Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN
Tugasan kerja kursus ini merupakan tugasan individu yang berkaitan dengan
perbincangan hujah-hujah mengenai isu dan cabaran pendidikan yang bakal dihadapi dalam
tempoh sedekad akan datang iaitu dengan mengambil kira kepelbagaian sosiobudaya dalam
konteks bilik darjah di Malaysia.
Selain itu, di dalam tugasan individu ini juga terkandung penulisan refleksi mengenai
saranan tentang budaya sesebuah sekolah yang menepati konteks kepelbagaian sosiobudaya
di Malaysia yang harus dibaiki kelemahannya serta membuat penambahbaikan berdasarkan isu
dan cabaran yang bakal dihadapi. Jadi, dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosiobudaya
bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malahan ia juga
merangkumi skop yang lebih luas iaitu mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan,
kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang
diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
Malah, kepelbagaian sosiobudaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti
Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina dan India
yang menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan
kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Maka, secara tidak langsung setiap etnik
mempunyai sosiobudaya berbeza yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu. Menurut
Kamus Dewan edisi keempat pula menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau
peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi iaitu cara berfikir dan
berkelakuan.
Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk ini sudah tentu akan
memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya
dan kepada suasana ketika mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah khasnya. Oleh yang demikian, gabungan yang mantap antara guru, murid dan
sekolahlah yang memainkan peranan penting untuk menjayakan sistem pendidikan di Malaysia
ini.

2.0 Laporan Masakan Tradisi Warisan Bangsa Etnik Melayu Sabah

IKAN BILIS MASAK CILI PADI

1 Nama makanan
Nama makanan yang akan kami masak adalah Ikan Bilis Masak Cili Padi
sesuai dengan undian yang kami dapat Ikan Bilis adalah salah satu masakan
kegemaran Melayu Sabah.
2 Bahan bahan yang diperlukan
1 mangkuk ikan bilis - cuci bersih - toskan - goreng garing
1 biji bawang merah besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
10 biji cili api - dihiris
3 sudu kicap manis
1s sedikit asam jawa "adabi"
1/2 cawan air
Garam secukupny

3 Cara-Cara membuat
1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih shingga wangi.
2. Masukkan cili api dan gaul bagi rata.
3. Masuk pula kicap cair, asam jawa, air dan garam secukupnya, biar mendidih.
4. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng, gaul sebati dan biarkan kering
sedikit.
Pada 2 September 2015 kami ditugaskan untuk menyediakan masakan set menu Melayu
dan Melayu Sabah. Antara hidangan yang disediakan oleh unit saya adalah Tomyam, Ikan BIlis
masak Cili Padi , sambal telur burung puyu, Lontong Dan tempoyak.Saya dan kawan saya
memasak Ikan bilis masak cili padi. Hidangan ini dinikmati bersama dengan nasi putih. Melihat
kepada menu yang disediakan ia memberi sedikit cabaran kepada kumpulan kami kerana kami
hanya berdua untuk menyediakan menu ini. Borang perancangan kerja telah disiapkan dengan
teliti dan menyusun proses kerja dengan teratur.
Sebaik sahaja mendapat tugasan tersebut saya dan kawan saya berasa takut kerana kami
tidak pernah memasak masakan sabah melayu sebelum ini. Kami mencari menu masakan
dalam buku Menu Masakan Melayu Sabah . Kami juga memilih masakan ikan bilis masak cili
padi kerana masakan tersebut senang untuk dibuat. Sebelum sehari kami juga pergi ke kedai
untuk membeli bahan yang diperlukan untuk keesokan harinya. Pada malam tersebut kami juga
menyediahkan tempat masakan yang diagihkan

untuk kami. Kami juga diagihkan tugas

daipada ketua unit saya. Bersama unit saya kami menghias tempat memasak kami dengan
daun kelapa , ketupat hias, pasu bunga dan sebagainya. Sebahagian daripada kawan kelas
saya, membuat Papan selamat Datang. Saya dan Kawan ditugaskan untuk membuat Menu
Masakan dan harga masakan. Pada pukul 12.30 malam kami pun balik ke bilik untuk
mengambil rehat.

Pada hari tersebut kami


Kami

mandi

dan

bangun pukul 6.00 pagi.

bersiap

sediah untuk ke tempat

masakan itu. Kami membawa

bahan masakan kami ke

tempat memasak. Pada hari tersebut kami juga memakai baju melayu sabah .Kami berasa
bangga kerana dapat memakai baju melayu Sabah. Pensyarah dan rakan rakan seunit saya
memiji kami kerana kami memakai baju melayu sabah dan menghormati budaya lain. Selepas
sampai ke tempat masak itu kami juga menyedihkan bahan masakan kumpulan masingmasing.Pada pukul 8.30 pagi kami berkumpul di hadapan gymnasium. Ketua Jabatan Ilmu
Pendidikan merasmikan pertandingan Masakan Warisan Budaya . Kami juga tidak bersabarsabar menunggu giliran untuk memasak.Selepas perasmian kami telah menuju ke tempat
masak untuk memulakan masakan. Setelah kumpulan pertama memasak tibalah giliran kami
untuk memasak.Kami juga menyediahkan bahan masakan di atas meja .

Kami juga memula memasak dengan berasa gembira .Kami juga memasak dengan
menggunakan buku cara membuat masakan tersebut.Selepas sahaja menghabiskan memasak
kami juga menghidangkan ikan bilis itu di atas daun pisang untuk menghias. Kami juga
menghias ikan bilis masak cili padi itu dengan bawang dan tomoto.

Secara keseluruhannya, kami sangat gembira kerana dapat menyediakan hidangan set
menu Melayu Sabah . Kami juga berpuas hati dengan hidangan yang telah disediakan. Namun,
sekiranya diberi kesempatan lagi pastinya kami akan memperbaiki kesilapan yang telah
dilakukan dan menambah baik cara masak kami. Selepasitu, tibalah masa sesi penilaian pada
setiap masakan. Kami berdebar-debar sewaktu para pensyarah merasakan masakan kami dan
akhirnya mereka juga memberi pandangan yang cukup baik pada masakan kumpulan kami.
Kami berasa sangat gembira kerana dapat menerima komen yang baik daripada para
pensyarah.
Selepas sahaja selesai sesi penilaian, kami mula menikamati masakan yang kami
masak bersama-sama dengan ahli kumpulan masing- masing. Kami semua berkongsi makanan
5

antara ahli kumpulan kami. Semua ahli kumpulan telah berasa amat gembira dan dapat
menikmati masakan enak yang dimasak oleh setiap kumpulan. Kami berasa sangat gembira
dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami bagi subjek EDU
3063 kerana memberi peluang kepada kami untuk meluangkan masa bersama- sama.
Selepas sahaja selesai menjamu selera, kami semua unit telah pun berkumpul sekali
lagi untuk mendapatkan keputusan Projek masakanTradisi.Dr. Zakri Bin Abdullah telah memberi
ucapan dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjayakan program ini tanpa sebarang
halangan. Selepas itu sahaja pengerusi majlis telah pun mengumumkan keputusan. Keputusan
bagi tempat ketiga, kedua dan pertama telah pun diumumkan. Walaupun kami tidak mendapat
hadiah tetapi kami masih gembira dan seronok kerana dapat berpeluang menyertai
pertandingan ini. Kami juga bersuyukur kerana dapat bekerjasama antara satu sama lain untuk
menjayakan tugasan ini. Di sini kami dapat mempelajari sesuatau yang baru iaitu setiap
kejayaan itu, mesti ada pengorbanan. Kami berasa gembira kerana dapat menjayakannya
dengan baik.

Selepas sesi penyampaian hadiah kami sempat mengambil gambar bersama Ketua
jabatan dan penyelaras Projek MasakanTradisi. Selepa situ kami juga mengambil gambar
bersama Ketua Jabatan PJPK Pn.Suraya Bibi A.K Bapoothi dan Pensyarah En Jalil bin Osman.
Kami juga mengambil gambar bersama rakan sekelas kami. Akhirnya selepas sesi bergambar,

kami membersihkan tempat tersebut dan pulang balik semua alatan yang telah dipinjam dengan
selamat.

3.0 KONSEP BUDAYA


Malaysia merupakan satu negara yang terdiri daripada kaum, agama, etnik yang
berbagai-bagai. Sehubungan dengan itu isu yang sering diperkatakan ialah integrasi nasional.
Integrasi nasional bertujuan menyatukan semua lapisan yang berbeza dari segi latar belakang
status sosial dan budaya bagi membentuk satu bangsa yang mempunyai pegangan, sistem nilai
serta mengamalkan kehidupan bersama.
Budaya boleh didefinisikan sebagai corak hidup dan juga sebagai pemahaman
persetujuan yang digunakan oleh manusia untuk menjalankan aktiviti seharian mereka. Budaya
merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama
penganutnya. Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim, Budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani
atau kuasa yang menggerakkan jiwa. Hasrat serta nilai yang diingini itu pula seharusnya tidak
bercanggah dengan kehendak masyarakat secara umumnya dan diterima serta dipersetujui
untuk diamalkan bersama. Nilai tersebut akan membentuk norma dalam masyarakat. Sekolah
merupakan satu institusi pendidikan formal yang menempatkan semua kaum untuk mendapat
pendidikan berperanan besar untuk menyatukan perbezaan individu kearah memaksimumkan
tahap pencapaian. Oleh itu benarlah sekolah merupakan tempat wujudnya perpaduan jika
peranan guru, sekolah dan sistem pendidikan berjalan dengan lancar dan sistematik.
Peranan guru dalam memahami konsep kepelbagaian budaya di negara kita adalah
penting. Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah, mereka akan bersama
setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah. Hati dan jiwa
mereka perludibersihkan melalui pendidikan terbaik yang melampaui tingkah laku manusia.
Kerapkali terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang lain. Faktor ini
7

mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah dan
adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang
tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.
Guru memainkan peranan utama dalam memupuk kefahaman dan memberikan
penghayatan kepada pelajar tentang kepelbagaian budaya dan implikasinya kepada diri,
bangsa dan negara. Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas
dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Guru tidak harus membezakan bangsa
murid, tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka sahaja..Murid dari kaum dan jantina
berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk
berinteraksi terbuka luas.
Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas dan pencapaian

murid.

Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau
bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan. Guru memberi hukuman berbentuk
deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan antara guru dan
murid

menjadi

renggang

dan

hilang minat

untuk

meneruskan pembelajaran.

Guru

bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar


belakang dari harus bijak dalam mengendalikan kelas rofes murid dimana akan wujud
pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat.
Dengan cara ini suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.
Guru perlu menghormati dan bersikap adil kepada semua murid. Pelbagai sosio-budaya.
Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang
tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan
meniupkan api perkauman dikalangan murid.
Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh
murid-murid. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitive dan
berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu merancang
aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti
murid.
Kesimpulannya

guru

bertanggungjawab

memupuk

perpaduan

dalam

kalangan

muridnya. Dengan adanya pemahaman terhadap budaya ini, guru akan dapat menerapkan
8

unsur- unsur budaya kepada murid. Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam
masyarakat Malaysia.

Nilai- nilai menghormati budaya orang lain akan wujud dalam diri

mereka. Seterusya, mereka akan lebih memahamiapa yang boleh dan apa yang tidak boleh
dilakukan dalam masyarakat yang pelbagai budaya. Seseorang guru akan lebih bersedia untuk
berhadapan dengan pelajar daripada pelbagai budaya. Guru akan lebih berhemah dan
menghormati nilai serta amalan budaya setempat.

3.1 BINCANGKAN MENGAPA KONSEP KEPELBAGAIAN


KALANGAN MASYARAKAT PERLU DIPELAJARI

SOSIOBUDAYA DALAM

Kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti


Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina dan India
yang menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan
kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Setiap etnik mempunyai sosio-budaya berbeza
yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu. Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3, 1996,
muka surat 180 menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia
juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi ( cara berfikir dan berkelakuan ). Kepelbagaian
sosio budaya masyarakat bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja.
Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar.
Kepelbagaian sosiobudaya termasuklah kemahiran dan penguasaan bahasa yang
berbeza. Sesetengah kaum hanya menguasai dialek, bahasa ibunda atau dialek semata-mata
berkemungkinan menghadapi masalah pergaulan antara kaum yang berlainan. Kesannya
mereka akan ketinggalan dalam pelajaran dan mereka juga memberi keutamaan kepada kaumkaumnya sendiri. Selain daripada ini dalam alam persekolahan pula, para pelajar juga
mengalami masalah tersebutnya. Dengan membuktikan, dua atau lebih bahasa dengan kosa
kata yang terbatas atau meluas juga salah satu implikasi kepelbagain sosiobudaya. Pelajar
yang menguasai dua atau lebih bahasa. Contohnya bahasa ibunda, bahasa Malaysia dan
bahasa Inggeris akan lebih mudah menguasai pembelajaran memandangkan sinapsis telah
terbentuk dalam otaknya. Dengan ini, pelajar cepat dan tangkas dalam pemahaman konsep
dan menjadi pelajar pintar cerdas jika dididik dan diasuh dengan cara yang betul dan sesuai
dengan keupayaanya.
Kaum etnik juga merupakan implikasi yang jelas kerana masyarakat dikalangan satu
kaum etnik akan berfikir dengan pandangan yang sama kerana mereka hanya mengamalkan
9

satu budaya sahaja. Nyatalah bahawa mereka akan menghadapi kesukaran dalam
menyesuaikan diri dengan etnik yang lain kerana pemahaman dan kesedaran konsep mereka
hanyalah melalui pergaulan dan bukannya amalan yang dilakukan dan dilihat disekelilingnya.
Ianya berbeza yang hidup dengan pelbagai etnik kerana mereka akan terdedah dengan
amalan, adat resam, pandangan, dan cara berfikir yang berlainan sama ada sedar ataupun
tidak. Masyarakat di Malaysia juga akan belajar secara tidak langsung sama ada formal
ataupun tidak.
Selain itu, kelas sosial serta penempatan juga merupakan implikasi sosiobudaya
terhadap masyarakat kita. Terdapat tiga golongan iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Iainya
wujud daripada taraf pendidikan dan sosioekonomi keluarga. Murid yang berkelas sosial rendah
akan mengalami kesukaran dalam pembiayaan pembelajaran serta pendedahan meluas
terhadap pendidikan. Mereka kebiasaannya bertempat dikawasan luar Bandar seperti di
pendalaman. Berbeza dengan golongan sederhana dan tinggi kerana penempatan mereka di
pinggir Bandar dan Bandar memberi impak kepada pendedahan pendidikan yang lebih luas dan
jelas.
Selain daripada ini, jantina juga menjadi salah satu konsep kepelbagaian sosiobudaya.
Secara jelasnya bahawa kaum lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan yang ketara di
dalam golongan kemasyarakatan. Lelaki kebiasaannya akan mendapat lebih perhatian dan
mempunyai interaksi yang baik terhadap semua orang berbanding golongan perempuan. Tetapi
perempuan mempunyai daya ketekunan yang tinggi dalam masyarakat berbanding dengan
lelaki dan ini akan memberi tamparan yang hebat kepada golongan masyarakat tertentu.
Sebagai contoh, pada masa kini golongan kaum wanita kian berpendidikan tinggi berbanding
dengan kaum lelaki.
Kesimpulannya, para pendidik hendaklah mempelajari kepelbagaian budaya dalam
masyarakat di negara kita. Guru telah disarankan bagaimana untuk membentuk interaksi
sosial yang baik dalam kalangan murid. Disamping itu guru berperanan memperkembangkan
bakat murid tanpa sikap prejudis terhadap mana-mana kaum. Ini membolehkan murid dapat
dibentuk akan mencintai ilmu melalui budaya belajar kearah pencapaian prestasi budaya
cemerlang. Guru juga diingatkan bahawa kejayaan bukan sekadar dilihat kepada pencapaian
akademik semata-mata, sebaliknya guru harus mengambil kira aspek kurikulum yang tersirat.
Nilai-nilai murni harus diterapkan kepada murid-murid supaya mereka mereka dapat
berkembang secara seimbang dari segi intelek dan rohani.

10

Oleh itu, profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh
diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti,ketrampilan, kewibawaan,
kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidikan layak dan patut menjadi guru .

3.2 CADANGAN BAGI MENGATASI MASALAH YANG MELIBATKAN ISU PERKAUMAN


DALAM KONTEKS PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH
Malaysia merupakan satu negara yang terdiri daripada kaum, agama, etnik yang
berbagai-bagai. Isu perkauman adalah salah satu masalah yang dihadapi oleh murid. Guru
memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah perkaumanan di bilik darjah.Anataranya
adalah cadangan bagi mengatasi masalah perkauman.
Guru haruslah peka dengan kepelbagaian sosio-budaya murid-muridnya. Pendekatan
yang bijak harus digunakan dengan tidak membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah
dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari kelas atasan atau bawahan. Perbezaan
tahap kecerdasan murid juga harus dititik beratkan oleh seseorang guru dalam menyampaikan
pelajaran.
Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar
murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar
belakang sosial dan kecerdasan individu. Sebagai seorang yang menawarkan perkhidmatan,
pelanggan iaitu murid haruslah sentiasa dihormati dan bersikap adil kepada mereka. Guru
harus mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap murid. Perkara ini perlu
untuk mengelakkan murid-murid merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah
disiplin yang sukar dikawal. Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang
mesra rakan.
Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak
terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-masing dengan
cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain. Contohnya, guru akan memastikan
murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama semasa
melakukan aktiviti berkumpulan. Ini akan memberikan peluang kepada murid untuk berinteraksi
sesama sendiri secara terbuka seterusnya mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan
11

tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Guru juga perlu menunjukkan teladan yang baik di
hadapan murid-murid. Contohnya guru datang awal ke bilik darjah, sentiasa bersikap adil dan
berdisiplin dalam apa jua hal. Perkara ini akan meningkatkan rasa hormat murid terhadap guru
dan menjadikan guru sebagai idola mereka. Hubungan guru dengan murid akan erat dan ini
akan meningkatkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran mereka.
Menurut Karl Marx menyatakan kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai
hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti
sistem pengagihan dan pertukaran.terdapat lima kelas sosial yang boleh dibezakan iaitu
golongan atasan, pertengahan atasan, pertengahan bawahan, pekerja dan bawah. Oleh yang
demikian, kelas sosial murid juga harus diberikan perhatian oleh guru. Mereka digalakkan untuk
mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Murid yang datangnya dari kelas sosial yang
rendah tidak harus diabaikan. Bagi mereka yang datang dari kelas soasial atasan dan
berkedudukan juga harus dilayan sama rata dengan murid yang lain.
Selain itu, guru juga perlu sentiasa membantu murid untuk memahami diri sendiri dalam
membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai. Murid dibimbing untuk memahami
kekuatan pada diri sendiri yang boleh digunakan untuk membantu murid lain. Ini dapat
membuatkan murid tersebut rasa dihargai dan akan sentiasa bersungguh-sungguh dalam
setiap perkara yang dilakukannya. Hubungan rapo dapat dijalinkan di antara guru dengan
murid. Guru juga perlu membantu murid membina konsep positif kendiri serta memberi tunjuk
ajar bagi meningkatkan prestasi murid samada dari segi akademik dan sebagainya.
Seterusnya, guru bertanggungjawab untuk membina persefahaman di antara setiap
murid yang berlainan latar belakang. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan bagi
menghalang mana-mana aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, mengejek
dan menghina di antara satu sama lain dan sebagainya. Guru juga perlu memberi peluang
sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Guru
perlu menggunakan bahasa standard kebangsaan yang boleh diterima oleh semua lapisan
murid dan bukannya menggunakan dialek bahasa yang sedikit sebanyak memberikan impak
terhadap pembelajaran. Penggunaan bahasa yang standard memberi peluang kepada semua
murid untuk mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran.

12

4.0 KESIMPULAN
Budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa.
Hasrat serta nilai yang diingini itu pula seharusnya tidak bercanggah dengan kehendak
masyarakat secara umumnya dan diterima serta dipersetujui untuk diamalkan bersama. Nilai
tersebut akan membentuk Norma dalam masyarakat. Sekolah merupakan satu institusi
pendidikan formal yang menempatkan semua kaum untuk mendapat pendidikan berperanan
besar untuk menyatukan perbezaan individu kearah memaksimumkan tahap pencapaian. Oleh
itu benarlah sekolah merupakan tempat wujudnya perpaduan jika peranan guru, sekolah dan
sistem pendidikan berjalan dengan lancar dan sistematik.
Oleh sebab itu, para pendidik hendaklah mempelajari kepelbagaian budaya dalam
masyarakat di negara kita. Guru telah disarankan bagaimana untuk membentuk interaksi
sosial yang baik dalam kalangan murid. Disamping itu guru berperanan memperkembangkan
bakat murid tanpa sikap prejudis terhadap mana-mana kaum. Ini membolehkan murid dapat
dibentuk akan mencintai ilmu melalui budaya belajar kearah pencapaian prestasi budaya
cemerlang. Guru juga diingatkan bahawa kejayaan bukan sekadar dilihat kepada pencapaian
akademik semata-mata, sebaliknya guru harus mengambil kira aspek kurikulum yang tersirat.
Nilai-nilai murni harus diterapkan kepada murid-murid supaya mereka mereka dapat
berkembang secara seimbang dari segi intelek dan rohani.
Terdapat kepelbagaian sosio-budaya dalam masyarakat majmuk di Negara kita.
Kepelbagaian ini jika tidak ditangani dengan baik akanmenimbulkan pelbagai masalah seperti
pencapaian murid, jurang sosial dalam masyarakat, masalah menyesuaikan diri dengan budaya
masyarakat yang berbeza,bersikap prasangka sesama ahli masyarakat. Melalui pemerhatian
yang dibuatmurid-murid lebih suka bergaul dalam kelompok yang sama dengan mereka
sahajatanpa mempunyai perasaan untuk mengenali yang lain dengan lebih mendalam. Halini
akan mewujudkan sikap mementingkan diri sendiri dalam kalangan muridtersebut. Pendedahan
awal mengenai kesedaran kepelbagaian sosio-budaya iniharus diberikan kepada para pendidik
supaya mereka dapat memahami sertamengenali perbezaan budaya antara sesuatu kaum
dalam kalangan murid. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam kalangan

13

warga sekolah. Seterusnya kesedaran ini membantu guru untuk membentuk masyarakat yang
toleran ke arah memacu pembangunan negara.

14

Anda mungkin juga menyukai