkan hubungan sesama penduduk .
Hubungan baik yang dijalinkan sesama penduduk akan memupuk saikap perpaduan
tidak kira kaum atau bangsa. Selain itu, kita juga berpeluang berramah mesra dan
mengenali satu sama lain. Kita juga boleh mengetahui jiran-jiran yang tinggal di
sekeliling kita. Seterusnya, kita dapat mengekalkan keharmonian di antara satu sama
lain. Dengan ini, risiko pergaduhan akan berkurang. Di samping itu, sukaneka juga
boleh menyihatkan tubuh badan kita dan kita dihindari daripada segala penyakit.
Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama menyertai aktiviti sukaneka
ini kerana badan cergas , otak cerdas.
15

BAHAGIAN C
C1/1
Aku terpandang ada budak lelaki menghisap vip dan aku belari kerana dia mengejar
aku dan aku belari sampai di rumah.
Selepas itu, aku bagi tahu ayah aku yang ada orang keja aku dan ayah
aku pun kata jangan masuk campur dan aku pun kata yelah ayah.
Seterusnya , pagi besok aku pergi sekolah dan aku ternampak orang itu
lagi dan dia mengejar aku lagi dan aku tak sempat belari aku pun kena belasak di
belakang sekolah. Selepas itu, ada pak cik Ali datang dan dia memagi gat secepat
yang mungkin dan aku kena bawak di bilik kecemasan.
Seterusnya, Ayah aku pun datang secepat yang mukin dan ayah aku
merepot polis untuk menjumpa ibu, bapanya di sekolah untuk mengatakan anak puan
dan Encik telah menghisap vip.
25

C1/2
Aku terpandang seekor kucing yang berada diatas pokok. Pokok itu sangat tinggi.
Aku tidak boleh mencapainya.
Lalu, aku meminta tangga oleh jiran aku iaitu Pak Mat. Aku mahu
mengangkat tangga itu tetapi terlalu berat. Pak Mat menolong aku dengan mengangkat
tangga itu dan terus mengambil kucing itu.
Selepas kucing itu diturunkan ianya kelihatan takut dan sejuk. Lalu aku
membawanya pulang untuk dibersihkan dan dipelihara.
Aku memberi kucing kepada kakakku yang merupakan seorang doktor
haiwan. Dia menyuntik dengan vaksin. Kucing itu diberikan kepada saya kembali.
Saya menjaganya dengan baik sekali.

25

C1/3
Aku terpandang seorang perempuan tua yang sedang meminta sedekah. Aku
berasa sangat sedih. Perempuan tua itu sanggup mencari makanan di dalam tong
sampah . Kita yang serba ada sentiasa membazir makanan.
Kebetulan, aku mempunyai RM 5 di dalam beg. Segera aku memberi
duit itu kepada perempuan tua tadi. Dia mengucapkan terima kasih padaku dan terus
membeli makanan di gerai yang berdekatan.
Selepas dia membeli makanan, aku bertanya kepada dia mengapa dia
menjadi pengemis. Dia diam. Aku bertanya lagi kepada adakah dia tidak mempunyai
anak. Dia diam. Pada masa yang sama dia menangis. Dia memberitahu aku bahawa
dia ada dua orang anak. Dua-dua bekerja sebagai doktor. Aku bertanya kepada dia
kenapa dia ada di sini.
Dia memberitahu aku bahawa anak-anaknya menghalau dia dari rumah.
Anak-anak dia juga memberitahu kepada suami mereka bahawa dia hanyalah seorang
pembantu rumah.
Aku sangat sedih. Tidak ku sangka terdapat manusia sebegini. Janganlah
kita menjadi seperti kacang lupakan kulit. Aku terus menghantar perempuan tua itu ke
pusat jagaan orang tua berdekatan.
25

BAHAGIAN C
C2/1
Dania : Ini Lisa, bukan.
Lisa : Ya. Dania !!!
Dania : Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa khabar?
Lisa : Khabar baik. Ada apa Dania hendak berjumpa.
Dania : Oh, nanti ada Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM).
Lisa : Ya, kenapa Dania Tanya?
Dania : Program itu diadakan untuk memupuk minat membaca dalam
kalangan murid kerana membaca itu banyak faedahnya, tapi
saya tidak tahu apa faedahnya.
Lisa : Oh, faedahnya ialah belajar bersungguh-sungguh, menyiapkan
kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Program itu kalua orang
berminat. Saya tahu Dania gemar membaca buku.
Dania : Emmm, Oh faham. Lisa saya dah terlewat. Bas pun dah nak dekat
sampai, pergi dulu. Jumpa esok.
Lisa : Ok. Baiklah. Jumpa esok.
25

C2/2
Amier : Shah, adakah kamu tahu tentang program nadi ilmu amalan
membaca?
Shah : Sudah tentu saya tahu. Kerana program nilam ini dapat
memupuk semagat membaca.
Amier : Ya betul. Program ini juga dapat membentuk disiplin dan lain-lain
juga.
Shah : Banyak juga faedah-faedah yang kita dapat apabila kita
membaca. faedah yang kita dapat ialah mendapat tahu
tentang sejarah dunia dan membentuk keperibadian diri kita
sendiri.
Amier : Jagan tertinggal, membaca juga dapan menentukan samada
kita Berjaya ataupun tidak.
Shah : Betul dan terima kasih kerana megigatkan saya Amier.
Amier : Sama-sama.

C2/3
Faiz : Selamat pagi Hazil. Sudah lama kita tidak bertemu.
Hazil : Oh, kamu rupanya. Sebenarnya , kebelakangan ini saya
sering berada di dalam perpustakaan sekolah.
Faiz : Oh, padanlah. Awak apa khabar? Saya sihat-sihat
sahaja. Apakah yang awak lakukan di dalam
perpustakaan?
Hazil : Khabar baik. Saya membaca di dalam perpustakaan
bersempena dengan program Nadi Ilmu Amalan Membaca
(NILAM) . Ada kalanya saya mengulang kaji mata pelajaran
yang saya lemah.
Faiz : Wah, rajinnya awak. Bolehkah saya ketahui apa faedah
membaca?
Hazil : Boleh, tiada masalah. Terdapat banyak faedahnya. Antaranya,
kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang
berfaedah. Selain itu, kita juga dapat meluaskan ilmu
pengetahuan kita. Di samping itu, kita dapat mengetahui
tentang hal isu semasa. Seperti kata pepatah “ membaca
jambatan ilmu.” Kita juga boleg membuat persediaan awal
untuk menghadapi peperiksaan seperti UPSR dengan membaca.

Faiz : Begitu rupanya. Bolehkah saya mengikut awak ke perpustakaan


sekolah esok?
Hazil : Boleh sahaja.
Faiz : Terima kasih kerana sudi berbual-bual dengan saya.

Anda mungkin juga menyukai