Anda di halaman 1dari 20

Cara-cara membalas jasa ibu bapa.

Soalan: Ibu bapa merupakan insan yang banyak berjasa kepada kita.
Tuliskan sebuah karangan tentang cara-cara membalas jasa ibu bapa.

Sejak dilahirkan lagi, kita dijaga oleh ibu bapa dengan penuh kasih
sayang, bagai menatang minyak yang penuh. Oleh yang demikian, sebagai
anak, kita sewajarnya membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita. Pelbagai cara
boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka.

Antaranya, kita perlu belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan yang


cemerlang dalam pelajaran sudah tentu mampu menggembirakan ibu bapa
yang bersusah payah menyekolahkan kita. Sesungguhnya setiap ibu bapa
inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran boleh
menentukan masa depan kita.

Sebagai anak yang baik, kita juga sewajarnya mempamerkantingkah


laku yang mulia. Segala nasihat mereka perlu didengar dengan teliti dan diikuti
sebagai pedoman hidup. Apabila bertutur dengan ibu bapa, elakkan
bercakap kasar agar tidak menyinggung perasaan mereka.

Kita juga haruslah bersikap tangan terbuka membantu mereka. Penat


lelah mereka mencari nafkah menanggung kita sekeluarga dapat dikurangkan
apabila kita membantu mereka. Kita boleh membantu mereka mengemas
rumah, memasak, menyiram pokok bunga dan sebagainya.

Satu lagi cara untuk membalas jasa kedua ibu bapa ialah
sentiasamendoakan kesejahteraan ibu bapa di dunia dan di akhirat. Kita boleh
memohon doa kepada tuhan agar ibu bapa diberi kesihatan yang baik,
dipanjangkan umur dan diampunkan segala dosa. Doa boleh diamalkan pada
bila-bila masa, lebih-lebih lagi selepas solat.

Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang


ringgit. Segala perit jerih mereka membesarkan kita seharusnya dihargai. Oleh
itu, kita perlu sedaya upaya berusaha untuk membalas jasa dan pengorbanan
mereka.
Cara-cara menghargai jasa guru
Soalan: Guru merupakan orang yang banyak berjasa kepada semua pelajar.
Tulis sebuah karangan tentang cara-cara menghargai jasa guru.

Guru merupakan insan yang banyak berjasa kepada semua pelajar.


Sebagai pelajar, kita hendaklah tahu cara-cara untuk menghargai jasa guru.
Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menghargai jasa guru.

Untuk menghargai jasa guru, kita hendaklah belajar bersungguh-


sungguh. Setiap guru pasti berasa gembira melihat pelajarnya tidak sambalewa
dalam pelajaran.Hal ini kerana semua guru mahu pelajarnya berjaya dalam
pelajaran.

Selain itu, kita juga boleh menghargai jasa guru denganmenghadiahkan


kejayaan dalam bidang-bidang yang kita ceburi di sekolah. Guru akan berasa
usahanya berbaloi dan tidak sia-sia jika pelajar-pelajar memperoleh kejayaan.
Kejayaan pelajar merupakan hadiah yang tidak ternilai bagi seorang guru.

Seterusnya,kita juga perlu mengamalkan segala nasihat guru.Sebagai


contoh guru mahu kita bersikap berbudi bahasa dan mengamalkan nilai
murni.Oleh itu, apabila kita bertemu dengan guru, kita perlu menunjukkan sikap
lemah lembut. Sudah pasti guru akan berasa bangga jika pelajarnya menjadi
insan yang berakhlak mulia.

Selanjutnya, kita perlu menghargai guru walaupun kita sudah


meninggalkan alam persekolahan.Sebagai contoh, kita patut menghubungi
bekas guru kita untuk bertanya khabar dan menziarahi mereka ketika mereka
tidak sihat. Cara ini dapat mengeratkan siraturahim yang sudah lama terjalin.

Sebagai kesimpulannya, banyak cara yang boleh dilakukan untuk


membalas jasa guru. Yang penting, kita hendaklah berusaha menjadi murid
yang tahu mengenang budi. Janganlah kita menjadiseperti kacang lupakan
kulit.
Sambutan Hari Guru
Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tuliskan catatan
lengkap tentang aktiviti sambutan Hari Guru yang telah dijalankan pada hari
tersebut.

Isnin, 16 Mei 2014

7.45 pagi
Semua guru diarak ke dewan diiringi paluan kompang bagi meraikan
sambutan Hari Guru 2014 . Dalam keadaan ceria, semua guru mengambil
tempat masing-masing.

8.00 pagi
Acara dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar . Seterusnya, Puan
Shahrum dan Encik Fauzi membaca perutusan daripada dan Menteri Pelajaran
Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dalam kedua-dua perutusan
tersebut, terdapat saranan agar masyarakat menghormati dan mengenang
jasa guru.

9.00 pagi
Sukaneka dimulakan dengan acara galah panjang. Selain itu, terdapat
pelbagai acara sukaneka lain yang diubahsuai daripada sukan tradisonal.
Semua guru termasuk guru besar turut mengambil bahagian dengan penuh
bersemangat.

10.30 pagi
Majlis berhenti rehat . Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan
pelbagai jenis kuih muih di kantin sekolah. Acara memotong kek sumbangan
para waris turut disempurnakan oleh guru besar di kantin sekolah.

11.00 pagi
Sambutan diteruskan lagi dengan acara persembahan yang diadakan di
dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru mengambil bahagian dalam
acara nyanyian dan lakonan . Setiap persembahan mendapat tepukan
gemuruh daripada semua murid.

12.45pagi

Sebagai penutup, diadakan acara penyampaian hadiah kepada guru-guru.


Ramai juga murid yang memberi hadiah kepada guru kesayangan meraka.
Kemudian semua murid dan guru pulang dengan hati yang gembira.
Cara menjadi anak yang baik
Soalan: Anak yang baik merupakan harta yang tidak ternilai buat ibu bapa.
Tuliskan sebuah karangan tentang cara-cara untuk menjadi anak yang baik
terhadap kedua ibu bapa.

Anak yang baik merupakan harta yang tidak ternilai buat ibu bapa.
Sebagai anak, kita hendaklah berusaha untuk menjadi anak yang baik supaya
dapat memberi kegembiraan kepada mereka.

Dalam usaha untuk menjadi anak yang baik, kita hendaklahsenantiasa


menjaga hati dan perasaan ibu bapa. Segala suruhan dan nasihat mereka
hendaklah dipatuhi dengan ikhlas dan senang hati. Sudah pasti kita tidak mahu
disebut sebagai anak derhaka apabila membantah suruhan kedua ibu bapa.

Selain itu, kita juga perlu ringan tulang membantumengurangkan beban


ibu bapa. Di rumah, kita boleh membantu meringankan beban ibu dengan
membantu mengemas rumah dan mencuci pakaian sendiri. Kita juga boleh
meringankan beban kewangan ibu bapa dengan mengamalkan sikap berjimat
cermat.

Seterusnya, kita akan menjadi anak yang baik jika sentiasamenjaga


tingkah laku yang bersopan santun dan berlemah lembut terhadap kedua-dua
ibu bapa kita. Apabila bercakap dengan ibu bapa, jangan menggunakan
bahasa kesat dan meninggikan suara. Kasih sayang ibu bapa pasti akan
bertambah jika kita melayan mereka dengan baik.

Satu lagi cara untuk menjadi anak yang baik ialah sentiasamendoakan
kesejahteraan ibu bapa di dunia dan di akhirat. Kita boleh memohon doa
kepada tuhan agar ibu bapa diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur
dan diampunkan segala dosa. Doa boleh diamalkan pada bila-bila masa,
lebih-lebih lagi selepas solat.

Ibu bapa pasti berbangga memiliki anak yang baik. Oleh sebab itu,
marilah kita berusaha menjadi anak yang baik supaya dapat menggembirakan
hati sekaligus membalas jasa mereka yang menjaga kita bagai menatang
minyak yang penuh.
Faedah Bersukan
Soalan: Di sekolah, setiap murid digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti
sukan. Tuliskan sebuah karangan mengenai faedah bersukan.

Di sekolah, semua murid digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti sukan.


Program Satu Murid Satu Sukan diwujudkan oleh kerajaan untuk memastikan
semua murid dapat melibatkan diri dalam sukan. Hal ini kerana melalui
bersukan banyak faedah yang kita peroleh.

Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.


Apabila kita melakukan aktiviti seperti berbasikal,bermain badminton dan
sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh. Kesannya, badan kita menjadi
sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.

Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan


menambah kenalan. Terdapat permainan yang dimainkan oleh banyak
pemain serta memerlukan kerjasama dan persefahaman sepasukan seperti
bola sepak dan bola tampar. Secara tidak langsung, hal ini akan mengeratkan
hubungan dalam kalangan pemain dan menambah kenalan kita.

Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti yang dapat mengisi masa
lapang secara bermanfaat.Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya
dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan
beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam aktiviti yang tidak
sihat.

Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama


sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili
pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya
memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya
mengharumkan nama sekolah.

Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita


bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia
masyarakat yang cergas dan cerdas.
Catatan bercuti di kampung
SOALAN : Kamu telah pulang ke kampung sempena cuti persekolahan. Tulis
catatan tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang berada di kampung.

Selasa, 1 Julai 2014


Aku dan abangku menaiki bas Ekspres Melati untuk pulang ke kampung
datukku di Lenggong, Perak. Kami membawa beg pakaian masing-masing dan
buah tangan kiriman ibu dan ayah. Kami sampai di kampung setelah empat
jam perjalanan.

Rabu, 2 Julai 2014


Sejak awal pagi lagi datuk telah mengajak aku dan abang aku ke dusun. Di
dusun, kami melihat banyak jenis buah yang telah masak. Buah-buahan itu
kami kait dan dibawa pulang ke rumah. Aku begitu seronok dapat menikmati
buah-buahan sepuas-puasnya.

Khamis, 3 Julai 2014


Datuk membawa kami ke sungai untuk menjala ikan. Aku membawa batang
joran yang dibuat oleh datuk daripada batang bambu. Aku sungguh bangga
kerana ikan yang kami pancing, dimasak oleh nenek untuk hidangan makan
tengah hari kami.

Jumaat, 4 Julai 2014


Jiran datuk akan mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya pada esok hari.
Aku dan abang turut membantu memasang khemah dan menyusun kerusi dan
meja. Aku sungguh seronok melihat kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk
kampung ini.

Sabtu, 5 Julai 2014


Kami bersiap-siap untuk pulang semula ke bandar. Selepas makan kenduri di
rumah jiran datuk, aku dan abang menaiki teksi untuk pulang ke pangkuan ibu
bapa kami.Aku bersalaman dan berpelukan dengan nenek dan datuk.
Karangan Syarahan : Faedah Bersukan
Soalan : Kamu telah terpilih sebagai Tokoh Olahragaan Sekolah
Kamu diminta menyampaikan syarahan tentang faedah-faedah bersukan.
Tulis syarahan tersebut selengkapnya.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru serta rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan
saya pada pagi ini ialah ”Faedah Bersukan”.
Hadirin yang dikasihi,
Bersukan penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Jika bersukan, tubuh
kita sentiasa cergas manakala minda pula menjadi cerdas. Keadaan ini
pastinya dapat meningkatkan prestasi murid.
Sukan juga berupaya memupuk semangat positif. Antaranya semangat
juang, semangat sepasukan, serta semangat kesukanan. Pemupukan ini akan
membentuk jati diri murid itu sendiri.
Hadirin yang dihormati,
Di samping itu, bersukan memupuk perpaduan dalam karangan
masyarakat. Apatah lagi Malaysia, percampuran pelbagai kaum dalam bidang
sukan akan membentuk warga yang harmoni.
Selain itu sukan akan meningkatkan imej murid di mata masyarakat.
Murid yang berbakat dalam bidang sukan diberi layanan istimewa. Lebih-lebih
lagi sukan kini menjadi sebahagian daripada kerjaya.
Justeru, jadikan sukan amalan sepanjang hayat. Jika murid sihat, produktiviti
negara akan meningkat.
Karangan Fakta : Faedah Menyertai Kokurikulum
Soalan : Setiap pelajar seharusnya melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

Tulis tentang faedah-faedah menyertai kegiatan tersebut selengkapnya.

Kokurikulum ialah aktiviti di luar kelas. Contoh aktiviti kokurikulum ialah


perkhemahan, bersukan, berpersatuan dan sebagainya. Aktiviti kokurikulum
mengajar kita untuk berdikari.
Kokurikulum dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman. Kita
akan belajar tentang latar belakang sukan atau persatuan, matlamat ia
ditubuhkan, dan sebagainya. Aktiviti yang disertai seperti pekhemahan, dan
lawatan dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman hidup.
Kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Kita tidak
membuang masa dengan melakukan perkara sia-sia. Aktiviti kokurikulum yang
diadakan diluar waktu sekolah menghindarkan murid dari terdedah kepada
unsur negatif yang terdapat di persekitaran.
Selain itu, aktiviti kokurikulum boleh menyihatkan badan dengan melalui
aktiviti sukan. Bersukan akan membuatkan badan kita sihat dan otak kita
cerdas. Bersukan juga boleh meningkatkan pretasi diri.
Akhir sekali, kokurikulum mampu mendisiplinkan serta membentuk
peribadi diri yang mulia untuk diri kita. Ia mengajar murid menepati masa,
bantu membantu antara satu sama lain, bertanggungjawab dan amanah
dalam melakukan tugas.
Setiap murid harus menyertai aktiviti kokurikulum kerana ia membentuk
murid berakhlak mulia dan memupuk jati diri. Aktiviti kokurikulum juga harus
diperluas bagi memberikan lebih banyak faedah kepada murid-murid.
Tuliskan sebuah catatan harian mengenai perkhemahan tahunan yang disertai
oleh kamu.

5 APRIL
Bas tiba di sekolah pada pukul 3.40 petang. Kami memunggah barang-barang
yang akan dibawa ke dalam perut bas. Bas bertolak pada pukul 4.10 petang
setelah kerja itu selesai dan semua peserta telah menaiki bas.

Kami tiba di Kem Kuala Santap pada pukul 6.30 petang. Seharusnya perjalanan
mengambil 45 minit sahaja tetapi oleh sebab jalan raya sesak akibat hujan
lebat, perjalanan mencuri banyak masa.

Sebaik saja tiba, Cikgu Wan mengarahkan kami supaya memasang khemah.
Bukan main sukarnya kerja-kerja ini kerana hujan dan cuaca semakin gelap.

Taklimat ringkas diadakan selepas khemah siap dipasang. Dalam taklimat itu,
Cikgu Zaili menyatakan tujuan perkhemahan yang diadakan khusus bagi
pengawas-pengawas itu. Kami juga diingatkan supaya tidak ke mana-mana
tanpa kawan. Selain itu, kami juga dilarang bermulut celopar kerana kawasan
hutan ini agak keras.

Kami tidur di dalam khemah selepas ceramah motivasi yang tamat pada pukul
11.00 malam.

6 APRIL
Selepas sarapan, kami berkumpul di depan khemah untuk aktiviti pertama iaitu
senaman ringan yang dipimpin oleh Cikgu Azmi. Selepas itu, bermulalah acara
yang paling mencabar iaitu mengharung sungai.

Kami dibahagiakan kepada 7 kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi 7


orang ahli. Air sungai sangat sejuk dan berbatu-batan. Perjalanan menjadi
sangat lambat kerana di sesetengah tempat air sangat dalam. Lagipun ada di
kalangan kami yang pengecut. Walau bagaimanapun kami berjaya
mengharung sungai sejauh 3 kilometer itu dalam masa 3 jam.

Sebaik saja sampai di kem, makanan tengah hari telah tersedia. Kami makan
dengan lahapnya kerana kelaparan. Selepas makan, kami menyertai kem
motivasi sekali lagi sebelum bertolak pulang pada pukul 4 petang.
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform
Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam,

Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam, Johor telah menganjurkan


perkhemahan unit beruniform pada 21 hingga 23 April 2016. Perkhemahan
tersebut telah diadakan di Kampung Johor Lama, Kota tinggi. Perkhemahan ini
disertai oleh 72 orang murid dan 8 orang guru.
Pada pukul 12 tengah hari, para peserta perkhemahan bergerak dari
sekolah dengan menaiki bas. Mereka tiba di tapak perkhemahan pada pukul 5
petang. Sampai di tapak perkhemahan, para peserta diberi taklimat dan
mendirikan khemah masing-masing mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.
Setelah menguruskan diri, peserta perkhemahan telah menikmati juadah
minum petang yang disediakan dan bersiap sedia untuk ke masjid yang
berdekatan.
Pada sebelah malamnya pula, kami mendengar ceramah yang
disampaikan oleh Encik Faizal. Kami juga dihiburkan dengan permainan yang
memerlukan kemahiran fokus yang tinggi.
Antara aktiviti menarik yang dijalankan adalah kembara malam yang
bertujuan untuk memberanikan diri untuk meredah hutan pada waktu malam.
Selain itu, pertandingan memasak, E-Lead assignment, bergotong-royong,
meredah kampung dan acara senamrobik turut diadakan. Kebanyakan aktiviti
yang dijalankan berbentuk aktiviti berkumpulan yang menekankan semangat
setiakawan yang utuh.
Pada hari terakhir perkhemahan, para peserta dikehendaki membersihkan
tapak perkhemahan. Sebelum perasmian penutup dilakukan, setiap kumpulan
diberikan sebuah hamper. Semua peserta berpuas hati kerana memperoleh
pengalaman yang amat berharga.

Laporan disediakan oleh,

(ELLEA MAISARA BINTI WIRZAFELDI)


Peserta Perkhemahan Unit Beruniform
Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam,
83000 Batu Pahat, Johor.
Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri

Kebersihan diri amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita mestilah
menjaga kebersihan diri.

Kita mestilah mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kita hendaklah


membersihkan semua anggota badan dari hujung kepala hingga hujung kaki
dengan sabun dan air yang bersih. Kita juga mestilah mencuci rambut
menggunakan syampu untuk mengelakkan rambut berkelemumur dan berkutu.

Selepas mandi, kita mestilah memakai pakaian yang bersih. Pakaian


yang kita pakai mestilah ditukar setiap hari. Pakaian yang kotor mesti dicuci.
Kawan-kawan akan menjauhi kita jika kita kotor dan berbau busuk.

Selain itu, kita mestilah memotong kuku tangan dan kaki yang panjang.
Hal ini demikian kerana kuman mudah membiak di celah-celah kuku tangan
dan kaki yang panjang. Bukan itu sahaja, kita perlu menggosok gigi tiap-tiap
hari. Kita juga hendaklah berkumur selepas makan agar sisa makanan tidak
melekat di celah-celah gigi. Kita hendaklah membuat pemeriksaan gigi dua
kali setahun untuk memastikan gigi kita sentiasa sihat dan kuat.

Di samping itu, kita mestilah menjaga kebersihan kawasan tempat


tinggal. Persekitaran tempat tinggal yang bersih mencerminkan imej dan
personaliti kita. Orang yang bersih akan disenangi oleh orang lain. Justeru, kita
perlu menanam tin-tin kosong, membersihkan longkang yang tersumbat dan
memastikan sampah sarap dibuang ke dalam tong sampah bagi mengelakkan
pembiakan haiwan perosak. Tikus dan lalat boleh membawa jangkitan
penyakit kepada kita.

Pendek kata, kebersihan adalah asas kesihatan. Jika kita menjaga


kebersihan diri, kita tidak akan mudah dijangkiti penyakit. Orang yang bersih
dan sihat juga akan hidup ceria.
Berjimat cermat adalah amalan yang mulia.

Berjimat cermat membawa maksud berhemat atau berhati-hati dalam


penggunaan wang, elektrik, air ataupun lain-lain keperluan seharian kita.
Amalan berjimat cermat merupakan satu amalan yang terpuji dan membawa
pelbagai faedah kepada kita.

Antara faedah amalan ini ialah kita dapat mengurangkan perbelanjaan


harian kita. Sekiranya kita berjimat cermat sudah tentu perbelanjaan harian kita
sekeluarga dapat dikurangkan dan kita mempunyai lebihan wang. Lebihan
wang ini boleh kita simpan untuk keperluan pada masa kecemasan.

Seterusnya, amalan berjimat cermat dapat memupuk sikap berdikari


dalam diri setiap orang. Hal ini demikian kerana orang yang mengamalkan
sikap berjimat cermat sudah pasti akan berusaha melakukan sendiri atau
menyelesaikan sendiri sesuatu perkara atau masalah tanpa mengupah orang
lain. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan wang tetapi juga menambahkan
pengalaman.

Selain itu, amalan berjimat juga boleh membantu negara menjimatkan


sumber. Sebagai contoh, sekiranya kita berjimat cermat dalam penggunaan
elektrik, air, dan petrol sudah pasti sumber terpenting kehidupan kita ini akan
dapat dijimatkan. Secara tidak langsung kita membantu mengurangkan
perbelanjaan negara.

Di samping itu, melalui amalan yang mulia ini juga kita


dapat menambahkan wang simpanan kita. Wang simpanan sangat penting
dalam kehidupan kita. Orang yang mempunyai simpanan akan terjamin masa
depannya. Wang simpanan juga amat diperlukan sekiranya berlaku sesuatu
musibah kepada kita atau orang-orang terdekat dengan kita.

Kesimpulannya, amalan berjimat cermat perlu menjadi amalan setiap


orang. Amalan yang mulia ini jika diamalkan membawa seribu kebaikan.
Amalan Gaya Hidup Sihat

Pada zaman yang serba moden ini, negara kita semakin membangun
dengan pesat dan masalah kesihatan juga bertambah “bagai cendawan
tumbuh selepas hujan”. Masyarakat semakin tidak menghiraukan kesihatan
mereka malahan mereka hanya memberi kepentingan pada pendapatan
mereka. Amalan gaya hidup sihat harus diterapkan dalam kehidupan setiap
insan kerana kesihatan kita diibaratkan anugerah Tuhan yang sangat berharga.

Kita haruslah mengamalkan amalan gaya hidup sihat dengan bersenam.


Misalnya, kita mestilah ke taman rekreasi untuk bersenam. Ini akan
mengelakkan diri kita daripada penyakit yang berbahaya. Bersenam juga
dapat mencergaskan badan kita dan mencerdaskan otak kita. Jelaslah
bahawa amalan gaya hidup sihat boleh dilakukan melalui bersenam.

Selain itu, kita haruslah makan makanan yang seimbang bagi


mengamalkan gaya hidup sihat. Amsalnya, kita mestilah makan mengikut
piramid makanan. Kuantiti makanan yang kita ambil tidak boleh kurang atau
lebih daripada piramid makanan. Ini dapat mengelakkan diri kita daripada
masalah obesiti yang mengugat hampir separuh rakyat di negara kita. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa, kita haruslah makan makanan bagi mempratikkan
amalan gaya hidup sihat.

Selanjutnya,dengan mengamalkan amalan gaya hidup sihat kita dapat


mengelakkan diri kita daripada banyak penyakit. Contohnya, penyakit seperti
diabetis, kegagalan buah pinggang, obesiti, dan sebagainya. Penyakit seperti
ini tidak boleh diubati dengan senang. Bak kata pepatah, “mencegah lebih
baik daripada mengubati”. Tambahan pula, jika amalan gaya hidup sihat tidak
dipratikkan kita akan mengalami ketegangan. Misalnya, kita akan mula berasa
takut atau cemas mengingatkan kos perubatan yang perlu ditanggung.
Pendek kata, jika amalan gaya hidup sihat tidak diamalkan tentulah banyak
kesan buruk akan kita hadapi.

Seterusnya, kerajaan harus mengadakan kempen- kempen dan


program- program untuk memberitahu peri pentingnya gaya hidup sihat
kepada rakyat. Barulah rakyat akan sedar peri pentinya kesihatan mereka.
Kerajaan juga hrus menyediakan peralatan senaman dan jug ataman rekreasi
di setiap taman supaya rakyat dapat berekreasi. Tambahan pula, kerajaan
harus membina banyak pusat sukan untuk melahirkan masyarakat yang cergas.

Intihanya, kita sebagai masyarakat yang berdedikasi harus mengamalkan


amalan gaya hidup sihat kerana kesihatan amat vital berbanding dengan
benda- benda lain.
Sahabat Baik Saya

Sahabat baik adalah orang yang rapat dengan kita. Semua orang
mempunyai sahabat baik. Begitu juga dengan saya. Yogasree adalah sahabat
baik saya. Saya mengenali dia sejak kami belajar di dalam darjah 1. Sekarang
dia berumur sembilan tahun dan tinggal di Taman Kulim Square. Dia
merupakan anak sulung di dalam keluarganya. Dia mempunyai seorang adik
perempuan.

Yogasree mempunya hobi iaitu bermain badminton. Pada setiap waktu


petang, dia bermain badminton bersama-sama bapa dan adiknya di kawasan
lapang berdekatan rumahnya. Dia juga selalu menjemput saya untuk bermain
bersama. Sekiranya ada masa lapang, saya dan Yogasree juga sering
menonton rancangan televisyen bersama-sama.

Saya menyukai Yogasree kerana dia seorang yang baik dan rajin. Dia
selalu membantu saya sekiranya saya tidak memahami pelajaran yang telah
cikgu ajar di sekolah. Sekiranya dia tidak memahami pelajaran yang telah
diajarkan, saya akan membantu dia. Persahabatan kami seperti isi dengan
kuku.

Dia juga suka menolong ayah dan ibunya di rumah. Dia selalu membantu
orang tuanya membersihkan rumah seperti membuang sampah dan menyapu
lantai.

Saya amat berbangga dan kagum akan sikapnya yang sentiasa


berusaha dan tidak mudah berputus asa. Saya berharap agar saya dan
Yogasree akan menjadi kawan baik buat selama-lamanya.
Karangan Pengalaman : Lawatan Ke Pameran Buku
Soalan : Pada cuti minggu lepas, kamu telah pergi ke sebuah pameran buku
dengan keluarga kamu. Tulis karangan tentang lawatan ini.

Pada hari Sabtu yang lepas, keluarga saya telah pergi ke pameran buku.
Tujuannya adalah untuk menambahkan pengetahuan saya dan keluarga saya.
Apabila tiba di tempat pameran, keadaan disana sungguh riuh rendah.
Pelbagai jenis buku dipamerkan. Antaranya ialah buku cerita, majalah dan
sebagainya.

Saya membaca sinopsis buku yang dipilih. Saya membeli buku-buku disitu
dengan diskaun sehingga 80%. Terdapat juga syarikat yang menjual buku
dengan harga runtuh.

Pelbagai pertandingan dipertandingkan di pameran itu. Antaranya ialah


pertandingan Cabutan Bertuah, pertandingan pidato dan sebagainya. Saya
menyertai pertandingan Cabutan Bertuah. Saya memenangi pertandingan itu
dan mendapat sebuah hampert serta wang tunai berjumlah RM100. Keluarga
saya mengucapkan tahniah kepada saya.

Pelbagai perkara menarik berlaku disini. Banyak syarikat penerbitan termasuk


syarikat antarabangsa disini. Ini sungguh berbeza dengan pameran yang kami
pernah hadiri. Anggota keluarga saya memberikan pendapat yang sungguh
positif.

Kami pulang pada pukul empat petang. Saya berasa sedih untuk
meninggalkan pameran buku ini tetapi gembira kerana dapat membeli banyak
buku. Saya berharap banyak lagi pameran buku seperti ini diadakan pada
masa akan datang.
Karangan Catatan

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Pelbagai acara telah
diadakan.
Tuliskan catatan sambutan Hari Guru tersebut.

Isnin, 16 Mei 2007

7.30 pagi

Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah. Kemudian kami menyanyikan
lagu “Negaraku” dan lagu sekolah. Selepas itu kami mendengar ucapan daripada
ketua murid dan Guru Besar.

8.00 pagi

Murid-murid menghiburkan guru-guru dengan pelbagai persembahan. Antaranya


ialah persembahan tarian, dikir barat, lakonan dan lain-lain. Semua guru dan
murid terhibur menyaksikan persembahan.

9.00 pagi

Murid-murid memberikan kad ucapan, bunga dan hadiah kepada guru


masing-masing sebagai tanda terima kasih dan menghargai jasa mereka.
Guru-guru sungguh gembira semasa murid-murid bersalaman dengan mereka
sambil mengucapkan selamat Hari Guru.

9.30 pagi

Acara sukaneka diadakan di padang sekolah diantara pasukan guru dan pasukan
murid.
Guru-guru dan murid-murid bersorak dengan penuh bersemangat menyokong
pasukan masing-masing.

11.30 pagi

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pasukan yang telah memenangi acara
sukaneka. Acara sukaneka telah merapatkan lagi perhubungan diantara guru-guru
dan
murid-murid.

12.00 tengah hari

Sebelum bersurai semua guru dan murid bergotong –royong mengemaskan dewan
dan padang sekolah. Sambutan Hari Guru telah memberi semangat kepada kami
untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.
Sebagai ketua murid, kamu dikehendaki menyediakan teks ucapan untuk majlis
perpisahan. tulis teks kamu selengkapnya. Panjangnya tidak kurang daripada
80 patah perkataan.

Model jawapan

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Guru Besar,
guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat pagi dan selamat sejahtera. Saya
mengucapkan terima kasih kerana diberi kepercayaan untuk berucap di majlis
perpisahan ini.

Tahun ini merupakan tahun yang terakhir kami murid-murid tahun enam
berada di sekolah ini. Kami akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah
selepas ini. Sememangnya agak berat kaki melangkah namun kami terpaksa
pergi juga.

Sepanjang enam tahun kami di sini banyak ilmu dan pengetahuab yang
kami peroleh. Jasa-jasa guru di sini tidak akan kami lupakan. Tanpa tunjuk ajar
serta bimbingan guru-guru, kami tidak akan berjaya dengan cemerlang.Hasil
usaha dan pengorbanan guru-guru kami telah berjaya mendapat kejayaan
yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

Saya juga berharap rakan-rakan semua akan sentiasa mengingati semua


jasa-jasa guru kita bila berada di sekolah baru nanti dan janganlah menjadi
seperti kacang lupakan kulit. Tanpa guru-guru hari ini, tiadalah kejayaan pada
masa depan.

Akhir kata saya mewakili semua murid tahun enam, ingin meminta maaf
daripada semua guru. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun
Kalau ada sumur diladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian terima kasih.


Gambar di bawah menunjukkan suasana bergotong –royong di sebuah kawasan perumahan. Terdapat banyak
kebaikan bergotong-royong.
Antaranya, melalui bergotong-royong, kita boleh mengekalkan persekitaran yang bersih dan kita boleh
terhindar daripada wabak penyakit seperti Denggi. Seterusnya, ketika kita membuat kerja secara bergotong-royong
akan wujud semangat kerja berpasukan. Selain itu, bergotong-royong merupakan amalan mulia kerana ia menerapkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Akhirnya, jika melakukan gotong-royong secara bermuafakat, ia dapat
memupuk semangat kerjasama antara masyarakat.
Secara kesimpulannya, melalui bergotong-royong kerja yang berat akan menjadi ringan.

Anda mungkin juga menyukai